Satu nasib tak serupa ..
Peluangnya sama ..
Natijah berbeza ..
Ramadhan mereka .. gemilang cemerlang ..
Mukmin berjasa .. di awal zaman ..
Ramadhan kami .. malang terbuang ..
Muslim berdosa .. di akhir zaman ..
Mereka gembira .. kerana kedatanganmu ..
Kami gembira .. dengan pemergianmu ..
Malam mereka meriah .. disimbah
Nur Al-Quran ..
Tapi malam kami .. muram berkabung dengkur ..
Mereka .. berlumba mengejar Makrufat ..
Tapi kami .. lesu diburu nafsu ..
Hati mereka .. bercahaya digilap taqwa ..
Jiwa kami .. gelap didera dosa ..
Takbir mereka .. takbir kemenangan ..
Hadiah mujahadah .. sebulan Romadhon ..
Takbir kami .. lesu tak bermaya ..
Tanda kalah .. lemah tak berdaya ..
Puasa sekadar .. lapar dan dahaga ..
Dulu, suka sangat lagu ni. Selalu keluar dalam radio IKIM.fm. Bila dengar, rasa bersemangat nak dapat Ramadhan macam pada zaman sahabat. Mereka sangat bersungguh-sungguh meraikan Ramadhan. Bak tajuk usrah KPIJ haritu "Ramadhan; kedatanganya dinanti, pemergianya ditangisi".
Sekarang, Ramadhan a.K.u, tak payah nak beza antara dua zaman. Antara dua tempat pun dah cukup berbeza. Kat rumah & kat UIA. entah kenapa, semangat kat rumah tak sama dengan semangat kat UIA. Mungkin kat rumah ada Emak & Bapak yang selalu ingatkan. Ajak terawikh kat balai *surau a.k.a markaz pas*. Bila dorang baca Qur'an, semangat diri ini nak tiru. Nak berlumba konon. Walaupun tahu takkan dapat nak khatam 1 bulan tu. Huhu. Almaklumlah, Bapak baca tiap-tiap kali lepas solat. a.K.u nak mengharap Marghrib & Subuh je lah.
Di UIA. Erm..kurang sikit semangatnya. Puasa tetap puasa. Tapi rutin tu lebih hangat dari biasa. Penat. Tapi tak sepenat zaman Rasulullah dulu *siap boleh berperang lagi*. Lepas marghrib, sekejap je boleh bukak Qur'an. Alhamdulillah lepas Subuh banyak masa. Terawikh, tak tentu kat mana-mana. Kekadang masjid, kekadang mahallah, kekadang bilik je...Kekadang, tak bersemangat. Terawikh asalkan terawikh. Tak dpt zouk macam terawikh kat rumah . Tak ada juga orang untuk ingatkan selalu. Sedih.
(Em, cerita tak berkaitan) Emak sekarang dah lain. Semakin jarang menegur macam dulu. Risau. Kenapa ya? Sebab a.K.u dah dewasa? Tak perlu ditegur? Apakah? Hmmm...