Wednesday, October 29, 2008

naluri kejayaan~

Semua orang ingin berjaya. Benar. Tanya sahaja pada sesiapa yang hidup kat dunia ni (kalau dah mati macamana nak tanya...hehe). Orang yang paling jahat @ jahil sekalipun, pasti ada di dalam hatinya naluri untuk berjaya. Berjaya di sini boleh saja membawa maksud tercapai segala kehendak dan cita-cita. Yang biasa kita dengar, berjaya di dunia dan akhirat. Ada juga yang mahu berjaya di dunia sahaja. Tak pastilah apa yang ada di dalam pemikran mereka. Mungkin juga kerana tidak percaya akan kewujudan akhirat. Almaklumlah, zaman sekarang ni ada bermacam-macam kefahaman, pandangan (worldview), falsafah, mahupun kepercayaan tentang dunia dan akhirat.

Apapun definisi berjaya adalah terlalu menyeluruh (general) sifatnya. Bergantung kepada individu untuk meberi makna kepada kejayaan dirinya sendiri. Kalau nak di terangkan dalam ayat sociology:

"sucess has a value-laden definition. what consider as success from ones point of view, may not for others"
"value-laden: based on values, culture, beliefs etc. of individuals, groups or organizations"
"means, different people will view the meaning of success differently"

huhu...cam terer je....




~bersambung lagi......

alKisah~ Sri Lanka oh Sri Lanka....




"Misi Kesukarelaan Ke Sri Lanka"

~Sumbangan anda amat kami hargai...
~Sila lawati blog kami di gptd-srilanka.blogspot.com..
~Misi Rahmatan Lil 'Alamin~



"Walking through the journey of da'wah, stepping in search of mardhatillah, Roaming during night...seeking truth of wrong and right..Hoping ang never stop believing...Ask for strength to never stop trying...Thinking....Smiling....=)"


~sangat suka ayat nie....~(n_n)~

alKisAh~...COrat-cOret xm & XM....

*Ape yang menarik kali nie?

~Alhamdulillah..Dah selesai 4 paper xm...
~Tinggal 2 paper...
~Fuh...legaaa...
~Tapi tak puas ati sangat dengan peformance kali ni...
~Almaklumlah, x sempat nk revision..
~1st day da start discentralize xm..so x byk masa nk prepare...
~Tapi tu x bole dijadikan alasan...hmmm...(@_@)~
~Lagi 2 paper ni harap2 berhasil menaikkan kembali pointer yang ntahpape tu...



= apepon, ni sumenya xm dunia...
= Belom lagi XM akhirat...
= Kat sana nanti lagi la xde sape yang leh tolong...
= Dapat pointer 4.00 pon lom tentu layak masuk syurga...
= Hmmm...Think...think...

Thursday, October 23, 2008

alkisah...My EXAM time table.....

Alhamdulillah, tadi dah lepas satu paper....tawakkal je lah....

~23 Oktober 2008 : Malaysian Society (9am)

~26 Oktober 2008 : Contemporary Muslim Society (9am)

~28 Oktober 2008 : Social Change & Development (3pm)

~29 Oktober 2008 : Malaysian Ethnography (9am)

~3 November 2008 : Introduction to Social work (9am)

~10 November 2008 : Islamic Ethics (3pm)




InsyaAllah, 2 minggu ni mungkin susah sket nk jenguk blog...apatah lagi nak men'edit'nye...

Doa-doakan;ah saya yer...(n_n)~

~mtak maaf kepada sesiapa yang ajak pi prog tp saya xleh nak join...hehe...

Wassalam....

Wednesday, October 15, 2008

aLkisah...batch ke-2

Alhamdulillah, 12 Syawal yang lalu, batch ke-2 PKPIM UIAM telah mengadakan Jamuan Hari Raya. Bertempat di adm LR7, seramai 20 orang telah hadir memeriahkan majlis....Jamuan malam tu simple je...makan nasi impit, rendang & kuih2 raya. Sempat juga kami bermuzakarah membincangkan isu-isu batch & PKPIM selepas makan.


Terima kasih untuk sahabat2 yang banyak membantu. Terima kasih utk shahril yang tolong belikan beras..he2..shazni yang tolong angkat barang...wan khalid yang tempah & ambil rendang, kak aemy & sahabat2 lain yang bawak kuih raya...syukran~


a.K.u tak dapat lagi gambar2 jamuan tu...tapi sekarang ni masih tringat2 kenangan bersama sahabat2 batch selama beberapa tahun nie...ni lah antara kenangan2 kitorang selama beberapa tahun ni....tiap2 kali tengok, mesti rasa sedih, gembira, rindu dan sebagainya...huhu

Layannnnn....

(ijat sangat suka video ni)...he2...



Baru dapat dari Along (Shida)

Monday, October 13, 2008

alKisAhhh....cEriA...



Petua Untuk Sentiasa Ceria (Dr. Fadzilah Kamsah)

24-Nyatakan kepada orang lain betapa pentingnya mereka kepada kita.
25-Kalau tak pasti mengenai sesuatu, buat telahan atau tekaan positif
26-Yakin kebolehan diri anda
27-Jangan terlampau yakin pada diri sendiri (over confidence)
28-Jangan hadapi masalah sendirian
29-Bentuk rutin-rutin yang positif
30-Jangan risau
31-Buat apa yang kita cakap, cakap apa yang kita buat
32-Jangan ada perkataan ‘kalaulah
33-Semangat sukerela
34-Riadhah
35-Setiap perkara adalah penting-jangan remehkan perkara-perkara kecil
36-Belajar untuk ketawa ketawa & banyakkan senyum
37-Pakai wangi-wangian
38-Jangan cemburu pada orang lain
39-Cipta hobi
40-Seronok dengan perkara-perkara kecil dan biasa
41-Jangan abaikan sebahagian dari hidup anda
42-Tidur nyenyak
43-Jangan kecewa

Thursday, October 9, 2008

Alkisah...AGM Titian Wahyu....


Alhamdulillah, malam tadi, tamatlah sudah tanggungjawabku sebagai setiausaha Biro Emas Titian Wahyu. Rasanya tak sanggup nak jadi setiausaha apa-apa pun selepas ni. Huhu. Alkisah, AGM (Annual Grand Meeting) & Jamuan Raya, Titian Wahyu Project, dapat di jalankan dengan baik walupun ada sedikit masalah yang timbul. Berkat kerjasama komiti-komiti yang sangat komited menjalankan tugas masing-masing. Syukran Jazilan. Agm malam tadi merupakan AGM pertama Titian Wahyu sepanjang 12 tahun ia ditubuhkan di UIA.

AlkiSah sepanjang pemerhatiah terhadap sahabat-sahabat Titian Wahyu malam tadi:

~Adrian jadi president lagi sekali...Chayok2!
~Syah mengade..(H.Com Biro EMAS sekali lagi)
~Ibrati (V.President baru-a little moody)-dun wory, we r here 4 u...cewahhh...
~'Awatif (tak dapat borak sangat dgn dia)
~Naheed jadi MC (last minute)
~K.Su sentiasa sempoi (Pakai baju hijau macam k.dyll)
~Dayah pun pakai baju hijau.
~Ijat datang awal (pun pakai baju hijau-baju raya)
~Sufi treasurer baru (suka wat muka blur)
~Zahin, Pa'an, Umar & Aizat-antara mentor2 yang komited (suka wat k.dyll pening kepala).
~Aizat cari pasal...huh!
~Alia, Ainun, Fadilah & Wan Hamidah (mentor Jugak). Thankz 4 coming.
~Fadlika (Ahli TW yang baru dikenali-outspoken & fun)
~Atirah (datang awal jugak).Thankz!
~Sofi (kurang bercakap).
~Sarah yang sempoi & comel.
~Azizan dapat lucky draw (k.dyll pun dapat =p)
~Azharul...h.Com Biro...(tak ingat- E-Ukhwah?)
~Safwan h.com Outreach yang baru..
~Abe & wan datang bertandang.
~Lina & roomatenya datang memeriahkan.
~Hazman Hadi datang lambat & balik awal.
~Baizura (S/U baru)-kurang kenal...
~Faidh & Faisal (budak outreach yang komited)

LAin~lain:

~A.Dat bagi talk yang best.
~A.Syukor datang sekejap je...
~Bro. Khairuzzain-very supportive...
~Ada kek tapi x tahu sape yang bwk...jeng3...


Terakhir....
~a.K.u...penat jd PC...buat kerja gila-amek gambar sana-sini...
~tapi lega dah tak pegang jawatan...huhu....
~terlupa yang tak makan nasi langsung sepanjang hari..
~bungkus bihun bwak balik
~tapi tak habis mkan sorang-sorang tengah2 malam sambil siapkan assignment...
~a.K.u cube yang terbaik untuk yang akan datang, InsyaAllah...
~"Jawatan bukan kemualiaan, tetapi amanh yang berat & menuntun seribu pengorbanan"-ayat a.K.u...

WAllahu'alam...


aLkisAh...antara a.K.u, puAsa, bAlik kAmpung & rAya....

Alhamdulillah...a.K.u masih lagi di beri peluang untuk meraikan raya tahun ni. Walaupun agak sedih dengan pemergian Ramadhan sebab tak dapat buat yang terbaik untuk Ramadhan kali ni. =(. Kisahnya sepanjang Ramadhan, hati ni meronta-ronta minta untuk menyambut Ramadhan di rumah. Suasana dan keadaan di rumah sangatlah selesa untuk menjalankan ibadah puasa dengan lebih bermakna. Terbayang-bayang lagi ketika zaman muda-muda dulu. hehe. Tadarus, terawikh, qiyam..semuanya di rasai sepanjang Ramadhan. Sebab tiap-tiap hari emak akan ingatkan...hehe..& setiap hari akan terawikh di surau (kami panggil 'balai') kat sebelah rumah dengan emak. Pastu moreh & borak-borak dengan makcik-makcik sekampung. Seronoknya...




Tapi Tahun ni, secara peribadi, Ramadhan yang di lalui agak lesu. Masih juga terikat dengan pelbagai komitmen (walaupun cuba untuk di kurangkan). Kebanyakannya berbuka puasa di luar. Sekali je dapat berbuka dengan 'roomate'.huhu. Teruknya. Yang agak menyedihkan, susahnya nak bangun qiyam sebab selalu balik lewat dan kepanatan. Bila dah penat, nak kena 'study' lagi dan sebagainya, akan tidur lewat. Akibatnya, selalu sangat terlepas sahur. Hmmm. Itulah yang paling menyedihkan & menimbulkan perasaan terkilan yang teramat dalam hati ini(apa punya bahasa la ni...hehe).Akibatnya, raya tahun ni tak dapat di hayati sepenuhnya. Moga sempat menyambut Ramadhan tahun hadapan. InsyaAllah.




Akisah, sebenarnya a.K.u takda 'mood' nak beraya tahun ni. Nak balik kampung pun malas. Rasa macam nak beraya sorang-sorang kat UIA. Lagi-lagi bila bapak telefon dan marah-marah sebab a.K.u tak beli tiket bas lagi untuk balik kampung. Merajuk la konon. Tapi bila di fikirkan balik, mak & bapak risaukan a.K.u. Sebab tu mereka marah-marah. Takut a.K.u tak dapat balik raya nanti. Lagipun kereta abang Fat kat bengkel. Nasib la. Dan yang jadi mangsa adalah Khairullah (sepupu a.K.u). Kena belikan tiket untuk a.K.u sebab dia ada motor. a.K.u pulak tak berani nak pergi beli tiket sorang-sorang kat pudu tu. Huhu. Alhamdulillah, ada gak sepupu yang baik hati kat UIA ni.

Tanggal 26 Sept 08, bersamaan hari Jumaat, a.K.u, Balqis, Sarah dan Abe (Hidup KPIJ! hehe) bersama-sama berangkat ke Bukit Jalil. Bas a.K.u, Sarah dan BAlqis pukul 3.30pm. Tapi bas Abe pukul 4.30pm. Dan kami berpisah di situ ke destinasi masing-masing. Sampai kat rumah lebih kurang jam 8.00 malam. Hujan lebat petang tu mengakibatkan longkang kat depan rumah dipenuhi air (longkakg tersumbat kerana air parit naik). Abang, kakak & Juman awal2 lagi dah cuti. Rumah pun dah banyak berubah. Bilik dah bertambah lagi satu (bilik pengantin Kakak). Bilik pengantin Abang pun dah siap. Tinggal nak cat je. Tiang anjung pun dah bercat baru (separuh siap). Yang lain macam biasa la, kemas rumah untuk raya. Tambah meja, bunga, etc. Hmm, tak larat nak observe semua.

Seperti biasa, dah nak dekat raya, banyak la benda yang kena buat. Esoknya, kena bersihkan seuma tingkap yang ada kat rumah. Tapi tak habis. Sampai kena bebel bertong-tong dengan kakak. Haha. Padan muka. Sambil-sambil tu tolong emak goreng 'rempeyek' (sejenis kuih raya yang famous di kalangan masyarakat jawa). Kakak sibuk siapkan kuih almond london ala-ala jawa & cornflakes besalut coklat =). a.K.u langsung tak membantu. Ntak kenapa, memang tak reti nak buat kuih raya. Esoknya lagi kena pasang langsuir...eh, langsir. Pun tak siap jugak. Kakak yang tolong siapkan. Kesian dia. Takpe lah, sementara dia belum kawin ni, nak buli dia puas-puas. Huhu.



Malam raya, adik bapak yang bungsu @ pakcik a.K.u (Paman Por) dan isterinya @ makcik a.K.u (Bibik Zu) sampai bersama anak-anaknya (Arif, Nurul & Zuhdi). Tahun ni mereka beraya di rumah a.K.u. Emak masih bergelumang dengan baju raya tempahan orang walaupun esok dah nak raya. Baju a.K.u pun tak terjahit pn. Emak suruh a.K.u jahit sendiri, tapi malas nak buat sebab mesti tak cantik macam yang emak buat. Hehe. Mengada je lebih.

Pagi raya, disebabkan a.K.u hanya membawa sepasang je baju raya, terpaksalah bertukar-tukar baju. Pakai baju raya cuma masa minta maaf sesama ahli keluarga. Pastu tukar baju yang lebih sempoi. Alhamdulillah, tahun ni banyak pula dapat duit raya. Dah tua-tua pun orang nak bagi lagi (sbb comel kot..=P). Raya pertama duduk kat rumah je tunggu tetamu. tahun ni sangat ramai tetamu datang ke rumah. Tak putus-putus. Sampai tak cukup tangan nak melayan.

Malam raya pertama, adik emak yang bongsu @ pakcik a.K.u (Cik Moh), isterinya @ malkcik a.K.u (Cik Ani) dan anak-anaknya (Hakim, Daniel @ Azizi, Ika dan mimi) sampai untuk beraya bersama-sama keluarga a.K.u. Macam biasa, kerja a.K.u adalah melayan si Ika dan Mimi bermain. Dah macam budak-budak. Haha.

Raya kedua, round satu kampung. Beraya ke rumah pakcik dan makcik. Nasib baik adik-beradik emak kebanyakannya duduk dekat-dekat. Jimat duit, jimat tenaga. Tu pun dah tak larat nak makan kuih raya dan makanan-makanan lainnya. 6 rumah kami pergi hari tu. 3 kereta. Meriah.

Raya ketiga & keempat tak pergi mana-mana. Pakcik dah nak balik KL. Dok rumah je, memain ngan budak-budak kecik. Hehe. Raya kelima, tak boleh tido. Pagi-pagi dah terbangun, tekak rasa semacam je. Macam nak selsema. Abang Fat ajak balik Kl pagi tu jugak. tiba-tiba je. Katanya kalau balik petang takut jem. a.K.u ikutkan je. Balik dengan Syamil (anak sepupu). Tapi tak berborak sebab a.K.u bantai tidur dalam kereta. Sampai UIA pukul 1.30 tghari. Telefon emak. Dorang pergi beraya kat Kulai. Tak aci...nak ikut jugak....Tapi malam tu dah start demam...huhu..Balik awal ni ada jugak hikmahnya. Boleh sipakan assingnment kena submit hari selasa. 4 assignment pulak tu. Dua paper research, dua lagi report community service. Huhu... Camni la hidup sebagai student SOCA.

~Akhirnya 3 assignment je yang dapat disiapkan menjelang hari selasa...yang lagi satu terpaksa hantar lambat & consider as late submission...Huhu...kena potong markah la jawabnya...sedihnyer...tu la, sape suruh wat asingnment lambat-lambat...padan muka a.K.u!...\(n_n)/huhu...ceria-ceria selalu!

Wallahu'alam....

SAUDARAKU~




Seputih Bersih Hati Mu Dalam Keredhaan
Lahirlah Insan Mulia Di Dunia
Azan Di Telinga Kanan
Iqamah Di Telinga Kiri
Jadilah Insan Beriman
Taat Sujud Pada Ilahi

Kehidupan Di Dunia Hanya Sementara
Perjalanan Ke Akhirnya Menanti Di Syurga

Bersabarlah Saudaraku
Tiap Duga Ada Hikmahnya

Berilmulah Saudaraku
Kebesaran Limpah KudratNya

Berimanlah Saudaraku
Pada Tuhan Yang Maha Esa

Berdoalah Saudaraku
Moga Hidup Kan Sempurna

Sejernih Kasih Permata Yang Bonda Berikan
Semoga Hidupmu Akan Pemuh Bahagia

Mentari Di Tangan Kanan
Dan Bulan Di Tangan Kirimu

Usah Gentar Pertahankan
Allah Itu Hanyalah Satu

Monday, October 6, 2008

alkisah...a.K.u hanya insan biasa.....





berkali-kali a.K.u tersungkur rebah,
ke jalan berliku penuh darah,

berkali-kali juga a.K.u terleka,
hingga sampai satu masa,
a.K.u sudah tidak punya daya,
tidak punya upaya,

tapi akhirnya...
a.K.u mahu kembali,
pada DIA,

dan kerana DIA,
a.K.u bankit semula,

untuk DIA,
a.K.u tinggalkan segalanya,

cinta dan airmata...








ntah kenapa....

ntah kenapa....

tika orang lain bergembira menyambut lebaran,
a.K.u berduka terkenang masa silam,
tika orang lain ceria dengan kehidupan,
a.K.u menangis kesakitan,
terdiam meniti hidup yang terlalu memendam....

tertanya-tanya pada diri,
ape erti hidup ini,

tersentak dalam diam,
dalam sedar,dalam jaga,

duhai teman,
a.K.u hanya insan biasa,
yang selalu terlalai dan terlupa,
selalu tersalah tingkah & bicara,
terlalu sukarkah memaafkan diriku yang hina ini?

jika kau membenciku,
bagaimana pula DIA?





~tengah dok emosi2 ni,terbukak lak blog IQ Class Managment...terbaca satu baris ayat yang menyentak hati...."Manusia akan binasa kerana 2 sebab; putus asa dan bangga diri."...~wallahu'alam...

HOME

I walked across an empty land I knew the pathway like the back of my hand I felt the earth beneath my feet Sat by the river and it made me c...