Bismillahirrahmanirrahim.
Pulau Banggi merupakan sebuah pulau yang terletak di timur laut Kudat, Sabah, Malaysia. Pulau ini berkeluasan kira-kira 440.7 kilometer persegi, merupakan pulau yang terbesar di Malaysia, diikuti dengan Pulau Langkawi dan Pulau Pinang.
Pulau Banggi terletak di utara Sabah dan berdekatan dengan Teluk Marudu. Puncak tertinggi bagi pulau ini adalah sebuah bukit yang dikenali sebagai Bukit Sibumbung dengan ketinggian 529 meter. Pusat pentadbiran Pulau Banggi ialah pekan Karakit dan pekan ini menempatkan Pejabat Daerah Kecil Banggi, Rest House (Rumah Rehat), Klinik Kesihatan, Balai Polis, jabatan-jabatan kerajaan, SMK Banggi, Pangkalan Polis PGA, dan rumah-rumah para penduduk kampung.
Penduduk pekan ini dianggarkan seramai 1000 orang. Penduduk utama Pulau Banggi ialah daripada suku kaum Bajau Ubian dan Dusun Bonggi. Terdapat juga kaum-kaum lain iaitu orang Kagayan, dan Ѕuluk.
p/s : Terima kasih wikipedia untuk maklumat ini. Tak payah la aku taip panjang-panjang. Haha.
Harga tiket feri adalah RM 15.00 sahaja. Jika membawa kenderaan seperti motor, perlu membanyar tambahan sebanyak RM 20.00. Perjalanan pula hanya mengambil masa selama satu jam. Memang syok naik feri dan duduk atas deck. Macam-macam perkara bermain dalam kepala. Kata Nani, "Bila dah nampak benda-benda best macamni, memang selalu kena betulkan niat kan Kak?". Aku angguk. Tapi aku tak bertahan lama diatas deck. *siapa entah cakap aku mabuk laut. huh!*
Tiba di Pulau Banggi.. Ketaq jiwa~ Fiuh~
Rabbi Yassir Wala Tuassir!
Bersambung..


















