Tuesday, July 26, 2011
Thursday, July 21, 2011
*Syafaqillah
Tuesday, July 19, 2011
Friday, July 15, 2011
Ke mari kau...a.K.u mahu khabarkan...
Ke Mari kau... aku mahu khabarkan
Hai budak muda, ke mari kau!
Aku mahu khabarkan sesuatu, agar kau ingat saat kau membilang waktu,
Cinta itu ada lima tiang serinya,
penuhilah kelima-limanya,
dengan izin TuhanMu, hidupmu kan sentosa.
Percaya; nescaya tiada ragu dalam benakmu,
Setia; nescaya tiada kau berpaling,
Faham; nescaya terbuka belenggu di mata hatimu,
Ikhlas; nescaya tiada kau berkira-kira,
Berkorban; nescaya kau rasa apa itu kesempurnaan cinta.
Nah, itu saja.
Bicara berjela itu kadangkala sia-sia cuma,
Aku sudah selesai bicaraku, selebihnya kupulangkan padamu.
3 Mei 2011, menjelang Asar - 4.33 petang
Kampung Pinang
Peminggir Kota

:: Menunggu khabar dari langit...
Saturday, July 9, 2011
~Titik Ajaib
Bismillah.
Syukur waktu itu seharian saya tenang menghadapai kehidupan. Alhamdulillah. Jika sebelumnya hati saya berat berhadapan dengan kekurangan diri, tapi tiga patah perkataan dari sahabat buat saya insaf.
"Ingat syurga boi!".
Untuk sahabat yang sedang 'pedih' hatinya, saya sebut awal-awal, saya faham bilamana perempuan jatuh cinta. Bagaimana rasa 'pedih' hatinya. Dan sempat saya kongsikan & yakinkan dia bahawa saya pernah merasa perkara yang sama. Lebih lama dari apa yang dia rasa.
Maka yang dia perlu saat ini adalah bersama Dia. Dapatkan jawapan & keyakinan terbaik dari Dia. InsyaAllah. Dan penting juga ilmu yang benar untuk menjadi sandaran keputusan dan keyakinan tersebut. Saya sebutkan kerana saya melakukan perkara yang sama. InsyaAllah, keyakinan pada Dia akan mambuahkan jawapan terbaik.

***********************Hari ini*******************************
Segalanya berubah. Saya tidak pasti sama ada mahu gembira atau bersedih.
Allah Maha Tahu bahasa jiwa saya.
Moga tenang semuanya.
Dalam yang terlihat baik dan buruk.
Lemah dan kuat.
DIA ada..DIA ada...
:: Katanya ''sekarang ini waktunya untuk kau pula menangis."
Allah Maha Tahu bahasa jiwa saya.
Moga tenang semuanya.
Dalam yang terlihat baik dan buruk.
Lemah dan kuat.
DIA ada..DIA ada...
:: Katanya ''sekarang ini waktunya untuk kau pula menangis."
Friday, July 8, 2011
*Dear Diary*
Bismillah.

:: Semalam
Semalam saya berbicara [bergurau] dengan seorang sahabat yang bertanya, adakah namanya akan tertulis dalam entri saya seterusnya [entri ini]. Lalu saya jawab, tidak kerana terlalu bahaya, walaupun dia mengaku bahawa dia bukan terrorist. [Eheh.]
Lalu saya jelaskan, yang penting bukan siapa yang berkata-kata, tetapi isi kata-katanya. Apapun, saya masih sanjung sahabat saya yang ini kerana terlalu banyak memberi pencerahan pada aqal dan jiwa saya. Syukran.
Alhamdulillah, Allah menghadiahkan seorang sahabat seperti dia. Saya takkan tukar dengan apa-apa sekalipun. InsyaAllah.
:: Diari Syukur
Entah bila, saya terdengar di radio mengenai 'Diari Syukur'. Kata Ustazah yang berkongi ilmu itu, sepatutnya setiap manusia ada diari syukur kerana rasa syukur akan menerbitkan rasa tenang dalam diri.
Jadi, demi mengamalkan semua yang Ustazah sampaikan, saya mulakan dulu Diari Syukur saya hari ini. Perkara diatas adalah antara perkara-perkara yang paling saya syukurkan pada Allah. Alhamdulillah. Siapa sangka, dia adalah orangnya.. [Hanya Allah yang tahu] :)
:: Pesan K.Syam [ex-IIC]

Bersyukurlah andai terbit rasa ketidakmampuan..itu tandanya hamba sentiasa perlukan tuhan..
DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!
Bersyukurlah andai diri merasa keletihan, itu tandanya hamba sentiasa perlukan tuhan..
DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!
Bersyukurlah andai hatimu diterjah kekecewaan, itu tandanya hamba perlukan tuhan...
DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!
Bersyukurlah andai hatimu diamuk kesepian, itu tandanya hamba perlukan tuhan..
DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!
Bersyukurlah andai dirimu terasa sendirian mengharungi segala tanpa teman, itu tandanya hamba perlukan tuhan..
DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!
Bersyukurlah andai kehilangan sebuah kekuatan, itu tandanya hamba perlukan tuhan..
DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!
Bersyukurlah andai jiwamu merintih untuk sebuah ketabahan, itu tandanya hamba perlukan tuhan..
Bersyukurlah atas segala keperitan dan kepayahan yang disalurkan kerna disitu lahirnya jiwa rasa hidup berTUHAN!
DIA sedang mentarbiyyahmu dengan caranya tersendiri!
Bersyukurlah!
Bersyukurlah!
Bersyukurlah!
Kerna kau menjadi pilihanNya..
"Salam Perjuangan Dyll.."
*Terima kasih kak Syam.. Syukur dikurniakan Kakak sebaik & sehebat Kak Syam.. Alhamdulillah..
:: Untuk saya, awak, dia dan mereka yang masih akan saya sayang sampai bila-bila.. Jom bersyukur! :)
Wednesday, July 6, 2011
"Funny Little World"
Bismillah.
"Hidup ini memang kadang-kadang kelakar, tapi jangan saja-saja nak nak bahankan hidup orang lain jadi kelakar oke! *wink* "
:: Oh donia~
:: Oh donia~
Tuesday, July 5, 2011
*Khaulah Al-Azwar*
Bismillah.
"Khalid Al Walid panglima perang gagah berani, dia tertanya2 siapakah gerangannya si baju hitam pekat yang menghunus pedang di medan jihad, kelihatan kelibat itu tidak gentar, terus mara memacu kudanya di tengah medan perjuangan, satu persatu musuh tumbang dek hunusan pedang si baju hitam. Yakin, tawakkal, itulah lagaknya seorang pejuang misteri. Khalid Al Walid terus memacu kuda kearah pejuang itu. Di fikiran tertanya2 siapakah gerangannya. Langkah pejuang misteri berani, menggerunkan pihak musuh,menghunus pedang dan tombak tidak gentar.
"Wahai tentera Islam, majulah, berjuanglah membantu pejuang agama Allah ini, perkuatkanlah kesusukan orang yang sendirian itu" kata Khalid Al Walid.
Pejuang misteri itu dikepung musuh. Dia terus berperang dan berperang. Kembali dia kepada tentera Islam kuyup dengan basahan darah.
“Allahu Akbar!” Pekik tentera Islam semuanya.Mereka menghampiri pejuang misteri itu.
“Demi Allah yang telah melindungi seorang pejuang yang telah membela agamanya dan menentang orang musyrik habis-habisan. Tolong bukakan tutup muka kamu,” kata mereka.
Pejuang misteri itu tidak menjawab. Dia terus menyerbu ke tengah-tengah pasukan kufur seakan-akan puting beliung di tengah-tengah pasukan musuh.
Khalid terus mengejarnya, sambil mendekati ia berkata, “Hai kamu, kecut hati kami semua melihat engkau. Siapakah engkau?”
“Akulah Khaulah binti Azwar. Aku melihat abangku Dhirar tertangkap. Lalu aku datang untuk menolong membebaskan dia yang berperang kerana Allah.”
Disangkakan gerak itu milik seorang pemuda gagah, rupanya milik seorang wanita berani dan bersemangat tinggi. Ketangkasan dan keberaniannya mengalahkan 1,000 orang lelaki kafir. Khaulah berjuang tidak henti menyertai pejuang muslimin yang lain sehingga akhirnya kemenangan mutlak di pihak yang benar. Namun, Khaulah hampa, saudaranya tidak ditemui.
“Wahai saudaraku, di manakah kau berada, di gurun manakah mereka melemparkanmu. Andaikata aku tahu di mana engkau berada sekarang pasti aku datang. Salamku buat dirimu saudaraku. Sampai kita berjumpa nanti.”
Menangislah seluruh pasukan Islam mendengar ratapannya itu. Setiap orang bertekad untuk menebus air matanya. Dengan takdir Allah datang serombongan pasukan Rom menuju ke arah mereka. Khaulah, Khalid dan seluruh pasukan tentera Islam bersiap. Tetapi rombongan itu menjatuhkan senjata mereka; mereka meminta damai . Permintaan itu diterima secara bersyarat.
Khalid bertanya kepada ketua rombongan itu tentang Dhirar bin Azwar. Ia berkata bahawa Dhirar telah berjaya menewaskan seorang putera raja dan sejumlah besar pasukan mereka, lalu mereka menghadapinya bersama-sama. Ia dapat ditangkap dan dikirim kepada raja mereka untuk dilihatnya dengan mata kepalanya sendiri.
Dhirar ditawan dan dihantar ke Rom dengan pengawalan seratus tentera berkuda. Tetapi perjalanan itu jauh dan ini menggembirakan Khalid. Dengan segera ia memanggil Rafi bin Umairah kerana ia arif dengan kedudukan padang pasir dan lagi ia adalah seorang yang bijak dalam mengatur siasah dan teknik peperangan.
Khaulah terdengar berita tentang penyerangan itu lalu segera ia memakai baju besi, mengambil pedangnya dan menggenggam tombaknya lalu meminta kepada panglima Khalid agar dia dibenarkan ikut bersama.
Pasukan itu berangkat, mereka mengambil jalan pintas dan akhirnya bertemulah mereka dengan pasukan musuh itu. Ketika rombongan itu sudah dekat ternampaklah Khaulah akan abangnya, Dhirar, sedang dikawal ketat oleh musuh-musuh itu. Dan dengan itu Khaulah pun bertakbir. Takbirnya disambut oleh pasukan berkuda yang lain maka bergemalah lembah itu dengan takbir, “Allahu Akbar!”
Allah s.w.t mendengar takbir itu, lalu didatangkanNya bantuan ghaib dari Rijalullah iaitu tentera-tentera Allah dan akhirnya kemenangan pasti berada di pihak yang benar. Khaulah segera mendapatkan Dhirar dan tentera-tentera Islam merampas semua yang dibawa oleh musuh dan kemudian pulanglah mereka kepada Khalid Ibnu Walid.."
:: Mencari jiwa setabah Khaulah..Ameen..
Monday, July 4, 2011
*Bahagia Dunia*
Tujuh petanda kebahagiaan dunia
Dari Ibnu Abbas ra, ada 7 petanda kebahagiaan dunia, iaitu :
Sumber: Cik Eyda
Dari Ibnu Abbas ra, ada 7 petanda kebahagiaan dunia, iaitu :
- Qalbun syakirun bermaksud hati yang selalu bersyukur dengan ketentuannya.
- Al azwaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang soleh atau solehah.
- Al auladun abrar, iaitu anak yang soleh.
- Albiatu sholihah, iaitu keberadaan dalam lingkungan yang kondusif untuk iman kita.
- Al malul halal, harta yang halal.
- Tafakur fi dien, semangat untuk memahami agama
- Umur yang barakah ertinya umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah.
Sumber: Cik Eyda
:: Salam Sya'aban 1432 H
Friday, July 1, 2011
Nasihat Waqi'
Bismillah.
Aku(Imam Syafiee) telah mengadu kepada guruku Waqi’ tentang buruknya hafalanku,
Beliau menasihatkanku supaya meninggalkan maksiat,
Beliau memberitahuku sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya,
Dan sesungguhnya cahaya Allah itu tidak akan dianugerahkan kepada mereka yang melakukan maksiat
Kerana kuasa ilmu itu begitu dalam.
Sedalam itulah juga kesukaran untuk mencapainya.
Ilmu bukanlah pengetahuan dan maklumat semata-mata.
Ia hikmah yang melangkaui batas faham teori aqal manusia yang biasa-biasa.
Ia bertanggungjawab atas segala niat, perbuatan dan perkataan.
Setinggi mana kita meletak nilainya,
setinggi itulah usaha yang perlu untuk mencapainya..
InsyaAllah.
:: Berlarilah ke arah cahaya...

Subscribe to:
Posts (Atom)
HOME
I walked across an empty land I knew the pathway like the back of my hand I felt the earth beneath my feet Sat by the river and it made me c...
-
Bismillahirrahmanirrahim. My biggest fear is.... betrayal.. I'm sorry i trust too much. Never again.
-
Bismillah... Mantan Untuk kali keduanya. a.K.u sudah bergelar mantan. Alhamdulillah. Dari satu sisi, a.K.u beryukur atas peluang yang diber...
-
Bismillah. Seminggu dalam kenangan. 12-13 Mac 2010 [Destinasi:Kuantan,Taman Pertanian,Teluk Cempedak, Sekilau] Siapa boleh tahan. Kumpul ra...