Wednesday, February 11, 2015

Tenat

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini hatinya sakit lagi.
Sakit mengenangkan pilihan yang berat untuk dijalankan.
Sakit kerana kurang ikhlas.
Sakit kerana kurang sabar.
Sakit kerana terlalu memendam.
Tapi sudah diluah pun, sakitnya tak berkurang.

Yang memberi sakit itu agaknya siapa?
Yang sengaja merasa sakit itu kenapa?


Hari-hari yang berlalu dengan pesan yang tak pernah berhenti :
Kau kena sabar.
Kau kena sabar.
Kau kena sabar.

Selagi belum ada jalan keluar...

Sunday, February 1, 2015

1st year

Bismillahirrahmanirrahim.

Bila cantik, sama-sama cantik, bila hodoh, sama-sama hodoh. Barulah jodoh. Eh.

Sesungguhnya versi throwback telah tertutup awal-awal dulu.
Mengenang kisah lalu kadang-kadang adalah sesuatu yang taboo untuk masa depan yang kian cerah macam matahari.
Er.. 
Aku rasa kalau adik-adik tanya best ke kawin, aku akan jawab "tak best. baik ko enjoy dulu sebelum pikir pasal kawin. tapi sila enjoy yang syar'ie ya." (uhuk3) 
Ok. Separuh tipu. 
Kalau dah jodoh kau, tak siapa dapat menghalang.
Sekalipun tiket kapal terbang ke oversea.
Kan? 
Setahun untuk membiasakan diri. Kau ingat senang? Haha. 
Syukur Alhamdulillah, kami sama-sama penyabar. Uhuk3. Alah, normal la beb kalau emo kadang-kadang. Yang penting tak tinggal tanggungjawab.
Setahun akan datang ni, sesungguhnya cabaran sudah mula dirasakan. Sebenarnya aku belum bosan duduk berdua. Mengadap muka laki aku tiap-tiap hari pun aku sanggup selagi tak bergaduh. Haha.  Tapi rezeki bertiga mungkin lebih berganda nikmatnya..Huhui.. InsyaAllah. 
Oklah. Sebelum aku mengarut lagi jauh dan menyebabkan pembaca-pembaca muntah darah, maka mari kita tutup entri ini dengan ucapan..
"Selamat ulangtahun sayang. Semoga semakin berkasih sayang kita dimasa hadapan.."
Cewah..begitu poyo ucapan aku..
Wallahu'alam.. 

HOME

I walked across an empty land I knew the pathway like the back of my hand I felt the earth beneath my feet Sat by the river and it made me c...