Friday, March 16, 2012

Kerna yang lebih mahal itu adalah Taqwa...

sumber: ABIM

Bismillahirrahmanirrahim

Kali pertama turun berdemo di jalanraya, saya tidak pasti perasaan apa yang seharusnya diletak. 
Satu saat, saya cuma mampu memandang langit dan berdoa supaya apa saja yang berlaku adalah yang terbaik untuk semua. 
Semoga saudara seaqidah saya dimana-masa sahaja, mendapat kebahagiaan yang dicari-cari. 
Lewat nikmat dan ujian yang Allah beri. 
Semoga penghuni langit sama-sama berdoa memandangi kami di sini, yang memohon untuk saudara-saudara kami yang teraniya di segenap isi bumi.
.
.
.
Di pesan-pesan : 
‘Kerna yang lebih mahal itu adalah taqwa.’

Allahu’alam.

Wednesday, March 14, 2012

Sekolahku Sekolahmu Jua~



Bismillahirrahmanirrahim.
Kami dalam satu kelas.
Itu pilihan kami.
Di sandarkan atas takdir Allah juga.
Pelajaran kami sama.
Guru kami sama.
Guru besar kami sama.
Tapi prestasi kami berbeza-beza.
Perangai juga beza-beza. 
Ada banyak teori. 
Mungkin yang berprestasi tinggi macam minyak pelincir tu, jenis yang suka jumpa cikgu.
Ada juga yang memang jenis murid febret cikgu yang cikgu suka bawak ke mana-mana.
Dan ada pulak jenis yang tak reti nak tolak permintaan cikgu.
Rajin juga jumpa guru besar berbanding murid-murid lain.
Malah dapat pula jawatan tinggi walaupun separuh rela.
Buat kerja juga walau tahu banyak benda yang dia tak tahu. 
Ada pula golongan yang hanya ‘go with the flow’.
Cikgu suruh buat homework, dia buat.
Cikgu suruh itu ini, dia buat.
Tapi untuk jumpa cikgu dan merujuk menda-menda lain selain pelajaran dan homework, dia tak mahu.
Mungkin dia rasa tak perlu.
Mungkin dia rasa, tak apa, aku dah tahu walaupun sebenarnya tak tahu.
Mungkin dia cuma malas nak ambil tahu. 
Ada juga golongan yang tak ada peluang langsung nak jumpa cikgu sebab malu-malu.
Nak jejak kaki jumpa guru besar apatah lagi.
Ketar lutut tak terkira.
Mahu tapi malu.
Sampai bila-bila pun takkan dapat apa yang dia mahu. 
Adapun juga murid-murid yang rasa macam nak buat masalah disiplin.
Bila ada silap sini-sana, cikgu juga yang terkena tempias salahnya.
Cikgu tak bagi peluang.
Cikgu tak nampak bakat dan pengorbanan kitorang.
Cikgu buat perkara lain dari apa yang cikgu bilang.
Macam-macam alasan kalau nak cari pasal untuk berperang. 
Begitupun,
Antara murid, cikgu dan guru besar.
Masing-masing sayang pada sekolah.
Masing-masing tahu ini sekolah terbaik yang serasi dengan jiwa.
Masing-masing hadam lagu dan cara gaya sekolah yang sempoi.
Terbuka tidak terlalu rigid pada mana-mana bahasa, bangsa dan budaya.
Masing-masing faham pentingnya ia pada agama.
Cuma mungkin yang kurang cuma pengurusannya.
Ada perkara-perkara penting yang tertinggal untuk diuruskannya.
Persoalannya, siapa, bila dan bagaimana? 
*caca-merba dalam limabelas minit a.K.u menuliskan ini~


:: a.K.u tak kata a.K.u betul..semua ni dalam mata & kepala aku saja~ 

Tuesday, March 13, 2012

*Tipikal


Semua orang ada masalah. Ayat tipikal.
Tapi tak semua orang pandai berhadapan dengan masalah. Ayat tak berapa tipikal.
Tak ada orang kat dunia ini yang boleh memilih masalah mereka sendiri. Tak tipikal.
Tetapi semua orang boleh / ada kemampuan untuk memilih sikap/ sifat yang paling bagus dan paling dipercaya; beriman dalam berhadapan dengan setiap masalah yang ada depan mata. Juga tidak tipikal.
 Ah, mudahnya engkau menulis entri. Tipikal.

Surat al-Ankabut [29]]: 1-3 “Ali Laam Miim. Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan; kami telah beriman, padahal mereka belum diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta."


***********************

"Tolong jangan bagi jawapan tarbiyyah."

Pendek tapi tajam.

"a.K.u rasa ayat a.K.u bukan ayat tarbiyyah" dalam hati.

Akhirnya a.K.u cuma diam.. Fikir..

Antara menyatakan pendapat pada orang yang sedang emosi. 
Atau diam sampai dapat jawapan terbaik, a.K.u pilih diam.

Kenapa harus begitu?
Kenapa harus begini?
Kenapa tiada improvement?
Siapa yang bertanggungjawab?
Siapa?

a.K.u cuba memandang segalanya dari bawah.
Dari perkara dasar.

Terus mencapah keatas. 

Dari apa yang ada dalam hati.
Terus kepada apa yang tergambar pada diri.

Kalau manusia seperti a.K.u, mudah saja.
Mungkin sebab a.K.u yang pilih begini sejak awal-awal lagi.
Dan a.K.u sentiasa bersedia untuk apa sahaja perubahan.
Dengan syarat a.K.u faham kenapa dan bagaimana.
Walaupun a.K.u terfikir-fikir soal improvement diri sejak tadi.
[mungkin sebab a.K.u tak emosi, atau mungkin sebab bukan a.K.u yang banyak tadah telinga dengar masalah orang lain, atau bukan a.K.u yang rajin nak melihat masalah orang lain, atau mungkin bukan a.K.u yang dipilih untuk melihat perkara-perkara tersebut, atau mungkin a.K.u terlalu selesa dengan apa yang a.K.u ada sekarang sampai tak nampak perkara lain depan mata]

Fuh. Faham?

Dan engkau yang melihat, mendengar dan merasa. Tahniah.
Allah pilih kau. Bukan a.K.u
Ni bukan ayat tarbiyyah.
Ni ayat cemburu.
Haha.
Maksudnya kau memang hebat.
Untuk Allah bagi kau fikir perkara-perkara macamni.
Sampai tahap macamni.


a.K.u sendiri sedang mencari-cari jawapan/ cara bagaimana seharusnya a.K.u berfikir tentang apa yang telah ditadahkan selama sejam ke telinga a.K.u tadi. Haha.

Maaf. Tak menjawab soalan. a.K.u sedang tanyakan kepada ramai orang.
Kalau tiba-tiba nama a.K.u naik, tolong sambung TTD a.K.u.. Haha..



:: Alhamdulillah... gembira deh ada menda untuk difikirkan.. :)

Friday, March 9, 2012

*Ana wa Anta*

Bismillahirrahmanirrahim.


Sepanjang 25 Tahun (25 la sangat kan~) saya hidup, ada dua kisah peperangan yang masih kuat terletak di benak. Perang di Bosnia (1992-1995) dan Kepulauan Maluku (Ambon) (1999-2003).  
Kenapa? 
Kerana pendedahan. Bapak adalah peminat tegar Berita Dunia (TV1). Apabila setiap hari kita dilagukan dengan kisah-kisah peperangan, maka itulah antara perkara yang dibawa dalam mimpi dan jaga. Malah Emak, memilih mendanai anak angkat di Bosnia dari jauh. Entah melalui jalan mana, saya kurang maklum. Tapi ia jadi contoh untuk kami anak-anak memahami peranan sebagai seorang Muslim.
 gambar: Facebook
Selain dari itu, saya kurang. Saya sedar saya masih kurang peka dengan isu-isu sebegini. Mendengarnya banyak. Tetapi tidak secara serius memandang sehingga tergambar melalui perbuatan. [*Allah....*] Lemahnya iman saya sebagai Muslim. 
Peluang mendapat pendedahan untuk isu Syria, menerawang idea untuk melaksanakan sesuatu. Masyarakat perlu disedarkan bermula dari diri saya sendiri. Sakit saudara-saudara saya di sana, berdosa saya rasa jika saya tidak mampu merasainya.  
Cubalah, meminjam 'kasut' mereka. Letakkan kaki kita di dalamnya. Biar saiznya sebesar mana sekalipun. Rasanya tetap akan ada. Jika kita benar-benar mahu merasainya. Melihat dan mendengar dengan hati. Bukan mata semata-mata. Saya cuba sedayanya. Melalui video-video yang berlambakan di youtube. Jom kita sama-sama cuba merasa dan melaksanakan sesuatu untuk saudara-saudara kita disana. InsyaAllah.



:: Doa untuk saudara-saudara kita. Moga Allah membantu mereka. Ameen..

Wednesday, March 7, 2012

Demi menghilang kantuk~


Bismillahirahmanirrahim.

Perbualan sepanjang jalan ke Muar:

"Kak Su, kalau Kak Su pandang keluar tingkap, apa yang Kak Su suka lihat?"
"Hm..Pokok!" 
"Arina?" 
"Bangunan kot.." 
"Ali?" 
"Tengok jalan la kak. Kan saya drive." 
"Shazni?" 
"Bangunan." 
"Sama macam Arina. Okeh. Kenapa agaknya korang suka tengok semua tu? Kak Su?" 
"Sebab pokok cantik..suka nak tengok pokok yang berbeza bentuk." 
"Ok..Kalau Ali, dah faham dah..Sebab kena drive tengok jalan. Kesian..Memang bosan. Hmm, Arina?" 
"Entah. Tak tahu la kenapa." dengan gaya blur.
*gelak satu kereta*  
"Ok. Takpe. Shazni?" 
"Sebab nak ingat jalan.." menjawab dengan yakin. 
"Ooo..nak ingat land mark la kiranya..ok.." 
"Kak Dyll?" 
"Hmm..." 
"Kak Su tahu!" sambil sengih. 
"Langit. Suka tengok langit. Bila tengok langit, rasa tenang.."

*tamat*

Terkenang kata-kata seorang sifu, apa pun yang kita lihat atau puji. Kembalikanlah semula pujian tersebut kepada si Penciptanya. Ya, Allah Maha Besar menciptakan semua ini. Dari sekecil-kecil perkara, sehingga sebesar-seluas alam.. Allahuakhbar...



 :: Jom lihat langit & mengenang Pencipta langit....zikir fikir.....


p/s: Jam dua baru kau mau tidur ya si nakal! haip!

Friday, March 2, 2012

"Dil ; Hati"


Bismillahirrahmanirrahim. 
Disergah dari belakang, jatung saya hampir gugur. Dia teman paling dekat satu ketika dulu. Kini sudah meneruskan hidup dengan baik. Itu dari mendengar sedikit kisah hidupnya kini. 
Dia hadir dalam hidup tanpa pernah diminta. Tapi saya masih bersyukur Allah takdirkan dia sebagai sahabat selama bertahun-tahun yang banyak mendengar dan berkongsi ketawa dan air mata. 
Semalam bersamanya, saya memikir panjang tentang hidup. Dia kata, “hiduplah bagaimana cara sekalipun, yang penting jangan ditinggalkan ibadat.” 
Terasa. Entah kerana dia yang bercakap atau kerana isinya terlalu dekat. Allahu’alam. 
Memandang wajahnya yang putih bersih. Terlihat nur tenang. Hati jadi bergetar. 
“Ah, hati a.K.u terlalu kotor.”


:: Terlalu…

Thursday, March 1, 2012

*Jiwa*

Bismillahirrahmanirrahim.


"Beb, kau kata kau bahagia.
Tapi jiwa kau nampak penat."

*senyum tahan tangis*

"Tarbiyyah Allah bukan seperti apa yang kita sangka & mintak der.."



:: kepala a.K.u sakit~

Wednesday, February 29, 2012

Hujan


Bismillahirrahmanirrahim.

Hujan memang begitu,
Ia takkan tahu teduhnya hati yang menunggu, 
Ya, kain baju aku..
Akhirnya basah kuyup dibawah air yang mencurah laju~ 
Dan hujan
Adalah harapan.. 
Hujan, hantarkan doa aku pada Tuhan.. 
Ilham: Soulship~


:: Alhamdulillah atas rahmat hujan ini Ya Allah.. 

Sunday, February 26, 2012

Hujung minggu di pejabat~


Bismillahirrahmanirrahim. 
Pejabat PKPIM, walau tak semewah mana, paling tidak pun mampu membantu ahli-ahlinya untuk bertugas dengan baik. a.K.u selalu terpanah dengan kata-kata En.Halimi, "Kalau PKPIM ada pejabat besar pun, adakah dakwah akan berkembang di Malaysia.?". Itu tandanya pembanguna manusia lebih penting dari pembangunan material. [Rilek bos, a.K.u takkan request untuk dapat kerusi macamtu. Bai.] 
Kalau Emak tahu a.K.u di pejabat waktu hujung minggu, pasti dia bising. Hehe. Anak degil ni memang tak reti balik kampung agaknya. Tapi a.K.u dah pujuk dan janji pada Emak. a.K.u akan pulang nanti membawa 'hadiah'. 
Sorang-sorang layan Mohram sambil makan Cadbury. Dan berfikir secara matang untuk menyelesaikan kerja yang berserabut dalam kepala. Tapi itu semalam. Semalam sebelum dibincangkan soal keserabutan kepada seorang teman. Dan entah kenapa semua jawapan yang keluar dari mulut dia mencabut segala keserabutan dalam kepala. Macam akar serabut yang ditarik pelan-pelan dari dalam tanah. [TQ geng. Ko memang rocks!] 
Alhamdulillah, hari ini, satu persatu idea bercambah. Seperti melihat dokumentari proses pencambahan pokok tauge di youtube. Dan petang ini, a.K.u harap idea-idea yang bercambah ini tidak tercantas dek kekangan-kekangan yang mungkin mampu untuk dielakkan atau dikurangkan.  
InsyaAllah. 
Chayokkk! \(n_n)/

Saturday, February 25, 2012

Jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman...

Bismillahirrahmanirrahim.

[Meninggalkan bumi UMS]
20 Januari 2012 
Pagi ini subuh seperti biasa pada jam 5.00 pagi. Wahid paling rajin untuk mennganggu tidur semua orang dengan pangilan telefon yang bertalu-talu. Tanda bahawa kami perlu bergegas. Barang-barang perlu di hantar ke depan kolej kediaman untuk dimasukkan ke dalam bas. Dengan pembahagian tugas malam tadi, hanya tiga orang yang akan melakukannya. Saya, Farah dan Amira. Dengan kudrat pagi yang masih awal, dua tiga-kali kami berpatah balik untuk mengngkat barangan yang tidak sedikit. Bas tiba jam 8.00 pagi bersama sukarelawan yang lain. Sepuluh orang semuanya kecuali Wahid yang akan bertolak lewat. 

Usai mengangkat barangan, perjalanan dimulakan dengan doa. Masing-masing di ingatkan untuk menjaga niat dan bersedia secara mental dan fizikal. Perlahan-lahan bas bergerak meninggalkan bumi UMS menuju ke Nabawan. Kali ini kami akan dibawa melalui laluan Banjaran Crocker dan Keningau yangakan mengambil masa empat jam untuk sampai ke Nabawan. Itu yang dijanjikan oleh pemandu bas. 

 [Farah, Myzra, Amira & Azimah]

Dalam perjalanan, kami singgah sebentar di Crocker Ranger Park Station untuk ke tandas dan mengambil gambar. Perjalanan diteruskan semula ke Keningau. Di Keningau kami mengambil peluang untuk membeli barangan masakan (barangan basah) seperti telur dan sayur-sayuran. Sementara Ramzy dan Yasir bersoalat Jumaat di Masjid Ar-Rahim, Keningau. Perjalanan diteruskan setelah kami makan tengahari.

[Menunggu pemandu bas di Keningau]

Kami tiba di Kampung Pandiwan lebih kurang jam 4.30 petang. Di kampung ini, kami di maklumkan bahawa di sini terdapat lebih kurang 27 keluarga Islam (muallaf) yang rata-rata masih bertatih dalam soal memahami Islam dan dalam ibadah. Sasaran program ini adalah kepada tiga golongan iaitu kanak-kanak, remaja dan belia. Semua sukarelawan dibahagaikan kepada tiga kumpulan tersebut yang dipisahkan antara lelaki dan perempuan. Tiga tumpuan utama pengisian program kali ini berkisar soal ‘aqidah, solat dan bersuci. Manakala pengisian tambahan seperti pengurusan jenazah dan sembelihan diberikan kerana mengambil kira latar masyarakat yang masih mengamalkan adat lama yang tidak berlandas syariat dalam hal pengurusan jenazah dan masih keliru dalam soal penyembelihan binatang secara Islam.

[Taklimat program oleh Ramzy selaku pengarah program]

Selesai mengangkat alatan, kami bersolat Asar di surau bersama orang kampung. Setelah itu, sukarelawan berkenal-kenalan dengan orang-orang kampung. Selepas marghrib, sesi taklimat dan taaruf diadakan di surau. Sebahagian sukarelawan menguruskan makanan dan persediaan makan malam di dapur yang dibina sementara bersebelahan surau. Usai bersolat Isya’, kami makan malam bersama orang-orang kampung dan sesi diteruskan lagi dengan agenda berkumpulan. Setiap sukarelawan yang telah diberikan tugasan bagi setiap peringkat umur berkumpul dalam kumpulan masing-masing bagi membincangkan tentang persoalan aqidah Islam.

[Walaupun ada Makcik-Makcik, tapi ini usrah untuk remaja]


Bersambung....

Friday, February 24, 2012

Dia yang bernama wanita..

 [Anak & cucu Mak Cik Suria]

Bismillahirrahmanirrahim.
Dia mulai muncul saat awal kami tiba di Surau Raudhah, Nabawan. Mak Cik itu bersama anak-anak dan cucu-cucunya duduk di anjung surau menantikan kami dengan sabar. Dalam usrah, dia yang paling banyak diam. Memandagi saya dengan mata yang berkata-kata dan senyum yang tidak pernah lekang. Saat Mak Cik Jinita meminta diadakan sesi belajar Al-Qur'an, angguknya laju penuh harapan. Masih juga dengan senyuman itu.  
Setiap pagi, Mak Cik Suria akan hadir paling awal. Bersama anak-anak dan cucu-cucunya yang comel-comel itu. Bersama Mak Cik Siti, dengan segan-segan dia membantu di dapur. Takut-takut terganggu kami yang mengurus. Tanpa dia tahu bantuan itu terlalu besar ertinya pada kami. 
Sepanjang program, matanya tidak pernah berhenti dari bercerita, dan senymnya tidak pernah kurang manisnya. Waktu usrah, dia antara yang peling tekun menelaah. Mengulang-ngulang baca Al-Fatihah. Mencuba untuk membaca dan menghafalnya dengan baik. Waktu-waktu begitu, hati saya hanya mampu berdoa, moga ibu-ibu ini akan terus punyai peluang untuk belajar dan mencintai Tuhan sepenuh jiwa.
Sewaktu mahu pulang, genggaman tangan Mak Cik Suria seakan sampai ke hati. Genggam dan dakap yang penuh harap agar kami datang lagi. Seolah ada suara kecil membisikkan, 'kami akan menanti kalian datang kembali'. 
InsyaAllah Mak Cik..
InsyaAllah..


:: Smiling and crying~

Thursday, February 23, 2012

Dari "Penulis yang disayangi Tuhan"


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t.
[sila senyum/sengih]
Sepenuh hati saya menbaca buku ini. Hadiah dari orang kesayangan. Biar diajar penuh dengan cinta. Ia bukan tentang hubungan manusia sesama manusia sahaja. Malah antara manusia dan Tuhan.

Sahabat saya punya hipotesis bahawa manusia itu sikapnya akan dipengaruhi dengan apa yang dia baca. Dengan kata lain, kalau suka baca novel jiwang karat, jiwang karat la jadinya.. Sebahagiannya mungkin benar. Tapi ada waktu-waktunya, ia tidak. 
Sebagai manusia yang punya akal, kebanyakan mereka memilih. Malah sebenarnya pemilihan itu juga banyak dipandu pengalaman.

Dalam pembacaan, semakin dekat kisah atau cerita itu dengan pengalaman sendiri, semakin mudah penerimaan individu terhadap sikap yang ditonjolkan dalam kisah tersebut.
InsyaAllah. 
Babai. :)

Wednesday, February 22, 2012

Berapa?


 Bismillahirrahmanirrahim.

Duduk tepi sungai sorang-sorang.
Macam tunggul kayu.
Diam membisu.
Apa yang kau tahu?
Apa yang kau mahu?
Apa yang kau belum tahu dan mahu?

Perjuanganmu.
Berapa banyak kau tanyakan apa itu perjuanganmu?
Berapa banyak kali kau tanyakan pada diri benar-salah perjuanganmu?
Berapa juta kali kau kata pada diri untuk tinggalkan perjuanganmu ini?
Berapa banyak kali kau mengalah...sebelum berjuang..

Pandang kanan-kiri.
Tenggelam kepala sampai dasar.
Tahan nafas.
Fikir dalam-dalam lagi.
"Rabb yang Maha Pemurah yang telah mengajarkan Al-Qur’an. Dia telah menciptakan manusia. Mengajarnya pandai berbicara. matahari dan bulan beredar menurut perhitungan. Dan tumbuh-tumbuhan dan pohon-pohonan kedua-duanya tunduk kepada Nya. Dan Allah telah meninggikan langit dan Dia meletakkan neraca (keadilan). Dan Allah telah meratakan bumi untuk makhluk(Nya). Maka Nikmat Rabb kamu yang manakah yang akan kau dustakan lagi?"
(QS.Ar-Rahman)

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari Jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." (Surah Al-A'raf:17)

Berapa banyak kali engkau khianat dengan diri?
Dengan Tuhan...



Pic by Aina Azizan (KLMU)

Tuesday, February 21, 2012

*Pearl~

 Bismillahirrahmanirrahim

If you wish for a pearl
You must leave the desert
And wander by the sea;
And even if you never find
The gleaming pearl, at least
You won't have failed to reach the water
~ Hakim Sanai, Hadiqat al-Haqiqa (The Walled Garden of Truth)