Bismillahirrahmanirrahim.
"Puan, hidup puan belum cukup tragis jika dibanding manusia lain.
Puan hanya menakutkan diri dengan masa lalu yang penuh penyesalan
dan masa hadapan yang tidak pernah pasti.
Puan banyak berfikir perkara yang tidak perlu, sedangkan yang
paling penting untuk Puan fikirkan sekarang ini adalah tentang kebahagiaan
Puan sendiri. Sama ada keinginan bahagia di dunia ini,
atau diakhirat nanti.
Puan cukup bertuah memiliki segala-galanya yang tidak orang lain miliki.
Seorang suami yang bertanggungjawab -
tidak pernah sekali melupakan kepentingan anak isteri.
Seorang anak pun sudah membahagiakan, apatah lagi dua, atau tiga atau empat
jika telah tertulis rezekinya Tuhan disitu.
Puan perlu menepis segala anasir negatif dalam kepala Puan
supaya Puan akan lebih merasa syukur akan nikmat Tuhan ini.
Kerana tidak semua orang memiliki apa yang Puan miliki.
Mungkin Puan memerlukan semangat baru untuk menuliskan semula
visi dan misi hidup Puan yang terkadang terasa kosong ini - walhal
insan lain melihat sebaliknya.
Walaupun sebenarnya Puan tidak perlu pun memandang berat pandangan
manusia lain itu - tapi ambillah ibrah kehadiran insan lain
dalm hidup Puan.
Akhir, puan fikirlah dari mata hati.
Sesunggunhnya pengalaman Puan yang banyak sewaktu muda itu,
wajarlah jadi panduan agar Puan sentiasa
termotivasi untuk menjadi lebih baik.
Saya mendoakan kehidupan Puan dilimpahi keberkatan Tuhan, kecintaan tidak putus
dari insan-insan sekeliling dan ketenangan
menjalani kehidupan tanpa gusar akan kehilangan
demi kehilangan yang pasti akan berlaku disepanjang
riwayat hidup ini.
Sesungguhnya Puan hanyalah manusia.
Maka Tuhan juga yang akan menentukan semuanya."