Wednesday, June 30, 2010

Terkadang kita tidak jumpa jalan.


Bismillah.
Hidup adalah pencarian.
Kepada sebuah jawapan.
Kerana manusia selalu akan terkeliru.
Antara keperluan dan kehendak.
Antara benar dan salah.
Antara hitam dan putih.

Mencari dengan hati.
Ditunjangi aqal dan ilmu.
Hati tempat isinya ilmu.
Ilmu adalah cahaya hati.
Aqal sebaik-baik pembantu.

Umpama cermin.
Dari hati yang bersih, akan terpancar cahaya dari wajah.
Namun hati yang kotor, takkan mampu membiaskan cahaya terang.


"...berfikir, berzikir di waktu-waktu yang suci, menyendiri, bermunajat serta merenung alam yang indah dan menakjubkan, menggali rahsia keindahan & keagungan alam, meneliti dengan hati & berzikir dengan lisan tentang tanda keagungan yang menakjubkan serta hikmah yang agung ini, termasuk hal yang memberi kehidupan kepada hati dan menyinari kalbu dengan keimanan & keyakinan. Allah swt berfirman;
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit & bumi, dan silih bergantinya malam & siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.” (Ali-Imran : 190)"

[Imam Hassan Al-Banna]



*****************


La Tahzan [Jangan Bersedih]


Doktor Samuel Johnson mengatakan: “Kebiasaan melihat sisi baik dari semua peristiwa jauh lebih berharga daripada mendapatkan penghasilan seribu pound sterling dalam setahun.” Firman Allah s.w.t di dalam Al-Quran dari surah At-Taubah ayat 126 yang bermaksud:

“Dan, tidakkah mereka (orang-orang munafik) itu memerhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran.”

Sebaliknya, Al-Mutanabbi mengatakan;

Semoga segala kejadian
Mampu mebuat diriku semakin matang
Dan memberikan pengalaman berharga untukku.

Mu’awiyah mengatakan: “Ketenangan diri tidak dimiliki, kecuali oleh orang yang telah mengalaminya.”

Abu Tamam, di dalam Al-Afsyin berkata: “Betapa banyak nikmat Allah s.w.t yang telah dimilikinya. Namun masih saja ia hidup dalam keterasingan dan kekangan.”

Seorang Salaf berkata kepada salah seorang yang kaya: “Aku melihat nikmat pada dirimu maka ikatlah ia dengan rasa syukurmu.”

Allah berfirman di dalam Al-Quran dari surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud:

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”

Firman Allah lagi dalam surah An-Nahl ayat 112 pula yang bermaksud:

“Dan, Allah s.w.t telah membuat suatu perumpamaan (dengan) sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram, rezekinya datang melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi penduduknya mengingkari nikmat-nikmat Allah s.w.t kerana itu Allah s.w.t merasakan kepada mereka pakaian kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang mereka buat.”

Sumber: http://elakbersedih.blogspot.com/

:: Tamau sedih-sedih ya!

Tuesday, June 29, 2010

Janji.


Bismillah.
Saya sedang mencuba.
Melatari hidup saya dengan kejujuran.
Sedaya upaya.
Jika tidak berani di hadapan orang pun,
Biarlah dengan diri sendiri.

Kerana itu kadang-kadang saya lari.
Kerana takut menipu diri.
Dan orang lain.

Dalam hidup,
tak pernah rasanya saya berjanji.
Akan sehidup semati,
dengan siapa-siapa.

Kerana saya pasti,
Pertemuan dan perpisahan itu akan terjadi,
Jika bukan semasa hidup, pasti bila mati nanti.
Dan saya tidak mahu bersedih jika berpisah.
[Mungkin saya akan sedih, tapi kerana rindu.]
Kerana saya yakin, Allah ada menjaga sahabat-sahabat saya.
Saya yakin Allah telah aturkan yang terbaik di atas perpisahan kami.

Dan jika saya punca perpisahan, saya harap ia atas tujuan kebaikan.
Setakat ini, saya yakin itulah yang terbaik.
Walau bukan di mata mereka, tapi InsyaAllah, nanti-nanti pasti mereka faham.
Saya tidak mahu ungkit siapa salah dan betul.
Saya hanya mahu masa untuk Allah tunjukkan jalan-Nya satu hari nanti.

Saya janji takkan menangis lagi bila berpisah.
Kerana kita berpisah kerana Allah.
Bukan kerana kehendak diri.

Jika kehendak diri.
Sahabat saya tidak akan saya lepaskan.
Walau sekali.

Jika kerana Allah,
Perjuangan adalah tunjangnya.
Jika sahabat saya pergi berjuang,
Sayalah manusia yang paling gembira.
Dan saya akan cemburu.

Sahabat saya pergi berjuang.
Saya mahu temani dia.

Tapi jika tidak.
Jika bukan kerana perjuangan.
Jika hanya kerana kehendak peribadi.
Persahabatan pasti akan tawar.

Umpama kopi tanpa gula.
Gulai tanpa garam.
Di jamah sedikit dan di diamkan.

Saya juga tidak mahu besahabat kerana kenangan.
Kenangan adalah sejarah.
Yang tak mampu di ubah.

Biarlah bersahabat kerana keimanan.
Seperti para sahabat.

Jika saya tidak mampu jadi sahabat yang mengajak untuk menambah iman.
Saya takkan sanggup jadi sahabat yang meruntuhkan.
Kerana itu ada sahabat yang saya tinggalkan.
Maaf andai saya pernah punya dosa itu.

Saya tenang tapi tidak gembira dan takkan berpura-pura gembira.
Tidak gembira kerana ada yang tidak gembira kerana saya.
Kerana saya belum bertemu jawapannya,
dan belum mampu berikan jawapan kepada mereka.
InsyaAllah. Jika sudah, akan saya kongsikan bersama.
Saya cuma mampu doakan ketenangan mereka.






:: Maafkan saya sahabat. Tak mampu penuhi hati kamu lagi.

~Perindu~


Bismillah.



Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."




Sepertimana hatinya merindukan Ramadhan.
Hati saya punyai getar yang sama.
Maaf saya guna kata ganti nama 'saya' berbanding 'a.K.u'.
Kerana manusia itu kehendaknya berubah-ubah.


Nampaknya hidup saya juga benar berubah.
Dan perlu untuk berubah.
Mahu jadi lebih matang untuk kehidupan mendatang. InsyaAllah.
Inilah yang di katakan putaran hidup barangkali.

Kembali kepada Ramadhan.
Jika dia rindukan zouqnya bersahur.
Zouq pada tenang Ramadhannya.

Saya pula pada Zouq fadhilat sabarnya.
Sabar dalam beribadat.
Saya belajar.
Sabar itu ada tiga yang paling susah.
Sabar dalam berbuat baik.
Sabar dalam Ibadah.
Dan sabar dalam melawan hawa nafsu.


Dan ketiga-tiga sabar ini berangkaian.
Lebih-lebih lagi rasanya dalam bulan Ramadhan.










:: Akan sempat bertemu Rahadhankah tahun ini?

Monday, June 28, 2010

.tiga.perkara.

Bismillah.

Saat ini.
Ada tiga perkara dalam fikiran.


Kek Coklat [Moist]

Pasir Pantai.

Langit dan Awan.

Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?(4)

Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).(5)
Al-Mulk: 4 dan 5.



[Berharap dapat makan chocolate moist cake di tepi pantai sambil menguis-nguis pasir dengan kakinya dan memandang langi dan awan yang berubah-ubah wajah setiap saat. Subahanallah!]



:: Berteman dengan alam. Fikir dan Zikir.

*Allah Sentiasa Berbicara Dengan Hamba-Nya.*

Bismillah.

Di pondok kecil di Kolej Za'ba UKM.
Menjelang tengahari.
Saya tergelak besar.
Tergelak bukan kerana mentertawakan orang yang bercakap.
Tapi tergelak kerana mentertawakan diri sendiri.

Alangkah bodohnya saya kadangkala.
Hikmah sekecil itu pun saya tidak nampak.
Mereka berdua, bersungguh menerangkan.
Modul Fikir & Zikir.
Antara Ilmu & Air dan Masa & Air.
Saya diam tatkala mereka menerangkan.
Dan tergelak besar tatkala sedar betapa bodohnya diri ini selama ini.
Hal sekecil itu pun tidak mampu saya fikirkan.

Saya berfikir panjang, lalu nekad.
Mahu berteman dengan alam!

Saya bermula dengan awan.
Awan di UKM memang cantik.
Entah zouq apa yang hadir tatkala melihat awan di sana.
Subahanallah!

Saya merayau-rayau.
Mencari tempat terbaik untuk berfikir.
Sambil memandang awan.

Subahanallah!
Sangat cantik.

Terngiang sekali lagi kata-kata mereka.
"Setiap apa yang terjadi sebenarnya merupakan bicara Allah pada kita.
"Ada sesuatu yang Allah mahu sampaikan dari setiap perkara."

Dan lagi..

"Cuba bayangkan perkara yang paling menyedihkan yang pernah terjadi dalam hidup kita.
"Kita kerap melihat sudut negatif berbanding positif.
"Cuba terbalikkan cara pemikiran kita dengan 'jika tidak terjadi perkara ini, maka aku tidak akan jadi begini."

[Maaf, saya ubah sedikit ayat mereka, tapi isinya tetap sama]

Sungguh-sungguh, itulah yang saya fikirkan selama ini!
Sebenarnya saya mahu menangis.
Tapi saya tahankan sepanjang masa.
Kerana itu wajah saya kelam sepanjang program.
Maafkan saya adik-adik!

Saya mahu sangat menangis melepaskan segala gelojak jiwa.
Supaya langkah saya akan lebih tenang nanti.
Bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk yang lain juga.

Saya yakin bahawa Allah sentiasa berbicara dengan saya.
Melalui nasihat orang, melalui perbincangan (seperti di atas), melalui blog rakan-rakan, melalui kisah pahit-manis-suka-duka orang lain, melalui lintasan hati, melalui ilham dan melalui alam.
Subahanallah.

Kadang-kala saya sedar, bila saya berbuat dosa, banyak sekali teguran Allah kepada saya.
Dan hati saya takkan tenang selagi tidak membetulkan keadaan itu.
Subahanallah.


:: Saya tenang, tapi masih ada orang yang saya berhutang kemaafan.

Sunday, June 27, 2010

.hidup.adalah.pelajaran.dari.pengalaman.


Bismillah.

Hidup adalah satu pencarian.
Segala sendi asal kehidupan.
Memberi pengajaran dan pengalaman.

Kurang lebih kehidupan,
Lompong-lopaknya.
Sakit pedihnya.
Tawa gembiranya.

Semuanya berasbab.
Walau kadang tidak mampu di fahami,
tapi mampu di hayati.

Perkampungan Menara Gading 2010.
Tahniah buat para penggerak utama yang banyak beri kesan pada jiwa a.K.u:
Arrabe', Sheril Aida, Aisyah, Hafiz Tarmizi.
Biro bersama: Wan & Jijan.
AJK-AJK lain.
Juga para fasilitator.

Setiapnya punya bahagian masing-masing.
Dan setiapnya melengkapi satu sama lain.
InsyaAllah & Alhamdulillah.





:: Awan di UKM..cantik.. (n_n)v

Saturday, June 26, 2010

*k.e.h.i.d.u.p.a.n*


KEHIDUPAN

Engkau dibisiki bahawa hidup adalah kegelapan
Dan dengan penuh ketakutan
Engkau sebarkan apa yang telah dituturkan padamu
penuh kebimbangan

Ku wartakan padamu bahawa hidup adalah kegelapan
jika tidak diselimuti oleh kehendak
Dan segala kehendak akan buta bila tidak diselimuti pengetahuan
Dan segala macam pengetahuan akan kosong
bila tidak diiringi kerja
Dan segala kerja hanyalah kehampaan
kecuali disertai cinta

Maka bila engkau bekerja dengan cinta
Engkau sesungguhnya tengah menambatkan dirimu
Dengan wujudnya kamu, wujud manusia lain
Dan wujud Tuhan.

Oleh: Khalil Gibran

Kata-kata~


Bismillah.

Kempen ni dah lama.
Tapi idea tak datang-datang untuk promote kempen ni.
InsyaAllah.
Hari ini mungkin.

BERTUTURLAH DENGAN GAYA BAHASA YANG DIFAHAMI PENDENGAR.

Untuk kempen kali ini, a.K.u cuba kongsikan beberapa perkara tentang adab bercakap:


ADAB BERCAKAP

1-Semua perkataan mestilah membawa kebaikan
(Hadis Nabi saw: Sesiapa yang beriman kpd Allah dan hari akhirat, maka hendaklah berkata baik atau lebih baik dia diam-HR Bukhari dan Muslim)

2-Bercakap mestilah jelas dan benar
(Aisyah berkata: Bahawasanya Rasulullah saw itu selalu jelas sehingga difahami oleh semua yang mendengarnya-HR Abu Daud)

3-Seimbang dan menjauhi sikap berdolak-dalih.
(Sabda Nabi saw: Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku di hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan bersikap sombong dan bercakap.-HR Tirmizi-hadis Hassan)

4-Menghindari banyak bercakap, kerana ditakuti membosankan orang yang mendengarnya.
(Hadis riwayat Wail:Adalah Ibnu Masud sentiasa mengajar kami setiap Khamis, maka berkata seorang lelaki, Wahai Abu Abdul Rahman (gelaran kpd Ibnu Masud) kamu mahu mengajar kami pada setiap hari? Ibnu Masud menjawab: Sesungguhnya tiada yang dapat menghalangku memenuhi keinginanmu, hanya aku khuatir membosankan kalian, kerana aku pernag meminta yang demikian drp Rasulullah saw dan baginda menjawab: aku khuatir membosankan kamu- HR Muttafaq alaih)

5-Menghindari drp menyatakan yang batil.
(Sabda Rasulullah saw:Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan satu kata yang diredahai Allah yang ia tidak mengira yg akan mendapatkan sedemikian sehingga dicatat oleh Allah keredaanNya bagi orang tersebut hingga hari kiamat. Dan lelaki mengucapkan satu kata yang dikurkai Allah yg tidak dikiranya akan demikian, maka Allah akan mencatat yg demikian hingga kiamat-HR Tirmizi, katanya hadis hassan sahih. Juga riwayat Ibnu Majah)

6-Mengulangi kata-kata yang penting, jika diperlukan.
(Anas berkata apabila Nabi saw bercakap, maka baginda akan mengulanginya sampai 3 kali sehingga semua yang mendengar menjadi faham dan apabila baginda mendatangi rumah seseorang maka baginda akan mengucap salam 3 kali-HR Bukhari)

7-Menjauhi perdebatan sengit.
(Sabda Rasulullah saw: Tidak sesat sesuatu kaum setelah mendapat hidayah, melainkan kerana terlalu banyak berdebat-HR Ahmad dan Tamizi)

8-Menjauhi kata keji, mencela dan melaknat.
(Sabda Rasulullah saw: Bukanlah seorang mukmin jika ia suka mencela, melaknat dan berkata-kat keji-HR Tarmizi dan Sanadnya Sahih)

9-Menghindari banyak kelakar.
(Sabda Rasulullah saw: Sesungguhnya seburuk-buruk orang di sisi Allah di hari akhirat ialah orang yang suka membuat manusia lain ketawa-HR Bukhari)

10-Menghina atau aibkan orang lain.
(Sabda Rasulullah saw: Jika seseorang menceritakan satu hal padamu lalu ia pergi, maka ceritanya itu menjadi amanah bagimu untuk menjaganya-HR Abu Daud dan Tarmizi)

11-Menghindari dusta.
(sabda Rasulullah saw: Tanda-tanda munafik ada 3: Jika bercakap, ia berdusta, jika ia berjanji ia mungkiri dan jika ia diberi amanah, ia khianati-HR Bukhari

12-Menghindari ghibah (umpat mengumpat) dan adu domba.
(sabda Rasulullah saw: Janganlah kamu saling mendengki, dan janganlah kamu saling benci dan janganlah kamu saling berkata-kata keji dan janganlah kamu saling berpaling muka dan janganlah kamu saling umpat mengumpat (ghibah) dengan yang lain dan jadilah hamba Allah yang bersaudara-HR Muttafaq Alaih)

Sumber: Di Sini.



:: Kalau diam bagaimana?

t.a.n.g.i.s


Bismillah.

Kalau boleh dia mahu menangis kuat-kuat.
Luahkan segala yang terbuku dalam hati.
Tukar jadi air mata.

Dan mulakan hidup baru.

Walau tak semudah itu.

Tapi ia tak mahu keluar.
Walau dipaksa-paksa.

Entah di campur apa hatinya keras macam batu.
Tapi mudah pecah macam kaca.

Pelik.

Manusiakah dia?


Bukan dia tak tahu ramainya yang sayangkannya.

Tapi entah kenapa sayang mereka jadi beban dalam jiwa.

Bukan dia tak tahu berapa ramai yang bertanya.
Malah sudah malas mahu dengarkan semua.

Andai di jawab juga tidak akan terjawab.

Untuk apa?

Buat dia makin sakit saja.


Nanti-nantilah.

Hidupnya belum pulih dari pengkhianatan.

Dia cuma mahu lari sebentar.
Entah kenapa dunia seakan tidak membenarkan.

Tolonglah.
Untuk sekali ini.
Jika benar cinta & sayang.

Biarkan dia sendiri...

Jeruk, dek kerana lamanya ia di dalam cuka.
Sangat sukarlah untuk dibuang rasa masamnya.

Mungkin harus di rendam dalam air gula.




:: Tapi sampai bila?

Thursday, June 24, 2010

a.K.u bukan sahabatmu~

Bismillah.
Usai membaca ini.
Sumber: Di Sini.


Manusia kadangkala bersengketa. Dan kadangkala kita tidak sabar dengan sahabat kita. Namun kita terlupa, kesabaran kita ke atasnya adalah satu tanggungjawab sebenarnya. Jika kita faham bahawa hubungan kita terbina kerana-Nya.

Satu puisi saya reka untuk menghiburkan jiwa-jiwa yang katanya terluka dengan sahabatnya.

Agar kalian kembali berpimpinan tangan.

Menghubungkan semula talian persahabatan dengan keimanan.



Aku bukan sahabatmu

Aku berjanji pada tuhanku
takkan melepaskan dirimu
walau terbakar hangus jiwaku
diperlakukan sikap burukmu

takkanku berpaling
dalam menarikmu dari tersepit asing
walau aku bukan sahabatmu
tetapi dikau sahabatku

tidakku pinta balasan
hanya kucari keredhaan
tiada kusanggup melepaskan
sahabat di neraka kepanasan

aku belum tentu penghuni syurga
tetapi aku ingin ke sana
maka bencimu bukan hentian langkahan
aku akan bersabar hingga kematian

takkan kulepaskanmu
takkan kutinggalkanmu
walau aku bukan sahabatmu
tetap kau sahabatku.

~angkasa
5.43am
4 Mac 2010
Azan Maghrib
Menjejak Mu’tah
Puisi Aku bukan Sahabatmu

:: Puisi ini untuk a.K.u kah?

Wednesday, June 23, 2010

*Yusuf*

Bismillah.

Yusuf lagi.

Siap tidak mahu TABAH seperti Yusuf.
Pergantungan tunggal pada Allah seperti Yusuf.
Tawakkal pada Allah seperti Yusuf.

a.K.u juga mahu.
Mahu sangat.
Ambil pengajaran Dyll..
Ambil..
Jangan cuma berkata-kata.

Madrasah tarbiyyah a.K.u.
Hidup a.K.u.


[Dua orang sudah ditentukan nasibnya.
Tinggal Yusuf dalam ketidak pastian.
Menghitung hari yang tidak berangka kerana tahanannya tanpa had masa.
Bisa sahaja manusia patah semangat dalam keadaan yang begitu.
Namun Yusuf adalah pejuang.
Putus asa tiada dalam kamus jihadnya.]


:: Ya Allah, teguhkan hati kami...Ameen..

Tuesday, June 22, 2010

Erti penat~


Bismillah.

Hari ini.
Memang penat. Sangat penat.
Macam nak patah pinggang.
Bahu pun macam dah senget sebelah.
Jangan la sampai kena cardiac shock.
Mau mati muda-muda ni. Huhu.
Bukan sbb takut mati [walaupun memang takut].
Tapi lebih kepada berhati-hati.

Namun bila di uji dengan kehidupan macamni.
Merempat sana-sini.
Dengan hal ofisnya lagi.
Hal company.
Syukur juga.
Paling tidak.
Dan lagi.
Rasa teruji kekuatan diri.

Alhamdulillah.
Tiap-tiap pagi.
Bila bangun, masih mampu syukur,
kerna masih ada lagi tempat untuk di tumpang berteduh.
Bila buat kerja, Alhamdulillah,
Masih punya tempat untuk jalankan amanah.
Bila waktu makan, Alhamdulillah,
Masa ada lagi rezeki untuk di suapkan di mulut.

MashaAllah.
Begitu hebat percaturan DIA dalam hidup manusia.
Sakit-sakit pun, mahu syukur saja.
Bukan mudah untuk dapat kurnia semacam ini.
Moga-moga, tiap nafas yang di hembus ini,
Dalam perhitungan DIA yang baik-baik sahaja.
Ameen.

Syukur & Sabar. Semuanya untuk DIA. InsyaAllah.






:: Entah kenapa, malam tadi kami gelak macam orang gila. Hahahaha =))
[mungkin esok a.K.u akan menangis...]

Sebenarnya Bulan~


Bismillah.

Usai membaca 'Sebenarnya Bulan'.
Hantaran peribadi dari Mishkat.

Jujur.
Suka dengan Sebenarnya Bulan.
Mungkin kerana ada gambaran diri di dalamnya.
Walaupun sebenarnya bukan dia.
Tapi perasan tu cukup untuk buat dia suka. :P

Ingatkan ala-ala Faisal Tehrani, tapi jauh sekali. Haha
Dia tahu penulis punya citarasa seni sendiri.
Dan 'Sebenarnya Bulan' itulah seninya!
Itulah dirinya.



'Sebenarnya Bulan' pasti akan jadi igauan satu hari nanti.



:: Sebenarnya lebih suka merenung bintang....

Monday, June 21, 2010

Naik turunnya iman.


Bismillah.

Mahu kongsikan sesuatu dari blog seorang sifu. :)


“Iman adalah mutiara
Di dalam hati manusia
Yang meyakini Allah
Maha Esa, Maha Kuasa”

Begitulah kata-kata indah yang diungkapkan di dalam sebuah lagu dendangan kumpulan Raihan tidak lama dulu. Iman itu satu keindahan pada diri manusia. Ia ibarat mutiara yang cantik, yang tersimpan di dasar lautan. Untuk memilikinya, tidaklah semudah yang disangka. Namun, iman di dalam diri manusia ini juga diiibaratkan seperti air dilautan, ada pasang dan ada surutnya. Begitulah di dalam sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud;
"Iman itu kadang naik kadang turun, maka perbaharuilah iman kalian dengan LAILAHAILLALLAH." (HR Ibn Hibban)

Amat jelas di dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w sendiri menyedari dan mengakui bahawa iman itu ada naik dan ada turunnya. Maka baginda mengingatkan kita agar memelihara iman ini, supaya tidak terlalu rendah apabila ia menurun dan tidak berlaku keruntuhan iman yang drastik. Mari kita bayangkan, sekiranya berlaku penyusutan ke dalaman air dilautan yang drastik, air dilautan semakin kekeringan, apa yang akan berlaku kepada masyarakat dunia ini. Kekalutan dan mungkin juga keresahan kerana iar merupakan sumber penting bagi manusia.

Begitulah juga soal kepentingan iman di dalam diri seorang manusia. Ia amat penting bahkan diperingatkan lagi oleh Umar Ibn Al-Khattab kepada para sahabatnya dengan berkata; “Marilah kita memperbaharui keimanan kita”. Muadz bin Jabal juga pernah memberikan peringatan yang sama dengan berkata; “Marilah duduk bersama kami untuk beriman sesaat”. Apakah kata-kata ini menunjukkan mereka ini tidak beriman?

Sudah tentu tidak sama sekali. Jelas, manusia ini kerapkali disibukkan dengan urusan dunia mereka sehingga kerapkali melupakan atau terlalai dengan perintah dan tanggungjawab yang Allah telah sediakan untuk mereka. Marilah kita sama-sama menginsafi persoalan ini dan pelihara iman kita sebaik mungkin, bukan sekadar memulihara.

Memelihara dan memulihara ini bukanlah tugas mudah tetapi ia tidaklah sukar sekiranya berusaha kuat untuk melakukannya. Pertama, carilah teman, rakan atau sahabat yang terbaik yang sentiasa atau mampu untuk mengingatkan kita tentang apa yang kita lupa. Rakan sebegini tidak ramai, tetapi ada. Apabila kita berbicara dengan rakan-rakan kita, dengarlah dengan mata dan perhatikanlah dengan hati. Nescaya kita akan berjumpa dengan mereka. Jangan segan dan jangan malu untuk meminta nasihat, kerana adalah wajib seorang Muslim memberi nasihat sekiranya diminta.

Kedua, berusahalah menuntut ilmu. Firman Allah s.w.t yang bermaksud;

"Sesungguhnya Allah maha teliti terhadap apa-apa yang kamu kerjakan." (An-Nur: 53)

Yang terakhir, telaah, fahami dan renungilah, isi kandungan Al-Quran. Firman Allah s.w.t yang bermaksud;
"Katakanlah, Tuhanku menyuruhku berlaku adil. Hadapkanlah wajahmu kepada Allah dan sembahlah dengan mengikhlaskan ibadah semata-mata kepada NYA.” (Al-A'raf: 29)

Haruslah kita sama-sama mengingatkan, bukan sekadar memulihara bahkan haruslah iman kita ini dipelihara, maka jauhilah perkara yang boleh menyebabkan iman kita surut dan menjadi menurun. Ia sudah pastilah maksiat. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;

"Sesungguhnya, jika seorang Muslim membuat dosa, maka terjadilah pada hatinya satu bintik hitam. Jika ia bertaubat dan meninggalkan perbuatan itu, maka bersihlah kembali hatinya. Jika tidak bertaubat dan berterusan dosanya itu maka bertambah banyaklah bintik hitam itu sehingga tertutup hatinya. Itulah ron (warna hitam) yang disebutkan di dalam Al-Quran."

Marilah bersama kita memperbaiki iman kita. Semoga memberi manfaat dan kebaikan kita bersama. TUNE diri kita.

Sumber: Abang Kamarul Azami Mohd Zaini





:: Menilai hidup....

Apa khabar iman?




Bismillah.

"Iman bukan semudah di kata, bukan semudah di jaga.. Sematkannya dihati, terpancar pada gerak diri..Bagaimana peritnya ia sampai kepadamu, maka setinggi itulah perjuangan memartabatkannya.."

Apa khabar iman hari ini?
Boleh di banggakan kah?
Maksudnya, andai ajal mungkin tiba hari ini,
Boleh dijadikan bekal bertemu Allah kah?

Berfikir tentang iman sendiri.
Hati jadi takut.
Takut yang teramat.
Takut tidak cukup bekalan iman untuk di bawa manghadap-Nya.
Astarfirullah. T_T

Dengan hati yang kotor dan tak terjaga.
Dengan aqal yang tidak di guna sebaiknya.
Dengan jiwa yang cintakan dunia.
Bagaimana mungkin akan diterima oleh-Nya?

Ya Allah.
Sukarnya menjaga hati.

Perlu korbankan setiap perkara yang paling disayangi.
Perlu buangkan segala prasangka dalam hati.
Perlu perjuangkan keikhlasan dalam diri.

Ya Allah.
Sukarnya menjaga hati.

Bukan calang-calang ujian yang KAU beri.
Bukan semudah tidur dan bermimpi.
Bukan calang sakit jiwa menahan diri,
mencabut dunia dari hati.

Ya Allah.
Hanya tenang mengingati-Mu yang a.K.u mahu.
Subahanallah.

Terima Kasih ya Allah.





:: a.K.u tinggalkan cinta kerana Allah..

Rapuh [Opic]

Bismillah.



Detik dan waktu terus berjalan,
Berhias gelap dan terang,
Suka dan duka tangis dan tawa,
Tergores bagaikan lukisan,

Seribu mimpi berjuta sepi,
Hadir bagai teman sejati,

Di antara lelahnya jiwa,
Dalam resah dan air mata,
Ku persembahkan kepadaMu,
Yang terindah dalam hidupku,

Meski ku rapuh dalam langkah,
Kadang tak setia kepadaMu,
Namun CINTA dalam jiwa,
Hanyalah padaMu.

Maafkanlah,
Bila hati tak sempurna mencintaiMu,
Dalam dadaku harap hanya,
Diri-Mu yang bertakhta,




:: Teguhkan hatiku ya Allah... T_T

Saturday, June 19, 2010

Sweet Escape ke-2 [Hari Kedua]

Bismillah.

Hari ini.
Dalam sejarah.
Rasanya dah dekat setahun tak jumpa.
Khairul Bariyah Rauf.

a.K.u tak peduli.
a.K.u mahu jumpa dia juga!
Walau susah dan payah.

Jam 3, kami bertemu di Benut.
Jalan-jalan di kedai buku sampai rasa lapar.
Lalu makan soto di kedai berdekatan.
Banyak yang kami bualkan.
Tapi a.K.u tak puas.

Tiba-tiba databg idea mahu ziarah Ina. [Sepupu a.K.u]
Maka merempitlah kami sampai sana.
Kat sana lagi meriah rupanya.
Mereka berdua, kalau dah jumpa, takkan senyap punya.
Masing-masing punya cerita.
Dan a.K.u lebih banyak mendengar.
Setiap yang keluar dari mulut mereka, kadang-kadang sangat menyentak rasa.

Subahanallah.

Dan a.K.u belajar,
"Usah ragu-ragu memilih jalan/pasangan. Jika ragu-ragu, tinggalkan. Kerana kesannya akan buruk di masa akan datang."
Dia mahu kisahkan tentang hidup dia sebenarnya.
Yang baru sahaja bertunang.
Sedang itu pun kadang buat dia tidak yakin, tapi dia mencuba untuk tidak ragu.
Kerana pada dia, ragu itu mendekati 'tidak'.
Dan dia cuma punya syak [50-50].

Dan kata dia lagi.
"Jangan di buang cinta itu, tapi tukarkan. Jadikan ia cinta kerana Allah"
a.K.u terkedu.

Malam itu, a.K.u hanya mampu berfikir dan berfikir.
Dalam.
Mungkin dah tiba masanya.



:: Nekad.

Friday, June 18, 2010

Sweet Escape ke-2 [Hari Pertama]

Bismillah.
Harini a.K.u bertungkus lumus bantu Jihan kemas bilik.
Almaklumlah., dua minggu menumpang, kena la tolong kemas, ye tak?
Sampai pukul 10, memasing exausted.
"Jihan, a.K.u tamau masuk opis"
"Tak apa, ko lepak je sini."
"Tapi a.K.u rasa macam nak sweet escape lagi. Tak puas minggu lepas"
"Ala, balik je."
Begitulah Jihan.
Antara paham tak paham, dia layankan je.
Haha.
Menjelang jam 12 tengahari, semua dah siap.
a.K.u mesej Juman mahu ajak balik kampung sekali.
Jiwa a.K.u dah meronta-ronta ni.
Dapat jawapan:
"Abang pun nak balik. Aku balik dengan Abang. Dia tak ajak kau ke?"
Hampeh sungguh abangku itu.
Bila a.K.u call.
"Kau kan dah balik minggu lepas? Buat apa balik lagi?"
"Sukahati lah..hahahah." Sambil gelak dengan jayanya.
Lalu, tepat jam 5.05, kami bergerak pulang ke kampung menaiki VIVA forever warna putih.
Walalu terpaksa menyempit, tapi a.K.u tak peduli.
Kerana panggilan lewat malam itu, sudah merosakkan jiwa a.K.u 100%.
Agaknya bila a.K.u akan maafkan dia?
:: Sabo Dyll...Sabo...

Rupanya lagi..

Bismillah.

Rupanya lagi.
Bukan tentang penerimaan orang.
Tetapi tentang menerima diri sendiri.

Bukan tentang kasih orang.
Tetapi tentang kasih sendiri.

Bukan tentang hati orang.
Tetapi tentang hati sendiri.

Rupa-rupanya...




:: Jauh merenung...termenung...dia kini sendirian lagi~

Seni & sastera

Bismillah.

Waktu ini
a.K.u cuma mahu mengangkat
Seni dan sastera
Jadi peneman jiwa

"Saat puisi mengangkat makna"




:: Mode Gibran lagi...


[Terima kasih Jihan, buat a.K.u faham bahawa ada tempat untuk a.K.u luah rasa. Biarpun bukan dihadapan kau, di sini cukuplah.]

Sangkaan..

Bismillah.

Ku sangkakan dia kesayangan.
Namun tersilap juga perkiraan.
Rupanya tenang ada di pangkuan Tuhan.

Wallahu'alam.



[Kali ni mode Khalil Gibran lak..huhu]


:: Sweet escape....o..sweet escape.....~

Rupa-rupanya~ [Edited]

Bismillah.

Jangan tipu.
Bila a.K.u boleh rasa.
Apa yang orang lain rasa.

Rupanya mempertahankan PRINSIP itu tidak sepenting mempertahankan seorang kekasih.

[Apasal menulis ala-ala Syed Putra lak nih..hoh la -.-"]



::Qalbun saleem~

Wednesday, June 16, 2010

Persahabatan [Khalil Gibran]

[To my Sulmate, Choc Bar, Cek Rehan, Kak Ros and all my lovely friends]

Bismillah.

Pagi indah ini,
a.K.u temukan satu puisi tentang persahabatan.
Oleh Khalil Gibran [lagi].
Dan kali ini.
a.K.u bawakan dua versi.
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Dengan lenggok Bahasa Melayu itu [terjemahan Indonesia],
Lebih bersantun pada pandanganku.
Mungkin kerana darah Melayuku [jawa] masih panas mengalir dalam diri.

Namun alunan lunak keduanya,
memang mendamaikan.
Subahanallah.

Jom hayati! (n_n)v


Dan seorang remaja berkata, Bicaralah pada kami tentang Persahabatan.

Dan dia menjawab:
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.

Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.
Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.
Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.

Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.

Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.

************************


Your friend is your needs answered.
He is your field which you sow with love and reap with thanksgiving.

And he is your board and your fireside.
For you come to him with your hunger, and you seek him for peace.


When your friend speaks his mind you fear not the "nay" in your own mind, nor do you withhold the "ay."

And when he is silent your heart ceases not to listen to his heart;

For without words, in friendship, all thoughts, all desires, all expectations are born and shared, with joy that is unacclaimed.

When you part from your friend, you grieve not;

For that which you love most in him may be clearer in his absence, as the mountain to the climber is clearer from the plain.


And let there be no purpose in friendship save the deepening of the spirit.

For love that seeks aught but the disclosure of its own mystery is
not love but a net cast forth:
and only the unprofitable is caught.


And let your best be for your friend.

If he must know the ebb of your tide, let him know its flood also.

For what is your friend that you should seek him with hours to kill?
Seek him always with hours to live.

For it is his to fill your need, but not your emptiness.
And in the sweetness of friendship let there be laughter, and sharing of pleasures.

For in the dew of little things the heart finds its morning and is refreshed.





:: Sahabat, jika kerana Allah, berpisah pun pasti manis kan? :)

Tuesday, June 15, 2010

Doa...

Bismillah.

Untuk hati-hati yang lunak dengan cinta.
Kejarlah CINTA sebelum cinta.
Kerana hanya CINTA sahaja yang akan pertemukan engkau dengan cinta.

Ya Allah,
Tenangkanlah hati-hati kami.
Janganlah sampai cinta kami mengatasi CINTA kepada-Mu.
Jangan sampai rindu kami melebihi rindu kami kepada-Mu.

Ya Allah.
Tenangkanlah hati-hati kami.
Hati yang sedar CINTA itu hanya milik-Mu.
Hati yang tahu ianya adalah milik-Mu.
Hati yang mahu kekal pergantungan kepada-Mu.
Hati yang sendu bila lalai kepada-Mu.
Hati yang sayu bila berhadapan ujian-Mu.
Tanda belaian CINTA kasih-Mu.

Ya Allah.
Kuatkanlah hati kami berjalan di jalan-Mu.
Terangi hati kami dengan nur hidayah-Mu.
Pautkan hati kami kerana CINTA kepada-Mu.

Demi Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.
Hanya kepada Engkaulah kami menyembah.
Dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.

Ameen.
Ya rabbal 'alamin.

Monday, June 14, 2010

Cinta [Khalil Gibran]


Bismillah.

Karya Khalil Gibran.
a.K.u suka.
Sejak lama dulu.
Setelah membaca buku-buku Khalil Gibran yang Kakak beli dari Indonesia.

Namun, teringat di nasihati seorang sahabat.
Hati-hati membaca karyanya.

Tapi a.K.u tetap juga suka.
Lenggok bahasanya.
Biarpun terjemahan cuma.

Dan saat puisi mengangkat makna.


kenapa kita menutup mata ketika kita tidur?
ketika kita menangis?
ketika kita membayangkan?
itu karena hal terindah di dunia tdk terlihat

ketika kita menemukan seseorang yang
keunikannya sejalan dengan kita, kita bergabung
dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan
serupa yang dinamakan cinta.

Ada hal2 yang tidak ingin kita lepaskan,
seseorang yang tidak ingin kita tinggalkan,
tapi melepaskan bukan akhir dari dunia,
melainkan suatu awal kehidupan baru,
kebahagiaan ada untuk mereka yang tersakiti,
mereka yang telah dan tengah mencari dan
mereka yang telah mencoba.
karena merekalah yang bisa menghargai betapa
pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan
mereka.

Cinta yang sebenarnya adalah ketika kamu
menitikan air mata dan masih peduli terhadapnya,
adalah ketika dia tidak memperdulikanmu dan
kamu masih menunggunya dengan setia.

Adalah ketika di mulai mencintai orang lain dan
kamu masih bisa tersenyum dan berkata
” aku turut berbahagia untukmu ”

Apabila cinta tidak bertemu bebaskan dirimu,
biarkan hatimu kembalike alam bebas lagi.
kau mungkin menyadari, bahwa kamu menemukan
cinta dan kehilangannya, tapi ketika cinta itu mati
kamu tidak perlu mati bersama cinta itu.

Orang yang bahagia bukanlah mereka yang selalu
mendapatkan keinginannya, melainkan mereka
yang tetap bangkit ketika mereka jatuh, entah
bagaimana dalam perjalanan kehidupan.
kamu belajar lebih banyak tentang dirimu sendiri
dan menyadari bahwa penyesalan tidak
seharusnya ada, cintamu akan tetap di hatinya
sebagai penghargaan abadi atas pilihan2 hidup
yang telah kau buat.

Teman sejati, mengerti ketika kamu berkata ” aku
lupa ….”
menunggu selamanya ketika kamu berkata ”
tunggu sebentar ”
tetap tinggal ketika kamu berkata ” tinggalkan aku
sendiri ”
mebuka pintu meski kamu belum mengetuk dan
belum berkata ” bolehkah saya masuk ? ”
mencintai juga bukanlah bagaimana kamu
melupakan dia bila ia berbuat kesalahan,
melainkan bagaimana kamu memaafkan.

Bukanlah bagaimana kamu mendengarkan,
melainkan bagaimana kamu mengerti.
bukanlah apa yang kamu lihat, melainkan apa
yang kamu rasa,
bukanlah bagaimana kamu melepaskan melainkan
bagaimana kamu bertahan.

Mungkin akan tiba saatnya di mana kamu harus
berhenti mencintai seseorang, bukan karena orang
itu berhenti mencintai kita melainkan karena kita
menyadari bahwa orang iu akan lebih berbahagia
apabila kita melepaskannya.

kadangkala, orang yang paling mencintaimu adalah
orang yang tak pernah menyatakan cinta
kepadamu, karena takut kau berpaling dan
memberi jarak, dan bila suatu saat pergi, kau akan
menyadari bahwa dia adalah cinta yang tak kau sadari

Sumber: http://www.puisi.org/2008/02/28/cinta-sebuah-karya-dari-khalil-gibran/






:: Siapa sangka, syair Gibran jadi ilham untuk a.K.u menulis lama dulu.. :)

a.K.u dan LaPpy kembali~


Bismillah.

Alhamdulillah, akhirnya sampai juga a.K.u dan LaPpy di UIA. Sepatutnya ada meeting petang tadi. Tapi ditangguh ke malam. Mujur perut tengah lapar. Macam biasa, Megi Sup Kari Pedas kat HS jadi pilihan. Xpe, lepas ni makan nasik pulak. Haha. Kuat makan tol! :p

Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Sweet ecsape kali ni agak berbeza. Bila balik ni, rasa matang sikit. Rasa banyak tanggungjawab perlu di jalankan. Rasa ada hutang yang perlu di langsaikan.

Balik rumah, kalau berborak sama emak dan Bapak, tak boleh tidak mesti bincang pasal kerja dan kawen. Nasib la. Pasal kerja, tak lain tak bukan mereka pasti minta aku cari yang lain. Tapi entah kenapa, a.K.u masih mahu bersabar di sini. Sebab a.K.u yakin sabar a.K.u akan dibalas. Andai bukan di sini, moga-moga di akhirat nanti. InsyaAllah. Kerja Tuhan siapa tahu? a.K.u cuma mampu berdoa dan berusaha tanpa henti.

Untk Emak dan Bapak, a.K.u cuma mampu janjikan apa yang a.K.u buat sekarang ni cuma sementara. Walau a.K.u sendiri tak yakin. Tapi InsyaAllah. Dan andai satu hari nanti Allah takdirkan a.K.u gagal setelah a.K.u berusaha, a.K.u akan usaha juga untuk redha. Siapalah a.K.u nak mempertikai taqdir DIA.

Semoga Allah luruskan hati a.K.u kekal di jalan-Nya. Ameen.

“Ramai orang berdoa untuk medapat perkara-perkara terbaik dalam hidup. Namun, terkadang mereka lupa, yang terbaik itu tidak selalunya yang indah-indah. Yang terbaik itu tidak selalunya hadiah. Malah yang terbaik itu terkadang adalah ujian yang berat. Yang penting hati redha dan syukur dengan setiap kurniaan-Nya. Maka setiap perkara pasti menjadi perkara terbaik dalam hidup.”




:: Tanya sama hati: “Mahu bagaimana?”

Saturday, June 12, 2010

Hari ke-2 sweet escape bersama LaPpy~


Hari ini tak dapat nak bersama dengan LaPpy sangat. Sian LaPpy. Nak buat macamana, LaPpy bukan boleh tolong masak, basuh kain, lipat baju dan makan. Haha.

Rupanya a.K.u bukanlah perlukan LaPpy sangat. Sekadar peneman di kala sunyi. Bunyinya macam selfish, tapi itulah hakikat. Hakikat manusia sememangnya mementingkan diri dan tamak. Termasuk a.K.u. LaPpy hanya sebuah alat. Untuk a.K.u capai matlamat. Bezanya LaPpy tidak merungut. Cuma sekadar bergegar-gegar je screen LaPpy ni tanda rindu. Eceh. Dan a.K.u hanya mampu miliki LaPpy di dunia. Cukup untuk a.K.u sedar LaPpy adalah sebahagian dari dunia yang a.K.u tidak boleh bawa mati. Cukup sekadar boleh di uruskan dengan tangan, bukan dengan hati.

Sama seperti chenta hati a.K.u sekalianya. Mereka bukan milik a.K.u. Mereka milik Allah. Yang di pinjamkan sementara pada a.K.u sebagai satu tarbiyah. Punya rasa memiliki itu satu dosa. Kerana ia adalah sifat Allah. Kita sebenarnya tidak punya apa-apa pun. Sedangkan tangan yang sedang menaip ini pun bukan milik kita. Apatah lagi tangan, kaki, hidung, mulut, telinga, hati dan semuanya… Lalu untuk apa bersedih kepada perkara yang bukan milik kita. Kerana akhirnya nanti semuanya akan kembali kepada-Nya. Cepat atau lambat, Allah sahaja yang tahu.

Usai subuh pagi tadi, Alhamdulillah tenang meresap dalam diri. Moga kekal tenang sampai hujung nyawa. Ameen.

Dan a.K.u pohon pada Allah, jika a.K.u tersilap, angkatlah hijab kesilapan itu dari hati supaya a.K.u dapat perbaiki kesilapan a.K.u. Kerana a.K.u sangat takut. Takut jika a.K.u hanya perlukan DIA ketika dunia sedang berpaling dari a.K.u. Dan takut jika saat dunia berdampingan dengan a.K.u, DIA pula berpaling dari a.K.u. Nauzubillah.

“Acapkali sesuatu yang kita cinta menjadi ujian daripada Allah. Jesteru cintailah sesuatu itu berpada-pada. Bila Allah uji kita dengannya, kita tak terlalu menderita. Melepaskan sedikit, bukan meninggalkan. Sebagaimana ujian cinta Ibrahim pada Ismail.” Betul tak cik Rehan?

Dan buat Kak Ros, terima kasih doakan saya selalu. Mesej Kak Ros sume panjang-panjang, boleh buat satu entri baru. Hehe. :p

Aktiviti: Hari ini lepas kemas rumah, tolong Emak goreng kerepek keladi, buat karipap 100 biji (lebih sebenarnya) dan..dan... eh, tu je ke yang a.K.u buat? Hoh la~



Harini Birthday Yun.
Maaf tak dapat tunaikan janji mahu jumpa kau di rumah.
Mahu habiskan masa-masa berkualiti dengan Emak dan Bapak.
InsyaAllah.
Janji a.K.u esok, tapi tak tahulah.
Jangan risau, buku kau masih selamat di tangan a.K.u.
Huhu.

Selamat Hari Lahir Yun!
Kau sahabat terbaik!
Subahanallah.
Terima Kasih selalu nasihati a.K.u.
Insyaallah, a.K.u sedang kembali.
InsyaAllah.



:: Tidak gembira, tetapi tenang..Alhamdulillah..

Friday, June 11, 2010

aLkiSah a.K.u dan LaPpy menjalankan aktiviti sweet escape~


[Poyo gile tajuk entri~]

Bismillah..

Hari pertama

Hari ini a.K.u dan LaPpy buat kerja gile. Mana tidaknya, di sebabkan jiwa a.K.u yang tiba-tiba kacau bagai disimbah minyak tanah, tak tertahan di layan manusia. Maka, hanya LaPpy yang sanggup jadi peneman sepanjang jalan. LaPpy yang bakal berpisah dengan a.K.u bulan 7 ni. LaPpy lah satu-satunya harta yang a.K.u ada, dan nanti kami bakal berpisah terus. a.K.u harap pengorbanan LaPpy berbaloi untuk bantu a.K.u teruskan perjuangan hidup. Maaf LaPpy, bukan a.K.u tak sayangkan kau. Tapi sudah di takdirkan jodoh kita tak panjang. T_T.

Jiwa a.K.u pulak, hanya dengan satu ayat. Ringkas dan padat. Dunia a.K.u bagai mahu padam. Darah a.K.u naik mendadak. Dan dah di usahakan sebaiknya mengawal, namun gagal.

Tepat jam 3 petang, a.K.u nekad. Mau ‘sweet escape’ sama LaPpy. Ala, yang macam incik Jamil tu. Bezanya incik jamil ada PS n bunga goyang. a.K.u pulak Cuma ada LaPpy dan charger Samsung yang susah nak cari tu. Haha.

Tunggu bus bukan main lama, pulak tu tersilap naik bus lagi. Hampas juga rasanya. Berhenti kat depan Balai Polis Gombak tu, terpaksa jalan kaki ke Taman Melati. Syok ah. Tengah tensyen2 ni buat kerja bodoh memang best. Mujur ada LaPpy jadi peneman.

Sampai di Taman Melati, terus cari tiket ke Masjid Jamek. Lepas tu kena tukar train ke Bukit Jalil. Camni la caranya nak ke Bukit JAlil ya kawan-kawan. Jangan sesat. Kat Bukit Jalil, terus ke kaunter Mayang Sari.

“Kak, tiket ke Pontian ada?”
“Ada. 5.30 dik”
“Ok kak. Bagi satu.”

RM 26.00. Murah je kan? Haha. Memang sweet lah~

Mujur a.K.u sempat solat asar di surau. Alhamdulillah. Nak sweet escape jangan lupakan Allah. Nanti kalau DIA tak redha susah pulak nk sweet escape dalam syurga nanti kan.

Dalam bus, sebelah a.K.u mamat cina ntah dari mana. Tanya a.K.u pasal tiket bus dia ke Muar. a.K.u kata betul lah bus ni. Sebab bus ni lalu ke Muar juga. Rupanya mamat ni ada dalam train yang a.K.u naik tadi. Sama macam minah cina yang duduk kat depan aku di kerusi sebelah kiri. (hah, cepat bayangkan!). Rupanya masing-masing nak balik Johor.

Sejurus selepas bus bergerak, a.K.u usap-usap beg LaPpy. LaPpy lapar sepanjang jalan. Sian dia. Tak sempat nak cas sebelum keluar tadi. Huhu. Sejuk wei dalam bus tu. Dan a.K.u Cuma ada beg LaPpy untuk tahan sejuk. Itu lah, sape suruh sweet escape tetibe dengan sehelai sepinggang. Padan muka aku! Haha. Melingkar la kat kerusi bus tu sampai Benut.

Sambil-sambil tu SMS sama Kak Ros dan Cek Rehan sampai bateri kong. Mujur dinding bus tu tak ada plug, kalau ada maunya bergayut sepanjang jalan. Hoh la~

Sampai di kampong, memang syok ah layan angin malam. Nek kancil Bapak yang comel tu. Emak dan Bapak, macam biasa, dengan a.K.u memang tak banyak cakap. Sepatah a.K.u Tanya, sepatah di jawabnya. Dah terbalik dah rasanya. Sebab dulu masa kecik-kecik, a.K.u yang ditanya dan berat mulut nak menjawab. Huhu.

Dan malam ini, setelah layan Akademi Al-Quran dan Rush Hour 3, a.K.u habiskan masa bersama LaPpy. Manja-manja dengan LaPpy. Ukir kisah kami ber-2. Sekali lagi, memang sweet~ Huhu.

Dan kau, a.K.u Cuma mahu rehatkan otak dan hati. Dah banyak sangat berzikir nama kau dalam hati. InsyaAllah. Ini mungkin bukan yang terbaik untuk kau. Tapi terbaik untuk a.K.u. Balik dari sweet escape ni a.K.u mungkin akan rasakan kembali sakitnya. Mungkin.



:: Minggu depan nak sweet escape katne pulak ye? Huhu…

Thursday, June 10, 2010

[Alkisah~]

Bismillah.


Tulis~

Semenjak seminggu dua ni,

a.K.u semakin malas mahu menulis.

Hati senang barangkali~

Huhu.

Saat ini.

a.K.u Cuma berharap.

Jiwa masih besar untuk hidup.

Terima kasih untuk mereka yang menyokong.

Benar sekali kata [adik ini]

Setiap orang perlukan sokongan.

Kan?


Dan ya, motivasi terbaik a.K.u..

Pasti DIA.

Alhamdulillah.

[Bantu a.K.u Ya Allah.. T_T]


Untuk manusia sekeliling.

Mari syukur.

DIA beri akal.

Walaupun selalu kita tak guna.

Tapi DIA beri juga.

Alhamdulillah.

Kerana dengan akal.

Terbukti bahawa kita ini manusia.

Wallahu’alam.


*******************************


Mujahadah~


a.K.u sedang bertarung mujahadah dengan sesuatu.

Bukan mudah melepas dunia dari hati.

Fuh~


Dan yang a.K.u perlukan.

Selain TAKUT dan HARAP pada DIA.

Adalah seorang solehah.

Yang a.K.u yakini keperibadianya.

Dan a.K.u yakin dia ada bersama dalam hati a.K.u.

Biarpun kami jauh.

Dan hari lahirnya menjelag 12 jun ini.

Sanah Helwah ya ukhti!

Bahagia kau, bahagia a.K.u juga.

InsyaAllah.

[Bantu pertarungan mujahadah a.K.u ya sahabat]


Dan dia nukilkan:

“Hadarat Ibn Abbas r.a: Jagalah Allah, Allah akan menjagamu. Jagalah Allah, engkau akan dapati Allah sentiasa di hadapanmu. Apabila kamu minta, mintalah daripada Allah. Apabila kamu mohon pertolongan, mohonlah pertolongan hanya daripada-Nya.”


Wallahu’alam.


****************************

Hari Lahir.



Semalam hari lahir dia ini.

Si Hepah yang sengal~

Selamat hari tua ya!

Maaf tiada hadiah.

Mujur tak berjanji. Huhu.


Alkisah, mahu di ceritakan.

Kali pertama bertemu dia.

Training of Fasilitator.

Semenyih. [kot]

Ditegur sahabat:

“Itu adik Abang S*****”

a.K.u jawab: ‘owh. ok’.

Sambil berlalu pergi.


Beberapa lama selepas program.

Di beritahu sahabat lagi.

“Penat sudah mahu ajak dia ini. Selalu tak mahu.” Keluh.

a.K.u jawab: Bak sini no. telefon dia, biar a.K.u basuh [brainwash].”

Dan a.K.u masih ingat butir-butir perkara yang a.K.u bahaskan.

Supaya bikin dia ada seiringan sama kami.

Dalam jalan ini.

Noktah.


Dan a.K.u puashati.

Hahaha.. :p




:: Apa-apa sajalah~

HOME

I walked across an empty land I knew the pathway like the back of my hand I felt the earth beneath my feet Sat by the river and it made me c...