Wednesday, March 30, 2011

Tugasan.

Bismillah.


Minggu ini, Cikgu Ritini beri tugasan untuk menulis surat kepada sahabat. Sama ada menulis mengenai pengalaman kesukarelawanan, kisah tokoh atau apa-apa sahaja.

Pada mulanya saya ingin menulis surat untuk orang 'itu'. Tetapi memandangkan hubungan dengan orang 'itu' yang masih kurang stabil, saya lupakan sahaja. Lagi pula belum tentu orang 'itu' ingin membacanya.

Apapun, sedikit pesanan untuk orang 'itu', saya sentiasa berdoa agar Allah memberi kekuatan untuk saya berusaha menyelesaikan segalanya. Dan kerana saya sedar doa sahaja tidak cukup, mungkin masa akan membantu usaha saya nanti. InsyaAllah.

Berbalik kepada tugasan tadi, ini adalah surat yang saya tuliskan untuk seorang sahabat:

"Bismillah. Assalamualikum w.b.t. Apa khabarmu di sana? Aku disini sihat seperti selalu. Cuma terlebih makan tempe sahaja. Kegemaran kita waktu kecil-kecil dulu. Pasti kau sedang merindui aku kan? Iya, aku faham. Tapi aku merasa pelik kerana aku tidak pula merindui kau. Kenapa ya? Mungkin kerana terlalu sibuk perihal tugasan-tugasan di pejabat. Di tambah lagi perlu menulis surat ini kepadamu pula. Maaf, aku bukan merungut, hanya meluah rasa. Kan fungsi sahabat itu untuk mendengar? Jadi, kau baca saja apa yang aku tulis ini. Kalau tak faham boleh tanya.

Berbalik kepada tugasan asal, aku cuma ingin menceritakan kepada kau prihal kerja aku di pejabat. Aku akan cuba bercerita sehabis baik agar kau tidak bosan. Percayalah.

Pertamanya, aku bekerja di Gombak. Alamat pejabat aku di Kampung Tengah. Kalau kau mahu ziarah pejabat aku, kau naik sahaja teksi dari Stesyen LRT Taman Melati dan katakan kau mahu ke simpang tiga, Gombak. Pak Cik teksi itu pasti akan hantarkan kau berdekatan dengan pejabat aku. Sekali lagi, percayalah.

Keduanya, aku bekerja sebagai Setiausaha Kerja bagi Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Sebuah NGO yang kepimpinanya dibarisi oleh golongan pelajar. Boleh kau bayangkan? Kalau tidak, sila beritahu. Seterusnya PKPIM ini sudah pun berusia 50 tahun. Separuh dari umur kita. Aku harap kau tidak terkejut.

Ketiganya, selain bertugas sebagai Setiausaha Kerja, aku juga adalah salah seorang exconya. Berjawatan Penolong Setiausaha 2 tidaklah membuatkan aku bangga melainkan takut. Takut andai tugasan yang banyak tidak mampu aku jalankan sebaiknya. Manakan tidak, kegagalan melaksanakan amanah bukan sahaja di tanya orang di dunia, pasti diakhirat nanti Allah juga akan bertanya. Kerna itu juga aku mengharapkan setulus doa kau untukku disini.

Keempat, selain membuat kerja-kerja pejabat, aku juga di dedahkan dengan pengalaman yang lebih luas antaranya menganjurkan program-program kemasyarakatan, siri latihan, usrah dan sebagainya. Aku juga terlibat dengan kerja-kerja kesukarelawan di peringkat antarabangsa melalui perkenalanku dengan Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD). Waktu kau membaca ini pasti mata kau jadi bulat kerana tidak percaya, kan? Percayalah, aku ini temanmu yang sama-sama main guli waktu kecil-kecil dulu. Sekarang sudah tidak sempat bermain guli kerana sudah sibuk bekerja.

Kelima, aku sangat bersyukur berada disini. Memang aku pernah pulang ke kampung tempoh hari selama sebulan dan menjalani hidup sebagai peniaga kuih sewaktu Ramadhan. Kau sendiri sudah ketemu aku kan waktu solat terawikh di surau hari itu Jangan kau tidak mengaku kerana waktu itu sahaja aku bertemu kau. Baiklah, aku teruskan cerita. Di sini walaupun di pandang kehidupanku ini susah, gaji tak banyak, harta tak ada, tapi aku tenang dan puas hati. Tenang kerana di kanan dan kiri ramai orang yang bisa menyokong kehidupanku ini. Maksud aku, di medan ini. Bukan Medan di Indonesia itu, tetapi medan yang ku panggil jalan perjuangan ini. InsyaAllah.

Maaf sudah bikin kau ngantuk. Jadi aku terpaksa hentikan penulisanku ini agar kau dapat berehat dan tidur nyenyak. Semoga kau faham isi surat aku ini kerana seperti yang aku sudah sebutkan tadi, aku menulis surat ini kerana di suruh oleh Cikgu Ritini. Kau tak kenal? Tak apa, nanti aku kenalkan pada kau cikgu aku yang manis ini.

Akhir kata, semoga kau dapat tidur nyenyak malam ini. Selamat malam.

Wallahu'alam.

Friday, March 25, 2011

h.u.t.a.n.g

Bismillah.

Rupanya manusia benar-benar hidup untuk membayar hutang.
Tak kisahlah hutang sesama manusia,
atau yang lebih besar lagi hutang dengan Tuhan.

"Posisi harta dalam Islam sama dengan posisi kemiskinan: sebagai ujian bagi manusia. Dengan kekayaan orang bisa masuk surga sebagaimana dengan kekayaan pula orang bisa masuk neraka. Dengan kepapaan orang bisa masuk surga sebagaimana dengan kepapaan pula orang bisa masuk neraka. Semuanya ujian!"
[dipetik dari wall 'Shalat Malam' di FB]

Ya, apa pun semuanya ujian.
Ujian iman.
Kaya dan berharta pun ujian,
Miskin dan papa juga ujian.



Dan Iman, dek kerana ia sebenarnaya adalah harta yang paling berharga,
Maka untuk menjaganya adalah perkara paling susah dalam hidup.

Kalau jaga Iman macam jaga kambing, ah, senang sangat.
Tapi ingatlah, para Rasul dan Anbiya menjaga Iman dengan semua yang mereka ada,
sekaligus dengan nyawa.
Subahanallah.

Akhir, jangan lupa berdoa dan selalu minta pada Allah.
Yakinlah Allah lebih tahu dan DIA sahaja yang mampu untuk membantu.. :)


Moga Allah perteguhkan iman kita & semoga Allah membantu kita untuk membayar segala hutang piutang dunia [InsyaAllah] dan hutang kepada-Nya yang mustahil kan terbayar tu.. Ameen..


:: Yok jaga iman... (n_n)v

Wednesday, March 23, 2011

Untuk yang tersenyum..

Bismillah.


Usai Retreat Exco dua minggu lepas,
mungkin ada beberapa perkara dirasakan kurang.
Apatah lagi dengan ketiadaan beberapa exco penting.

Pulang dengan sedikit terkilan, sahabat saya pesankan,
pasti ada hikmah Allah menetapkan begitu.

Malam tu, saya dengan sekali lagi muhasabah diri.
Mungkin ada usaha yang kurang.
Mengadap gambar-gambar dan video sepanjang retreat &
di edit sebagai kenang-kenangan antara kami,
Akhirnya cuma satu perkara yang saya perlukan dan mahukan dari semua.

Iaitu.
Senyuman.

Dan itu yang saya usahakan kala ini.

Saya sedar, kami kini diasak ujian kanan dan kiri.
Bila seorang jatuh, perlu ada yang lain untuk bangunkan kembali.
Bila ada yang tertinggal, perlu ada yang menarik tangan mengiringi.
Bila ada yang terjauh, perlu ada yang mendekati..

Allahurabbi.
Hikmahnya, tika itulah Tuhan menyatukan hati kami.
Alhamdulillah.

Terngiang kata-kata sahabat juga malam tadi sewaktu usrah:
"Kalau Allah redha dengan kita dan apa yang kita buat, pasti Allah satukan hati-hati kita semua. Kerana walau bagaimana pun usaha kita untuk bersatu, hati itu tetap Allah yang jaga. Allah yang menyatukannya."

Moga disatukan hati kami kerana-Mu Ya Allah.
Ameen.

[Yakinlah, kerana Allah sentiasa ada untukmu.]


:: Rujuk Al-Anfal ayat 60-66

Wednesday, March 16, 2011

Alkisah Tariq B. Ziyad...


Bismillah.


Adapun di ceritakan, yang dinamakan Panglima Tariq Bin Ziyad itu
gagah sekali orangnya.
Ilmu kepahlawanannya tinggi.
Ilmu agamanya juga.
Pada Allah sahaja dia berserah segala.
Memang wajarlah Musa Bin Nusair melantiknya sebagai ketua angkatan perang ke Sepanyol.
Spain orang putih kata.

Lalu dipilih oleh Panglima Tariq akan askar-askarnya.
Apatah terlalu ramai yang mahu mengikut, maka Panglima mengadakan undian.
Dua soalan cepucemas Panglima beri.
"Siapa antara kamu yang pernah meninggalkan sembahyang fardu dipersilakan duduk?"
"Siapakah antara kamu yag pernah meninggalkan solat witir dipersilakan duduk?"
Dan mereka yang tinggal itulah yang Panglima pilih.

Jika mereka itu kita.
Layakkah agaknya kita ini menjadi askar-askarnya ya?
Askar yang mendamba syahid lillah.
Hmm..Allahu'alam.

Tiba di Giblartar [Owh, saya suka nama ini.]
Di kisahkan pula bahawa daripada menjadi askar peninjau,
akhrirnya Panglima membuat keputusan untuk menggempur musuh.
Kerna musuhlah yang menyerang mereka terlebih dahulu.

Setelah dibakarnya kapal-kapal yang membawa para askar.
Panglima berpidato:

"Saudara-saudara, di belakang kita laut, di hadapan kita musuh.
Kita tidak akan dapat melarikan diri. Demi Allah, kita sampai ke sini demi syahid atau mencapai kemenangan. Demi Allah jika kita berundur, lautan akan menengelamkan kita. Sekiranya kita mara, musuh sedang menanti. Kita tidak memiliki apa-apa selain senjata di tangan. Seandainya kita tewas, nama baik kita tercemar. Tuhan juga mencabut rasa gementar di hati musuh dan mereka berani pada kita. Sebaliknya Tuhan mencabut rasa berani di hati kita bertukar rasa takut kepada musuh. Pertahankan jiwa kalian."

Ah, perkataan 'pertahankan jiwa kalian' itu, bergema dalam diri saya berkali-kali.
Cukup sekadar itu rasanya untuk saya ceritakan perihal Panglima Tariq ini.

Yang pasti, saya menggagumi hebatnya Panglima Tariq ini,
bukan kerna badan yang sasa, tapi jiwa yang gagah perkasa.

Teringat pesan Ustaz Bonang [Ustaz yang mengubati ayah saya],
katanya, "Jiwa yang kuat mampu menggerakkan badan yang lemah. Dan jiwa kuat itu hanya terdapat pada manusia yang jiwanya benar-benar tergantung pada DIA."



:: Allahu'alam...

Tuesday, March 15, 2011

Rumi...


Bismillah.

Water that's poured inside will sink the boat
While water underneath keeps it float
Driving wealth from his heart to keep it pure
King Solomon preferred the title 'Poor':
That sealed jar in the stormy sea out there
Floats on the waves because it's full of air,
When you've the air of dervishood inside
You'll float above the world and there abide...

~Mevlana Rumi "Matsnawi"


:: Fikir dalam zikir...

Wednesday, March 9, 2011

Saktinya DIA~

Bismillah.

Alhamdulillah. 4-6 Mac 2011.

Saktinya DIA dia menempatkan saya di Kem SAKTI V biarpun awal yang sebenarnya dengan separuh jiwa. Maafkan saya kerana tidak banyak membantu malah lambat hadir.

Antara perkara paling besar yang saya belajar sepanjang SAKTI V adalah kadang kala awlawiyat (keutamaan) itu bukanlah apa yang kita mahu, tapi apa yang kita perlu. Sama ada apa yang perlu kita buat, atau kita yang memerlukan.

Saya juga belajar, sebagai seseorang yang sudah di didik (tarbiyyah) dengan sangat banyak bertahun di dalam jalan da'wah, sekarang bukanlah masanya untuk berasa selesa malah sebenarnya terlalu banyak tanggungjawab menanti untuk di tanggung. Agar bisa menjawab ketika di sana nanti. Allahu.[Amanah bukan bebanan].

Saktinya DIA juga mendampingkan saya bersama insan-insan terpilih yang bukan calang-calang hebat. Abang Din dan Kak Tini yang saya hormati. Sahabat seSAKTI-Hakim, Shazni, Epah, Fizi, Awe, Ziha. Terima kasih. Banyak pengajaran untuk kita kali ini. Kan?

Buat peserta-peserta SAKTI V yang maha hebat tepuk saktinya itu, teruskan perjuangan kalian di dalam GPTD dan dakwah. Sedikit puisi untuk mereka-mereka yang selalu bertepuk sakti itu:

Kesaktian apakah yang paling sakti melainkan saktinya DIA?
Yang menemukan kita tanpa duga,
Yang mempersahabatkan kita tanpa pinta,
Yang menyatukan hati-hati kita tanpa bicara..

Kesaktian apakah yang paling sakti melainkan saktinya DIA?
Menyatukan jiwa-jiwa,
Memberi faham dan ilmu pada kita,
Menempatkan kita kekal di jalan-Nya,

Dan hati..
Moga tenanglah ia mensyahadatkan kesaktian-Nya,
Mengakui kebesaran dan keagungan-Nya,

Dan hati kita,
Marilah terus bicara..
Maha saktinya DIA..
Subahanallah..
Alhamdulillah..

Wallahu'alam.

Tuesday, March 8, 2011

I have a dream..[should i?]

Bismillah.


Bismillah.

I need a new dream.
Although I’m not a dreamer.

A new life to begin.
A new mountain to climb.
Facing realities & new challenges.
Facing life & hardship.
With all ups and downs.

Paying for the past.
Enjoying the future.
Learning mistakes.
Doing right things.
Crying of sickness.
Laughing of happiness.
Struggling for success.
Here and there.

I really need a new dream.
I beg for it.

Allahu’alam.
He knows best.

Monday, March 7, 2011

Do u still hate me?


Bismillah.

Terkadang, saya sangat mahu untuk tanyakan pada dia.
"Do you still hate me?"

Namun dalam apa jua kejadian pun,
saya akan terdiam.
Jadi bisu.

Saya cuma mahu mengulang-ulang cakap.
"Maafkan saya untuk segalanya dan selamanya...."

Saya bukan manusia yang hidup tanpa rasa.

Wallahu'alam.




:: Maafkan saya...

Book list...

Bismillah.

Sudah selesai semuanya...
Alhamdulillah..

Sila klik disini.

Maria.
Pergolakan tiga penjuru.
Islam-Kristian-Ateis.

Terakhir.




:: Wallahu'alam..

HOME

I walked across an empty land I knew the pathway like the back of my hand I felt the earth beneath my feet Sat by the river and it made me c...