Wednesday, March 31, 2010

Entri.....


Bismillah.

Sejujurnya, untuk mula menulis semula, setelah terhenti beberapa ketika, agak sukar. Seolah hilang rentak. Ayat yang di tulis seakan pincang. Kurang cantik bahasanya. Lantas di biar begitu sahaja. Tidak lama. Seminggu cuma. Tapi sudah bikin orang tertanya. Exam agaknya. Mungkin begitu fikir mereka.

Kak Nur Azzahra ( kak ros )

Terutamanya, Kak Nur Azzahra yang tidak pernah a.K.u kenali siapa dia. Hadir tiba-tiba entah dari mana. Tapi komenya, selalu membuka mata, mendamai jiwa. Terima kasih kak. Ntah apa yang di carinya. Untuk Akak, di sini tiada apa-apa. Kadang-kala a.K.u malu bila dia kerap menziarah. Malu sebab blog ini ntah apa-apa. Huhu.

Exam

Exam. Ini yang terakhir. Sebagai seorang pelajar. Setakat ini mungkin. Hakikatnya, tak sebaik mana. Entah kenapa kali ini tidak mampu membahagi masa antara peribadi & study. Kalah barangkali. Lemas & rimas. Buku terkadang hanya dipandang di hujung mata. Tak bersentuh kecuali bila tiba masanya. Lantaran akal & hati terlalu asyik menompang tekanan rasa. Silap sikap sendiri. Inilah hakikatnya. Terima sahaja apa pun yang akan di beriNya nanti. Jujur a.K.u tidak punya yakin untuk kali ini. Sungguh.

Program

Janjinya a.K.u ke Induksi PKPIM PJ & Nilai minggu lepas. Tapi, antara amanah & tugas, a.K.u pilih tugas. Kerana amanah a.K.u itu, ada yang lain yang mampu menampungnya. Alhamdulillah. Dan demi melaksanakan tugas itu, a.K.u tak menyesal. Tidak menyesal kerana tugas itu juga amanah a.K.u. Salah satu cara ke lapangan. Melihat dunia. Melihat masyarakat.

Tapi masih juga punya rasa bersalah sama adik-adik itu. Walau a.K.u tahu tiada apa yang boleh a.K.u bantu, kecuali ada depan mata mereka, dan buat lawak ntah apa-apa. Hmm..

Program Motivasi SPM. Di bawah seliaan YATIM (Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Malaysia), bersama LZS (Lembaga Zakat Selangor). Menyelusuri permasalahan remaja pemerima zakat (ASNAF), a.K.u insafi akan keperluanya persediaan awal berhadapan bersama mereka. Memang a.K.u tidak bersedia. Sedikit terkilan dengan sikap sendiri.

Kata Abg Jo..”Budak-budak ni, muka je macam gangster, tapi...dalam hati ada taman”. Adaptasi dari kisah Adnan Sempit barangkali. Bikin kami senyum ramai-ramai. =). Ya, dia benar. a.K.u berhadapan dengan anak-anak muda yang jiwanya memberontak, berkocak, terlibat dengan masalah sosial yang membimbangkan. Hisap ganja, terlanjur, merempit, arak....dll....

“Menyelesaikan masalah dengan masalah”. [Abg Zaki]. Itulah cara mereka. Cara orang muda barangkali. Masalah keluarga..bercerai-berai..kurang perhatian, persepsi masyarakat. Mudah bukan alasan mereka memilih jalan yang salah.“Mana ada manusia yang mahu jadi jahat?”. Rata-rata mahu berubah. Tapi tidak punya kekuatan. Tidak punya pembimbing, penunjuk cara.

a.K.u bukan mahu mengaibkan mereka, cuma mahu membuka mata yang sedang membaca. Betapa bertuahnya kita yang sudah punya kebaikan-kebaikan disekeliling kita. Kita tidak punya masa bermain-main. Masyarakat perlukan kita. Ummat perlukan kita. Jika begini generasi sekarang, bagaimana mungkin masa depan nanti? Wahai para da’ie, dan diri a.K.u sendiri....mari bangkit dari tidur... amanah bukan bebanan. Fikirkan generasi anak-anak kita nanti, jika sekarang masyarakat seperti ini, bagaimana nanti? Bina diri, bina peribadi. Bak kata saiful Islam "Erti hidup untuk memberi". Sekali lagi, amanah bukan bebanan.

Peribadi


Ian Haris Ardani B Muhammad Fathullah




Ian Haris Ardani. Tanggal 28 Mac 2010, Alhamdulillah, a.K.u punya seorang lagi anak buah untuk di rai. Ian Haris Ardani B. Muhammad Fathullah. Nama yang kononya dari ilham mimpi Si Ayah. Hehe. 2.6 kilo. Lebih kecil dari Izzah dan Dhiya. Namun bahagianya masih sama. Bertambah mungkin kerana ini lelaki yang pertama. Alhamdulillah...

Usai exam semalam, exam yang terlalu dipengaruhi dengan perasaan. Tidak tenang jiwa a.K.u. Mahu tidur sahaja dalam dewan. Akibat tidak tidur malam. Itulah, tidak bersedia lagi awal. Perasaan a.K.u, oh Tuhan..Kau saja yang tahu.... Keliru a.K.u.. Jiwa yang bertingkah..

“Kau pun salah, ada hati menyalahkan orang”. Itu yang terbit berkali-kali. Beribu kali. Siapa a.K.u mahu membetulkan orang? Diri sendiri pun tidak betul. Senget! Hoh. [Sedang marah pada diri sendiri. Harap maklum].

Kerjaya. Belum lagi bergelar graduan sepenuhnya. Tapi fikiran sudah tepu memikir kerjaya idaman. Sejujurnya mahu tinggalkan bidang latihan. Sudah letih mungkin. Sudah hadam juga cabaranya mungkin. Namun, bidang itulah yang paling dekat dengan diri, dengan hati, dengan peribadi. Setelah berusaha, DIA tidak juga tunjukkan yang lain. Bila mencari-cari, yang itu juga yang menjengah. Lalu sekarang, terima sahaja. Mungkin DIA mahu a.K.u belajar dari bawah. Alhamdulillah. a.K.u juga sedang persiapkan diri untuk hidup di atas kaki sendiri. Full time berdikari. Mahu ada rumah sendiri [sedang mencari]. Moga dapat dalam masa terdekat ni. InsyaAllah.

Kau, Dia dan mereka..

Kau yang a.K.u diamkan, malas mahu a.K.u ungkitkan. Sebab a.K.u tidak punya kekuatan mahu sampaikan. Dan kerana a.K.u sendiri tidak tahu apa yang mahu di bangkitkan dan bagaimana. Dan ya, kalau kau rasa persahabatan ini masih mahal, cuba kau yang selesaikan dahulu. Kerana segalanya bermula dari kamu. Sikap kamu. Dan mungkin silap a.K.u juga. Sejujurnya, a.K.u tercari-cari cara mengharmonikan keadaan sehikmah mungkin. Kerna a.K.u tahu, a.K.u ini kurang hikmahnya. Takut-takut tertipu dengan niat dan cara. Kerna itu terlepas juga sebaris dua kata yang menyakitkan. Mungkin. Hanya mampu minta maaf, pada kesalahan yang entah apa.

Dia. Diam sahaja kalau kau mahu diam. Ambil masa. a.K.u tunggu. Walaupun hakikatnya a.K.u tidak sesabar mana. Maaf kerana a.K.u terlalu pentingkan diri. Terlalu terganggu dengan masalah sendiri. Hingga membebankan dan mengabaikan kau. Berkali-kali. Maaf yang sangat.

Kamu berdua. a.K.u sudah hadam kisahnya. Cuma, tolong..jangan terbawa sama perasaan dan harapan. Kenyataanya bertahun lagi. Belum mungkin pun jadi realiti. Kalau benar mahu menjaga, kawallah sebaiknya. Kalau mampu, jangan berkomunikasi jika tidak perlu. a.K.u faham benar bila manusia sudah terjebak dengan perkara seperti ini. Mudah saja terganggu. Bukan mudah menjaga hati. Dan yang penting, jangan sampai kerja-kerja/amanah da’wah terganggu gara-gara semua itu. a.K.u tahu kalian faham. Sangat faham. Mujur. InsyaAllah, a.K.u doakan yang terbaik untuk kalian.

Sakit yang dirasa, Tuhan punya jawapnya



Sakit apa yang a.K.u rasa sebenarnya ini? Berminggu ini.. dan ya..a.K.u sudah punya jawapnya.. ada pada DIA.... InsyaAllah..akan a.K.u perbaiki lagi...InsyaAllah..




:: Apa susah, DIA kan ada..... :)

Bahlut..


Bismillah.

Jumaat. 26 MAc 2010.
Tertunai juga permintaan untuk ke Pesta Buku.
Alhamdulillah. Terima kasih buat Adik Sakinah Yacob yang sudi menemani.
Niat dalam hati mahu cari Bahlut saja.
Alhamdulillah, jumpa. :)


"Nama eng Bahlut…Bahlut takkan mengalah begitu sahaja."

Nama eng Bahlut – atau Nama saya Bahlut.

Kisah Bahlut bukanlah kisah roman cinta anak remaja orang asli suku Semai semata-mata. Agak-agaknya wujudkah anak remaja yang tidak pernah jatuh cinta? Bukan, ini bukan kisah cinta Bahlut dengan Kabut yang jauh lebih berumur dan sudah pun bertunang. Ini kisah Bahlut yang sedang mencari dirinya sendiri. Pencarian yang meredah pembauran dan pertembungan budaya – dunia kota dengan dunia suku Semai.

‘Perenheg’

Pecut!

Begitulah kita dibuai oleh Bahlut dengan kisahnya menjadi atlet trek yang disanjung oleh dunia kota. Juga sebagai lambang pahlawan suku Semai yang berjuang untuk menyelamatkan kampung halaman.

Sumber: http://tehranifaisal.blogspot.com/






:: Serasa tempang bila menulis..........

Sunday, March 21, 2010

Kamu yang itu....


BAik-BAik Sayang- Wali Band

Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang

Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku di siang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku


...............................................................................

Bismillah.

a.K.u letak lagi ini. Untuk a.K.u pujukkan dua hati.
Dua Chenta hati a.K.u. Mereka yang Tabah itu. a.K.u sudah mula rindukan mereka. T.T

Entah kenapa.
Melihat wajah kalian sentiasa bikin a.K.u bingung.
a.K.u dapat rasakan ada sisa kebenaran yang masih belum terluah awal dulu.
Tapi a.K.u kalah. Kalah sama rasa barangkali.
Tidak punya ruang kekuatan untuk bertanya.
Untuk telus dan jujur.
Barangkali a.K.u menanti masa sesuai.

Namun perancangan Allah itu sangat hebat. Di pertemukan kita kali ini.
Atas nama perjuangan da'wah ini. Tanpa sedar, hati ini terlalu luluh.
Bila dengar kebenaranya. Bikin a.K.u lelah..selelahnya.
Bikin tangis a.K.u pecah. Dan wajah kalian tidak pernah lekang dari minda ini.
Hingga saat ini.

Betapa besar dosa a.K.u pada kalian.
Mari, a.K.u mahu pujukkan. a.K.u mahu.
Dengan sangat.

Kamu yang duduk disisi a.K.u malam itu. Sangat a.K.u mahu untuk dengarkan dari kamu. Dengarkan rasa kamu. Tapi a.K.u tak mampu. Merosak rasa kamu. Sungguh a.K.u rasa sangat dekat sama kamu. Dan a.K.u harap akan sentiasa dekat sama kamu. Dan maaf juga bikin tangis kamu pecah tanpa sengaja. Maaf.
[Ikhlas itu akan teruji dengan ukhuwwah kan?]

Kamu. Yang disisi a.K.u saat lemah a.K.u. Luahkan segala yang kamu mampu. Dan a.K.u. Mahu juga kamu faham yang sebenar dari a.K.u. Sungguh, a.K.u tidak tahu kalian sesakit itu. Sungguh.

Maafkan a.K.u dik..
Maaf...


a.K.u doakan yang baik-baik saja untuk kamu berdua. InsyaAllah.
Sesungguhnya, DIA Maha Mendengar luah hati kita.
Moga Allah tunjukkan jalan untuk a.K.u membantu sesungguhya.
InsyaAllah, a.K.u akan mencuba.
InsyaAllah.

[Teringat kata-kata k.Shams.. "Kita di sini kerana Cinta.. Cinta Allah dan Cinta RAsulNya"
InsyaAllah. dan a.K.u harap kita akan terus begitu]





:: Mujahadah H.A.T.I~

Friday, March 19, 2010

Jatuh?


Bismillah.


Tak lama dulu.

Haritu.

Adik itu pintakan.


“Kak, tuliskan sesuatu tentang hati”


Duh. Tentang hati.

Mana mampu a.K.u.

Jiwa2 a.K.u tahulah.


Ini kes orang jatuh cinta.

Atau jatuh suka sebenarnya.

Mana ada cinta untuk manusia.

Ye tak?


Bukan satu orang.

Dua orang.

Tiga orang.

Tapi ramai orang.


“Kak, saya minat kat sorang ni”

“Kak, dulu saya suka dia, tiba-tiba suka kat orang lain pulak.”

“Kak, tolong jadi orang tengah boleh?”

“Kak, salah ke bercinta?”

“Kak, boleh ke kita suka kat orang?”

“kak...bla..bla..bla...sayang...cinta..baik hati..”

“Kak...kesian..”

“Suka....”

Dan sebagainya...


Sejujurnya.

a.K.u kalah sama topik ini.

Sebab.

a.K.u bukan Dr.Love duhai sekalian.

Mendengar pon sudah buat a.K.u pening. o_O

Hahaha.


Tapi sebagai seorang sahabat, Kakak, teman.

Ya, barangkali a.K.u punya kuasa untuk melayan.

Punya hak untuk mengingatkan.

Punya rasa tanggungjawab untuk mendamaikan.


Satu.

Soal hati bukan soal rasa seorang insan semata.

Tapi soal keakraban sama Tuhan.

Hati itu kan milik DIA.

Akan kembali padaNya juga.


Dua.

Soal rasa cinta, suka, sayang dan kasih.

Bukan kesalahan.

Tapi bisa menjadi ancaman.

Jika kau alirkan dengan cara yang salah.

Dengan cara menyerah.


Rasa itu ada dua sebab.

1. DIA mahu kau cinta, suka, sayang, kasih manusia kerana DIA juga.

2. Di tiupkan rasa sebagai ujian buat kau yang mengaku hamba.


Tiga.

Apapun yang kau rasa.

Pastikan dulu.

Antara sebabnya.

Sama ada kerana DIA.

Atau nafsu kau semata.


Kalau kerana DIA.

Pasti kau rasa malu mahu mendekati cara yang salah.


Kalau kerana nafsu.

Cepat-cepatlah berserah semula.

[Pada DIA.]


Tapi jangan kau tertipu.

Kerana si dia baik, kenalkan kau sama Tuhan, nasihati kau kearah kebaikan.

Kau anggap itu benar.

Walhal, selagi si dia bukan milik kau yang sah.

Segalanya tetap salah.


Empat.

a.K.u bercakap/menulis.

Bukan sebagai manusia yang tidak punya rasa.

a.K.u juga pernah merasa.

Gelisah kerana rasa pada manusia.

Betapa peritnya mujahadah bila hati mula di landa resah.


Dan ya.

Waktu itu.

Tiada lain yang lebih indah dari berserah padaNya.

Sakit. Ya juga. Sangat.

Tapi tenang itu akan ada.

Bila tiba masanya.

Sebab.

Seperti tadi.

Sebenarnya DIA hanya mahu ujikan kau.

Tahan atau tidak sama rasa cinta, suka, sayang, kasih pada manusia.

Akan lalaikah, lupakah, alpakah atau sebaliknya.

Biarpun kita ini manusia biasa.

Tidak pernah sempurna.

Tapi usaha itukan wajar.

Sebelum benar kau bertawakal.







:: Tolonglah...Jangan kotorkan hati kau dengan cinta yang tidak-tidak..

[Maaf, a.K.u tak tahu andai ini menjawab pertanyaan kamu atau tidak]

Cemburu~

Bismillah.

Cukup cemburu.

"Mahu pulang ke rumah minggu ini"
"Becuti bersama keluarga"
"Release tension dengan family"
"Jumpa Ibu dan Abah"
"Baru lepas call Abah"
"Salam rindu buat Emak"
"Mahu jumpa Mama & Papa esok"

(T_________________T)

Cemburu tahu! Cemburu!

Thursday, March 18, 2010

Seminggu~

Bismillah.

Seminggu dalam kenangan.

12-13 Mac 2010 [Destinasi:Kuantan,Taman Pertanian,Teluk Cempedak, Sekilau]
Siapa boleh tahan. Kumpul ramai-ramai. Main Zuss Tang. Buat sandwich. Isi air dalam botol. Reka mamalia guna surat khabar. Menang tempat pertama. Pantai cantik. Bergambar sakan. Makan sedap. Siap kena tipu lagi. Memang menarek~
I like~ eheh :p


14 Mac 2010 [Bilik Yuyi, Hospital, Ong Tai Kim]

Qada' tido sampai tengahari. (kantoi). Ziarah Izat & Isteri. Menarek~
Beli barang untuk kempen di Ong Tai Kim. Tak menarek~ i penat! Hohoho

15 Mac 2010 [HS Building, Edu LR4]

Plastic Maniac. HS LR5. "Living Me, Loving Me Campaign", "Cooling the Earth, Preserving the Nature". a.K.u, Ain, Nisa, Aishath Rayya, Aisyah Said. 8/10. Alhamdulillah. Tapi a.K.u nak 10/10! huhu..xpe2 syukur....

Test. LE 4500. Hampas.



Usrah Wida' Pimpinan.
Dengan baju pengawas.
Mugkin bukan Usrah yang terakhir secara peribadi.
Tapi Usrah terakhir sebagai Pimpinan, yang pasti.
Sedih. Terharu. Haru. Sengal. Gambar. Makan-makan. Tukar Hadiah [Coklat] & surat.
Maaf, surat akak lambat sikit.
a.K.u suka surat Aliemran. Syukran.. Heeee :D
Sungguh. a.K.u sangat sayangkan ini semua tahu!

..................................

16 Mac 2010 [Bilik]

Demam.
Tido.
Tido.
Ponteng kelas.
Tido.
Tebiat sepi di entri. Heee :D

Meeting Induksi Pj & Nilai. Bila la korang nak matang -.-"

17 Mac 2010 [Kelas, JJ, Anjung Rahmat, EDU]

Presentation Usul Fiqh [sengau + lalok]

Kelas LE 4500.

Tido di Masjid [Thanks Yna!] (n____n)v

JJ, Wangsa Maju [Egg House]
Chicken Chop!
~a.K.u, Naheed, Kina, Fa, Syed~

Usrah GPTD
* Potensi diri yang jarang dilihat dalam diri
* Potensi Aqal + Potensi Fizikal + Potensi Hati.
* Potensi Aqal- Belajar.
*Potensi Fizikal- Beriadhah, sukan etc.
* Potensi Hati? [Pergantungan penuh pada Allah]
"dugaan mengajak kita berfikir"

Melawat Adik-Adik IKATAN
Mis & Dayah.
InsyaAllah jumpa lagi esok.
Adik-adik kamu...menarik... :)
Aziz & Anep.
Moga yang terbaik... Ameen..



Apapun..

Hidup Biar Berjasa!



:: Sepi yang bersisa.... Alhamdulillah...

Wednesday, March 17, 2010

Diam..

Bismillah.

Kali ini pun..dia cuma mahu diam.

Noktah.



:: Salahkah andai a.K.u masih harap dia yang mendengar...


[Sepi]

Monday, March 15, 2010

Pergi~


*Sengaja dendangkan untuk diri sendiri... :D

Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari

Kau pergi
Pergi
Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau ku lupa
Apa pun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari

Kau pergi
Pergi

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari

Kau pergi
Pergi
Kau pergi
Pergi
Pergi




:: [Sepi]

Friday, March 12, 2010

Hari ini~

Bismillah.


Hari ini G-Force beraksi di medan HS LR 17.
Demi mempertahankan kajianya tentang pembinaan keyakinan diri dikalangan anak-anak yatim.
[Macam tak kena kan?]
Sejak bila G-Force jadi social worker? eheh :p

Tapi itulah kebenaranya.
G-Force mencuba sehabis baik.
Ahli yang terdiri dari G-Dyll, G-Mira, G-Ain, G-Has, G-Shu & G-Fafau,
walaupun gelabah & tak cukup persediaan.
Kami tetap berusaha bersungguh-sungguh.

Mujur soalan dari Mem Besar; Mdm. Rohaiza dapat di jawab dengan baik.

Memang hoyeah la G-Force ni!

[Mahu upload gamba G-Force bersama Mem Besar; Mdm. Rohaiza selepas berdamai,
tapi belum sampai di tangan.]

Go go Research Method II! \(n_n)/

...........................................................................

Tolong!

oh, ini rupanya~


Kempen Bulan Ini.


Memggunakan perkataan 'tolong' setiap kali meminta kepada yang lain bukanlah susah.
Ianya akan hadir sendiri jika kita punya rasa hormat pada orang lain.

Sewaktu dulu, a.K.u sangat suka menggunakan perkataan ini bila menjadi fasilitator.
Diawal perjumpaan, a.K.u akan gunakan ayat ini:

"Tolong akak untuk tolong diri kamu sendiri"

[Sweet kan? Eheh :p]

Ia bukalah sekadar kata-kata kosong atau mainan psikologi.
Tetapi masih juga perlu di lampirkan dengan usaha.
Dan, ya..pada a.K.u orang yang suka menggunakan perkataan tolong ini,
pastinya seorang yang merendah diri.

Sebenarnya, a.K.u selalu sahaja lupa untuk sebut perkataan 'tolong'.
Huhu.
Jadi, bila tersedar biasanya a.K.u akan sebut perkataan tu dibelakang ayat.

Cth. "Ambilkan beg a.K.u.....[lupa].....tolong"

[Sengal~]

Tapi berjaya juga mengucapkanya. Hehe.
Bukan tak mahu sebut, tapi terlupa.


InsyaAllah, akan terus meminta 'tolong' dari semua,
walau kata-kata itu di dalam hati.

Peace! (n_n)v

a.K.u mahu tag 4 orang adik sengal ini: Zikri , Syed , Arina & My Little Sis.








:: Serikandi [Wani Ardy]

Thursday, March 11, 2010

Mereka [1]


Bismillah..

Mereka.
Yang terduduk menangis kala itu.
Tersedu sedan dengan apa yang telah berlaku.
Tertunduk sayu.

Hati mereka lesu.
Batin mereka keliru.
Mereka penat.
Sudah penat.

Penat yang sudah langsung tampak diwajah.

Namun a.K.u kenal benar dia.
Semangatnya.
Kuatnya.
Sakit dan peritnya.

Dan waktu itu.
a.K.u hanya mampu genggam tangan mereka.
Ku kucup dahi mereka.
Tanda semangat a.K.u akan sentiasa mengiringi.
Tanda sayang a.K.u takkan hilang untuk mereka.

Mereka yang pernah sangat merisaukan a.K.u dan dia.
[Senyum]

Mahu sahaja a.K.u kata;
"a.K.u tahu uruskan hidup a.K.u dik..masalah kami...
InsyaAllah"

Tapi tak terucap.
Sebab a.K.u tak pasti.
Takut ia jadi janji.

Ah, itu sudah lepas.
Tapi kalian masih berperanan besar.
Mendamaikan hati a.K.u.
Memberi harapan.
Memberi percaya.

Dan, kini waktunya untuk kamu.
Cabaran kamu.
Perjuangan kamu.
Di iringi doa a.K.u.

Moga semua kan baik-baik saja.
Walau cabaran, ujian & badai melanda.
[Memang itulah yang akan berlaku]
Kerana a.K.u yakin adik-adik a.K.u yang ini semua tabah.
Dan kuat.
Jiwa dan hatinya.
Lebih dari a.K.u sendiri.

Dan a.K.u juga yakin.
Allah sentiasa ada bersama kita.
Menjaga kita.
24/7



"Oleh itu, orang-orang (yang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar"
(An-Nisa:74)






:: Nur Atiqah Talib & Raja Nurul Balqis Raja Md Ariff

Kau & a.K.u~


Kau dan aku adalah satu tak kira apa
Segala rintihan aku engkau
selalu ada

Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa

Mengejar mimpi yang pasti
Akan aku sentiasa merasa
Kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti walau di mana kita berdiri
dia dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti

Semua tak terang di mataku
Walau warnanya menyala
Ingin merasa namun aku tak akan cuba

Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa

Akhirnya nanti…
Biar sampai akhirnya nanti
Wooo…

Biar sampai akhirnya nanti....


..................................................................................


Maaf sahabat..

a.K.u pergi sebentar bukan kerana engkau..

Tapi kerana diri a.K.u sendiri yang mengada-ngada.

Mengantung diri bukan pada tempatnya.

Meminta dan menerima, lebih dari memberi.

Kerana Ego juga mungkin?

Dan ya, a.K.u sangat tahu a.K.u telah sakiti engkau.

Walau beribu kali engkau kata tak mengapa.

Walau kononya engkau sudah lali dengannya.

Tapi a.K.u tetap merasa tempiasnya.

Sakit yang dari a.K.u sendiri puncanya.

Kadang-kadang, mahu saja a.K.u ucap;

'Tolong jangan jadi baik sangat'

Diam.




:: Terima Kasih sahabat kerana kekal setia dan sabar..biarpun kerap disakiti...

[a.K.u dah tak tahu nak cakap macamana lagi...huhu...]

Wednesday, March 10, 2010

Ngah yang a.K.u kenal~


*Gambar tiada kaitan dgn Ngah langsung...heee :D

Bismillah.

Sebelum a.K.u terlupa tentang apa yang a.K.u rasa hari ini.
a.K.u mahu tulis cepat-cepat.

Mahu semua tahu betapa kelakarnya hidup a.K.u hari ini.
Gara-gara Ngah la ni.
Hahaha.

Hari ini.
Ngah buat kelakar lagi.
Kali ni paling kelakar.
Seumur hidup ini.
Sebab a.K.u sudah tidak larat untuk gelak.
Atau tahan gelak.
Sorang-sorang.
Haha.

a.K.u sudah tahu awal2 niat adik tadi.
Sudah a.K.u bilang a.K.u mahu Ngah yang cakap sendiri.
Tapi Ngah memang sengal.
Buat perangai macam budak-budak.
a.K.u boleh bayang kau cakap kat telefon sambil sebut perkataan tu tadi.
Pastu cepat2 kau serah kat adik.
Siyes a.K.u gelak tak berhenti.
Hahaha *sorang2* lol

Kelaka Ngah..Kelaka....Hahaha

Apalah yang kau takutkan dengan a.K.u ni Ngah?

Haih..tak faham a.K.u...
InsyaAllah.
a.K.u akan ingat kisah ini.
Sampai bila-bila.
(n_____________n)v

.............................................................................................

Ngah yang a.K.u kenal...
Memang kelaka...

Dan berani....
Sebab itu a.K.u selalu bangga sama dia... (n_n)v





:: Nah, entri khas untuk kau Ngah!

Memori...

Bismillah.

Membelek entri lama,
Serasa sesuatu yang hilang muncul kembali...
Hikmah ilham yang Allah campakkan lama dulu..
Mengintai-ngintai di celah hati..
Moga ia jadi petanda,
Diri semakin mahu memperbaiki..
Semakin mahu memberi..
Semakin matang menyelusuri..
Cabaran-cabaran di lembah perjuangan..

Untuk adik-adik yang hatinya sedang buntu..
Keliru dan termegu...
a.K.u kongsikan..
NAsihat seorang kakak pada a.K.u lama dahulu...


Bersyukurlah andai terbit rasa ketidakmampuan,

Itu tandanya hamba sentiasa perlukan tuhan..
DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!

Bersyukurlah andai diri merasa keletihan, itu tandanya hamba sentiasa perlukan tuhan..
DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!

Bersyukurlah andai hatimu diterjah kekecewaan, itu tandanya hamba perlukan tuhan...
DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!

Bersyukurlah andai hatimu diamuk kesepian, itu tandanya hamba perlukan tuhan..
DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!

Bersyukurlah andai dirimu terasa sendirian mengharungi segala tanpa teman, itu tandanya hamba perlukan tuhan..
DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!

Bersyukurlah andai kehilangan sebuah kekuatan, itu tandanya hamba perlukan tuhan..
DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!

Bersyukurlah andai jiwamu merintih untuk sebuah ketabahan, itu tandanya hamba perlukan tuhan..

Bersyukurlah atas segala keperitan dan kepayahan yang disalurkan kerna disitu lahirnya jiwa rasa hidup berTUHAN!

DIA sedang mentarbiyyahmu dengan caranya tersendiri!

Bersyukurlah!
Bersyukurlah!
Bersyukurlah!

Kerna kau menjadi pilihanNya..

Salam Perjuangan adik-adiku...





:: a.K.u sendiri pun masih mahu terus berjuang..InsyaAllah.. Minta dikuatkan..Chayok! (n_________n)v

Monday, March 8, 2010

Perjalanan~

Bismillah...

Mantan

Untuk kali keduanya. a.K.u sudah bergelar mantan. Alhamdulillah. Dari satu sisi, a.K.u beryukur atas peluang yang diberiNya. Untuk permudahkan a.K.u menjalankan tanggungjawabku sebagai Hamba & Khalifah dimuka bumi. Biarpun tiada apa yang sebenarnya a.K.u telah lakukan sepanjang hayat ini. Tiada satu tanggungjawab pun yang a.K.u rasa a.K.u dapat lakukan dengan sempurna. Terlalu banyak cacat dan lompongnya. Hingga terkesan pada perkara-perkara mendatang. Ya, manusia itu kan tidak sempurna. Kerana sempurna itu bukan sifatnya. Dan ya, kelemahan menuntun seribu usaha. Seribu pengorbanan. Seribu pemahaman. Agar gerak tari amanah itu, dapat dijalankan sebaiknya. Biar tidak sempurna.

Usaha sudah. Doa pun sudah. Lalu tawakkal sahaja yang termampu. Di sisi yang berbeza, a.K.u masih kesedihan. Kesedihan kerana tidak mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik. Kesedihan kerana hanya tinggal beberapa detik nyawa a.K.u di bumi UIA. Kesedihan meninggalkan pelapis-pelapis [adik-adik] dengan cabaran yang entah a.K.u sendiri tidak tahu adakah a.K.u mamapu menghadapinya andai a.K.u ditempat mereka.


Buat Mereka [Chenta hati a.K.u]

Ini sebenarnya yang a.K.u mahu sampaikan di hujung kata petang itu. Namun tak tersusun akibat tekanan rasa.

Adik-adik, sahabat-sahabat, teman-teman...

a.K.u berkata-kata hari ini,
sebagai seorang mantan, kepada penyambung amanahnya,
Sebagai seorang Kakak yang terlalu sayang pada adik-adiknya,
Sebagai seorang sahabat, kepada sahabat da'wahnya,
Sebagai seorang teman, kepada temannya perjuanganya,

Selama 3 tahun diberi amanah di bumi UIA, a.K.u sudah lihat dan merasa turun naik cabaranya.
Luaran dan dalaman.
Cabaran yang terkadang tidak terfikir dek aqal pun.
Cabaran yang terkadang a.K.u sendiri rasa a.K.u tidak mampu menanggungnya.
Dan sebenarnya cabaran itulah yang memaniskan usaha da'wah di sepanjang perjalanan di bumi UIA ini.
Dan a.K.u sentiasa bersyukur untuk itu.

Keduanya.
a.K.u mohon maaf diatas segala kekurangan diri.
Kekurangan atau alasan yang a.K.u beri untuk tidak menjalankan amanah a.K.u sebaiknya.
Yang mengakibatkan..memberi kesan...pada kalian sekarang ini.
Maaf.

Ketiganya.
a.K.u tidak dapat untuk berjanji.
Turut bersama-sama kalian di sini pada masa akan datang.
Tidak dapat berjanji seperti apa yang adik-adik kalian janjikan.
Untuk berada bersama kalian [adik-adik a.K.u] secara fizikalnya.
Tapi InsyaAllah, doa a.K.u akan sentiasa mengiringi perjuangan kalian.
Kerana biarpun a.K.u ini mantan, namun a.K.u masih lagi tidak dimantankan dari amanah sebagai seorang Hamba & Khalifah.
Amanah yang akan kekal hingga akhir nyawa a.K.u.

Keempat.
Bersyukurlah kerana di uji dengan sesuatu yang kalian rasa kalian tidak mampu menghadapinya.
Kerana dengan ujian itu, percayalah Allah sedang mempersiapkan sesuatu untuk kalian.
Dan mungkin kerana ujian itu, akan melemparkan dan mengeluarkan kekuatan-kekuatan sebenar yang tersembunyi dalam diri kalian.

Dan yang terakhir,
Ingatlah.
Walau bagaimanapun pengakhiranya nanti,
Berjaya atau gagal.
Bukanlah kita yang menilai.
Dan andai berjaya sekalipun.
Ingatlah, ianya bukalah disebabkan oleh kekuatan kita sendiri, tetapi di atas rahmat Allah itu juga.

Ali, Atiqah,Halim,Adli,Naheed..
Kalian tunjangnya..
Terima kasih kerana menerima amanah ini.
Kalian yang terbaik.
Harus kuat!

Anuar..selamat bertugas.
Aziz..terima kasih..kamu abang yang akan mendamaikan adik-adik.
Shazwan, Fairul..Terima kasih..

Balqis..bertahanlah..dan terima kasih kerana masih mahu untuk berkorban..
Sakinah..a.K.u masih mama kamu bukan? Terima kasih..kamu pasti mampu..
Afiqah..Bantu adik-adik ya..
Aziemah..terima kasih..
Shahida..jangan berhenti.. kamu masih juga insan penting di situ.. teruskan..

Wallahu'alam.

[Maaf diatas ucapan yang tidak tersusun waktu itu...]


Untuk kamu..

Kita teruskan mujahadah ini ya. Biarlah sakit. Kerana sakit itu lebih baik. Biarlah sakit di sini, jangan di sana nanti. Terima kasih kerana sangat memahami. Terima Kasih.


Untuk kau yang bergelar lelaki..

Berhentilah. a.K.u sudah tiada daya mahu layan tuduhan-tuduhan kau lagi. a.K.u tahu a.K.u tidak sebaik mana. Lalu, jangan di pilih a.K.u. Berhenti sahaja. Mahu khabarkan buruk a.K.u? Silakan? Tapi untuk apa? Untuk beritahu dunia bahawa kau itu mulia?

Jangan di nilai a.K.u hanya dengan apa yang kau baca di blog ini. Ini hanyalah sebahagian kecil dari siapa diri a.K.u yang sebenar. Terpulang mahu percaya atau tidak. a.K.u sudah tidak heran.

Sudah-sudahlah. Kau hanya akan merendahkan lagi harga diri kau sebagai seorang lelaki. Kalau kau terus-terusan bersikap begini.

Maaf..itu sahaja yang termampu. Noktah.










"hidup ini seringkali terasa pahit lantaran kita merasa kerdil di sisi mausia2 yg hebat. tapi kita lupa bahawa kita juga manusia seperti mereka, kita lupa bahawa kita juga mampu menjadi hebat. kerana kita MANUSIA..berjuang untuk menjadi yg terbaik adalah hak kita, selagi mana kita tak lupa bahwa hidup dan mati kita kerana Allah, selagi itulah kita manusia hebat.."





Sunday, March 7, 2010

Rindu~

Bismillah...

Belum pun apa-apa..
Belum pun kemana-mana..
Belum habis pun nyawa..
Di bumi UIA..
Di atas dunia..

Sudah ramai yang rindu..
Yang sendu..

Hei, a.K.u masih disini lagi tahu!

a.K.u masih ada!
Masih ada sama kamu..
InsyaAllah..

Masih ada kudrat tampungi kamu..
Masih punya tenaga..boleh diguna bersama kamu..
Masih ada masa kongsikan sama kamu..
Masih ada telinga, untuk terus dengarkan kamu..
Masih punya bicara, mahu luahkan pada kamu..
Masih punya percaya, mahu lihat potensi kamu..
Masih ada nyawa, untuk terus hidup sama kamu..

Sementara ianya sudah tingal sisa-sisa..
Jangan jadikan ia sia-sia...





Terbaek.....



[AliemranNorasid,AtiqahTalib,HalimHamid,AdliZakuan,NaheedAzhari]

Mahu kamu untuk terus percaya..
Hidup harus selalu punya DIA!




:: Buat Chenta hati a.K.u...~

Friday, March 5, 2010

Perangai~


Bismillah.

Siapa kata jadi Kakak ni senang?
Memang susah.
Banyak benda yang harus difikirkan.
Kadangkala, stress juga memikirkan perangai adik-adik yang macam-macam ni.
Huhu.

Tapi, ya..DIA kan ada.
Penenang jiwa.
Pemujuk rasa.

"Amanah bukan bebanan."

.................................................................................................

Sebenarnya, tidak semua memeningkan.
Memanglah ada.
Tapi tidaklah ketelampauan.

Perangai.
Macam-macam.
Buat pemanis rasa.
Penyejuk hati.

.................................................................................................

Biasanya mereka akan mesej bila...

1. Nak tanya soalan [Mahu jawapan]
2. Bercerita [Mahu didengari]
3. Cerita masalah [Mahu ditunjukkan jalan]
4. Nak bergurau [Eheh]
5. Hantar mesej kata-kata [Bagussss~]
6. Suka-suka [Tgh xde kerja]
5. Nak mintak no telefon [yellow pages ke a.K.u ni?]
6. Mengantuk dalam kelas [Memang takblehblah]
7. Nak ajak pi makan. [Hoyeah]
8. Pemberitahuan. [Cth. "Akak, saya dah sampai rumah!] lol
9. Mintak tolong.

................................................................................................

Statment yang biasa di tulis..

"Apakah"
"+_+"
"Sengal" @ "Songal"
"TQ kak"
"Baik kak"
"Akak buat saya senyum sorang-sorang"
-.-"

[Macam ragam]
................................................................................................

Panggilan:

"Akak..."
"Kak...."
"Kakak....."
"Kak Dyll..." @ "Kak Dil.."
"Kak Dildil..." [Songal]
"Kakak Sayang" [Upsss!]
"Kakaku techenta" [Haduiii~]
"Kak Dyll yg comel" [Like *wink] :p

...................................................................................................

Jawapan:

"Gapo"
"Yup"
"Kenapa"
"Tebiat?"
"Tak blehblah"
"Memang comel pon" lalala~


.................................................................................................

Sekadarnya.
Buat Kakak-Kakak dan Abang-Abang diluar sana.
Buat diri a.K.u juga.
Adik-adik ini.
Tanggungjawab kita.
Kongsikan segala perkara yang kita dapat.
Pada mereka.
Supaya mereka dapat buat.
Apa yang kita juga mampu buat.
Mereka ini amanah, bukan benanan.
Tanggungjawab kita, persiapkan mereka.
Sediakan mereka.
Untuk menyambung tugas kita.
Menyambung amanah kita.
Biarpun kita bukan Nabi.
TApi kita kan da'ie?




Wallahu'alam.











:: Apapun.... Hidup Mesti Terus~

Thursday, March 4, 2010

Bilakah~

Bismillah..


Bila...

Bila adik-adik yang jadi mangsa..

Tiada lagi senyuman hingga telinga..

Tiada lagi gurau senda semahunya..

Tiada lagi kepercayaan pada kata-katanya..

Tiada lagi yang menenangkan kesusutan jiwa...

Tiada lagi kebahagiaan dirasa..

Tiada lagi keyakinan dalam jiwanya...


Yang termampu.

Hanya.

Kata maaf untuk segalnya..

Walaupun mungkin kata maaf ini

hanya di bibir sahaja...




:: Mahu selamatkan jiwa adik-adiknya...

HOME

I walked across an empty land I knew the pathway like the back of my hand I felt the earth beneath my feet Sat by the river and it made me c...