Bismillah.
Kelas Fotografi
Kelas VideografiHari ke tujuh. Tanggal 7 November 2010. Suasana pagi dingin dengan hujan renyai-renyai membelai tidur. Seperti biasa, waktu Subuh masih juga kurang lebih jam 3.50 pagi. Walau malas-malas, ibadah wajib takkan sekali-kali ditinggalkan. Solat berjemaah di surau persantren sangat menenangkan. Hari ini berimamkan santri seperti semalam. Satu latihan untuk santri-santri barangkali.
Usai Subuh, Abah atau Kiyai Sjafi’ie (disebut Syafie’) memberikan sedikit tazkirah buat para santri dan ingatan kepada kami juga secara tidak langsung. Hidup sebagai santri disini, tidaklah seperti di pesantren lain yang agak ketat kawalanya. Lagipula santri di sini tidak tinggal di pesantren melainkan di rumah masing-masing yang tidak jauh dari persantren. Ini kerana di pesantren ini tidak menyediakan asrama untuk para santrinya.
Pagi ini dua agenda penting berjaya dijalankan iaitu Kelas Fotografi oleh Zulfadhli dan Kelas Videografi dari Anuar. Melihat semangat adik-adik mempelajari kemahiran fotografi dan videografi, menambah ria kami. Malah ketika sesi tugasan, saya dan Hani sempat mengikuti telatah mereka mengambil gambar dan video untuk dinilai oleh pengajar. Untuk tugasan fotografi, mereka diminta untuk mengambil gambar menggunakan ‘mode’ manual manakala untuk tugasan videografi mereka telah diminta untuk membuat dokumentari mempromosikan pesantren Dakwah Bil Hal ini. Seronoknya melihat adik-adik ini melatih diri dengan kemahiran baru terkadang agak lucu. Dengan gaya posing masing-masing untuk diambil gambar hinggakan gaya mengambil gambar sangat memeriahkan suasana. Tengah hari itu sesi berakhir dengan senyuman dan gelak ketawa adik-adik pesantren. Malah ketika makan tengahari pun mereka masih mahu mengambil gambar dan video. Kami hanya mampu tersenyum senang.
BaksoUsai makan tengah hari, kami mengambil masa untuk berehat dan menyiapkan tugasan serta travelog yang tertangguh. Sebelum asar, kami ke ‘warnet’ (warung internet-hanya En.Su dan Izzat yang melayari internet) untuk menghantar laporan dan berita ke Malaysia. Kami yang lain, menunggu sambil merasai bakso di kedai berdekatan (saya kira ini antara aktiviti yang merapatkan ukhuwwah antara kami. Kisahnya, biar kami sahaja yang simpan).
Selepas makan malam, para santri (adik-adik) meminta untuk berbual-bual disurau sebelum kami meneruskan perjalanan lewat malam ke Semarang dengan kereta api. Malam ini, kami berhabis taaruf dan berbual hingga menyentuh hal-hal kehidpan adik-adik. Rasa gembiranya mereka menerima tetamu dari Malaysia, senangnya melayan keperluan kami dan betapa sedihnya mereka kerana belum puas untuk berbual dan berkongsi kisah bersama kami. Dan malam ini, kami telah didengarkan setiap harapan adik-adik yang rata-rata sudah tidak menyambung belajar akibat kesempitan wang. Masing-masing masih punya impian untuk menyambung pengajian dalam bidang yang diminati. Hati saya bergetar saat mendengarkan semuanya. Sedih dan kasihan mungkin. Andai saya mampu, pasti dibantu semuanya. Detik dihati, walau saya tahu ia mustahil. Saat itu jga terfikirkan betapa bertuahnya menjadi diri yang mendapat kehidupan yang serba mudah. Ia benar mengajar saya menjadi manusia bersyukur. Alhamdulillah.

Saya takkan mampu melupakan Abah, Mak, Riyanto, Donny, Totok, Iyan, Billy dan lain-lain. Bantuan mereka, waktu-waktu bersama, malah semua kenangan di Cirebon juga. Bumi yang cantik, aman dan damai itu. InsyaAllah.
Selepas solat Marghrib berjemaah, Abah meminta para santri dan santriwati untuk berkumpul di surau untuk sebuah majlis kecil untuk kami yang akan berangkat ke Semarang beberapa jam lagi. Menjelang jam 10, kami dilanda kesedihan. Hujan renyai-renyai yang tidak mahu teduh sejak pagi mengiringi perjalanan kembara kami ke Semarang. Hujan yang sama melanda hati kami dan warga Pesantren Dakwah Bil Hal. Moga Allah memberkati adik-adik saya disana, juga buat Abah dan Mak. Ameen.

Malam ini, pengalam pertama kami menaiki kereta api dari Cirebon ke Semarang. Dengan barang yang berbondong-bondong dan kesedihan meninggalkan bumi Cirebon, langkah dikuatkan. Misi harus diteruskan. Hanya Allah penentu akhir langkah kami. InsyaAllah.
:: Semarang..kami datang..