Thursday, November 28, 2013
Wednesday, November 27, 2013
Friday, November 22, 2013
Thursday, November 21, 2013
Menuju tingkat "Your dream is my dream"
Bismillahirrahmanirrahim.
Perjuangan setiap manusia beza-beza.
Walaupun hakikatnya semua mengharapkan Mardhatillah.
Mengharapkan Allah s.w.t menempatkan di syurga.
Walau tahu dan sedar diri tak layak.
Tapi semuanya tetap nak.
Nak yang terbaik untuk akhiratnya.
Mungkin...
Mungkin aku kena berhenti mengejar-ngejar kemahuan.
Mulai fokus pada keperluan.
Hakikatnya.
Allah dah tunjukkan jalan.
Allah dah tunjukkan jalan perjuangan yang lebih baik.
Dah tunjukkan jawapan kepada permintaan.
Dah lorongkan kemudahan demi kemudahan.
Dah diberikan mengikut kemampuan.
Dah susunkan mengikut fitrah kejadian.
Tapi..
Mungkin kerana emosi, terkabur pengelihatan.
Mungkin kurang sabar, tertatih-tatih sakit diperjalanan.
Mungkin kerana ego dan merasa benar, terkontang kanting mencari faham.
Memenuhi keperluan dan mengawal kehendak.
Mujahadahnya sungguh perlu super sabar.
Super sabar untuk faham.
Super sabar untuk ikhlas.
Super sabar untuk berusaha menjalankan.
Super sabar untuk menjadikan 'ia' sebagai perjuangan.
Super sabar dengan diri sendiri.
Super sabar dengan diri sendiri.
Walaupun tahu.
Sangat tidak rugi menempuh jalan yang telah Allah pilihkan.
"Ibrah sirah tidak pernah menafi wanita berjuang.
Tapi perjuangan yang macam mana?"
-Teman sejalan.
"You define yourself."
Friday, November 15, 2013
Yang teruji dan diuji..
Bismillahirrahmanirrahim.
Kalau orang teruji.
Dengan mudahnya kita akan berkata;
"Sabarlah. Pasti ada hikmahn-Nya."
Tapi bila diri sendiri yang kena.
Mula la gelabah macam tak cukup tanah.
Waktu itulah baru nak ber'warkah berlagu pilu'.
Allahuakhbar.
Sebenarnya dua-dua pun tak salah.
Tenangkan hati orang.
Mudahkan urusan orang lain.
Kan Allah dah janji,
Kita mudahkan urusan Muslim yang lain,
Allah akan permudahkan urusan kita.
InsyaAllah.
Dan bila kita pula teruji.
Layaknya sebagai seorang hamba mempunyai rasa ketidakmampuan.
Iya. Kerana kita hamba.
Wajar bagi hamba merasa lemah.
Kerana sememangnya kita lemah.
Cuma...
Apa yang membezakan kita dan orang lain.
Adalah pada tindakan.
Tindakan kita menyikapi ujian.
Hasbirabbi jalallah.
Allah Maha Tahu lemah dan kuatnya kita.
Allah Maha Tahu iman kita di tahap mana.
Allah Maha Tahu dan Maha berkuasa menyelesaikannya sekelip mata.
Kalau Allah mahu, bila-bila masa sahaja dia boleh beri kebahagiaan pada kita.
Tapi apalah erti hidup jika senantiasa bahagia?
Apa erti perjuangan bila tiada apa yang perlu diperjuangkan?
Kan?
Cewah..pandai je Cik Dyll ni mebebel..
Siapalah yang ajar ni..
Hik....
Akhir kalam, kalau kita positf, Allah akan tolong.
Malah kalau kita negatif pun Allah tetap akan tolong sebenarnya.
Tapi, pilihlah untuk positif supaya hati lebih tenang.
Lebih redha.
Qalbun saleem gitu..
Moga keberkatan Allah mengiringi diri-diri yang sedang diuji.
Rabbi yassir wala tuassir!
Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. - (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)
Nah! Hadiah!
Wednesday, November 13, 2013
Mujahadah mendekati mahmudah..
Bismillahirrahmanirrahim.
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. [Al-Hujrat : 12]
“Sekali-kali janganlah kamu berburuk sangka, kerana sungguh buruk sangka adalah perkataan yang paling bohong. Dan janganlah kamu mengintai-intai, dan janganlah kamu merisik-risik, dan janganlah kamu berganding-gandingan, dan janganlah kamu berdengki-dengkian dan janganlah kamu berbenci-bencian dan janganlah kamu berbalik belakangan, dan jadilah kamu seluruh hamba Allah bersaudara.” ( HR Bukhari, Muslim dan Abu Daud ).
![]() |
| "we should fight to do the right." |
Elok umbutnya pandan singkil
Dilipat lalu dipekalang
Manis mulutnya sehingga bibir
Hatinya bulat membelakang.
- HAMKA
Tuesday, November 12, 2013
Monday, November 11, 2013
Anak oh anak~
Bismillahirrahmanirrahim.
![]() |
| 8 tahun lagi jadi ostajah ye anak-anak~ |
9 Makhluk Comel
Menjadi satu-satunya makcik kepada 9 orang anak saudara yang comel-comel lagi bijak pandai adalah nikmat yang sangat besar. Alhamdulillah.
""Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" (Surah ar-Rahman : 13)
Hari ini hari lahir Luna Maya. 11 November. Cukup cantik tarikh yang Allah lakarkan untuk kelahirannya. Cukup cantik juga Allah menyusun kehidupannya sebagai pengajaran untuk kami sekeluarga. Allahuakhbar. Moga Allah memelihara anak yang seorang ini. Jiwa, hati dan jasadnya. Ameen.
![]() |
| Ustaz Kazimah? |
Sudah menjadi adat kebiasaan apabila menghubungi kakak dan abang-abang, akan ambil masa untuk bercakap pula dengan anak-anak. Tapi tak semua anak-anak ada mood nak layan makcik dia yang suka tanya soalan yang sama. Ahaha..
Semalam selepas berbincang dengan abang, berborak sebentar dengan Izzah. Sedang menonton 'masterchef' dengan Ibu katanya. Diserahkan telefon kepada Idleen. Tapi bila Idleen meyangka Ayah yang telefon, maka dia bercakap sambil memandang Ayah yang sebenarnya dihadapan mata. Lalu terdengarlah ketawa berdekah-dekah disebalik corong telefon.
Alahai anak...
TARBIYYATUL AULAD
Sudah menjadi kebiasaan juga untuk memerhatikan perkembangan anak-anak sejak mereka kecil lagi. Persamaan-persamaan dan perbezaan-perbezaan. Ada yang pandai berjalan dulu, ada yang lambat, ada yang kuat hafalan, ada yang kuat bebelan, ada yang malas bercakap, ada yang pendiam / malu, ada yang berani sangat, ada yang penakut. Yang pasti semua takut kucing.
Apa yang di'lakar'kan oleh Ibu dan Ayah itulah yang ter'rakam' dalam minda anak-anak. Perkembangan setiap dari mereka memang beza-beza. Maka tidak adil jika mahu diukur sama rata. Cumanya, 'cara didik' yang membezakan potensi masing-masing.
Yang penting, kalau 'soleh ibu bapanya, maka solehlah anaknya." InsyaAllah.
p/s: Sapa tak rindu....Ohohohi...
p/s 2 : Gambar dari FB adik beradik.
p/s 3: Syok ah korang pergi Lost Wold kat Tambun tu ye...Tak apa...Tak apa....Zzzz~
Thursday, November 7, 2013
Things-to-do (TTD)
Bismillahirrahmanirrahim.
"Kamu nak yang macam mana." tanya Emak.
"Er, yang simple-simple je mak." jawap secara tidak yakin.
"Ya lah, simple tu yang macam mana?" tanya Emak lagi.
Aduh, tak reti pulak nak menjawabnya. Aku yang memang tak faham soalan ke atau aku tak tahu apa yang aku nak? Tu baru satu hal. Belum hal-hal yang lain lagi. Ayok~
Apa-apa pun, borang. Borang perlu disetelkan dulu. Baru yakin dan aman selesaikan perkara-perkara lain. Ye tak?
Tapi disebabkan nak telefon pejabat agama ni pun berhari-hari jugak. Asyik nyonya cina je yang angkat. Dia kerja kat pejabat agama ke hapa? lol
Esok la kot. (tiap-tiap hari ini je ayatnya..kui3)
Konon dulu macam panjang je listnya. Lama-lama jadi malas pulak. Ekekeke...
Tunggu sahaja natijahnya.
Kak Jah oh Kak Jah~~~
Zassss~
:: Nampaknya kena tambah sorang PA lagi ni. Phew~
Wednesday, November 6, 2013
LA TAHZAN Kebahagian Pasti Bersamamu
Bismillahirrahmanirrahim.
![]() |
| Jenuh jugak tengok cerita ni tak habis-habis. |
Nikmatilah hari-harimu dan detik-detik dalam hidupmu. Masa lalu jangan sampai membuatmu selalu bersedih. Masa depan jangan sampai membuatmu risau dan serahkan segala urusanmu kepada ALLAH.
Janganlah kamu membiarkan kemusykilan sebesar apapun membinasakan emosimu dan fikirkanlah dengan tenang dalam mencari penyelesaian.
Ingatlah harga mahal yang kamu bayar untuk kesihatan kamu ketika kamu menjadi tawanan kegelisahan, ketegangan dan stress.
Ketika anda tegang dan stress disebabkan sesuatu kemusykilan walau apa pun bentuknya, ambillah sehelai kertas dan pena dan catatlah jawapan di atas kertas tersebut untuk beberapa soalan berikut: Apakah yang membuat saya tegang? Apakah yang harus saya lakukan dengan ketegangan saya? Bilakah aya dapat melakukannya? Bagaimana saya mampu melakukannya?
Jangan sesekali meragui bahawa kamu adalah seorang yang bahagia. Janganlah kamu menanyakan dirimu, apakah Dirimu bahagia atau tidak. Kamu pasti bahagia selagi kamu mentaati ALLAH, menyembahNya dan menuntu ilmu keranaNya.
Kamu harus bersungguh-sungguh dan tekun dalam menuntut Ilmu dan beramal, menikmatinya dan menjadikannya mampu mengisi kekosonganmu. Ketika itu kamu pasti tidak akan merasa risau lagi.Lupakanlah masalah yang remeh temeh. Janganlah kamu menghiraukan masalah yang tidak bermanfaat. Janganlah kamu marah lantaran masalah remeh temeh atau membiarkannya menakluki dirimu dan mekarkan hidupmu.
Janganlah kamu khuatir dengan masa depan. Percayalah Dengan takdir ALLAH dan ketentuanNya. Yakinlah dengan kebijaksanaan ALLAH. Relakanlah segala apa yang ditakdirkan Allah pada dirimu. Bersikaplah dengan baik, bersyukur dan redha. Hadapilah dugaan dengan sabar dan berserah diri kepada ALLAH.
| Suatu ketika dahulu... |
Mula-mula berempat.
Lepas tu tiga.
Sekarang dua.
Tak lama lagi - satu?
Walaupun dalam kubur nanti sendiri-sendiri.
Biarlah hidup beramai-ramai disisi.
Allah yahdik! :)
Monday, November 4, 2013
DIA yang Maha Mengatur...
Bismillahirrahmanirrahim.
Perihal hidup - jodoh, rezeki, ajal, telah Allah tetapkan semuanya.
“Dan di sisi Allahlah kunci-kunci semua yang ghoib, tidak ada yang mengetahuinya selain Dialah Allah sendiri, dan Dia mengetahui apapun yang ada di daratan dan Dia mengetahui apapun yang ada di lautan dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dialah Allah mengetahuinya pula, dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak ada satu pun yang basah dan tak ada satu pun yang kering melainkan semua tertulis di lauh mahfudz, kitab yang nyata. “ (Al- An’am: 59)
Menjalani 2 November dengan pengisian kencang dalam Karnival Muslimah oleh
Kak Hasni, Kak Ezmas, Kak Fadh dan Ibu Martinelli Hashim -
Saya terbuai sebentar pada perjalanan hidup yang cuma sehari.
Dalam misi mencari 'isi' dan 'isi-isi'.
********************
![]() |
| sumber : FB arwah Ammar |
Esoknya mendapat pengkhabaran sedih kematian Adinda Ahmad Ammar di Turki.
Sampai sekarang pun, setiap kali terfikir - teringat kembali saat terakhir kami bertemu sewaktu
Ijtimak Harakiy yang lalu.
Wajah dan senyuman yang penuh semangat.
Sungguh penuh rahsia aturan Allah.
"Ammar pergi ke tempat yang lebih baik." -Aliya
InsyAllah.
Al-Fatihah buat Ammar.
******************************
![]() |
| sumber : google |
Buku yang berjaya dihabiskan dalam masa satu jam.
Nampaknya perjalanan akan datang pasti akan lebih mencabar.
Allahu'alam.
Yang pasti, jalan itu sentiasa ada.
Cuma menunggu masa untuk diruntuhkan tembok-tembok yang mengelilingi diri.
Allah yahdik!
***************************
![]() |
| sumber : google |
Hampir pulih, tapi datang balik.
Kurang istiqamah punya pasal.
Doktor pernah bagi ni untuk mengelakkan asthma.
Tapi degil punya pasal apa pun tak boleh~
Kena buat akujajnji dengan diri sendiri nampaknya ni.
Benda-benda yang ambil masa ni memang kena sabar lebih ye tak?
Ingat balik matlamat sihat.
Bukan hanya untuk diri sendiri.
Tarik nafas dalam-dalam.
*batuk*
:: Ada sebab Allah bagi.
Friday, November 1, 2013
November datang lagi...
Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ni sudah masuk bulan November 2013.
November setakat ini adalah antara bulan berlakunya perubahan besar dalam hidup -
selain Mei atau Jun. Eh?
November 2008 - Projek GPTD Sri Lanka
November 2011 - Projek GPTD Indonesia
November 2012 - Projek Sabah
5 November nanti - sempena Awal Muharam - akan diadakan Diskusi KAMAR.
Apa yang menanti?
Wallahu'alam.
Pastinya sesuatu yang menarik.
"One step forward."
InsyaAllah.
Optimis! ;)
Subscribe to:
Posts (Atom)
HOME
I walked across an empty land I knew the pathway like the back of my hand I felt the earth beneath my feet Sat by the river and it made me c...
-
Bismillahirrahmanirrahim. My biggest fear is.... betrayal.. I'm sorry i trust too much. Never again.
-
Bismillah... Mantan Untuk kali keduanya. a.K.u sudah bergelar mantan. Alhamdulillah. Dari satu sisi, a.K.u beryukur atas peluang yang diber...
-
Bismillah. Seminggu dalam kenangan. 12-13 Mac 2010 [Destinasi:Kuantan,Taman Pertanian,Teluk Cempedak, Sekilau] Siapa boleh tahan. Kumpul ra...
















