
Bismillah.
Kenapa?
Kenapa tajuk entri ni kenapa?
Ahah, mesti korang pelik kan?
Kenapa kenapa?
Dah..Dah..
Susah betul nak
behave rupanya ya..humhum..
Kenapa yang pertama;
Kenapa a.K.u tutup akaun FB (
Facebook@bukumuka?)
Ramai pulak yang tertanya-tanya..
Ehem..kalau nak mencipta alasan, wah, mudah aja.
EMOSI?
Sudah tentu...~
Yang pertama, pastinya di sebabkan gangguan emosi yang semakin menekan.
Kalau a.K.u nafikan kang, ramai pulak yang memberontak.. Haha.
Percaya atau tidak, banyak perkara dalam FB itu, menganggu emosi a.K.u.
Ngeee~ :D
Dua.
Bila difikir dalam-dalam.
Dah dekat setahun juga ber'FB'.
Dah beratus-ratus kawan.
Tak kisah lah, kawan lama ke, kawan baru ke..ramai..
Peminat pun ramai..eheh.. ;p
Tapi itulah, bila ramai kawan ni kita semakin perlu berhati-hati.
Dengan setiap ucapan dan expresi diri.
Macam a.K.u kata tadi, bukan senang nak
behave.
Takut-takut timbul salah faham.
Dan kemungkinannya wujud cela-cela hati, sangat tinggi.
Contohnya, sakit hati, dengki, berburuk sangka dsb.
Mungkin tak ramai yang tidak mengaku.
Tapi ya, a.K.u mengaku.
Banyak pulak keburukan dari kebaikan.
Tiga.
Rasionalnya.
a.K.u tak dapat apa yang a.K.u cari dalam FB.
Malah semakin teruk pula.
Jadi, untuk menyelamatkan diri yang semakin lupa diri.
Semakin tak dapat kawal diri berFB dan mengarut yang bukan-bukan.
Semakin membuang masa dan tidak mendatangkan faedah pada diri, orang lain, malah Ummat Islam kat dunia ni. [secara peribadi]
Maka a.K.u tutup dengan senang hatinya.
Saat ini, mungkin inilah yang terbaik dalam hidup a.K.u.
Mungkin.
[a.K.u tak yakin, tapi a.K.u berusaha untuk yakin dengan ilham yang DIA beri ini].
InsyaAllah.
Empat.
Kadang-kadang a.K.u tak tahu nak tulis apa kat FB tu.
Banyaknya tentang hati & perasaan je.
Yang kadang-kadang sangat la tak sesuai dan tidak selesa untuk diluahkan.
Nak tulis pasal kerja..
Rasa macam riak pulak.
Macam a.K.u sorang ada kerja.
Nak tulis kata-kata nasihat, kadang-kadang a.K.u sendiri yang sebenarnya perlukan nasihat.
Dan niat menulis tu kena jaga juga. Bukan mudah untuk ikhlas.
Bukan mudah juga untuk pastikan apa yang kita tulis itu, kita amalkan.
Humm...
Berbalik kepada niat juga...~
Kenapa yang kedua:
Kenapa dengan a.K.u?
Kenapa eh?
Ya, nampak macam sangat bermasalah.
Benar.
Tak dinafikan.
Tapi bukan a.K.u sahaja ada masalah.
Orang lain pun punya masalah.
Kan?
Dan..itulah.
Bila DIA mahu menguji.
Kadang-kala, hal kecil saja sangat susah mahu diselesaikan.
Akibatnya.
Jiwa parah.
Wuwuwu...T.T
Namun, Alhamdulillah.
Pencarian tidak pernah putus.
Mujahadah H.A.T.I demi DIA. dan..Alhamdulillah..
DIA sentiasa tunjukkan 'ingatan', 'teguran', 'panduan.'
Terkesan dengan kata-kata seorang Kakak ni.
"Allah nak kita sayang DIA dengan cara DIA, bukan cara kita."
Sepertimana yang pernah a.K.u sebutkan pada sahabat a.K.u itu,
"DIA nak kita cari DIA."
Sebab itu DIA hijab ilham dan mata kita dari melihat penyelesaian.
Sesungguhnya, penyelesaian itu ada di depan mata.
Tinggal mahu luputkan sikap 'lupa diri' dan 'ego' yang membutakan tu.
:: Semakin tenang..InsyaAllah..