Saturday, December 31, 2011

dua.kosong.satu.satu.ke.dua.kosong.satu.dua


Bismillahairrahmanirrahim.


.malam menjelang.
.tahun.dua.kosong.satu.dua.
.saya cuma mahu bersendiri.
.muhasabah.

****************

Mungkin bukan takdir malam ini bersama Ian. Juga Cik Rehan.
"Malam terakhir tahun yang penuh ~~~...." Kata sahabat.
"Cabaran..." sambung saya dalam hati.
Cuma mingkin cabaran malam ini tidak saya sahut dengan lebih baik.
"..niat kau dah dinilai.." Kata sahabat.
"..kalau sudah ishtihar sebagai orang gerakan, kena gerak dan gerakkan." -K.Fad @ USF
*Menangis dalam hati.*
"Orang gerakkan juga perlu berehat. Bukan semua orang gerakkan turun lapangan. Bukan semua orang perjuangan turun berjuang, ada yang tinggal menuntut ilmu. Berehat tidak semestinya tidak bergerak. Mungkin fizikal tidak bergerak, tapi hati, jiwa dan fikiran bergerak kerana Allah." Pujuk/ ingatan dari sahabat yang sama-sama memasak tengahari tadi. 
*oh hati*

Lain kali harus/ wajib lebih kuat!

:: Mahu jadi insan bermanfaat... Allahu..

Friday, December 30, 2011

*La Tas'aluni*


Bismillahirrahmanirrahim.


Jangan tanyakan aku tentang hidupku
Ia adalah sebuah rahsia kehidupan
Ia adalah anugerah
Ia adalah ujian
Ia adalah dunia yang penuh dengan cita-cita
Aku telah menjualnya kepada Allah
Kemudian aku berjalan dalam barisan para pembawa petunjuk
Jalan hidupku adalah al-Qur'an, pedang dan ujian
Allah telah memberkatinya dan para Nabi terdahulu telah melaluinya
Para syuhada telah menyirami jalan ini dengan darah mereka
Maka jadilah ia taman indah yang dikelilingi cahaya
Sedangkan hujung perjalananku adalah apa yang meredhakan Allah
dan apa yang diinginkanNya
Keuntungan dengan kemenangan nyata
atau kesyahidan dan keabadian
Jika engkau telah berada di muka bumi
dan engkau tahu bahawa umurmu terbatas
Jika tidak alangkah buruknya kewujudanmu

:: a.K.u doa setiap hari.. moga hati a.k.u tak lekat dengan dunia.
:: kau : ada bingkisan untuk kau nanti. tunggu...  

Wednesday, December 28, 2011

Birthday Cik Ninja~


Bismillahirrahmanirrahim.

Saya kenal Cik Ninja sudah masuk satu tahun dua bulan.
Kalau beranak (anak dia la) dah boleh berjalan.Keh2.
Saya kenal dia mula-mula dia malu-malu (amenda ayat aku ni -.-“)
Nak makan pun segan-segan nak tambah nasi. Hik3.. [Padahal lapar~ Wekss~]
Seminggu sebelum XPDC Wali Songo pada bulan November 2010. (aku ingat. Ko ingat tak?)
Shweet enaf~
Dalam persahabatan pasti ada turun naik.
Walaupun kamcing, kadang2 ada juga terasa. Dia pun begitu.
“Sedangkan lidah lagi tergigit.”
Tapi akhirnya masing-masing faham.
Bersahabat kerana Allah, pastikan teruji.
Alhamdulillah. Menjejak 25 tahun usia.
Semakin matang Cik Ninja kita.. (bangga la tu!)
Saya doa dia tenang selalu.
Dengan cabaran. Dengan perjuangan. Dengan kehidupan.
Moga Allah rahmati seluruh usia.
Dan setiap titis peluh dan penat membantu ummat.
Aku, kau, dia dan mereka..
Moga kita sama-sama Berjaya.
Disini & disana.
Ammeen Ya Rabbana.



Happi Birthday el~
a.K.u sayang kau lebih.
Bai.


:: Zzzz~

Thursday, December 22, 2011

[Bayang & waktu]


Bismillahirrahmanirrahim.

"Kau takkan tahu apa rasanya mengusir bayang-bayangmu setiap waktu.
Mujur ku punya teman membilang masaku."


Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.


:: Ambillah..sebanyak mana yang kau mahu...

Tuesday, December 20, 2011

*Kuat*

Bismillahirrahmanirrahim.


"Pak Aziz"
"Bila kita letak Allah disini; aqal, dan disini; hati..
Maka Allah akan menggerakkan pula kaki & tangan kita."
Ust. Wan Sohor Bani Leman
"Cinta & Rumahtangga"
Seminar Isu-Isu Kekeluargaan Islam
Grand Pacific Hotel, KL
RISEAP

Monday, December 19, 2011

*Senyum seperti Kekasih*


Bismillahirrahmanirrahim.

‎"..Dan kerana Allah hendak menguji apa yang ada di dalam dada kamu dan untuk membersihkan apa yang ada di dalam hati kamu. Dan Allah adalah al-‘Alim (Maha Mengetahui) terhadap isi hati." [Ali-Imran:154]
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling Tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. [ Ali-Imran:139 ] 
Allah sentiasa tahu apa yang kita perlu.


:: Terubat... :)



Wednesday, December 14, 2011

*Siapkan dirimu!"


Bismillahirrahmanirrahim.

Perang lagi.
Kali ini saya harus memilih dari dua bahtera.
Dua-dua akan dibawa ke arah yang sama.
Namun cabarannya berbeza.

Andai saya pilih bahtera A, saya akan selesaikan apa yang termampu.
Walau mungkin tidak dapat ditinggalkan dengan sempurna.

Andai saya pilih B, ada pilihan lain yang harus saya korbankan.
Iaitu bahtera C.

Agak mustahil bersama menerajui  B dan C.
Kerana berada di bahtera A dan B lebih relevant.

Begitukah?

***********************************

Demam bitara.
Seperti yang saya sebutkan pada sahabat-sahabat,
Yang teruji & ter'modul' adalah kita.
Bukan mereka.

Saya gembira bukan kerana program berjalan dengan baik.
Tapi kerana medan muhasabah 3 hari itu telah memberikan secebis kekuatan untuk kami meneruskan perjuangan.

Adatnya, bila berbuat silap, bermuhasabahlah.
Allah pasti berikan jawapan.
Taubat. Insyaallah akan ditunjukkan jalan.

Untuk istiqamah dengan sesuatu, haruslah ikhlas dalam menjalankannya.
Letak tepi pandangan manusia, ketengahkan pandangan Allah.
InsyaAllah.

"Berjuang ertinya terkorban.
Kalau tak terkorban, bukan berjuang namanya."


:: Sesuatu yang hanya Dia boleh jawabkan.

Monday, December 12, 2011

Bi-Tara


"Keunggulan... ke'tiada-tanding'an.. Daripada 2 perkataan... 'bi' dan 'tara'. Bitara : 'bi' merupakan imbuhan pinjaman bahasa Parsi bermaksud 'tidak'. Manakala 'tara' membawa maksud 'sempadan', 'had', 'takat' dan yg seerti dgnnya.”

:: Mahasiswa yang tiada tandingan? Fikirkan.

Saturday, December 10, 2011

*a.K.u menang*


Bismillahirrahmanirrahim.

Maaf bos. a.K.u menang.
Dan maaf jugak sbb curi gamba ni dari laptop hang.
Ekekek~

Ni semua sbb stress dgn bitara. Hohoho..
Huk oloh.

Thursday, December 8, 2011

Satu.


"Terima kasih Cik Ninja"

Bismillahirrahmanirrahim.

"Tidak menerima & tidak menolak"

Saya optimis bahawa saya akan redha.
Walau apa sahaja jawapannya.
InsyaAllah.

Adik saya pesan: "Doa"
Sahabat saya ingatkan : "Doa"
Dirinya di tegaskan : "Doa"

Sesungguhnya Allah lebih tahu.


:: InsyaAllah.

Tuesday, December 6, 2011

*Kau boleh!*


Bismillahirrahmanirrahim.


..... 
Senyumlah saat kau berdepan nestapa
kerna sebelum ini
kau sudah pernah teruji dengan kenestapaan
yang kau berjaya harungi lalu kau tersenyum
Senyummu lantaran kelegaan
pengakhiran sebuah episod gulanaan
senyumlah…dengan tabah hati serta yakin nurani
bahawa hujan tak pernah enggan berhenti
suria kan sentiasa menyinari
Senyumlah dan bayangkanlah
di penghujung nestapamu
ada jernih titis embun
membias sinar mentari
melakar indah teja langit
menyurih bianglala harmoni
dan senyummu itu pasti kau ulangi
- Tuan Pengetua 

 :: Andai ini ku bisa, pasti yang itu pun InsyaAllah ku bisa.. 

Sunday, December 4, 2011

*Aku Cinta Allah*

Bismillahirrahmanirrahim.


Nampaknya la lagu-lagu Wali Bang [baca; Band] telah berjaya mengalahkan addiction pada lagu Big Bang. Haha.. Layan~
Sabtu, 3 Disember 2011. 
Saya maklum takah hidup saya sudah beranjak satu tahap lagi. Terima kasih Ya Allah, meminjamkan kekuatan sebanyak ini. Tiada langsung kekuatan saya tanpa Dia memberi. Moga Cinta ini kekal sehingga bertemu-Nya nanti. Moga ia kekal... Ameen Ya Rabb.. 
Sahabat seperjuangan [termasuk yang sudah dilukakan hatinya itu], yang jauh dan dekat, yang nampak dan tidak, yang merasa, yang terluka, yang bahagia, yang penat lelahnya hanya Dia yang menjaga. Tidak sekelumit pun hilang kasih sayang dari dalam hati ini untuk kalian. Cuma mungkin caranya berbeza. 
Moga Allah rapatkan hati-hati ini demi perjuangan menegak kalimah-Nya. Moga keikhlasan sentiasa terpatri disetiap awal perlakuan-perlakuannya. Moga diterima amalan sepanjang hidupnya. Moga terjaga iman & taqwanya. Moga terpelihara keyakinannya pada Dia. Ameen.
********************

Pesan & ingatan buat sahabat:

Cik Puteri,
Somoga najah perjuangan memuntut ilmu merentas lautan.
Harapan kau yang tertulis, aku genggam dalam hati.
Yang penting....
[Jordeng tetap menjadi pojaan hatiku.. Haha..]

Cik Raihan,
Tabah dengan sabar & solat.
Cari hati di dalamnya.
Teorinya mungkin kita boleh sebut berjela.
Tapi manfaatnya hanya akan tergapai lewat amalan.
Dari hati paling dalam.
[Moga saya juga..dapat mengamalkan ilmu sebaik mungkin]
InsyaAllah.

Cik Hdariyani.
Sifu kita sama.
Kita dah faham segala apa yang diajarkanya.
[Walau dia tidak pernah berhenti mengajarkan; Moga Allah berkati hidupnya]
Jom sama-sama amalkan.
Terima kasih kerana berkongsi kekuatan.
Moga kekal istiqamah. Ameen.

Suka berkongsi ayat ini.
 "Untuk berubah kita perlu keluar dari kebiasaan."

:: Cukuplah Allah bagi kita. :)

HOME

I walked across an empty land I knew the pathway like the back of my hand I felt the earth beneath my feet Sat by the river and it made me c...