Alkisah Sri Lanka…
Alhamdulillah…syukran lillah…misi telah pun tamat. Ramai yang ternanti-nanti kisah misi a.K.u di Sri Lanka 15-30 Nov yang lepas. Seperti yang dijanjikan, a.K.u sajikan laporan khas untuk sahabat2 & pembaca blog a.K.u yang setia…huhu..
Misi a.K.u
Misi kesukarelaan ke Sri Lanka-pengalaman pertama a.K.u berkhidmat di luar Negara.. a.K.u tahu ramai yang tertanya-tanya kenapa a.K.u ikut grup & misi ini. Ramai yang beranggapan Yuyie (Balqis) & Nadzi menjadi antara penyebabnya. Namun untuk pertama kalinya terlintas kat hati a.K.u untuk join grup ni, lebih kepada minat & prinsip diri. a.K.u cuba cabar diri sendiri untuk berada di tempat @ situasi yang a.K.u tak pernah lalui (pendek kata, hidup susah di rantau orang..cewah..hehe). a.K.u cuba bayangkan diri a.K.u kesorangan & kesusahan. Kerana a.K.u tahu, bila itu berlaku, a.K.u boleh nilai tahap iman & pergantungan a.K.u yang sebenar pada DIA. InsyaAllah…a.K.u mahu teruskan misi ‘Rahmatan Lil ‘Alamin’ ini…
a.K.u
Terus terang, a.K.u sangat kecewa dengan diri sendiri sepanjang misi ni. a.K.u gagal bertahan & bersabar dengan cabaran yang ada. Kasihan adik-adik a.K.u ni, terpaksa melayan perangai-perangai pelik a.K.u sepanjang misi (maafkan akak ya! & terima kasih sebab jaga akak..huhu). Namun, Alhamdulillah, tahap kesihatan a.K.u agak baik berbanding yang lain. Cuma ada sehari tu a.K.u sakit perut yang teramat. Tak tau la kenapa. Masuk angin agaknya. Sepanjang misi, fokus a.K.u turun naik. Pertamanya, cabaran psikologi. a.K.u mengaku a.K.u terlalu lemah berhadapan dengan suasana baru & ahli grup sendiri. Awalnya a.K.u cuba yakinkan diri dengan pengalaman yang telah a.K.u lalui sebelum-sebelum ini. Tetapi a.K.u tak sangka yang a.K.u selemah itu. Keduanya, orang-orang yang a.K.u temui di sana. Harapan & impian mereka kadangkala membuat diri ini terganggu. Ketiga, baru a.K.u perasan yang a.K.u sebenarnya agak sukar untuk berkomunikasi & bergaul dengan orang. a.K.u selalu perlukan masa yang lama untuk sesuaikan diri. Hmmm…teruknya…
Namun, di atas setiap kepayahan & kelemahan, pasti ada hikmah disebaliknya. Pasti ada sesuatu yang Allah mahu tunjuk dan ajarkan padaku. InsyaAllah, a.K.u cuba menilainya sedikit demi sedikit. Apapun, Alhamdulillah, bertuahnya dapat bermusafir di bumi Allah yang sangat indah ini..Subahanallah…terasa diri ini sangat kerdil & selalu lupa diri..nauzubillah…a.K.u benar-benar cuba untuk rapatkan diri dengan DIA. Dengan harapan, latihan ini akan menjadikan aku semakin tabah & sabar dengan setiap perkara yang bakal menimpa…yang mencabar & menguji. Bahkan kebahagiaan juga kadangkalanya sangat menakutkan. Harapnya a.K.u akan sentiasa istiqamah dengan pergantungan ini. Ameen…
k.a.m.i
a.K.u tak pasti bila grup ni mula di tubuhkan. Yang a.K.u tahu, a.K.u mula ikut grup ni dari bulan Julai 2008. Grup Sri Lanka, GPTD. Atas dasar minat yang mendalam terhadap kerja-kerja da’wah di peringkat antarabangsa dan peluang yang ada di depan mata, a.K.u cuba yakinkan diri untuk ikut grup ni. Alhamdulillah, a.K.u di terima. Walupun segan kerana a.K.u adalah satu-satunya ahli yang ‘offer’ diri berbanding ahli-ahli yang lain (terpilih), a.K.u cuba untuk buat yang terbaik. a.K.u yang mulakan, biar buat sampai habis…huhu… Team work dengan ahli grup agak kelam-kabut, tapi masing-masing tetap ‘best’ bila di suruh buat kerja. Tabik ‘spring’ kat Awe selaku ketua grup (toin..toin…) atas usaha murni beliau memartabatkan Grup Sri Lanka ni sekaligus mengetuai grup dengan jayanya..hehe…yang lain…korang tetap comel & bertambah-tambah comel time balik dari Sri Lanka.Hehe. Apa pun, a.K.u masih bersyukur ditemani insan-insan yang amat memahami sepanjang misi ini. Alhamdulillah… Terima kasih juga untuk sahabat-sahabat jemaah yang banyak membantu memberi sokongan, doa & nasihat. Hanya Allah yang dapat membalasnya.
Pengalaman Baru
Pengalaman bertemu insan-insan yang sangat bersemangat membangunkan kembali Bangsa Melayu, belia-belia Melayu Sri Lanka & mengenali Muslim di sana juga sangat membuka mata. Pak Cik jamalon sendiri yang berusia dalam ligkungan 60an, masih lagi bersemangat bahkan sangat bersemangat menaikkan semula semangat Melayu di Kurunegala. Begitu juga Pak Cik-Pak Cik dan Mak Cik-Mak Cik di Kandy Malay Association. Kebanyakan dari mereka merupakan generasi ke-3 Melayu Sri Lanka. Semangat merekalah yang banyak membantu a.K.u meneruskan misi ini.
Alkisah, belia-belia Melayu Sri Lanka tidaklah seperti di Malaysia. Kebanyakan mereka bekerja pada usia yang muda atau menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Malangnya, kebanyakan belia yang sudah habis pengajian lebih selesa untuk bekerja di luar negara. Ini adalah antara sebab utama kegagalan kami menjejaki belia-belia Melayu di Sri Lanka. Namun, masih ada juga segelitir belia yang masih aktif menjalankan aktiviti seperti “Belia COSLAM” (Conference of Sri Lankan Malay). Pertemuan singkat dengan mereka merupakan satu peluang membina jaringan yang lebih baik dengan Belia Melayu Sri Lanka.
Kami juga berpeluang mengunjungi beberapa buah masjid sepanjang misi. Peliknya, kebanyakan masjid yang di kunjungi tidak membenarkan orang perempuan untuk memasukinya bahkan solat di dalamnya. Perkara ini menjadi tanda tanya kepada kami disepanjang misi. Tetapi apa yang lebih menyedihkan, betapa amalan yang bertentangan dengan Islam sangat berleluasa di sini. Hampir kesemua masjid yang kami kunjungi mempunyai maqam (kubur) orang-orang alim yang dipanggil aulia’. Kebanyakan Muslim disana percaya pada keistimewaan aulia’ yang dapat menyampaikan hajat terus kepada Tuhan.
Bahasa
Memula tu risau juga pasal bahasa. Takut-takut tak dapat nak faham bahasa Sinhala. Punya la bersemangat belaja dari Ahmed sebelum ke sana, tapi akhirnya masing-masing guna bahasa Inggeris. Buat pengetahuan semua, bahasa utama di Sri Lanka adalah ‘Sinhala’ dan Tamil. Bahasa Inggeris menjadi bahasa komunikasi kedua. Kebanyakan orang-orang di sana sangat fasih berbahasa Inggeris termasuk kanak-kanak. Jadi, tak lah banyak masalah untuk kami berkomunikasi denan mereka. Tapi yang sedihnya, di sini ada Bahasa Melayu, tapi rata-rata Masyarakat Melayu sudah ramai yang tidak tahu berbahasa Melayu. Kebanyakan dari mereka sebenarnya berasal dari Tanah Jawa. Oleh itu, bahasa yang digunakan lebih kedengaran seperti bahasa Indonesia atau Jawa. Pengaruh bahasa Sinhala, Sanskrit dan Tamil juga menyebabkan Bahasa Melayu Sri Lanka sangat sukar untuk difahami. Pada awalnya, a.K.u cuba juga untuk memahami bahasa mereka sedikit demi sedikit. Namun, akhirnya a.K.u gagal bertahan kerana perbezaan yang terlalu ketara. Sampai pening kepala di buatnya. Huhu.
Budaya
Bila bercakap tentang budaya Melayu Sri Lanka, tak banyak beza dengan bangsa Tamil dan Moors di sana. Terutamanya dari segi pakaian. Kebanyakan wanita disana lebih gemar memakai sari atau 'baju punjab' (panggilan di Malaysia). Yang lelaki pula, seperti biasa kecuali bagi yang beragama Islam, 'kain sorong' dan kopiah menjadi identiti mereka. Sempat kami memperkenalkan baju kurung kepada mereka sebagai baju orang-orang Melayu. Makanan, ada di ceritakan di bawah...(n_n).
Makan
Makanan bukanlah satu perkara yang a.K.u risaukan pada awalnya. Tapi tak sangka pulak ia adalah pertama yang buat a.K.u rasa ‘down’ kat sana. Pelik tapi benar. 3 hari yang pertama, a.K.u cuba mengelakkan diri untuk makan nasi. a.K.u cuba gak sikit-sikit, tapi gagal betahan. Hari yag ke-3, kami diminta untuk mengajar cara-cara membuat sambal tumis disana. Dan bertemankan sambal tumis itulah a.K.u mula berselera untuk makan. Hari-hari seterusnya, a.K.u terus majukan diri untuk makan apa sahaja yang a.K.u mampu. Huhu.
Alkisah, disini kami sangat fobia dengan makanan. Apa tidaknya, di setiap rumah yang kami singah, pasti di jamu dengan makanan yang sama. Air teh yang manis atau jus oren, kek keju, ‘fish cutlet’, pisang, karipap (tak ingat namanya dalam bahasa Sri Lanka) atau samosa. Inilah makanan yang paling kerap kami jumpa. Sampai dah tak larat nak makan. Makan tengahari & malam pula, macam biasa sahaja. Disebabkan mereka orang Melayu, makanan mereka tak banyak berbeza dari makanan Melayu tapi bahan masakan mereka agak berbeza-banyak menggunakan rempah. Jadi kalau pedas pun, pedas rempah. Kadang-kala, sampai berpeluh-peluh kami makan. Tetapi semasa di rumah Pak Cik Jamalon, kami dapat banyak peluang untuk masak sendiri. Ia agak membantu kami yang dah mula rindu pada makanan Malaysia masa tu. Hmm..kalau nak cerita pasal makanan, boleh penuh satu blog ni…hehe..
Rumah & Penginapan
5 hari yang pertama kami tinggal di rumah Pakcik Jamalon di Kurunegala. Sangat selesa & seperti berada di rumah sendiri. Pak Cik sangat mengambil berat hal kebajikan kami. Di Colombo kami tinggal di rumah anak Pak Cik Tohorin (Ahli YMMA). Rumah ni ‘best’ jugak, tapi kelihatan seperti agak lama tidak didiami. Ala-ala muzium gitu. Yang tak dapat dilupa semasa di rumah ini adalah semasa kami pulang dari Hambantota & disambut meriah oleh ramai orang di rumah tersebut. Hari itu merupakan hari terakhir kami menumpang disana. Sebenarnya kami sangat penat & dah berangan-angan untuk terus rehat @ tidur bila sampai di sana. Tapi macam tak sopan pula untuk berehat ‘time2’ macam tu. Jadi kami gagahkan diri untuk melayan tetamu-tetamu tersebut termasuk Tn. Azoor. Akhirnya kami di selamatkan oleh Ahmed (anak Tn. Azoor) yang menghantar mesej kepada Tn. Azoor tentang keletihan kami. Terima Kasih Ahmed! Kami juga tinggal di rumah anak Mak Cik Machiyah di Kent Road. Rumah bertingkat-tingkat yang unik & cantik. Apa yang menarik disini adalah ‘Aiman’. Seekor kucing kah..? Eh, bukan.. Dia adalah cucu Mak Cik Machiya. Setiap kali habis program, kami akan berebut-rebut nak dukung Aiman (kecuali a.K.u). 5 hari di rumah Mak Cik Machiya, kami macam tinggal di Hotel. Hehe. Seterusnya semasa di Hambantota, kami tinggal di Tzu Chi Love Village (kawasan perumahan yang di bina untuk mangsa Tsunami di Hambantota). Kami diberi menumpang di dua buah rumah. Satu untuk lelaki & satu lagi untuk perempuan. Di sini kami sentiasa diserang nyamuk. Guna ubat nyamuk pun tak berkesan. Alhamdulillah, kami dibekalkan dengan kelambu. Apapun, sepanjang misi ini, kami di berikan pengiapan yang sangat-sangat lah selesa…Alhamdulillah…
Misi Berakhir
Kini, misi telah berakhir dan kami kena siapkan segala laporan-laporan yang berkaitan. Saat artikel ini ditulis a.K.u masih lagi di rumah, baru lepas selesai majlis Walimah akak & abang a.K.u yang sedikit huru-hara...huhu. Pagi esok, bapak akan di hantar semula ke hospital. Penyakitnya makin melarat-larat. Lain kali saja a.K.u ceritakan tentang ini. Sekarang, mesti siapkan semua kerja-kerja yang terbengkalai...Sehingga berjumpa lagi...! Tata! =)