"Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati.."
Bismillahirrahmanirrahim.
[Jenuh menaip lirik..hek3..]
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Atur sepuluh daktil yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri dan satu susuk ganjil
Minta diidolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi rumi
Minta dikebumukan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insane
Gagal dikesan
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Timbul tenggelam, timbul tenggelam,
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia,
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia,
Minta tunjuk lubang pintu tak dapat jawapan,
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu,
Maafkan mereka, mereka tidak tahu,
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu,
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai,
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti,
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
Atas kepala murai sekawan
Baling kurambit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam diangan
Sampai terkacip mulut mahirnya
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak Miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta
(Alif)
Ada teratak di hujung kampong
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Ada teratak di hujung kampong
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
p/s: Adik Jiwa, a.K.u tak pernah lupakan kau..lagu ini untuk kau... :)
3 komen untuk a.K.u:
kadang-kadang, kita juga berkongsi warna kulit, tapi tidak warna perjuangan.
moga terus istiqamah, dik.
***tulisan kamu mengingatkanku pada seseorang.
dyll.:)..
Kakak: Siapakah yang dikenang tu? Jeng3~
Cik Ninja: Berlatih yok! hehe
Post a Comment