Wednesday, October 24, 2018

Tidak mudah

Bismillahirahmanirrahim



Ianya tidak pernah mudah untuk berubah
Untuk melepaskan sesuatu yang ada
Untuk memberikan jalan kepada sesuatu yang baru
Untuk memberi masa memulakan sesuatu

Dan akhirnya untuk menerima segala perubahan.

Moga Allah tunjukkan jalan-Nya.

Tuesday, October 9, 2018

Tadika Sekitar Bangi.

Bismillahirahmanirrahim.

Untuk pertama kalinya entri ini adalah berbentuk informasi. Bagi Ibu Bapa muda macam kami ni, memilih tadika pertama untuk anak pun dah pening kepala. Ni belum nanti nak cari sekolah rendah, sekolah menengah, Universiti. Ni baru yang sulung. Nanti adiknya pula. Gitulah anak-anak. 😌 
Yang penting keputusan Ummi Ayahnya ni membantu pertumbuhan anak-anak untuk tiga tahun mendatang. Juga persediaan untuk anak-anak ke sekolah rendah dan seterusnya.
Ini antara senarai sekolah tadika sekitar Bangi (yang berdekatan dengan rumah kami) beserta yuran sekali. Gigih tau Ummi survey satu-satu. Haha 
Senarai Tadika & yuran-yuran bulanan
  1. Little Caliph (Seksyen 7), tahunan RM 1608. Bulanan RM 280/halfday | RM 490/fullday
  2. Genius Aulad (Sek.9) tahunan RM 1550, bulanan RM 320/halfday, | RM 590/fullday
  3. Al-Baghdadi (sek.9), tahunan RM 880, bulanan RM 300/halfday | RM 450/fullday
  4. Taski Mumtaz ABIM (sek.7), tahunan RM 800, bulanan RM 280/fullday
  5. Nurkids (Sek.9), tahunan RM 1200, bulanan RM 350/fullday
  6. Brainy Bunch, tahunan RM 1700 | bulanan RM 360 /halfday | RM 760/ fullday 
  • Halfday = 7.30 am - 12.30 pm
  • Fullday = 7.30 am - 6.30 pm
Sekarang Morsi masih di taska Mumtaz sek.7. Sayang sungguh dia dengan kawan-kawan. 💗💗. Ummi pun sebenarnya sayang sungguh sekolah ni. Morsi dah hampir dua tahun disini. Cuma mungkin Morsi dan Ummi perlukan persekitaran baru untuk sama-sama berkembang. (moga bukan saiz Ummi yang berkembang). 😝


Ummi kenal Hasanah, Arissa, Shafi, Arshad, Kashah. Yang setiap hari Morsi sebut, Arissa..Arissa itulah tu yang comel tu sebelah Morsi (alah, semua pun comel <3 amboi="" anak="" blockquote="" bujang="" nbsp="" ni.="" sangat="" ummi="">
Apa pun, kita semua mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Tapi untuk Ummi, cukup ada anak-anak yang gembira dan mahu belajar. Dengan kegembiraan, pelajaran jadi mudah. Dengan kegembiraan dan ketenangan anak-anak mudah dilentur. InsyaAllah. 💋💗
Wallahu'alam. 

HOME

I walked across an empty land I knew the pathway like the back of my hand I felt the earth beneath my feet Sat by the river and it made me c...