Bismillahirrahmanirrahim.
Perang lagi.
Kali ini saya harus memilih dari dua bahtera.
Dua-dua akan dibawa ke arah yang sama.
Namun cabarannya berbeza.
Andai saya pilih bahtera A, saya akan selesaikan apa yang termampu.
Walau mungkin tidak dapat ditinggalkan dengan sempurna.
Andai saya pilih B, ada pilihan lain yang harus saya korbankan.
Iaitu bahtera C.
Agak mustahil bersama menerajui B dan C.
Kerana berada di bahtera A dan B lebih relevant.
Begitukah?
***********************************
Demam bitara.
Seperti yang saya sebutkan pada sahabat-sahabat,
Yang teruji & ter'modul' adalah kita.
Bukan mereka.
Saya gembira bukan kerana program berjalan dengan baik.
Tapi kerana medan muhasabah 3 hari itu telah memberikan secebis kekuatan untuk kami meneruskan perjuangan.
Adatnya, bila berbuat silap, bermuhasabahlah.
Allah pasti berikan jawapan.
Taubat. Insyaallah akan ditunjukkan jalan.
Untuk istiqamah dengan sesuatu, haruslah ikhlas dalam menjalankannya.
Letak tepi pandangan manusia, ketengahkan pandangan Allah.
InsyaAllah.
"Berjuang ertinya terkorban.
Kalau tak terkorban, bukan berjuang namanya."
:: Sesuatu yang hanya Dia boleh jawabkan.
0 komen untuk a.K.u:
Post a Comment