Friday, May 29, 2009

Terkenang2 orang jauh....


Rasanya jam 3 tadi dorang dah berkumpul di tangga besar UIA...
untuk pendaftaran adik-adik mentee ke Kem Survival EMAS...
Sungguh, tertekan rasanya melihat seorang-sorang mentor 'sign out'
dari YM bila dah dekat jam 3 tadi.
Cemburu pun ada.
Tak dapat bersama mereka, memang sengsara.
Tertanya-tanya, ok tak semuanya?
Ramai tak adik-adik yang mendaftar?
Dah berapa ramai agaknya berkumpul di tangga besar sekarang ya?
Dengar-dengar semalam cuma 13 orang je yang hantar borang.
Jangan jadi macam kem Mahabbah dulu sudah la.
Yang hantar borang berapa kerat je, yang datang,
Alhamdulillah, berduyun-duyun.
Em, rindunya pada adik-adik ini.
Terkawalkah semua?
Adik-adik yang 'hyper aktif' tu apa khabar la agaknya.
Mesti bersemangat nak ke kem.
Ibu-ibu dan ayah-ayah pun pasti pelbagai ragam nak lepaskan
anak-anakke kem dengan mentor-mentor.
Mujur ada bantuan dari Alumni SRI Al-Huda.
Syukran Jiddan.
Awe, kamu gantikan tempat akak ya.
Syah, buat yang terbaik.
InsyaAllah, kamu boleh.
Paan & Sha, buat kerja elok-elok...
Em, trainer pulak ape cite agaknya.
A.Dat ok tak?
Confirm2 la ok kan.
Maaf banyak menyusahkan.
Ainun, ingat janji kita esok ya!
Akak nak pegi jugak!

~Tak tenang rasanya dok kat ofis ni tanpa kerja bila teringat ada
tanggungjawab lain lagi yang tak dapat diselesaikan...

Thursday, May 28, 2009

Sesungguhnya~


Ungu - Sesungguhnya

Saat dunia berhenti berputar
Saat manusia tak sanggup lagi berharap
Ketika mentari tak sanggup lagi berjanji
Menyinari dunia yang tak kau singgahi

Mampukah kau untuk berbagi
Tanpa hasrat ingin diberi
Dihadapannya, dihadapanmu ya Allah


Sesungguhnya manusia
Takkan bisa menikmati surga
Tanpa ikhlas di hatinya
Sesungguhnya manusia
Takkan bisa menyentuh nikmatnya
Tanpa tulus di hatinya

Mampukah kau untuk berbagi
Tanpa hasrat ingin diberi
Dihadapannya, dihadapanmu ya Allah


Tuesday, May 26, 2009

Alkisah....kesekian kali...


"Salam, kaka cik. Aku tengok sakit kau dah kronik. hehe. aku pun dah dengar macam-macam cerita dah. tapi tak pasti ditambah-tambah atau tak. Ku dah serius ke ni? Boleh kita bincang secara mature dan serius tak? Kalau tak sedia pun tak apa, asalkan tak tipu-tipu & main-main lagi.."
(Andai 'kau' baca entri ini, a.K.u mohon maaf terlebih dahulu)

Ini mesej yang a.K.u dapat lewat malam tadi. Tak perlulah dinukilkan siapa penghantarnya. Namun, a.K.u hargai usahanya untuk berbincang secara terbuka, walaupun a.K.u tidak berapa faham apa maksud sebenar isi mesej tersebut. Seringkasnya pagi tadi baru a.K.u membalas untuk tidak dipanjangkan perkara yang tidak jelas. Akhirnya kami sekadar bermesej santai.

Ini bukanlah kali pertama a.K.u menerima mesej serupa ini. Dan sedaya upaya, a.K.u melayan juga untuk menjaga hati sahabat-sahabat. Bukan mudah meyakinkan sahabat yang sudah tau dimana titik kelemahan diri ini. Namun janji diri ini akan kekal berusaha memperbaiki keadaan.

Kala ini, segala sesuatu yang datang, menuntun a.K.u untuk lebih berusaha & tabah. Dan untuk itu a.K.u tidak menolak, bukan kerana tidak boleh, tapi andai ini peluang yang ada untuk menjadi lebih baik, untuk apa disia-siakan...

Untuk sahabat-sahabatku, a.K.u sedang dalam proses pembelajaran yang panjang. Hidup di dunia luar tidak semudah berada disamping kalian. Permulaan yang agak tidak 'stabil', mungkin itulah alasan yang dapat a.K.u beri setakat ini. Tak perlu dirisaukan diri ini, sokongan kalian sudah cukup untuk membantu a.K.u untuk bangkit kembali. Maaf andai diri ini acapkali melukakan kalian. Syukran..

Untuk adik-adik, tabahlah semua. Semakin hebat ujian, semakin bertambah iman, InsyaAllah. Segala yang datang tidak pernah sia-sia. Tinggal kita yang perlu bijak menilai hikmah disebaliknya. Begitu banyak KASIH SAYANG yang DIA beri, jangan di keluhkan apa yang tidak kita dapati. Jika bukan sekarang, mungkin suatu hari nanti DIA akan beri. Syukurlah dengan apa yang ada, sabar dengan setiap ujian & redha dengan setiap ketetapan.


~Sedang membina minda optimis & positif...

Monday, May 25, 2009

~cubalah utk bersyukur

Jika kamu memancing ikan…setelah ikan itu terlekat di mata kail,hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja,kerana ia akan sakit oleh bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia hidup. MySpace

.::::.Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang…setelah dia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja,kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin
tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.MySpace

Jika kamu menadah air biarlah berpada,jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah ia sekadar keperluanmu…apabila sekali ia retak,tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.Akhirnya ia dibuang…sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi…MySpace

.::::.begitu juga jika kamu memiliki seseorang,terimalah seadanya.Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya… akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya..MySpace

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,yang kamu pasti baik untuk dirimu, mengenyangkan, berkhasiat, mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak,nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.Kamu akan menyesalMySpace.

.::::.Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu.menyayangimu,mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak,kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain kamu juga yang akan menyesal…MySpace.

Bersyukurlah dengan apa yang telah di takdirkan untuk kita.. hargai setip satu darinya, kerana DIA tahu apa yang terbaik untuk kita..InsyaAllah....


Thursday, May 21, 2009

~Bila kita tak sedar apa yang kita ada semuanya bermakna....


Suatu hari seorang ayah dan anaknya sedang duduk berbincang di tepi sungai. Kata Ayah kepada anaknya, "Lihatlah anakku, AIR begitu penting dalam kehidupan ini, tanpa AIR kita semua akan mati."


Pada saat yang sama, seekor ikan kecil mendengar pebincangan itu dari bawah permukaan air, ia menjadi gelisah dan ingin tahu apakah AIR itu, yang didengari begitu penting dalam kehidupan ini. Ikan kecil itu berenang dari hulu sampai ke hilir sungai sambil bertanya kepada setiap ikan yang ditemuinya, "Hai, tahukah kamu dimana AIR ? Aku telah mendengar percakapan manusia bahawa tanpa AIR kehidupan akan mati."


Ternyata semua ikan tidak mengetahui dimana air itu, si ikan kecil semakin gelisah, lalu ia berenang lagi untuk bertemu dengan ketua ikan yang sudah berpengalaman, dia bertanyakan kepada ikan tersebut soalan yang sama, "Dimanakah AIR ?"


Jawab ketua ikan, "Tak usah gelisah anakku, AIR itu telah mengelilingimu, sehingga kamu tidak menyedari kehadirannya. Memang benar, tanpa AIR kita akan mati."


Apa MOTIF cerita tersebut?

Manusia kadang-kadang mengalami situasi seperti si ikan kecil, kesana kemari mencari kehidupan dan kebahagiaan, padahal mungkin kebahagiaan sedang mengiringi kehidupan kita tapi kita tidak menyedarinya..... Kehidupan dan kebahagiaan ada di sekeliling kita, terpulang sama ada kita ingin membuka fikiran kita atau tidak.


"Being happy can be hard work sometimes, it is like maintaining a nice home, you've got to hang on to your treasures and throw out the garbage."


"Being happy requires looking for the good things. One person sees the beautiful view and the other sees the dirty window, choose what you see and what you think."


"Right here, right now, from here until tomorrow"

Perkampungan Menara Gading Kebangsaan


~Sila klik pada gambar untuk mendapat maklumat lanjut mengenai program ini~

Tuesday, May 19, 2009

'L' ~


Dalam kesibukan (Sibuk ke?) kesana sini, sempat lagi mengodek2 laptop ainun. Tup-tup jumpa cite Death Note. Dari siri 1-3. Waduh, mesti tengok ni.


‘L change the world’. Aku sangat suke karekter ‘L’ dalam cite ni. Dari Death Note yang pertama lagi aku sudah jatuh cinta pada karekter ‘L’. Tak sangka kehidupan ‘L’ akan berakhir dengan kematian ditanganya sendiri. Sedih sungguh bila at the end of the story, ‘L’ kata ‘I hope I can live a little bit longer’…Walaupun kisah ‘L’ ni dah di bagitau awal-awal dia akan mati waktu sekian-sekian, tapi sepanjang menonton, aku tetap harap dia tak mati. Tapi harapan hanya tinggal harapan bila dia tetap mati. Nasib bek dia tak tunjuk time ‘L’ mati. Kalau tak, sedih la aku tengok cite ni yang aku harap sangat adventurous. Huhu.


Aha. Sebenarnya semua tu fantasi semata-mata. Namun aku kekal berminat dengan fantasi sebegitu untuk melatih minda berfikir secara kreatif. Kisah-kisah yang aku tak dapat nak predict ending dia.. Bukan aku nak percaya sangat benda-bernda ni. Sekadar melatih minda & emosi. Huhu. Memang pun aku tak berapa suke menonton cerita-cerita cinta waima ‘Ayat-Ayat Cinta’. Batter for me to watch movies like CSI, Conan (Carton pon ok) that critical & unpredictable. Once you find out the solution/answers before the movie finish, YOU WIN! (n_n)*wink*



Poor Dad, Rich Dad


Jalan Terbiar


Dua jalan mencapah di hutan

Sayangnya, kedua-dua tak daya aku lalui

Sebagai pengembara, lama aku termengu


Ku pandang yang satu sejauh mungkin

Ke mana beloknya di balik belukar

Lalu ku pandang yang satu lagi

Mungkin yang ini tampak lebih baik

Kerana ia bertempat seakan mengundang

Walau telah dilalui dahulu

Sebenarnya tampak tetap sama


Suria pagi dimana-mana pun sama

Menyinari daun-dedaunan

Oh, ku biarkan yang pertama untuk hari mendatang!

Walau ku tahu jalannya kemana dituju

Rasanya tak mungkin ku jejak kembali


Kata-kataku penuh keluhan

Walau di mana, zaman ke zaman

Dua jalan mencapah haluan, dan aku-

Akan memilih jalan terbiar

Dan itu mengubah segalanya


Robert Frost: 1916


…kata bapa kaya “Jika kamu jenis orang yang tidak berani, kamu akan menyerah kalah setiap kali kehidupan menolak kamu. Jika kamu jenis yang sebegitu, kamu akan sentiasa memilih jalan selamat melakukan perkara yang betul, menyelamatkan diri dari kejadian yang tidak pernah berlaku. Akhirnya kamu hidup dalam kebosanan sehingga kamu mati. Kamu mempunyai ramai kawan yang menyukai kamu kerana kamu seorang yang bekerja kuat. Hakikatnya kamu membiarkan kehidupan kamu menolak kamu sehingga kamu tewas…jauh di lubuk hati kamu, kamu sangat takut untuk mengambil risiko. Kamu ingin menang, tetapi ketakutan terhadap kekalahan telah mengatasi keseronokan terhadap kemenangan. Dalam hati kamu, hanya kamu yang tahu bahawa kamu tidak berani melakukanya-kamu memilih jalan selamat.”

Rich Dad, Poor Dar (Bapa Kaya, Bapa Miskin)

a.K.u: ‘terkesan’…

Wednesday, May 13, 2009

~Ketupat Cinta~

Musim pertama Ketupat Cinta menampilkan ilmu gastronomi Melayu-Islam. Sebuah karya satira mengenai politik dapur, sarat humor, dan kontroversi. (http://tehranifaisal.blogspot.com/)

Ketupat Cinta.. Hadiah dari Cik Hawa sempena hari lahirku ke-23... Terima kasih dik... Secara ringkasnya, Ketupat Cinta- klasik, humor, sedikit keras..namun byk unsur sejarah. Anda yang membacanya pasti akan terkeliru antara fakta & fiksyen. Jika benar mahu mengenali adat budaya bangsa-bacalah buku ini. Peace! (n_n)


~Laskar Pelangi

Sila klik pada gambar untukmendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Tuesday, May 12, 2009

Sketsa Bahasa ~Alahaiii~

“Alahai….”, keluh seorang guru Matematik di sebuah kampung nun di hujung Negeri Sembilan. “Kenapa?” Tanya seorang guru yang lain. “Murid-murid aku ni…susahnya nak mengajar mereka Matematik dalam bahasa Inggeris.” “Mana taknya, zaman kita dulu semua Bahasa Melayu.”



“Alahai…” keluh seorang ibu. “Kenapa ni Bedah?” Tanya jirannya. “Anak aku ni, sejak subjek Matematik dan Sains di tukar dalam Bahasa Inggeris, makin menjadi-jadi malasnya. Susah katanya.” “Em, apa nak buat…sabar je lah cik Bedah oii…kita pun bukanya pandai sangat nak mengajar anak-anak dalam Bahasa Ingeris ni.”



Di suatu tempat yang lain…Huh! Alahai…” Keluh seorang budak sambil mencampak begnya ke sudut bilik. Kenapa Mat?” Tanya ibunya. “Susah betul la mak…Mat ni bukanya pandai sangat Bahasa Inggeris. Tiba-tiba kena belajar dalam subjek lain pula.” Rungutnya. “Sabarlah nak…mak mintak maaf, mak nak hantar kau ke tuisyen pun mak tak mampu. Kau belajar dengan kawan-kawan lah ya..” pujuk si ibu.



Seorang kakak membelek-belek beberapa buah buku di sebuah kedai buku di pekan. “Kau cari buku apa ni?” Tanya kawannya. “Buku rujukan untuk adik-adik aku”. “Wah, baiknya kau”. “Mana taknya, buku-buku aku semua dorang tak boleh nak guna. Kan dah ditukar bahasa. Aku nak mengajar dorang pun, aku yang kena belajar balik” “Em, ye tak ye juga…Alahai…”


Situasi a.K.u…~Alahai…susahnya nak buat modul ni… Nak tak nak, kena jugak bukak kamus.”


Jadi, siapa yang sebenarnya benar-benar susah? Semua pun susah. Susah guru bila pelajar tak minat. Susah pelajar bila tak faham. Susah si ibu dan kakak bila nak membantu. Susah a.K.u nak buat modul…huhu….papepun…susahlah negara bila suatu hari nanti rakyatnya belajar kerana peperiksaan. Tetapi peperiksaan yang di nilai, tidaklah mengikut nilaian yang sebenar. Cuma nak cantikkan result je…. Lalu, dimana nilai ilmu???

Monday, May 11, 2009

Kisah Terindah.....

Entri ni tak siap lagi sebenarnya, tapi dah ada org komen lak....Sabo je la....huhu.. Sempena hari Ibu yang da lepas, a.K.u saje nak cerita ttg family a.K.u yang sangat comel ni...tgok la gamba Bapak & Emak a.K.u tu..comel sungguh... Macam a.K.u..haha...Em, tetibe rasa rindu lak...Almaklumlah, cuti 2-3 hari je kat umah... Tapi yang terbaru, Bapak sakit lagi...Em, lom dapat detail..tapi harapnya tak teruk la...

a.K.u x pasti kisah pertemuan Emak & Bapak waktu muda-muda dulu...tapi yang pasti Emak berumur 20-an sewaktu berkahwin dengan Bapak. Manakala Bapak time tu dah 30-an. Dulu hidup susah, tapi bahagia. Emak & Bapak jadi penoreh getah. Tak lama lepas tu Bapak drive taxi pulak...Em, kalau nak cite pasal kerja..macam-macam kot... Berniaga pun pernah, berkebun apatah lagi...Sekarang, Bapak dah tak kerja...Emak pulak buat kuih-muih utk di jual. Alhamdulillah...rezeki... Walaupun anak-anak dah ramai yang kerja, Emak tetap tak nak berhenti...kalau mak berhenti nanti orang merungut...huhu..begitulah jawabnya...

Ini rumah kami sekarang... Dulu kecik je..sekarang bila kami dah besar, rumah pun dibesarkan walaupun kami semua tidaklah berbadan besar2... Daripada 2 bilik...5 bilik...skrg dah 6 bilik... tu pun masih tak cukup...terutamanya bila hari raya atau ada majlis-majlis tertentu...syok gile dok umah... kiri-kanan sume pokok... ada rambutan, manggis, pulasan, mempelam, jambu, belimbing.... InsyaAllah bulan 7 ni meriah lah kami dengan longokkan buah-buahan. Time tu jugak Abg Fat bakal melangsungkan perkahwinan dengan KakTasya... InsyaAllah...

Buah hati Emak... huhu.. Kami berdua je perempuan dalam keluarga. Yang lain semua lelaki. 5 orang. 'sengal2' lak tu. Haha. a.K.u anak ke-4 (5 sebenarnya-kami ada lg sorg kakak, tapi dah meninggal masa kecik). Adik2 a.K.u ada 3 org (lelaki semua). Terjal2 & suke buli org...huh!. Bila balik rumah, sume pakat nak ukur tinggi ngan a.K.u. Mentang-mentang la a.K.u x tinggi2...Huh... Kakak da 3bln pragnent skrg... Hope sumenya selamat setelah apa yang berlaku time cuti haritu...

~Pape pun, a.K.u bersyukur di kurniakan keluarga seperti ini...Walupun kadang-kadang spt kurang perhatian, tapi hidup penuh dengan kasih sayang... Alhamdulillah......Tiada yang dapat menggantikanya...


~Alkisah a.K.u...

Thursday, May 7, 2009

~Alkisah...apa yg penting?

Salam bahagia untuk sahabat-sahabat pembaca blog ini... Rindu sungguh untuk bercerita & berkongsi rasa disini... a.K.u ingin berkongsi beberapa perkara-perkara menarik untuk a.K.u sepanjang 2 minggu bercuti...


Berita penat tapi menarik...

Mengembara seorang diri selepas exam... MySpace Bahaya sungguh... Tapi mmg mujahadah jugak la.. Demi insan-insan tersayang...cewahhh...hehe...

  • KL-Klang (UIA-KL-Klang-Meru-Bandar Puncak Alam
  • Benut - Melaka (Sebenarnya Benut-Batu Pahat - Muar - Melaka)
  • Melaka - KL (bersama kakak & abg ipar)
  • Benut - KL (Da biasa dah...)

~Pengalaman yang sangat mendebarkan...Kadang-kadang terfikir gak...kalau masuk Amazing Race ni musti boleh menang sbb pergi ke tempat-tempat yang mmg tak pernah pergi...naik bus pulak tu...hehe...

Program....MySpace

  • Kem Kepimpinan Pengawas (Seremban)
  • Induksi Pimpinan Nilai (Kolej Darul Hikmah, Kajang)
  • Tamrin Jundy KPIJ (Bagan Darat, Batu Pahat)
  • Majlis doa selamat (Rumah a.K.u)


Berita Gembira: MySpace


  • a.K.u bakal bergelar makcik beberapa bulan dari sekarang...harapnya anak-anak buahku nanti juga comel-comel & sihat sepertiku. hehe.MySpace

  • Bakal menerima kakak ipar baru bulan Jun ini.
  • MySpace Umur sudah 23....Bila lagi? hehe...(Menariknya menjadi insan biasa di rumah...). Thankz a lot utk sahabat2 yang mengingati tarikh lahirku...antaranya...
  1. Hawa (org pertama...seawal 3hb...hehe)
  2. Puya
  3. Syam
  4. Yati
  5. A.Rozan
  6. Adrian
  7. Asyrani
  8. K.Yna
  9. Naheed
  10. Puteri
  11. Sahabat-sahabat Batch...(Maaf, banyak yang call tapi x dapat angkat...)
  12. & adik-adik kesayangan yg lain...
  13. Sahabat-sahabat GPTD yang meraikan hari lahirku....TQ

Jadi, apa yg penting? Kerjasama....? Tak jugak... Tapi rasa tanggungjawab... Tanggungjawab yang semakin banyak untuk digalas... Kepada DIA, beliau, mereka berdua dan yang lainnya... Betapa diri ini semakin tua....semakin berkurang umur....semakin dekat dengan maut...makin sedikit masa yang ada untuk memberi...padahal yang diterima terlalu banyak...melampau-lampau banyaknya...Kasih sayang Dia & mereka.... Subahanallah...

~Kiranya cuti kali ni agak menarik jugak la...he2..

Kisah Penjual Tempe~

Moga menjadi iktibar.
Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri. Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak.... Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi. Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu.
Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkaraajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soyaini menjadi tempe . "Amin" Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangatyakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tuaitu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetapkacang soya.
Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin"Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!!
Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentupasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walau bagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian kepasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya kepasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa.. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat.
Di sepanjangperjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe ...
Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudahmula kurang.Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe , tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh disudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "YaAllah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita."Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika.Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe , tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur padaAllah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.
Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England ,si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...
Moral:
Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa,padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.
Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.
Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan
Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidakpernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU ,menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan kearah kebaikan...
Wallahu'alam...

HOME

I walked across an empty land I knew the pathway like the back of my hand I felt the earth beneath my feet Sat by the river and it made me c...