Tuesday, April 28, 2009

9 Sebab Hati Tak Tenang

1) Pemarah

Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang..


2) Pendendam

Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.


3) Hasad dengki

Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.


4) Bakhil

Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.


5) Tamak

Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.


6) Tidak sabar

Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.


7) Ego

Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.


8) Riak

Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.


9) Cinta Dunia

Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Monday, April 20, 2009

Seorang Gadis Itu


Seorang gadis itu ...

yang lembut fitrah tercipta,
halus kulit, manis tuturnya,
lentur hati ...
telus wajahnya,
setelus rasa membisik di jiwa,
di matanya cahaya,
dalamnya ada air,
sehangat cinta,
sejernih suka,
sedalam duka,
ceritera hidupnya...

seorang gadis itu ...

hatinya penuh manja,
penuh cinta, sayang semuanya,
cinta untuk diberi ...
cinta untuk dirasa ...
namun manjanya
bukan untuk semua,
bukan lemah,
atau kelemahan dunia ...
ia bisa kuat,
bisa jadi tabah,
bisa ampuh menyokong,
pahlawan-pahlawan dunia ...
begitu unik tercipta,

lembutnya bukan lemah,
tabahnya tak perlu pada
jasad yang gagah ...
seorang gadis itu ...
teman yang setia,
buat Adam dialah Hawa,
tetap di sini ...
dari indahnya jannah,
hatta ke medan dunia,
hingga kembali mengecap ni'matNya ...

seorang gadis itu ...

bisa seteguh Khadijah,
yang suci hatinya,
tabah & tenang sikapnya,
teman ar-Rasul,
pengubat duka & laranya ...
bijaksana ia,
menyimpan lmu,
si teman bicara,
dialah ishah,
penyeri taman Rasulullah,

dialah Hafsah,
penyimpan mashaf pertama kalamullah ...
seorang gadis itu ...
bisa setabah Maryam,
meski dicaci meski dikeji,
itu hanya cerca manusia,
namun sucinya ALLah memuji ...

seperti Fatimah kudusnya,
meniti hidup seadanya,
puteri Rasulullah ...
kesayangan ayahanda,
suaminya si panglima agama,
di belakangnya dialah pelita,
cahya penerang segenap rumahnya,
ummi tersayang cucunda Baginda ...

bisa dia segagah Nailah,
dengan dua tangan
tegar melindung khalifah,
meski akhirnya bermandi darah,
meski akhirnya khalifah rebah,
syaheed menyahut panggilan Allah .

seorang gadis itu ...

perlu ada yang membela,
agar ia terdidik jiwa,
agar ia terpelihara ...
dengan kenal Rabbnya,
dengan cinta Rasulnya ...
dengan yakin Deennya,
dengan teguh qidahnya,
dengan utuh cinta yang terutama,
Allah jua RasulNya,
dalam ketaatan penuh setia .
pemelihara maruah dirinya,
agama, keluarga & ummahnya ...

seorang gadis itu ...

melenturnya perlu kasih sayang,
membentuknya perlu kebijaksanaan,
kesabaran dan kemaafan,
keyakinan & penghargaan,
tanpa jemu & tanpa bosan,
memimpin tangan, menunjuk jalan ...
seorang gadis itu ...
yang hidup di alaf ini,
gadis akhir zaman,
era hidup perlu berdikari ...
dirinya terancam dek fitnah,
sucinya perlu tabah,
cintanya tak boleh berubah,
tak bisa terpadam dek helah,
dek keliru fikir jiwanya,
kerna dihambur ucapkata nista,
hanya kerana dunia memperdaya ...
kerna seorang gadis itu,
yang hidup di zaman ini ...
perlu teguh kakinya,
mantap iman mengunci jiwanya,
dari lemah & kalah,
dalam pertarungan yang lama ...
dari rebah & salah,
dalam perjalanan mengenali Tuhannya,
dalam perjuangan menggapai cinta,
ni'mat hakiki seorang hamba,
dari Tuhan yang menciptakan,
dari Tuhan yang mengurniakan,
seorang gadis itu ...
anugerah istimewa kepada dunia!

seorang gadis itu ...

tinggallah di dunia,
sebagai bidah,
dayah & mujahidah,
pejuang ummah ...
anak ummi & ayah,
muslimah yang solehah ...
kelak jadi ibu,
membentuk anak-anak ummah,
rumahnya taman ilmu,
taman budi & ma'rifatullah ...
seorang gadis itu ...
moga akan pulang,dalam cinta & dalam sayang,
redha dalam keredhaan,
Allah yang menentukan ...
seorang gadis itu dalam kebahagiaan!
Moga ar-Rahman melindungi,
merahmati dan merestui,
perjalanan seorang gadis itu ...
menuju cintaNYA yang ABADI !!!

Wednesday, April 15, 2009

~Untuk Yun....

Dia bakal pergi bulan 5 ini. Jauh dari a.K.u...makin susah lah a.K.u nak hubungi dia selalu. Sedangkan disini pun a.K.u tak dapat laksanakan tanggungjawab sebagai sahabat dengan baik. (maaf yun sebab Dyll selalu pentingkan diri...). Jujurnya a.K.u risau. Risau yang teramat memikirkan dirinya. Bakal jauh di perantauan. Namun memandangkan itu memang cita-citanya lama dahulu, a.K.u sokong usahanya 100%. Tapi a.K.u tahu dia kuat. Cukup kuat untuk menerusakan perjuanganya. Kuat utuk teruskan jalan yang di pilihnya...Dan kini dia sedang mempersiapkan diri, untuk menghadapi cabaran-cabaran disana nanti. Walhal kala ini pun dia sedang teruji. a.K.u sentiasa doakan yang terbaik untuknya. Biarpun kami jauh, Allah telah tetapkan hati ini kekal bersama.


~Sabarlah Yun...Kuatkan hati, kuatkan semangat...Allah pasti bantu niat baik Yun...Dyll sentiasa sokong Yun sebagaiman Yun selalu sokong Dyll waktu 'itu'....Ya Allah, permudahkanlah urusan sahabatku ini....ameen...

(Tak sabar nak jumpa Yun cuti ni.....!!!)

Tuesday, April 14, 2009

Takziah

Salam takziah buat ukhti Afifah Mat Asin (mantan N.Amirah 1 PKPIM Pusat Asasi UIAM) atas kembalinya ayahanda tercinta ke Rahmatullah lewat jam 3 petang tadi... Semoga Afifah sekeluarga di beri ketenangan dalam menghadapi ujian ini. Ameen...
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah.

Al-Fatihah..


Juga buat Ukhti Qila & Akhi Izu..Moga ditetapkan kesabaran bagi menghadapi ujian kali ini...
Tidak di berinya sekarang, tapi InsyaAllah akan digantiNYA dengan sesuatu yang lebih baik...
Janji Allah itu pasti..
Moga kekal sabar & tabah!


Monday, April 13, 2009

~Momentum....





Momentum? MySpace


Adakah tentang ini yang a.K.u mahu bicarakan? Hmm, sebenarnya tidak. Momentum yang mahu a.K.u ceritakan ini sangat berkait rapat dengan kehidupan seharian kita. Teringat pada tema "Memacu Momentum Gerakan Mahasiswa"- salah satu tema ucapan dasar PKPIM UIAM suatu masa dahulu. Namun baru kini a.K.u dapat faham benar maksudnya. Semasa zaman sekolah rendah dahulu, perkataan 'momentum' ini pertama kali a.K.u dengar dalam subjek Sains (pada waktu itu pelajaran Sains masih lagi dalam Bahasa Melayu). MySpace


Apa pun, momentum yang ingin dimaksudkan disini adalah "driving force" (tekanan atau dorongan). Momentum inilah yang akan menentukan sejauh mana kita bakal memecut. Umpama dalam sebuah pertandingan lumba lari. Setiap perserta akan berlari bersungguh-sungguh ke garisan penamat selepas picu pistol dilepaskan. Mengapa ini terjadi? Mengapa mereka berlari bersungguh-sungguh? Kerana pingatkah? Kerana kemashuran atau nama? Terpulang...
Hidup ini juga umpama larian. MySpace


Jika kita berlari lemah biarpun picu telah dilepaskan, kalahlah kita pada akhirnya @ lambatlah kita untuk sampai di garisan penamat. Betapa pun kuatnya momentum yang bakal menolak dan mendorong kita, sebenarnya bergantung kepada diri kita sendiri. Andai wujud suatu perkara yang mampu memupuk 'semangat' yang membara dalam diri & melonjak semangat kita menggunung tinggi, nah! itulah momentum anda. Punya ciri memotivasi, memberi kesan positif & membuatkan kita mahu memecut lebih laju. Ianya bergantung kepada pentingnya sesuatu 'perkara' tersebut dalam hidup seseorang. Sebagai contoh...


"Ibuku adalah pendorongku untuk mencapai kejayaan ini" MySpace


Ini adalah satu contoh asas kepada kebanyakan kita.
Jelas, setiap manusia punyai momentum yang berbeza bedasarkan ilmu dan pengalaman yang dimiliki. Juga bedasarkan nilai yang diletakkan terhadap 'momentum' tersebut.

Broken Heart Myspace Comments
MyNiceSpace.com

Namun...MySpace

Dalam menelusuri hidup sebagai hamba & khalifah di muka bumi ini, berapa ramai yang menjadikan ALLAH & Nabi Muhammad s.a.w sebagai momentum dirinya menuju kejayaan (dunia & akhirat). Pernahkah kita tanyakan pada diri, andai hilang segala momentum @ dorongan-dorongan yang 'nampak' dalam kehidupan ini, mampukah kita lagi untuk bertahan @ masih mampu terus memecut laju? Mampukah DIA menjadi momentum asas kita mengharungi badai kehidupan yang semakin lama semakin mencabar ini? Mampukah a.K.u? Ingat-ingatkanlah...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

~Akhirnya, segalanya bermula pada diri...mahu memecut atau sekadar berdiri di tepi & memerhati...atau menanti...

Friday, April 10, 2009

Hentian Ini (XPDC)

Hentian Ini

Di hentian ini
Tertinggal dalam kesunyian
Di hentian ini
Bersama bayang menjelma

KAU nyalakan cinta
Terbakar jiwa yang begini
KAU curahkan rasa
Hanyut dilautan api

Sedang aku berkelana
Pahit manis aku rindu
Hingga aku diasyikkan sejuta mimpi
Sebuah mahligai impian
Akan ku turuti
Walaupun aku tak tahu lagi kemana arahnya
Tak ingin aku hancur sendiri dimakan waktu

KAU dimana jua
Terdamping didalam hatiku
KAU apa pun kita
Tetap di hentian ini

Saturday, April 4, 2009

~Bila hati sudah retak~

"Dalam hidup ni,
tidak ada manusia
yang tidak pernah rebah.
Sekali rebah,
cepat-cepatlah bangkit kembali &
berjalanlah dengan berhati-hati supaya
tidak rebah kembali."
~Kawan2, selamat menduduki peperiksaan akhir sem ya! Chayok2!

Wednesday, April 1, 2009

~Kembali...~



"Wahai TUHAN, terangilah hatiku ini dengan CAHAYA HIDAYAHMU,
sepertimana Kau sinari bumiMu dengan CAHAYA matahariMU selama-lamanya,
dengan RAHMATMU,
Wahai Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..."



Tersungkur rebah
MySpace

Segalanya bermula di awal sem barangkali....sejak balik dari Sri Lanka, sebetulnya. Langkah-langkah yang a.K.u lalui sepanjang sem seakan-akan tersasar. Ada sahaja yang tidak kena. Namun a.K.u pendamkan. Mainan perasaan mungkin. Itu yang selalu a.K.u ucapkan dalam hati. Segala tugasan, tanggungjawab dan sebagainya, a.K.u lakukan seperti biasa, dalam keadaan a.K.u menyedari ada sesuatu yang sedang hilang. Tapi a.K.u tak tahu apa dia. Pelik tetapi benar....a.K.u hanya MANUSIA BIASA...terkadang tersedar, belum cukup ilmuku untuk menilai ujian ini. Terlalu dalam dan terlalu lama terpendam. Dan akhirnya, a.K.u tersungkur, rebah...keseorangan...sampai satu saat...a.K.u kebuntuan...hilang perasaan... a.K.u tersasar...

Sakit yang terabai MySpace

Sampai satu saat...hati ini sangat sakit...sakit.. Sakit yang tak pasti datangnya dari arah mana. Selalu berharap ada tangan yang terhulur membantu. Tapi bila tangan-tangan itu datang, a.K.u tepis dengan jawapan..."Abaikan...". Mungkin bukan sekarang...
Tapi bila lagi?
Dan sekali lagi & berkali-kali...
a.K.u abaikan...


MenangisMySpace

Dah tak terkira lagi berapa banyaknya air mata yang tumpah kali ini. Setiap saat & waktu....kadang-kadang tanpa sedar...waktu makan, waktu belajar, waktu berjalan, waktu.....selepas solat apatah lagi....rasa tak berdaya... dihadapan mereka, dia & dia...tabah saja...buat tak tahu...& pura-pura tiada apa yang berlaku...a.K.u kehilangan....

Buntu MySpace

Bukanya a.K.u tak berusaha mencari jalan keluar. Bukanya tak berusaha mencari penyelesaian. a.K.u kesana-kemari, berlari...merantau...mendaki.... mengasingkan diri... Namun tidak juga bertemu jawapanya... andai ada pun, sekejap cuma... bila cabaran bertimpa, segalanya bagai tak berguna. Kekangan masa & sebagainya...seakan tak memberi peluang...mungkin a.K.u yang sesat tak jumpa jalan. Mungkin sebenarnya penyelesaian di hadapan mata, tapi a.K.u yang buta...

Tekanan MySpace

Kini, tekanan semakin terasa. Dalam keadaan diri yang masih tak stabil, di beri satu 'posisi' penting yang -kalau nak difikirkan pun terlalu berat... Berat dalam keadaan diri ini tak bersedia. Berat kerana konflik-konfik yang pernah timbul keranaya. Berat kerana diri ini bukan yang selayaknya. Dan terus-terang.....sekarang...inilah tekanan yang paling berat setakat ni...bagai ada batu besar dibahu untuk ku pikul kali ini....dan dengan setiap apa yang telah berlaku...a.K.u tertekan...

Teman
Bukan a.K.u tidak mahu memahami...a.K.u sudah cukup faham....Namun sebagai manusia biasa, a.K.u punya kelemahan...Kelemahan yang a.K.u tidak tunjuk pada kalian....tapi bagi yang mengerti...mereka pasti nampak kelemahan tu... Dah banyak kali pujuk hati ni...Tapi BERAT.... BERAT yang hanya hati ini yang rasa.... a.K.u tahu kalian faham... Tapi....mungkin ini kemuncaknya... a.K.u capek...MySpace

Keluarga

a.K.u sedar...a.K.u bukan pilihan... a.K.u tidak dapat membanggakan mereka apatah lagi membantu...tapi cukuplah a.K.u tahu mereka sangat menyayangi a.K.u...Biarpun a.K.u sedar diri ini tidak pernah menyumbangkan apa-apa pada mereka...kerana a.K.u ahli yang 'terlemah'... a.K.u hanya boleh berdiam, mendengar & melihat.... Tapi yang terakhir...a.K.u pasti kesana....

Tangan yang terhulur...
MySpace

Kepada 'kamu'...Terima kasih... Terima kasih kerana menghulur tangan & terima kasih kerana memaksa diri ini menceritakan segalanya. Biarpun kamu jauh.... Terima kasih untuk masa & wang ringgit yang terkorban. Moga dari TUHAN ada gantinya. Ku mendoakan kejayaan, kebahagiaan & ketenanganmu disana...walaupun terkadang a.K.u berharap pada tangan-tangan yang lain...tapi a.K.u masih bersyukur...


Kembali~


Setelah apa yang berlaku setakat ini...a.K.u mahu kembali...kembali kepada diri yang asal...Kembali kepada pergantungan yang awal...Janji antara a.K.u dan DIA... Moga dipermudahkan jalan...Kerana jalan ini jalan-NYA. DIA sahaja yang tahu mana arah yang patut a.K.u lalui kala ini. Kalian pasti menjadi sebahagian daripadanya. Sekadarnya...beri a.K.u masa... Dan maaf a.K.u pinta andai masa yang ku ambil terlalu lama...


DIA yang setia

a.K.u selalu lupa barangkali..DIA ada untukku di mana-mana... a.K.u mahu setia....




p/s: ini adalah sekadar perkongsian rasa secara ringkas dari a.K.u...Harapnya PEMBACA blog ini tidak terlalu TERPENGARUH dengan ayat-ayat yang digunakan.... harap maaf jika ada yang terasa hati dengan entri kali ini...

PUTARAN KEHIDUPAN....

Saat kau melangkahkan kaki
Jatuh dan bangun sendiri
Semuanya mampu kau redahi

Saat usiamu telah dewasa
Cabaran datang bertimpa
Kau kecewa derita sengsara

Hapuskanlah air matamu
Redha dan teruskanlah usahamu
Pasti kau akan mengerti
Hidup ini
Putarannya tersendiri

Hentikanlah air matamu
Biarkanlah kisah duka itu berlalu
Mendung hari takkan selalu
Sinar bahagia, oh pastikan kau ketemu



~Huh...dalam keadaan semua org sedang sibuk dilanda tsunami exam...a.K.u msaih lagi tersasar di sini...bemain-main emosi...huh...kadang-kadang...dah tak larat nak benci diri sendiri......insaf...insaf....

HOME

I walked across an empty land I knew the pathway like the back of my hand I felt the earth beneath my feet Sat by the river and it made me c...