Friday, April 26, 2013

Pilih jangan tak pilih~

Bismillahirrahmanirrahim.


Memang betullah hidup manusia ni 24/7 takkan pernah berhenti dari membuat pilihan. 
Bagun pagi-pagi dah kena pilih nak bangun pukul berapa.
Kena pilih nak bangun Qiyamullail atau tidak.
Kena pilih nak solat subuh kat rumah atau kat masjid.
Kena pilih nak baca ma'athurat atau al-quran atau dua-dua atau tak baca langsung.
Kena pilih nak gosok baju dulu atau mandi.
Kena pilih nak masak sarapan atau nak beli di kedai.
Kena pilih nak pergi kerja atau ponteng.
Kena pilih nak buat kerja atau main Facebook. [eheh].
Kena pilih nak makan tengahari atau tak makan.
Kena pilih antara Ramly Burger atau KFC atau Domino. [amboi!]
Kena pilih nak balik awal atau lambat dari pejabat.
Kena pilih nak balik masak atau tapau dari kedai.
Kena pilih nak tidur awal atau lewat.
Itu baru perihal hidup seharian.

Hal-hal kehidupan.
Kena pilih nak kerja di sini atau di sana.
Kena pilih nak kawin atau tak nak. [err]
Kena pilih nak ambil lesen kereta atau tak payah ambil langsung.
Kena pilih nak menyimpan duit atau kena bayar hutang. [tragis]

Hal-hal kemasyarakatan.
Kena pilih nak pergi mesyuarat atau usrah atau tak pergi mana-mana.
Kena pilih nak ikut program masyarakat hujung minggu atau balik kampung.
Kena pilih nak berehat di rumah atau membeli belah di KLCC dengan kawan-kawan.
Kena pilih nak pergi pasta buku atau tolong calon PRU-13 [eh?].
Kena pilih nak pegi kenduri kawin kawan-kawan atau mengundi. [eh lagi?].
Kena pilih parti tu atau parti ini.
Kena pilih orang tu atau orang ni.
Kena pilih pemimpin yang tu atau yang ini.
[Eh, banyak pulak]

Apa pun, nak buat pilihan kena ada ilmu.
Tanya DIA.
Tanya pendapat orang.
Belajar.

Cari. Pilih. Buat.
Mujahadah.

Tawakal.

Ok. Tu je. Bai. \(n_n)/

Thursday, April 25, 2013

daun kan tumbuh...


Bismillahirrahmanirrahim.
Satu waktu daun kan tumbuh
Menghijau dengan aliran waktu
Berkembang menjadi dewasa
Terlalu indah untuk dilihat  
Apa yang kau lihat?
Bunga dengan kedewasaannya. 
Satu waktu daun kan jatuh
Walaupun satu persatu
Tapi indah pada waktunya 
Hanya masalah waktu
Kita berjumpa membawa senyum
Terkadang tertawa menampakkan disana
Jangan tetesi air mata itu
Kerana sebenarnya kami bahagia 
Satu waktu biji jatuh
Tumbuh dan berbunga kembali 
Asep Farihin
21 Januari 2013
PONPES Al-Ahya’

Tuesday, April 23, 2013

Hak untuk menilai~


Bismillahirrahmanirrahim. 
"Apa pun yang dia buat sekarang, aku tak ada hak untuk menilai. Pada aku, apa yang dia buat semua betul. Tak ada yang salah." 
"Kenapa?" 
"Bla..bla..bla.." 
"Kau tahu tak apa yang kau buat kat dia tu salah?" 
"Tahu..dan aku rasa Allah dah balaskan pun. Perkara yang sama aku buat pada dia, orang buat juga pada aku." 
"Habis tu?" 
"Aku tak tahu nak buat macamana. Tak tahu macamana nak betulkan keadaan. Aku cuma boleh mintak maaf." 
"Sama macam dulu." 
"Tak, tak sama.. sekurang-kurangnya dulu aku maklumkan. Mintak maaf. Jelaskan. Bagi faham. Kali ini tidak. Tak tahu nak jelaskan macamana." 
*both are speechless*

Sunday, April 21, 2013

Luruskan hatiku Tuhan...

Bismillahirrahmanirrahim. 

Ya Allah dengan berkat kalamMu
Dan berkat nabiMu
Luruskanlah hatiku agar agamaku lurus
Betulkanlah hatiku agar ikhlas selalu
Dengan ujian yang menimpa 
Ya Allah
Tuhan yang mencipta hati
Bersihkanlah hatiku
Agar mazmumahku tidak merosakkan agamaku
Dan juga tidak merosakkan kehidupan orang lain 
Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati
Kuatkanlah hatiku agar keyakinanku tidak berubah
Supaya aku sentiasa tabahTuhan,
Engkau rasakanlah hatiku sentiasa bersamaMu
Supaya aku rasa ada kawan melindungku
Agar aku tak rasa sepi dalam hidupku
Aku merasa malu melanggar perintahMu
Dan aku sentiasa siap siaga
Menunaikan suruhanMu 
Ya Allah, Tuhan yang menjaga hati
Baikilah hatiku
Agar seluruh hidupku menjadi baik
Supaya tidak khianat dan tidak hasad
Dan tidak berdendam sesama manusia 
Tuhan, limpahkanlah ke dalam hatiku
Ilmu dan hikmah
Hingga aku dapat menyuluh hati
Dan menyuluh kehidupanku
Supaya lahir batinku bersyariat
Agar lahir hatiku menjadi taat 
Ya Allah, ku harap Engkau kabulkan doaku ini...ameen...

Friday, April 19, 2013

Hijab yang tidak menghijab..?

Bismillahirrahmanirrahim. 

"Pada pendapat saya, ada dua jenis orang yang berniqab. Satu, yang berniqab memang untuk 'menghijabkan' diri. Dan yang kedua, berniqab tapi tabarruj." 
"Hah, maksudnya?" 
"Yang pertama, jelas. Memang kita boleh tengok orang yang berniqab untuk 'menjaga' diri. Dengan pakaian yang labuh, tudung labuh, warna gelap dan tidak menarik perhatian. Itu satu golongan yang boleh dikatakan memenuhi ciri-ciri berniqab yang sepatutnya. Yang kedua, beniqab tapi tabarruj. Pakai pakaian yang 'fancy', 'lip-lap-lip-lap' begemerlapan, warna-warna yang jelas menarik perhatian lelaki, dengan beg tangan warna-warni, girly dan sebagainya." 
"Itu dari satu sudut. Satu hal lagi yang saya kurang senang bila mana mereka-mereka yang berniqab dan bertudung labuh ni, gagal menjaga adab. Tak kiralah di luar ataupun di alam maya. Hakikatnya berniqab, tapi akhlaqnya tidak menunjukkan ciri-ciri yang sepatutnya. Sebebasnya bermuamalat dengan lelaki seperti berborak berdua-dua, bergurau senda dan sebagainya. Di alam maya juga begitu, berbalas komen dan bergurau dengan lelaki tanpa batas. Ada pulak dalam satu keadaan, ada lelaki yang boleh bergurau-gurau dengan 'niqabist' konon-konon untuk melihat wajah mereka. Apakah mereka tidak hormat pada dia?"
"Perkara-perkara macam ini yang jadikan saya hilang hormat pada orang-orang yang bertudung labuh dan berniqab. Sebab saya sangat memandang tinggi golongan yang sebegini. Bukan mudah untuk bertudung labuh dan berniqab sebenarnya kalau tak betul-betul mujahadah. Dan bukan mudah juga membawa 'tanggungjawab' atas tudung dan niqab yang dipakai kerana ia dipakai atas nama Islam. Bukan calang-calang." 
[Seperti biasa, perbualan ini di'edit' supaya lebih kemas. Namun isi perbahasan utamanya tetap sama.]

Saya secara peribadi memang 'sentap' dengan perbualan tersebut. Walau tidak berniqab, bertudung labuh sudah cukup besar tanggungjawab dan mujahadahnya dalm diri. [Fiuh~]. saya kira komen-komen saya (sewaktu perbualan tersebut), sebahagiannya merujuk kepada diri sendiri. [I'm not that perfect my dear~huuu]. Pada saya, bab 'FAHAM' masih perlu diletak nombor satu. Hijab bukan semata-mata soal pakaian. Ia lebih dari itu. Hijab adalah sesuatu yang perlu untuk dipelihara [i.a maruah, hati, diri] dari sesuatu yang buruk. 
Saya yakin jika diteliti dengan baik, tak ada sesiapa di kalangan mereka yang bertudung labuh dan berniqab ini mahu dicop sebagai 'gedik' atau 'berpura-pura baik'. Cuma mungkin terkadang mereka lupa atau masih terbawa-bawa dengan perangai lama. Mereka sentiasa mengharapkan peringatan dari orang lain jika tersalah dan sentiasa mengharapkan bimbingan untuk memperbaiki diri dari masa ke semasa. Mereka bukan manusia sempurna seperti kita juga.
Mungkin jawapan yang boleh sama-sama kita kongsi ada dalam entri NIQABIS GEDIK ini. InsyaAllah. :) 

:: Pesan Ostat, "Pakailah pakaian yang Allah suka." :)

Monday, April 15, 2013

Infaq & Islah..

Bismillahirrahmanirrahim.


INFAQ 
Saya kira, salah satu kekuatan yang melingkari jamaah ini adalah atas keikhlasan infaq ahli-ahlinya. Berada dalam kalangan keluarga WADAH, saya memahami perjuangan dan pengorbanan dalam kerangka realiti yang lebih besar. Bukan setakat idealisme dan kata-kata semangat, namun terlebih ia pada masa, diri dan harta.  
Dan ya, apabila ditanya Kak Fadh, "Apa rencana selepas ini?"
Terdiam. Antara mahu jawab atau tidak. Yang pasti, dua tahun ini akan kekal disini. Selepas dari itu, Wallahu'alam. 

***************


ISLAH! INI KALILAH!
Menjadi manusia yang penuh kekurangan, banyak yang perlu diubah untuk masa hadapan. Kerana maklum juga yang mahu dibina itu bukan sekadar baitul muslim, tetapi juga baitul mukmin, maka wajiblah berusaha menjadi muslim & mukmin yang sebenar-benarnya.  
Mungkin, ada langkah yang tersasar, maka Allah tangguhkan. 
Mungkin, ada bahasa yang terkasar, maka wajar dimuhasabahkan.
Mungkin ada budaya yang terkeluar landasan, wajib dibetulkan.
Mungkin, ada usaha yang tak tampak istiqamahnya, mungkin perlu diusahakan lagi.
Namun, melaksanakan islah bukanlah semudah memperkatakannya. Makanya perlu kuat! 
Allah sebaik-baik pembantu!

***************************

 "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami". [Kahfi : 10]

:: Kuncinya cuma SABAR dan DOA... 

Friday, April 12, 2013

Kekuatan IKHLAS dalam Dakwah

Bismillahirrahmanirrahim.


"Terkadang kita berbicara dengan berton-ton kata, tetapi hampir tidak ada satu kata pun yang mampu menyentuh hati manusia. Penyebabnya adalah sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mubarak, "Kita fasih dalam berkata-kata, tetapi tidak fasih dalam berbuat". 
Hal itu menyebabkan jiwa menjadi gersang dan hati menjadi tandus, air mata mengering, dan obor penerang hati padam. Sebab, hilangnya keIKHLASan itu mematikan kata-kata yang keluar dan menguburnya di bawah telapak kaki.  
Ketika Hamdun bin Ahmad ditanya,"Mengapa perkataan orang-orang salaf lebih bermanfaat dari perkataan kita?". Beliau menjawab,"Karena mereka berkata untuk kemuliaan Islam, keselamatan jiwa, dan mengharap ridha Allah, sedang kita berkata untuk kemuliaan diri sendiri, mencari dunia, dan mengharap ridha makhluk" 
[KH. Abdullah Gymnastiar]

Wednesday, April 10, 2013

Untuk Dia...


Bismillahirrahmanirrahim.
Duduk berlunjur dihujung tilam.
Tarik lutut - sandar badan ke dinding.
Pandang kipas putar-putar atas kepala.
Pandang kiri - kanan ; kosong.
Pandang atas semula.
Putar-putar lebih indah. 
Pejam mata.
Dunia ini serba adil Allah beri.
Apa yang kita perlu, banyak DIA sudah bagi. 
Esok kerja.
Bangun - ambil baju - gosok.
Halus-halus. 
"Kerja untuk Allah."
InsyaAllah.


Monday, April 8, 2013

Kerja..kerja...kerja...


Bismillahirrahmanirrahim.

Sedang orang ramai dengan meriahnya berkisah tentang politik, saya juga yang masih terumbang-ambing dengan kerja.
Alah, kerja bantu orang-orang politik jugak. *pause* 
Okeh. Pokes. 
Saya bersyukur dapat bos-bos yang baik.
Officemate yang baik walaupun suka mengomel.
Housemate baru yang baik-baik.
Rumah sewa baru yang ada dapur yang baik.
Cakap sahaja apa pun, semuanya cukup.
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. 
Tapi mungkin saya sendiri yang 'lampi' bab kerja.
Tiap-tiap hari saya jerit dalam hati "work hard to be smart!" 
Yalah, saya perlu jadi super rajin untuk jadi pandai dengan kerja ini.
Walaupun ramai yang kata saya boleh buat kerja-kerja begini, tapi hakikatnya banyak lagi yang perlu saya belajar.
Banyakkkkk sangatttttt.....
Fiuh~ *tak mengeluh...tak mengeluh....* 
Apa pun, cuma Allah sebaik-baik pembantu..
InsyaAllah.. :)

p/s: Mencari support group yang kuat ditempat begini bukan mudah. Moga Allah kekal hadiahkan saya TABAH & KUAT jadi peneman hidup.. Ameen.. :) 

Friday, April 5, 2013

Ulang..

Bismillahirrahmanirrahim.


Dunia, ia akan tetap berputar dengan cara-Nya.
Beruntunglah mereka yang bersyukur.
Hidup saat ini Allah kembalikan memori lama.
Di ulang tayang dalam benak fikiran.
Di ulang dengar suara-suara yang dahulunya datang.
Saat ini juga diulangkan kisah yang telah berlalu lama.
Yang hampir luput dimakan anai-anai waktu.
Bezanya dia tidak sekuatnya.
Madah hatinya berbaur duka senantiasa.
Padalah yang di rayu itu langsung tidak tersedar akan rayunya.
Hanya doa.
Untuk insan yang diulang-ulang kisahnya.
Nyata, untuk pengajaran insan lain.
Untuk pengajaran aku sekian kalinya.


:: "Ghuraba'"; asing yang mengasingkan.

Wednesday, April 3, 2013

Obat oh obat~

Bismillahirrahmanirrahim.


Doktor kata ini ubat.


Tapi saya rasa ini lebih ubat.
*love*

:)

HOME

I walked across an empty land I knew the pathway like the back of my hand I felt the earth beneath my feet Sat by the river and it made me c...