Bismillahirahmanirrahim.
Menjelang 20 Januari 2024.
Aku masih belum tahu apa yang mahu dicapai untuk tahun ini.
Setakat ini.
Follow the flow?
Bukan juga.
Tapi banyaknya tugas harian demi tanggungjawab kepada anak-anak.
Dan suami (sepatutnya yang utama).
Faham itu juga sepatutnya sebuah impian.
Tapi begitulah manusia.
Ada kalanya mahu mementingkan diri sahaja.
Aku banyak belajar dari cerita korea :
1. Tidak salah berimpian untuk diri sendiri. Ia bukan selfish. Tapi selflove.
2. Umur bukan penghalang untuk mencapai impian. Tonton saja Dr. Cha atau 18 Again (cerita lama).
3. Gembira dalam mencapai impian sendiri sepatutnya mengembirakan orang lain juga - apa seronoknya bila tahu orang lain mengorbankan impan untuk kita dan sedih sebab impian dia terkorban) - kan sadis tu.
4. Mencipta impian baru adalah benda yang macam mustahil. Mungkin sebenarnya menunggu waktu sesuai untuk mencapai impian yang tertangguh.
Maka, apakah impian yang tertangguh itu wahai Siti Nur Dalila Binti Melatu Samsi?