Thursday, January 29, 2009
ALLAH KNOWS
And there’s nobody to count your tears,
Just remember no matter where you are
Allah Knows…Allah Knows
When you’re carrying a monster load,
And you wonder how far you can go,
With every step on that road that you take,
Allah Knows…Allah Knows
No matter what,
inside or out
There’s one thing of which there’s no doubt,
Allah Knows…Allah Knows
And whatever lies in the heavens and the earth,
Every star in this whole universe,
Allah Knows…Allah Knows
When you find that special someone,
Feel your whole life has barely begun,
You can walk on the moon,
shout it to everyone
Allah Knows…Allah Knows
When you gaze with love in your eyes,
Catch a glimpse of paradise,
And you see your child take the first breath of life,
Allah Knows…Allah Knows
When you lose someone close to your heart,
See your whole world fall apart,
And you try to go on but it seems so hard,
Allah Knows…Allah Knows
You see,
we all have a path to choose,
Through the valleys and hills we go,
With the up and the downs,
never fret never frown,
Allah Knows…Allah Knows
Every grain of sand,
in every dessert land,
He knows
Every shade of palm,
every closed hand,
He knows
Every sparkling tear,
on every eyelash,
He knows
Every thought I have,
every word I share,
He knows
ALLAH KNOWS…!
by: Zain Bikha, feat Dawud Wharns
by Ali
album: Allah Knows
Wednesday, January 28, 2009
AlkiSah~ Mulakan Hidup Baru~
Rasa ingin berlari,
Jauh dari hidup yang ada kini,
Bukan niat nak tinggalkan sesiapa,
bukan hajat nak lari dari apa-apa,
Sekadar mahu mulakan hidup yang baru...
Mahu mencabar diri,
meningkat prestasi..
Tapi cabaran bukan untuk diri yang manja,
Mengada..
Memilih...
Cabaran untuk mereka yang berani,
Bertarung nyawa,
Berkorban jiwa dan raga...
Korban harta benda..
~Wah...banyak pula yang perlu di mulakan semula... Sabar saja & susun sebaiknya.. kira-kira....semua document terpaksa dibuang...termasuk document peribadi sejak 2 tahun yang lepas...tak pasti lah apa yang dapat di selamatkan...sila tanya kepada En.Boss...dia lebih tahu kondisi komputerku...huuu...
~Disebabkan a.K.u sedang banyak kerja...malas sebenarnya nak fikir sangat...tapi bila teringat...sedih pula....artikel2ku, travelog, tugasan jemaah, tugasan club, surat2 cinta..upps...diari peribadi, gambar.. Owh, bisakah ku melihatnya semula..?
aLkiSah~ Hijab Sang Pencinta~
Tajuk : Hijab Sang Pencinta
Pengarang : Ramlee Awang Murshid
Penerbit : Alaf 21
Muka Surat : 520 Halaman
RASA rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.
Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana.
Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.
Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.
HIJAB SANG PENCINTA - pelengkap trilogi Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu ini sarat dengan konflik hingga ke akhir. Lagenda minda, Saifudin atau Laksamana Sunan ciptaan Ramlee Awang Murshid sekali lagi menggentar perasaan dan menggetar naluri anda yang menghayatinya. Ikutilah epik thriller ini...
Friday, January 23, 2009
~aLkiSah...miNgGu2 teKanAn~

"Masa Peribadi"
Hari sabtu yang lepas, PKPIM UIA menganjurkan 'academic briefing' dan muzakarah bersama pimpinan Pusat Asasi UIA Nilai & PJ. Entah kenapa, hati a.K.u langsung tak terarah ke sana. Dalam diam, a.K.u menuntun masa peribadi dari sahabat-sahabat jemaah. Mohon diberikan sehari cuti untuk selesaikan urusan-urusan peribadi & 'study'. Tuhan sahaja yang tahu bagaimana 'sakitnya' bila tak dapat membantu sahabat-sahabat. Doaku agar Allah permudahkan urusan mereka.
Namun, alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Sehari di temani buku-buku memang membahagiakan. Walupun serba-salah, tapi a.k.u cuba usahakan yang terbaik untuk tidak kecewakan sapa-sapa.
"Kisah si Kutu Babi"
Malam tu a.K.u diamanahkan untuk menguruskan Qiyasi (Qiyammulail & Motivasi) HEWI di Surau Mahallah Hafsa. Alhamdulillah, lebih kurang 10 orang hewi yang datang. Tepat jam 12 selepas sedikit pengisian dan tadarus, masing-masing sudah bersedia untuk tidur. a.K.u pula, teruskan agenda yang tergendala sejak pagi-siapkan phamplet E.M.A.S...sedang a.K.u khusyu' mengadap laptop, tiba-tiba...
''kak...tolong kak....telinga saya masuk 'binatang'..."
Terdiam sekejap...a.K.u tengok jam, baru pukul 3.30 pagi. a.K.u pergi ke arah 'dia '& cuba untuk keluarkan 'binatang' tersebut dari telinganya. Gagal. Nak tak nak, a.K.u kejut k.Aemy. K.Aemy cadangkan hantar si 'dia' ke klinik. Di klinik, 'binatang' tersebut telah pun terlalu dalam untuk di keluarkan. Lalu kami (a.K.u, K.Aemy & dia) di hantar ke HKL. Di tinggalkan. Huhu. Namun, kami diminta untuk tunggu sehingga pagi sementara menunggu pakar telinga. Sekali lagi kami kecewa, hari ahad, pakar tak ada. Kami di minta untuk datang semua pada hari Isnin. Tercabar juga kesabaran. Namun dipendamkan. Risau dan sedih dengan keadaan 'dia'. Akhirnya, kami balik dalam keadaan kecewa & serba salah. Terima kasih Lina kerana ambil kami di HKL. Jasamu kukenang.
Esoknya a.K.u tak dapat menemani 'dia'. a.K.u bertanya pun dalam masa yang agak lambat. akhirnya, teka-teki kami semua terjawab. "Seekor kutu babi!". Huh, kena samak! Huhu. Alhamdulillah segalanya berakhir dengan selamat.
Bapak
Minggu lepas dapat balik kampung sekejap. Ikut Fat. 3 hari je. Sekejap sangat. 2-3 hari lepas tu, sempat call Emak. Bapak, masih macam tu jugak... Disebabkan a.K.u malas nak cerita...baca je lah kat sini...huhu..Em, apapun,sekarang ni, Family first...
Induksi Titian Wahyu
Petang itu a.K.u ke induksi Titian Wahyu di Kem Rabutia walaupun a.K.u masih ragu-ragu dengan status a.K.u dalam organisasi Titian Wahyu. Serba salah sekali lagi kerana sepatutnya a.K.u ke rumah Kakak @ Kang Wadi untuk family gathering. Tapi di sebabkan terlalu lewat, a.K.u batalkan. Kakak pun, layankan saja... Sempat berkongsi kisah dengan k.su & main Flying Fox . Subahanallah...Penat sungguh...di tambah dengan tidur yang tak cukup.. Terpaksa la balas dendam semula malam tu. Sampai nak pergi 'final touch' booth' pon tak larat..huu.. Dilema dalam hati tak selesai lagi, ditambah dilema Kelab. a.K.u pula masih belum sempat untuk fokus semula.
Booth & Mass Gath
Walaupun a.K.u sedikit kecewa, a.K.u tak mahu untuk menyalahkan sapa-sapa. Kerana pada akhirnya a.K.u juga yang sebenarnya bersalah. Gagal untuk fokus & merancang masa sebaiknya sehingga gagal untuk membantu sahabat sebaiknya.
PRK...Pilihan di Tangan Anda....
Seminggu sebelum PRK, sedikit sebanayk a.K.u dapat juga hadir ke mesyuarat & sebagainya. Niat di hati nak membantu dengan sepenuh tenaga. Almaklumlah, calon yang di hantar merupakan orang-orang yang terapat dalam jemaah. Mahu saja bersama mereka 24 jam. Namun, perancangan Allah itu lebih baik. Tugasan pelajaran melampau-lampau banyaknya. Terpaksa korbankan minggu-minggu PRK untuk tugasan yang ada. Rasa bersalah menimpa-nimpa. Tak pernah rasa jauh dengan sahabat jemaah macam ni sekali. Di takdirkan hari Khamis (22 Jan 09)-Hari pengundian, kelas semua di batalkan. Dapatlah a.K.u menemani mereka sepanjang hari. Dapat juga mendengar keputusan pilihanraya kampus di Experimental Hall. Alhamdulillah, seorang dari calon kami menang. Fahmi. Tahniah & Ta'ziah. a.K.u terima dengan hati terbuka biarpun ada perkara-perkara yang menganggu fikiran. Harapnya Allah bantu perjalanan da'wah kami kali ini. InsyaAllah.
Moga gangguan-gangguan yang kami terima kali ini, walaupun pahit, tetap menjadi satu asbab untuk kami terus bersabar & bersemangat meneruskan tugas 'amal ma'ruf, nahi munkar'. Biarlah puak-puak yang terlibat memalukan & menghina kami akan sedar suatu hari nanti bahawa matlamat tidak menghalalkan cara. Harapnya mereka sedar yang 'kuasa' di kampus ni tak ada nilaianya berbanding 'KUASA DIA...'
Subahanallah...moga ditunjukkan jalan....
Janji tak tertunai..
Ya Allah, banyak sungguh janji a.K.u yang tak tertunai minggu ini.
~Janji pada DIA..
~Janji pada diri sendiri
~Janji pada sahabat-sahabat
~Janji dan janji....
Serba salah sungguh....tekanan semakin bertambah bila fikir pasal janji ni....
Akhirnya...perancangan Allah & Agenda Allah lebih & tersangatla baik...
Di akhirnya...a.K.u terpaksa pasrah..Redha yang a.K.u ini hanya manusia biasa yang tak punya apa-apa. Hanya DIA yang boleh beri a.K.u kekuatan itu semula. Tunggu sahaja...dan usaha....
InsyaAllah....
Thursday, January 15, 2009
~aLkisaH...tag.....ape tu?
1. Do you think you are hot?
Tak tergamak nak pk camtu....panas ati tu selalu la jugak....tapi kejap je..Istighfar banyak2....astarfirullahalazim..=P
2.Upload your favourite picture.
3. Why do you like that picture?
4. When was the last time you ate pizza?
Tahun lepas...pi terjah bilik roomate lama..ada pizza atas meja...(langkah kanan)
5. The last song you listened to?
Song....sing a song...ntah..tak ingat....
7. What name would you prefer besides this?
This??? Apakah yang dimaksudkan sebenarnya? (a.K.u copy balik ayat Si Epah...)..ntah... a.K.u pun tak paham gak ngan soklan ni...apa ntah yg dia nak....
Tag 5 people
1) YB Awe (selamat bertanding YB! Chayok2!)
2) Syah (Kekadang kena layan gak benda-benda camni...huhu)
3) Tiqah (Cik REKEP) (sila update blog...hehe)
4) Wan (En. Wataniah pun da lama x update blog kan...?)
5) Yuyi cap limau..
8. Who is No.1?
YB Awe @ Ain Najwa Badrul Amin...dia telah mengajar a.K.u banyak perkara...Thanks ya! Kat Sri Lanka haritu dia ada bagi banyak hadiah...tapi bila da balik Malaysia ni, dia tanak bagi lak...kenapa? kenapa?.....tak paham betol la....
Salah seorang adik yang sangat bersemangat. Banyak berfikir untuk jemaah & sahabat-sahabat da'wahnya...a.K.u kagum denganmu....(n_n)
Yuyi....nama samaran bagi Balqis krn dia sangat sukakan minyak yuyi cap limau...Selalu je terasa macam kena perli ngan a.K.u..haha...emosi tak stabil....dialah antara adik-adik yang paling rapat ngan a.K.u...
11. How about No. 4?
Sahabat seperjuangan semasa di matrik dulu...penah kitorang wat team berhaluan kiri sampai kena marah ngan en.amir masa tu...teringat balik..dia, diba, shida, firdaus, syafa & a.K.u...ni lah 'super team' a.K.u masa kat matrik dulu...(n_n)
12. Who is No. 2?
Syahrir Azfar Saleh.... eh, sape dia ni? huhu...Syah la...ala, syah.....syah yang ala-ala tu....=p
~Adik a.K.u gak ni....merangkap ketua a.K.u... Keje ngan dia ni senang je...kau buat keje kau, a.K.u wat keje a.K.u..no meeting...no bincang...paham2 sendiri..... (anyway, dia agak mudah di ramal...) =D
Wednesday, January 14, 2009
Tabahkah a.K.u?
Semalam…a.K.u menemani seorang adik ke ‘library’ selepas mesyuarat kaderisasi & PRK. Dalam perjalanan pulang, dia berkata;“Saya teringin nak jadi macam K.Dyll…”
“Isk..Kenapa?”
“Ye lah, ada masalah pun boleh senyum & gelak-gelak lagi..kalau saya ni, sokmo serabut memanjang..siap wat muka lagi..”
‘Erk! Camtu ke? Ntah lah…huhu…”
Terkejut juga dengar ayat tu…apa pun, rasanya orang yang melihat lebih bijak menilai…a.k.u nak nilai sendiri pun tak boleh…sbb tak nampak muka sendiri… Walaupun kebiasaannya ‘ribut taufan’ di dalam hati…& kadang-kadang ‘hujan lebat’ tak menentu…ada juga yang memandang a.K.u begitu tabah… Syukur juga…moga orang lain mendapat manfaat darinya… Kadang-kadang, malu juga menjadi diri sendiri…Hmm…Wallahua’lam..
Alhamdulillah…moga hari-hari mendatang lebih indah…untuk semua…~
Monday, January 12, 2009
~aLkiSah...RinTihaN paLestiN & gAza....
Apa yang mereka lakukan ini, adalah salah satu cara untuk menyatakan bantahan terhadap kekejaman yang telah berlaku di sana...
Kebanyakan yang kita lihat....adalah begini...
- Boikot..
- Demonstrasi besar-besaran..
- Bakar KFC...
- Genjatan Senjata?
- Dan segala macam perbincangan baik dari pemimpin-pemimpin dunia, mahupun mereka-mereka yang mengambil berat...
Di sebalik ujian~
Tapi hingga kini, isu Palestin & Gaza tidak juga menunjukkan tanda-tanda akan selesai.. Namun, satu perkara yang kita mampu buat, patut buat tetapi tak berapa nak terbuat adalah…. Bangkitkan kesedaran Pemuda-pemuda Islam…kenalkan mereka dengan Islam yang sebenar..beri peluang untuk mereka dilatih & di didik dengan tarbiyyah Islamiyyah.. Sedarkan mereka bahawa Da’wah itu tanggungjawab…bukan pilihan…Jadikan mereka Pemuda-Pemuda Islam yang dapat berbakti pada Ummah…Kita mungkin tak punya ilmu yang banyak, namun kita yang sedikit ini & punyai sedikit kesedaran, tahamlah kesedaran tersebut dalam diri pemuda-pemuda Islam sekarang… kerana perlu & sangat perlu untuk kita melatih mereka…. Kita mungkin tak punya banyak kuasa, wang atau tenaga…Tapi kita ada Allah…Sesuatu yang tidak patut kita lupa… InsyaAllah…
a.K.u sekadar mahu menyatakan pendapat dari sudut berbeza....(a.K.u juga suka menjadi kakak yang baik...walupun a.K.u bukan yang sempurna....dan tidak pernah sempurna...)
Thursday, January 8, 2009
~kiSah klAsik Utk maSa dEpaN~
~Nak dijadikan cerita...minggu depan baru leh dapat..... setakat ni dapat satu gambar je. Tu pun dari blog Kakak..huhu.. Gambar Abang & Kak Liza, InsyaAllah, minggu depan a.K.u upload..
~aLkiSah hAti~
Ya Allah dengan berkat kalamMu
Dan berkat nabiMu
Luruskanlah hatiku agar agamaku lurus
Betulkanlah hatiku agar ikhlas selalu
Dengan ujian yang menimpa
Ya Allah Tuhan yang mencipta hati
Bersihkanlah hatiku
Agar mazmumahku tidak merosakkan agamaku
Dan juga tidak merosakkan kehidupan orang lain
Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati
Kuatkanlah hatiku agar keyakinanku tidak berubah
Supaya aku sentiasa tabahTuhan,
Engkau rasakanlah hatiku sentiasa bersamaMu
Supaya aku rasa ada kawan melindungku
Agar aku tak rasa sepi dalam hidupku
Aku merasa malu melanggar perintahMu
Dan aku sentiasa siap siaga Menunaikan suruhanMu
Ya Allah,
Tuhan yang menjaga hati
Baikilah hatiku
Agar seluruh hidupku menjadi baik
Supaya tidak khianat dan tidak hasad
Dan tidak berdendam sesama manusia
Tuhan, limpahkanlah ke dalam hatiku
Ilmu dan hikmah
Hingga aku dapat menyuluh hati
Dan menyuluh kehidupanku
Supaya lahir batinku bersyariat
Agar lahir hatiku menjadi taat
Ya Allah, ku harap Engkau kabulkan doaku ini...ameen...
Tuesday, January 6, 2009
Tuhan...a.K.u rindukan d.i.A....
d.i.A yang dahulu setia...
Teman dikala berduka,
Teman berbicara...
Ntah kenapa..
Bila d.i.A depan mata,
a.K.u seakan terlepas pandang padanya,
Bila d.i.A tak ada,
a.K.u teringat kisah lama,
Tuhan...a.K.u rindu....
Pada d.i.A,
Kata-katanya,
Nasihatnya,
Pujukannya...
Ku doa..
Moga d.i.A sentiasa bahagia...
Moga d.i.A jumpa apa yang dicarinya,
Moga d.i.A terus tabah menjalani kehidupannya..
Moga d.i.A bahagia, tunduk di sisi-NYA..
~Syukur, KAU temukan a.K.u dengan d.i.A....Alhamdulillah...
~dan Syukur..KAU pisahkan a.K.u dan d.i.A...Alhamdulillah...
(segalanya punyai hikmah yang nyata....)
~aLkiSah...hAti...

Kata-kata ini a.K.u selalu sebut pada diri. Sedar bahawa hati ini terlalu lemah. Maka a.K.u pujukkan dengan hakikat sebenar akan hati itu sendiri. Ia raja. Akal, penasihatnya. Jika penasihatnya buruk, buruklah hatinya. Akal memimpin hati memilih jalan. Akal yang terdidik memimpin hati menuju TUHAN. Dan tubuh badan ini, askarnya. Setiap perbuatan yang terlahir dari anggota tubuh, merupakan imbasan atau cerminan hati si pelakunya...Bila hati di didik dengan kebaikan. InsyaAllah, baiklah kesannya dan sebaliknya jika dididik dengan keburukan, maka buruklah perlakuanya...Subahanallah...begitu sempurna ciptaan-NYA...
Apapun, entri kali ini akan banyak menyentuh soal hati...
~Alkisah Hati
Kenapa hati sakit…?
Terdapat dua punca utama sakitnya hati. Yang pertama, kerana nafsu yang berlebihan. Nafsu ini boleh sahaja bermaksud keinginan, kehendak ataupun harapan...(anda boleh beri maksud sendiri mengikut ilmu yang anda ada). Adapun bila nafsu ini berlebihan & tidak tertunai, maka sakitlah hati yang berkeinginan kepadanya. Sebagai contoh, Pak Abu memiliki sebuah kereta yang sangat mewah, cantik dan besar. Jirannya Pak Ali sangat berkenan akan kereta tersebut, Tetapi nak dijadikan cerita, Pak Ali ini sangatlah tidak berkemampuan. Makanya, sakitlah hati Pak Ali kerana nafsunya yang tidak tertunai. Selepas itu.....(anda fikirlah sendiri...). Rasionalkan kisah anda dengan situasi semasa. Sedikit 'homework' untuk pembaca entri ini. Hehe.
Adapun sebab yang kedua kenapa hati menjadi sakit adalah kerana kurangnya makanan jiwa. Makanan jiwa bagi manusia adalah iman. Iman ini, andai terkurang sedikit pun, dengan mudah ia akan menyakitkan hati & mengecewakan si pemiliknya. Ia berkaitan juga dengan konsep pergantungan hati pada pemiliknya yang sebenar iaitu. "Hati ini walaupun berada di dalam jasad kita, tetapi ianya bukan milik kita". Jadi, untuk memendekkan cerita, makanan bagi hati adalah iman. Meyakini bahawa hanya tiada Tuhan yang layak untuk disembah melainkan ALLAH dan meyakini bahawa DIA adalah pemilik alam dan seluruhnya. Kefahaman seseorang tentang hakikat ini, akan meminimumkan rasa 'sakit hati' nya apabila apa sahaja yang di ingininya di dunia ini tidak tertunai. Subahanallah.
InsyaAllah, pada entri yang seterusnya, akan di ceritakan pula bagaimana caranya untuk mengubati hati yang sakit..
Wallahu'alam...
HOME
I walked across an empty land I knew the pathway like the back of my hand I felt the earth beneath my feet Sat by the river and it made me c...
-
Bismillahirrahmanirrahim. My biggest fear is.... betrayal.. I'm sorry i trust too much. Never again.
-
Bismillah... Mantan Untuk kali keduanya. a.K.u sudah bergelar mantan. Alhamdulillah. Dari satu sisi, a.K.u beryukur atas peluang yang diber...
-
Bismillah. Seminggu dalam kenangan. 12-13 Mac 2010 [Destinasi:Kuantan,Taman Pertanian,Teluk Cempedak, Sekilau] Siapa boleh tahan. Kumpul ra...


