Friday, November 27, 2009

Setiap saat yang berharga~

Bismillah.

Generasi ke-2
Antara tempat utama yang akan a.K.u tuju bila a.K.u dilanda masalah-masalah peribadi.
Sungguh, kami tidak punya masa yang banyak untuk bersama.
Tapi cukuplah sejarah itu mempertautkan hati-hati kita untuk terus bersama.

Hati kami pecah.
Saat aku sedang menjalankan oprasi mencipta blog Gen-2,
tiba-tiba a.K.u dapat panggilan dari seorang adik (Hanis zakaria).

"Kak, Kak Diba kemalangan"
a.K.u tergamam.
Saat Hanis ceritakan keadaan yang berlaku,
a.K.u macam antara percaya atau tidak.

Selepas telefon diletakkan.
a.K.u terfikir sejenak.
Menimbang-nimbang berita yang baru a.K.u terima.
Hati a.K.u hampir pecah.
a.K.u hubungi Hanis sekali lagi untuk kepastian.
Hubungi Balqis juga.
Malam itu, a.K.u sampaikan berita tersebut pada sahabat-sahabat
batch yang lain.
Benar, hati kami sama-sama pecah.
Adibah Ali.
Ini gambar-gambar saat awal kami berkenalan.
Berkenalan di program.
a.K.u hormati dia.
Sangat berkarisma.
Sangat komited dan bertanggungjawab.
a.K.u sayang dia.
Sangat sayang.
Sebab dia pernah hulurkan tangan waktu a.K.u menangis lama dulu.
Kemanapun a.K.u.
Generasi a.K.u tetap disitu.

Kemalangan di Tampok, Benut.
Saat dia baru habis Program KPIJ (Jambori).
Patah dua kaki & dan tulang pinggul.
Luka di kepala.
Ya Allah.
Beri kekuatan pada saudaraku ini.
(+_+)


Titian Wahyu.

Cuma 1 je gambar yang mampu a.K.u edit dan upload saat ini.
InsyaAllah. Lain kali mungkin a.K.u akan upload lagi.





:: Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). (1) Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). (2) Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).(3)
[al-Kauthar: 1-3]


:: Salam Eid Adha buat semua.
Sudah di hadamkan kisah pengorbanan para Rasul dan Anbiya' lama dahulu.
Di manakah pengorbanan kita saat ini?
Untuk Islam, Ummat & persediaan diri sendiri di sana nanti.
Moga Allah tetapkan hati kita kekal di jalanNya..Ameen..

Wednesday, November 25, 2009

Induksi Titian Wahyu sesi 2010


EMAS Management Board 2010.
(Habib, Zahin, Non, Hanis, Nadia & Mieza)

Bismillah.


Hmmm..

a.K.u sangat jarang bercerita tantang program yang pernah a.K.u ikuti rupanya.

Mungkin sebab malas menulis & banyak sangat yang nak diceritakan.

Tapi..

Untuk kali ini.

a.K.u hidangkan juga kisah ini.

Untuk tatapan pembaca.

Dan untuk diri a.K.u sendiri untuk masa-masa yang akan datang.

Sebab a.K.u sangat terkesan dengan induksi kali ini..

Sentimental tahu!

(n_n)v


Awalnya.

a.K.u sangat berbelah bahagi antara keluarga, diri & induksi.

Malas la nak cite panjang.

Tapi a.K.u pergi dengan rasa ikhlas yang tidak sempurna.

Atas dasar tugasan & tanggungjawab cuma.

Turun naik emosi a.K.u sepanjang program,

Waduh!

Tuhan saja yang tahu.

Tapi a.K.u cepat sedar.

Masih mampu mengutip sisa-sisa ikhlas & hikmah.

Walaupun a.K.u x berani nak mengaku.

& tak tahu adakah a.K.u benar ikhlas atau tidak.

Ikhlas itu kan ‘gelap’.

(Kau sendiri pun tidak tahu)


Fokus!

Kami (Syah & Paan), mulakan perjalanan sekitar jam 9.30 malam.

Yang lain sudah di sana.

Terus ke PD.

Singgah makan & teruskan perjalanan.

Terlajak juga hampir ke Teluk Kemang.

Sesat dalam 30 min.

12.30 pg.

Kami benar sudah di destinasi.

Alhamdulillah.

Tidak terus tidur, mesyuarat hingga jam 3.30 pagi.

(Syah, Paan, Adrian, Tirah...Mantap seh!)

Lalu...hangus qiyam~

(+_+)!


Subuh berjemaah & tazkirah.

Pagi itu, hujan renyai-renyai~

Namun redah juga ke pantai sebentar untuk riadhah.

Walaupun a.K.u tak tahu la modul apa yang a.K.u karutkan.

(Dengan emosi yang macam roller coster~)

Dilayankan je~

Hingga.

a.K.u mengambil beberapa waktu untuk bersendiri.

Namun Allah itu tahu kan apa yang hambanya perlukan.

DIA..tidak sekalipun membiarkan a.K.u keseorangan.

Tiap kali a.K.u menyisih, pasti ada yang hadir menemani.

Tanpa sedar bahawa a.K.u sebenarnya ingin bersendiri.

Namun setelah beberapa kali.

a.K.u sedar a.K.u sedang ‘ditegur’.

Subahanallah.

Cukup untuk a.K.u luruskan kembali hati.

Pacakkan keWAJAan diri.

Syukur.


Petang.

Sesi merancang dan berbincang.

Selepas marghrib.

Sesi BBQ & santai di tepi pantai.

(Saat a.K.u temukan jawapan)

Alhamdulillah.

Selasa. Pagi yang indah & cerah.

Operasi ‘Treasure Hunt’ yang sudah di komplotkan a.K.u, Ainun & Paan.

Sangat best bagi a.K.u.

Dari sesi sorakan, denda, kepit belon & korek pasir berjalan lancar sehingga....

‘Treasure’ terakhir yang ditanam tidak dijumpai~

Hampir sejam lebih menggali.

Termasuk kami yang menanam ‘treasure’ tu awal-awal lagi terpaksa membantu.

Sebab kami pun lupa kat mana kami tanam ‘treasure’ tu. Huhu.

Di sini ukhuwwah & sabar kami teruji.

Mujur.

Semuanya ‘gila-gila’ belaka.

Dengan semangat setia kawan yang tinggi &

Rasa tanggungjawab.

Alhamdulillah.

Selesai.

Walaupun rupanya ada 1 lagi ‘treasure’ tidak dijumpai.

Hurm...

Tapi...

Secara rasionalnya.

Inilah reality yang akan dihadapi nanti.

Sebagai satu persatuan,

Kerjasama, kefahaman & rasa tanggungjawab itu perlu.

Halangan pasti akan ada.

Pelbagai kerenah & sikap akan dapat dilihat dari masa ke semasa.

Ancaman dalaman & luaran.

Yang pastinya akan sangat menguji semua.

Makanya.

Persediaan itu perlu.

Sangat perlu.

Selesaikan hal-hal asas.

(Ukhuwwah, kefahaman, perancangan teliti dll.)

Agar nanti pergerakan persatuan bisa bertahan dalam apa juga keadaan.

InsyaAllah.


Untuk semua kepimpinan baru Titian Wahyu 2010.

a.K.u...amat bangga sama kalian.

Moga Allah membantu tugas da’wah kalian.

Jika tidak di balasNYA di sini.

Moga di balasNYA di sana nanti.

Ameen.


Akhir sesi kami.

Mandi laut dan main 'banana boat'.

Pertama kali untuk a.K.u.

(n_n)v

Syukur, Alhamdulillah.

Induksi berakhir dengan baik.


Balik kami singgah di Nilai sebentar sambil lepak-lepak di Kopitiam (Giant).

Untuk team EMAS, setelah berpisah mengikut jalan masing-masing,

sempat juga berjumpa semula di Mencongkam lewat jam 9 mlm.

Korang mmg best!

Siyes!


Syukur. Alhamdulillah.



Dari kami mantan-mantan yang sangat sayangkan TW & Biro EMAS~

Kami doakan yang terbaik..

Jangan lupa panggil kami kalau ada program ya!

Ikhlas: Paan, Dyll, Ainun =)



To Ainun: Kisah air laut sampai ke daput tu....rahsia kita saja ya...hehe...=p





:: To tuan Presiden, sokongan padu dr k.dyll yg comel & muda....InsyaAllah..=)

Chayok2! ngeh2...=p

Saturday, November 21, 2009

Dua puluh Empat jam buat kita~


Bismillah.

Hari itu.
Allah telah takdirkan kita bersama.
Entah apa yang mengusik hati kita.
Yang kita tahu,
kita perlu bersama.
Dan kita sangat bahagia bila bersama.
Walaupun hati kita masing-masing,
ada terselit derita.
Dan derita itu,
hilang.
Seakan terbang melayang.
Bila kita tuturkan kata bicara.
Kerenah-kerenah jujur dari setiap satunya.
Lawak-lawak bodoh dari a.K.u pastinya.
Bikin kamu berdua mahu ketawa.
Walaupun payah.
Sebab kena tahan dari ketawa kuat-kuat.
Sakit kau kata.
Biarlah.
a.K.u kata.
Diam. Dia.
Haha.

Tapi kita tetap suka.
Habiskan masa.
Sambil melayan 'fb' dan blog masing-masing.
Bertukar-tukar 'turn'.
Kerana a.K.u tak bawak laptop.
Korang bagi pakai laptop masing-masing.
a.K.u terharu tahu!
Walaupun a.K.u dah biasa.
Eheh.

Dan tak lupa.
Wajah-wajah kamu bila a.K.u berbicara.
Lagak bagai si motivator.
Yang kamu sangat bersemangat untuk mendegar kata-katanya.

Dan yang mahal bagi a.K.u.
Bila dengan sesuka hati.
a.K.u bantai kamu dengan bantal.
Sebab kamu banyak sangat tanya.

Dan a.K.u suka bila muka kamu.
Khusyu' dengar a.K.u bercerita.
Sampai tak berkelip mata.
Walaupun sebenarnya dah bosan dengar satu nama.
Yang a.K.u ulang-ulangkan setiap masa.
(n_n)v

Time nak tidur.
Kita berhimpit.
Dan bertukar 'turn' juga.
Semata-mata.
Kasih dan kasihan.
Tapi a.K.u.
Tido juga tak sedar diri.
Hurmm...

Esoknya.
a.K.u & dia.
Keluar melaksanakan amanah.
Sampai ke petang.
Tapi baliknya itu, menjanjikan sesuatu.
Walau dalam penat.
Kita gagahkan.
Melepak di tasik.
Melintasi hutan.
Kita seronok.
Melayan alam.
Sambil 'snap-snap' gambar.
Kekadang terliur nak main kayak.
Tapi kita mampu tengok je.
Sebab kita pemalu.
Hehek.

Kita terpisah petang itu.
Dengan hati yang puas,
dan rindu.





Sisi diri.
Untuk kali pertama.
Dalam hidup a.K.u.
Punya perasaan yang sangat berbeza.
Subahanallah.
Allah itu Maha Tahu kan?
DIA titipkan rasa cinta.
Yang a.K.u harap sentiasa mekar hingga ke syurga.
Ameen.




:: a.K.u takkan lupa Dua Puluh Empat jam itu sampai akhir hayatku!

Friday, November 20, 2009

Kisah kita~

Dua Puluh Empat jam buat kita.
MySpace

Bismillah.
Mari a.K.u kabarkan di sini.
Dua lagi sisi hidup a.K.u kala ini.
Tapi kali ni a.K.u buat ala-ala pantun pulak.
Menarik kan?
Eheh, perasan je ko ni Dyll.
haha.

Nadyllna nama diberi.
Buat perangsang dikala sunyi
Bila sendirian teringat dihati
Walau jauh tetap dikenangi

Bila bersama berhari-hari
Bergelak ketawa memecah sunyi
Berjalan bertebaran kesana kemari
Malah berkongsi tangis dan rahsia hati

Jajan dan asam menjadi pilihan.
Buat juadah waktu perbualan.
Kadang terlebih, kadang terkurang.
Apapun yang penting, hati kami girang.



Ahakz!
Sengal sungguh rasa pantun-pantun ini.
Lawak tak?
Hahaha.
*Tak?
Apasal a.K.u gelak berguling!
haih~






::Behave Dyll..Behave!




Monday, November 16, 2009

Level of Love~ ♥

LEVEL OF LOVE BASED FROM AL-QURAN
www.iluvislam.com
lart_ieha
editor: azzahra_solehah



Menurut hadis Nabi: Orang yang sedang jatuh cinta, cenderung selalu mengingat dan menyebut orang yang dicintainya (man ahabba syai’an katsura dzikruhu).

Sabda Nabi: Orang juga bisa diperbudak oleh cintanya (man ahabba syai’an fa huwa `abduhu).

Sabda Nabi juga: ciri dari cinta sejati ada tiga -
(1) lebih suka berbicara dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain,
(2) lebih suka berkumpul dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain, dan
(3) lebih suka mengikuti kemahuan yang dicintai dibanding kemahuan orang lain/diri sendiri.

Bagi orang yang telah jatuh cinta kepada Allah SWT, maka ia lebih suka berbicara dengan Allah SWT, dengan membaca firman Nya, lebih suka bercengkerama dengan Allah SWT dalam I`tikaf, dan lebih suka mengikuti perintah Allah SWT daripada perintah yang lain.

Dalam Qur’an cinta memiliki 8 pengertian berikut ini penjelasannya:

1. Cinta mawaddah adalah jenis cinta mengebu-gebu, membara dan “nggemesi”. Orang yang memiliki cinta jenis mawaddah, mahunya selalu berdua, enggan berpisah dan selalu ingin memuaskan dahaga cintanya. Ia ingin memonopoli cintanya, dan hampir tak bisa berfikir lain.

2. Cinta rahmah adalah jenis cinta yang penuh kasih sayang, lembut, siap berkorban, dan siap melindungi. Orang yang memiliki cinta jenis rahmah ini lebih memperhatikan orang yang dicintainya dibanding terhadap diri sendiri. Baginya yang penting adalah kebahagiaan sang kekasih walaupun ia harus menderita. Ia sangat memaklumi kekurangan kekasihnya dan selalu memaafkan kesalahan kekasihnya.

Termasuk dalam cinta rahmah adalah cinta antara orang yang bertalian darah, terutama cinta orang tua terhadap anaknya, dan sebaliknya. Dari itu maka dalam al Qur’an , kerabat disebut al arham, dzawi al arham , yakni orang-orang yang memiliki hubungan kasih sayang secara fitri, yang berasal dari garba kasih sayang ibu, disebut rahim (dari kata rahmah). Sejak janin seorang anak sudah diliputi oleh suasana psikologis kasih sayang dalam satu ruang yang disebut rahim.

Selanjutnya diantara orang-orang yang memiliki hubungan darah dianjurkan untuk selalu ber silaturrahim ertinya menyambung tali kasih sayang. Suami isteri yang diikat oleh cinta mawaddah dan rahmah sekaligus biasanya saling setia lahir batin-dunia akhirat.

3. Cinta mail, adalah jenis cinta yang untuk sementara sangat membara, sehingga menyedut seluruh perhatian hingga hal-hal lain cenderung kurang diperhatikan. Cinta jenis mail ini dalam al Qur’an disebut dalam konteks orang poligami dimana ketika sedang jatuh cinta kepada yang muda (an tamilu kulla al mail), cenderung mengabaikan kepada yang lama.

4. Cinta syaghaf. Adalah cinta yang sangat mendalam, alami, orisinil dan memabukkan. Orang yang terserang cinta jenis syaghaf (qad syaghafaha hubba) boleh jadi seperti orang gila, lupa diri dan hampir-hampir tak menyedari apa yang dilakukan. Al Qur’an menggunakan term syaghaf ketika mengkisahkan bagaimana cintanya Zulaikha, isteri pembesar Mesir kepada bujangnya, Yusuf.

5. Cinta ra’fah, iaitu rasa kasih yang dalam hingga mengalahkan norma-norma kebenaran, misalnya kasihan kepada anak sehingga tidak sanggup membangunkannya untuk solat, membelanya meskipun salah. Al Qur’an menyebut term ini ketika mengingatkan agar janganlah cinta ra`fah menyebabkan orang tidak menegakkan hukum Allah, dalam hal ini kes hukuman bagi pezina (Q/24:2).

6. Cinta shobwah, iaitu cinta buta, cinta yang mendorong kelakuan yang menyimpang tanpa sanggup mengelak. Al Qur’an menyebut term ni ketika mengisahkan bagaimana Nabi Yusuf berdoa agar dipisahkan dengan Zulaiha yang setiap hari menggodanya (mohon dimasukkan penjara saja), sebab jika tidak, lama kelamaan Yusuf tergelincir juga dalam perbuatan bodoh, wa illa tashrif `anni kaidahunna ashbu ilaihinna wa akun min al jahilin (Q/12:33)

7. Cinta syauq (rindu). Term ini bukan dari al Qur’an tetapi dari hadis yang menafsirkan al Qur’an. Dalam surat al `Ankabut ayat 5 dikatakan bahawa barangsiapa rindu berjumpa Allah pasti waktunya akan tiba. Kalimat kerinduan ini kemudian diungkapkan dalam doa ma’tsur dari hadis riwayat Ahmad; wa as’aluka ladzzata an nadzori ila wajhika wa as syauqa ila liqa’ika,
aku mohon dapat merasakan nikmatnya memandang wajah Mu dan nikmatnya kerinduan untuk berjumpa dengan Mu.

Menurut Ibn al Qayyim al Jauzi dalam kitab “Raudlat al Muhibbin wa Nuzhat al Musytaqin”, Syauq (rindu) adalah pengembaraan hati kepada sang kekasih (safar al qalb ila al mahbub), dan kobaran cinta yang apinya berada di dalam hati sang pecinta, (hurqat al mahabbah wa il tihab naruha fi qalb al muhibbi).

8. Cinta kulfah yakni perasaan cinta yang disertai kesadaran mendidik kepada hal-hal yang positip meski sulit, seperti orang tua yang menyuruh anaknya menyapu, membersihkan kamar sendiri, meski ada pembantu. Jenis cinta ini disebut al Qur’an ketika menyatakan bahwa Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya, la yukallifullah nafsan illa wus`aha (Q/2:286)

Sunday, November 15, 2009

Jiwa-jiwa~



Wahai jiwa-jiwa yang resah.
Ingatlah kamu akan hadirnya hikmah.
Tiap kali ujian melanda.

Wahai jiwa-jiwa yang resah.
Isi kamu dengan CINTA.
Agar nantinya payah dan resah.
Bisa hilang tanpa lelah.

Wahai jiwa-jiwa yang tenang.
Kongsikan rasa kamu pada mereka.
Agar rasanya nanti bisa di bajai.
Demi diri-diri yang mencari.

Wahai Tuhan yang memiliki jiwa & hati kami.
Taatkanlah ia pada perintahmu.
Jauhkanlah ia dari azabmu.
Satukanlah ia demi CINTA kepadaMu.
Ingatkan ia andai lupa dan lalai kepadaMu.

“ Wahai Tuhan yang sentiasa membalik-balikkan hati ,
tetapkanlah hati kami atas agama-Mu dan ketaatan-Mu”
(Ya Muqallibal Qulub , Thabbit Quluubana ‘ala Deenika Wa ‘ala Thoo’atik).






:: Orang yang bersyukur itu pasti merasa bahagia kan? =)

Friday, November 13, 2009

New Chapter begin~

Memang susah.
Nak mengekalkan suatu perhubungan.
Hingga ke akhir nafas.
Kecuali.
Dengan keluarga sendiri.
(Ini pendapat peribadi)

Bertahun.
Setelah beberapa bab hidup a.K.u berubah.
Kini berubah lagi.

Tapi kali ini.
Dengan sangat cepat.
Sampai tak tercapai akal.

Tapi.
Alhamdulillah.
a.K.u tetap dapat jawapan.
Biarpun tidak sempurna.

Melepaskan dia pergi.
Bukan sesuatu yang mudah.
Tapi tidak juga payah.
Sebab kali ini.
a.K.u sudah benar bersedia.
Dan tidak terasa sangat sakitnya.

Apatah lagi.
Ramai yang menanti.
a.K.u bersama mereka.
Menerima a.K.u dengan ikhlas.
Tanpa alasan.

Menerima.
Ikhlas.

Itu sahaja kan?

Wallahu'alam.






:: a.K.u tidak menyesal~

Thursday, November 12, 2009

Ucapkanlah terima kasih..




Klik gambar untuk info.


a.K.u:
Alhamdulillah.

Terima kasih semua.


a.K.u tujukan lagu ini.
Untuk semua yang sentiasa bersama a.K.u.
Disaat suka dan duka.
Yang buat a.K.u menangis dan ketawa.
Yang buat a.K.u merasa hadirnya DIA.


Terima Kasih.
Syukranlillah.





Thank You

Thank you for simply being there
On a cloudy day, on a sunny day
Thank you for sharing your joice and pain with me
For showing me that i'm so special
That my contribution count to our friendship
I have grown as a person
And i hope you have too

Thank you...
Thank you..
Thank you..
Just for you

Thank you for simply being my friend
For the special memories
We shared together now
For the neverending support you always give me
Oh friend...oh...

I will always love you
I can't tell how much that you meant to me
I pray for our everlasting friendship
Never ever say goodbye to yesterday
Cause yesterday was so special and wonderful
And i hope tomorrow will be better
Thank you for everything

Thank you for simply being there
On a cloudy day, on a sunny day
Thank you for sharing your joice and pain with me
For showing me that i'm so special
That my contribution count to our friendship
I have grown as a person
And i hope you have too..
Oh friend

Thank you...
Thank you..
Thank you..
Just for you


Thank you




:: Mekacih ya...love u all! (n_n)v

Be yourself...


Be yourself. But, be the best of yourself.
Ini a.K.u yang tambah.
Kenapa?
Sukati a.K.u la.
Haha.

Be yourself.
Konotasinya agak selfish pada a.K.u.
Kau bisa saja jadi diri sendiri.
Dan bila saja dengar ayat ini.
Ia memotivasikan engkau.
Untuk kekal dengan dirimu yang sedia ada.

Tapi.
Be the best of yourself.
Memandang dalam hidup ini ada limitnya.
Kau boleh jadi diri kau.
Tapi jadilah diri kau yang terbaik.
Sebab.
Kalau kau jadi diri kau yang buruk.
Itu ego.

Jadilah diri kau yang terbaik.
Paling baik.
Kau akan ubah sikap negatif kepada positif.
Sebab itulah diri kau yang terbaik.

Contoh?
Kau punya akal bukan?
Fikir.





:: Sejak bila a.K.u jadi motivator?






Wednesday, November 11, 2009

Tun...

Entri ini.
Untuk Epah.
Yang menyebut tentang gender bias.
hehek.


Baca ini.



Akak malas nak buat report macam ni.
Eheh.

Tuesday, November 10, 2009

Yuyun~

Alhamdulillah.
Yuyun dah balik.
Jam 6.35 tadi dia mesej a.K.u.

"Salam, Yun dah sampai Malaysia"

Alhamdulillah.
Syukur pada Allah.

DIA kembalikan sahabat a.K.u.
Dengan selamat.

a.K.u cuma tunggu masa.
Untuk call dia.
Sabar.
Lagi lama tahan rindu ni.
Lagi manis bila bertemu nanti.
InsyaAllah.

Tahniah Yun.
Dyll bangga dengan Yun.
Moga Allah permudahkan perjalanan hidup Yun.






:: sangat tak sabar untuk jump kau..Ustazah Yun...hehe...
a.K.u takkan lupa lawak tahap 8 kita~

peace (n_n)v



a.K.u tak mampu....(+_+)v *peace yg sedih..huuuu...

a.K.u.
tak bisa.
selalu ada sama kamu.
selalu dengar kisah kamu.
selalu bantu selesai masalah kamu.

untuk masa-masa yang a.K.u tak bisa luangkan dengan kamu.
untuk telinga yang tidak bisa dengarkan kamu.
untuk diri yang tidak bisa setia di sisi kamu.


Maafkan a.K.u untuk itu.









:: a.K.u masih juga insan biasa~

Sunday, November 8, 2009

Satu



Bismillah.
a.K.u edit entri ini.
Sebab yang asal itu langsung tiada makna.
Sedikit pada a.K.u sahaja.


Sebenarnya.
Tiada apa untuk dikongsi.
Blog ini bosan kan?
Tapi.
a.K.u tidak punya apa-apa.
(yang mungkin kau kira bermanfaat)
Disini.

Cuma.
Dalam ini je.
a.K.u boleh pura-pura.
Gembira.
Sedih.
& Ketawa.
Siapa tahu?
Kan?


Exam.
Tiga paper berderet.
Minum nescafe.
Sakit kepala.
Tak apa.
Suke~


Kakak.
Moga selamat melahirkan.
Bayi yang di idamkan.
Kalau kau tak sabar.
a.K.u pun tak.
Hehe.


Luna.
Cepat-cepatlah berjalan.
Mahu pimpin tangan kamu lagi.


Izzah.
Moga membesar dengan sihat.
Sebab kau memang besar.
Tapi haritu tak sihat.
Eh.


Tak sabar.
Nak buli budak-budak kecik ni.
Haih~


Eh.
Kamu.
Mood turun naik.
Macam roller coster.
Tak apa.
a.K.u dah biasa.
Walaupun kali ini.
Agak luar biasa curamnya.
Apakah?






:: apakah yang a.K.u karutkan ini~

Monday, November 2, 2009

Apa itu apakah??



Sekali lagi,
a.K.u menulis tajuk yang tak berkaitan dgn kisah yg a.K.u cuba nak cerita.
Best. Haha.

29-31 Oktober 2009.
Kem bersama pelajar tahun 4 dan 5,
unit berunifom, SRI Seremban,
di De Congkak Forest, Sg. Congkak.
(bersama Team IQ Class Managemnet juga)
Telah di ingatkan awal-awal.
Ini program lasak.
Sila bawa kasut sukan & baju sukan manyak-manyak.
Apakah?
Walaupun sebenarnya.
Weeeee~
(Tak payah la nak fikir goreng-goreng idea..haha)


Jumaat. 11 pagi.
a.K.u bergerak dengan yakin.
Diarahkan perlu berada di Terminal Bdr. Tasik Selatan jam 12.00
Kawan a.K.u kata perjalann 40 minit je.
a.K.u percaya.
walaupun a.K.u tak ingat route ke sana.
Haih.


Akhirnya.
Minta bantuan juga.
Tanya kawan-kawan lain.
Tapi yang kelakar.
Bila tanya Ed a.k.a Adrian
Asyik suruh a.K.u naik train warna kuning.
Apa tu?
Memasing pon tak tahu.
"Train kuning" la sangat...



Di dalam komuter.
5 min sebelum sapai BTS.
a.K.u terlelap.
Haih.
Elok je pintu train tertutup, a.K.u tejaga.
Terbangun secara automatik sambil pegang beg.
Semua orang dah pandang.
Apakah?
a.K.u pura-pura buat cam salah stesyen.
Dan duduk semula seolah tak ada apa-apa berlaku
(Malu ah~) +_+
Terpaksa turun di setsyen seterusnya &
patah balik ke BTS.


Sampai di BTS (Bandar Tasik Selatan)
a.K.u terpaksa tunggu 4 org fasi lagi.
Sambil menunggu + khatam buku
'Cinta di rumah Hassan Al-Banna'
Best.


Terlihat pula drama cinta tak bersiri.
*antara sengaja & tidak*
Gaya macam student
Si gadis, dgn tudung putih, baju biru dan seluar jeans.
Tergedik-gedik dgn pakwe yang dok menyuap air ke mulut.
Eh..eh..ringanya tangan dia memeluk manja si jejaka.
Romantik ala-ala beruk.
Apakah?


2 jam kat situ.
Berbulu gak mata a.K.u.
Mujur.
a.K.u belum cukup berani nak menegur.
Aduh.
Belum cukup kuat iman nih.

Jam 3.20.
Bergerak ke Sg. Congkak.

Jam 5.45.
Peserta sampai.
Solat Asar.
Taklimat.
Makan malam.
(Mujur tak ada LDK)

Antara sesi menarik.
Survival.
Cam kem Survival EMAS pun ada jugak.
Cuma kali ni masak nasi, telur & sardin dalam buluh.

Lebih menarik.
Aksi kebulur budak2 SRI Seremban
setelah penat tracking, masak & mandi sungai.
Nasi & kerak sanggup jd pilihan.
Baru korang tau apa itu erti susah.
Hurmmm...


Malamnya.
Blind Trail & Solo Drop.
Kat kawasan depan kem je.
Tapi awal-awal lagi peserta ni dah di 'cuak'kan dengan
kisah kubur cina ats bukit.
Haha.
a.K.u tahan gelak.
Itu pun.
Semasa sesi berjalan.
Penat juga menarik hampir 100 orang budak ke sana-sini.
Tak cukup tangan 10 orang fasi (20 tangan).
Sakit juga telinga mendengar budak-budak menjerit
disakat cikgu sendiri.
Isk, cikgu ni.



Cikgu-cikgu ni pulak, seronok sangat menyakat.
Bagai nak histeria budak-budak tu.
Haih.


Budak-budak ni pun.
Dah tahu kawan-kawan ada kat kawasan tu.
Masih juga menhjerit-jerit gaya mengada bila kena kacau.
Siap menangis lagi.
Macam-macam gaya ada.
"Kakak/ Abang !!! Tolong...saya nak balik....!"
"Abang/Kak....Tolong la bukak pengikat mata ni...sakit la..!."
"Ayah/Ibu...nak balik...sob...sob.."
"Jangan la kacau saya..pegi la kacau orang lain!"


a.K.u tidak mengacau.
Cukup sekadar.
"Lebih baik kamu diam. Kalau tak akak pindahkan
kamu kat sebelah kubur."
Gulp...diam.
Tahu pula dia diam.
Hihik.


Habis sesi tu.
Jam 1.30 pagi baru boleh tidur.
Baru nak terlelap.
Buzz.
1 Mesej diterima.
"....Kak, i fall in love with someone. ah, x bleh blah =P"
*Apakah??
Sengal tol.
Saje tak nak bagi a.K.u tido.
Tapi a.K.u tertido gak.
Sebab penat teramat.
Eheh.


Untuk k.a.u.
Mekasih.
Salam rindu k.a.u, a.K.u terima.
Walaupun k.a.u sangat suka bergurau macam tu sekarang.
Haha.
Hari terakhir.
Kami main 'musang terbang' sampai tengahari.


Itu sahaja.
Balik & balik.


Moral of da story....lu pk la sendiri....haha...~


p/s: Final Exam sudah dekat. Sama-sama la beringat. Haih..


Sunday, November 1, 2009

Then She (Fynn Jamal)


Then she cries herself to sleep
Like the thousand nights before
Though she knows she's in too deep
She is strong for millions more

Then she sings a melody
Of her heartbreaks and burning thorns
And she hums them truthfully
There the silence heard her mourns

Is there anyone out there?
Would you lie to her you care?

Oh cruel, cruel nights
She thinks you are her only friend
Don't you give ways for the lights
She found comfort in your hand

Then she smiles to greet her dreams
If only life would be as kind
With bunny rains and milky streams
Cherry kisses and chocolate buns

Then she prays to never wake up
Cause her shivers wont stop the dawn
She fills her tears in a cup
And drinks them all while she mourns

Is there anyone out there?
Would you lie to me you care?


Check this blog: http://fynnjamal.blogspot.com/2009/06/then-she.html


HOME

I walked across an empty land I knew the pathway like the back of my hand I felt the earth beneath my feet Sat by the river and it made me c...