Thursday, November 29, 2012

Arina Abd Ghani

Bimillahirrahmanirrahim.


Mek Yna bam-bam~

Hari ini hari lahir Arina.
Entah ke berapa.
Nampak macam sebaya je.
Lalalala~

Nak tahu cerita?
Mula-mula kenal Mek Yna, pandang sebelah mata je.
Tak terfikir pun nak kenal-kenal rapat.
Apatah lagi main baling-baling bantal. *ok.abaikan*
Time tu masih sibuk dengan Team EMAS di Titian Wahyu.
Wah, windu lak~

Cuma mungkin, semakin lama semakin rapat.
Hingga pada suatu hari.
Entah macamana.
Dia luah segala masalah dia dibahu kecil aku ini. Ewah~
Dan, jujur aku cakap, aku faham apa yang dia rasa waktu itu.
Tersangat lah faham.
"Saya pun tak tahu kenapa saya boleh cerita semua ni kat Akak."
Katanya sambil mengelap air mata, air hidung dan air mulut yang meleleh. Eww~

Ok. Tutup kes.

Ada satu harta yang Mek Yna belikan sewaktu dia pulang dari China.
Sampai sekarang aku masih ingat pesan dia.
"Jaga baik-baik Kak, jangan sampai hilang."
"Baik mek.." Menjawab, tapi dalam hati.
Ngeh3... Menda tu aku bawak sampai ke Sabah.
Tacing tak? Lol~

Kalau orang kata aku yang jaga dia selama ni.
It's totally wrong.
Aku rasa dia yang banyak sentap aku dengan soalan-soalan 
dan ayat-ayat benar lagi berkesan.
Yang banyak membentuk siapa aku pada hari ini.
Yang sentiasa mengajak aku untuk menjadi Kakak yang lebih baik.
Perempuan yang lebih baik.

Aku doakan semoga dia sentiasa kuat.
Hatinya kuat. Jiwanya besar. Fikirannya matang.
Menjelang umur-umur yang hampir sama baya dengan aku ni.
Eheh~

May Allah bless you always.
Cinta dari jauh~

Babai.


p/s: Otw ke Kudat ni. doakan... Ngeee... :)

Wednesday, November 28, 2012

Mereka yang bernama cinta~

Bismillahirahmanirrahim.


"Emak di hospital ni. Kakak hantar pagi tadi." Jelas Emak. 
"Jadi, bagaimana Bapak?" Tanyaku. 
"Tekanan darah rendah..buah pinggang makin teruk kata doktor." Dengan nada yang paling redha.
 ************************
Yang paling aku kasih dan kasihankan selain Emak dan Bapak, adalah Kakak.  
Tanggungjawabnya luarbiasa banyak. *Moga Allah permudahkan semua*
Maaf aku tak pernah ada disana untuk kau, Kak. 
Aku cuma ada doa dari jauh. 
Dan kau faham juga kan bagaimana aku sedang membentuk 'darah' kita disini sekarang. 
Kita sama-sama doa. 
Pulangnya dia nanti, moga keadaan akan jadi lebih baik untuk dia. 
Untuk semua juga. 
InsyaAllah. 
Aku yakin Allah sedang menjaga mereka sebaik-baik jagaan.  
*Biarpun aku tidak disana* 
Ya Allah,  
Sejahterakanlah mereka dunia & akhirat..  
Ameen Ya Rabb..

Tuesday, November 27, 2012

My wish for you..

Bismillahirrahmanirrahim.



Sejujurnya banyak dokumen perlu disiapkan.
Laporan lagi tu.
Chayok! \(n_n)/

:: Seperti sedang bertarung dengan assignment~ fiuh~


*******************


Jadi perempuan bujang yang tercampak ditengah lapangan masyarakat.
Wajib menjaga diri se'jaga-jaga'nya.

Kata Ostajah Atin,
Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

Mekaseh ostajah..
Dan Incik.....

InsyaAllah.
Peace! (n_n)v

Monday, November 26, 2012

Di Bawah bayu (6); Kem Iqra' siri 1, Kg. Sumbilingon, Ranau

Bismillahirahmanirrahim.



Tipikal..

Ramai yang bertanya apa kisahnya aku di Sabah. Masing-masing menganggap aku tinggal di dalam hutan - kawasan pendalaman maksudnya. Tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan di pejabat. Menguruskan program-program turun lapangan dari A hingga Z. Dari membuat kertas kerja, mecari dana, menguruskan kerja-kerja teknikal, menguruskan sukarelawan dan sebagainya. Bunyinya macam susah, tapi memang tak mudah. Yang penat, bukan fizikal, tapi otak. Dan akhirnya, syukur Alhamdulillah. Allah berikan sesuatu bedasarkan tahap kemampuan kita.

Alhamdulillah, minggu lepas kami mulakan Kem Iqra' siri 1, Kg. Sumbilingon, di Ranau. Juga ceramah kesihatan di Kg. Tanid (10 minit perjalanan dari Kg. Sumbilingan). Jadi, sukarelawan dibahagikan kepada dua kumpulan. Soal modul, yang asasnya sudah aku berikan awal-awal lagi. Itu sahaja komitmen yang aku serahkan kepada sukarelawan sewaktu program. Kerah idea mengaplikasi modul sekaligus menyampaikan segala macam ilmu yang ada untuk membantu saudara-saudara baru disini untuk lebih memahami Islam dan memotivasikan mereka untuk mempraktikannya dalam kehidupan harian.


Ada apa di Sumbilingon dan Tanid?

Secara geografinya, dua kampung ini adalah antara kampung yang paling hujung yang pernah diteroka oleh ABIM. Tiga jam perjalanan - dengan jalan tanah merah - dari pekan Ranau dan pengangkutan awam yang ada hanya van (bas carter). Kawasan perumahan di sini boleh dikatakan dalam skala yang rapat dan agak dhaif (jika dibandingkan dengan rumah kita). Rumah berdinding papan, kayu rotan atau buluh dengan atap daun nipah. Banyak juga rumah yang beratap zink yang membezakan taraf ekonomi antara masyarakat disini.

Yang bersekolah rendah, ke sekolah sama ada dengan berjalan kaki atau menaiki bas carter. Sekolah rendah yang terdekat dikongsi oleh lebih 10 buah kampung. Kanak-kanak di sini pula, permainannya adalah apa yang ada di tangan, di hutan dan di sungai. Sumber air mereka beasal dari kawasan gunung yang disambung paip ke rumah masing-masing. Jangan ditanya jika bekalan air selalu terputus. Apapun, masih ada sungai untuk mandi. Manakala, sumber elektrik diperolehi dari tenaga solar. Oh ya, satu lagi perkara penting, di sini tiada 'line Celcom' *This is not celcom territory*. Harap maklum.

Di Kg. Sumbilingon, telah pun didirikan sebuah surau dan rumah milik ABIM. Ini untuk memudahkan mana-mana NGO untuk mengadakan program. Kata Ust. Sabri, inilah kampung yang pernah di jejaki oleh orang-orang besar ABIM dan PKPIM. Ya, presiden ABIM, Sdr. Amidi dan Presiden PKPIM, Sdr. Fahmi sudah pun sampai di kampung ini.

Ini kali lah! (kalau bukan sekarang bila lagi?)

Dai'e kreatif


Lumrah menjadi kaum 'pengajak' ; da'ie, takkan pernah ada jalan mudah dan pintas. Walaupun di KK ada jalan yang dinamakan 'Jalan Pintas'. *Ok. Abaikan*. Sekuat mana pun kita merancang, perancangan Allah adalah lebih hebat dan terbaik.

Sewaktu kami tiba di Sumbilingon, waktu sudah hampir menunjukkan jam 6.00 petang. Sudah hampir waktu Marghrib. Kaum Ibu dilihat sedang membuat atap dari kayu dan daun nipah. Bergotong-royong. Apabila waktu solat masuk, kami berjemaah beramai-ramai di surau. Namun, kehadiran penduduk kampung masih boleh dihitung. 

Hingga ke hari Sabtu, semuanya semakin faham - da'ie pasti diuji kemampuannya menyampaikan ilmu yang benar, berhadapan dengan perbezaan pemikiran dan kehidupan. Perbezaan sikap dan sifat. Kehadiran yang tidak kena masa dan diuji kekuatan fizikal untuk berjalan dari rumah ke rumah menyampaikan risalah-risalah ibadah.


Menjelang hari Ahad, dewan dipenuhi golongan Ibu dan Bapa. Sesi soal jawab agama berlangsung dengan baik. Kata sukarelawan yang bertugas, penduduk di sini sebenarnya sangat bersemangat untuk belajar, tetapi kerana kurangnya dorangan, mereka tidak istiqamah dalam melaksanakan ajaran Islam. Mereka juga sangat suka jika ada orang luar yang datang mengajar. Terasa seperti kebajikan mereka dijaga. InsyaAllah.



Ust. Sabri (ABIM Ranau) antara yang banyak memberikan pencerahan sepanjang program, banyak membantu semangat sukarelawan untuk terus menyumbang, memberi dan bersyukur sebanyak-banyaknya dengan keadaan yang ada. Ruang dan peluang dakwah itu sentiasa terbuka luas. Kerana dakwah pertama itu adalah kepada diri sendiri.

Tiga hari sebenarnya terlalu singkat untuk menyampaikan apa yang sepatutnya menjadi keperluan di sini. Namun semangat yang ditunjukkan oleh para sukarelawan sangat memberangsangkan walaupun pulang kami di uji dengan tayar pacit dan pecah sebanyak dua kali. Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja walapun kami sampai ke pekan Ranau sewaktu Marghrib. Allah sahaja sebaik-baik tempat bergantung.

Allahu'alam.

Wednesday, November 21, 2012

*11 dari 40

Bismillahirrahmanirrahim.


Hadis ke Sebelas (Daripada Kitab Hadis 40 - Imam Nawawi)
Daripada Abu Muhammad al-Hasan ibn Ali ibn Abu Talib r.a., رضي الله عنهما cucu Rasulullah SAW dan orang kesayangan Baginda. Beliau berkata: Aku telah menghafal daripada Rasulullah SAW hadis: "Tinggalkanlah apa yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau." (Hadis riwayat al-Tirmizi dan al-Nasaai) 
Pengajaran hadis: 
Seorang mukmin tidak seharusnya terus melakukan sesuatu yang dia sendiri merasa sangsi dan ragu. Hal ini menyebabkannya terjebak jatuh dalam perkara yang kemungkinan hukumnya haram. Meninggalkan sesuatu kerana ragu-ragu dan kerana ingin menjaga maruah diri dan keharmonian agama adalah suatu sifat wara' yang terpuji. Keyakinan adalah asas amalan dalam lslam. Amalan yang dilakukan dengan yakin dikira sah dan diberikan ganjaran pahala. Sebaliknya amalan yang dilakukan secara ragu-ragu, tidak memadai dan mesti diulangi. 

Monday, November 19, 2012

Qad Kafani 'Ilmu Rabbi

Bismillahirrahmanirrahim.



Cukuplah bagiku pengetahuan Tuhanku,
Daripada permintaan dan usahaku,
Doa serta permohonanku,
Sebagai bukti kefakiranku...  
Oleh kerana rasa itu aku berdoa,
Pada saat aku senang dan susah,
Aku adalah hamba,
Menjadi kebangganku,
Dalam kefakiran dan keperluanku... 
Wahai Tuhanku Yang Memiliki aku,
Kau Maha Tahu akan keadaanku,
Dan apa yang berada dalam hatiku,
Dari kesedihan dan kesibukanku...  
Maka tolonglah aku dengan kelembutan,
Dari Mu wahai Tuhan seluruh hamba,
Wahai Tuhan yang maha Pemurah tolonglah hamba,
Sebelum lenyap kesabaran hamba...  
Wahai Pemberi pertolongan dengan segera,
Berilah kami dengan segera pertolonganMu,
Yang dapat menghilangkan kesulitan dan dapat mendatangkan,
Dengan apa-apa yang kami harapkan semua... 
Wahai Yang Maha Dekat dan Menjawab,
Wahai Yang Maha Mengetahui dan Mendengar,
Aku mengaku akan kelemahanku,
Dan ketaatan serta kesedihanku...  
Aku sentiasa menunggu di hadapan pintu rahmatMu,
Wahai Tuhanku berikanlah rahmat padaku,
Pada lembah kuurniaMu aku berada,
Wahai Tuhanku tetapkanlah keberadaanku di sana... 
Aku sentiasa mempunyai prasangka baik,
Ia adalah teman dan kawanku,
Juga penyenang bagiku dan yang setia bersamaku,
Sepanjang malam dan siangku...  
Wahai Tuhanku dalam jiwa ini terdapat hajat,
Tunaikanlah wahai yang Maha Menunaikan,
Tetnteramkanlah rahsia dan hatiku,
Dari kebimbangan dan pergolakannya...  
Sungguh aku berada dalam ketenteraman
Dan ketenangan dan juga ketenteraman
Dan ketenangan menjadi pakaianku...

Saturday, November 17, 2012

Di Bawah Bayu (5)

Bismillahirahmanirrahim.



LEADER vs FOLLOWER 
"Jika aku adalah pengikut, maka aku adalah ketua kepada diriku sendiri." -aku 
Kata Prmoedya Ananta Toer, "Seorang terpelajar harus sudah berbuat adil sejak dalam pikiran apalagi dalam perbuatan". Kadang terfikir, aku ini sebenarnya tidak adil pada diri saat mengejar terlalu banyak perkara dalam masa yang singkat. Mahu buat itu, mahu buat ini. Tidak adil sejak dari dalam fikiran sendiri. 
Kem Iqra' sudah disusun sebanyak 3 siri. Kali ini di Ranau dan Pulau Banggi. Dua program untuk dua minggu berturut-turut aku fikir minggu mendatang - pasti hebat kesibukannya. Mengurus dari A hingga Z, aku masih sangat berterima kasih pada team yang menyokong, walau sekadar datang ke pejabat untuk tanya khabar.  
Grup Wali Songo juga - tugasannya luar biasa. Kata Kiyai Suhadak, yang mahu kita siapkan ini adalah sebuah keris jawa - yang ditempa dengan api, yang di celur pada air dan ditempa lagi - hingga menjadi keris yang tajam dan berbisa, dari sisi manapun ia digunakan. Ia disimpan dibelakang, tidak ditunjukkan pada musuh, kecuali pada waktu-waktu yang sesuai mengikut kebijaksanaan. Itu kita.  
Mengajar diri untuk kekal tabah di negeri orang, kekal kuat disaat keadaan mendesak untuk jatuh, kekal sabar disaat setiap perkara menuntun kefahaman dan kekal tenang disaat keserabutan tugasan disini dan disana - aku letak semua pada Dia sebaik-baik pembantu.

KURANG BUKU & KURANG GURU 
Satu-satunya perkara yang aku rasa kurang disini adalah buku dan guru. Sabah bukan seperti di semenanjung. Kedai buku amat payah untuk dicari disini. Jika ada pun, harganya pasti lebih mahal. Aku rindu buku. Bekalan buku dari semenanjung yang aku bawa, tidak pernah dirasa cukup. Siapa-siapa, kalau mahu berniaga - tolong - bukalah kedai buku disini.  
Jika di semenanjung, setiap hari pasti ada pelbagai jenis kuliah agama, ceramah dan kelas-kelas yang boleh dihadiri. Bila berada disini, baru aku rasa bertuahnya hidup mewah punya guru di sana. Betapa ruginya mereka yang tidak memilih untuk mencarai guru dan mencari ilmu.

CUTI vs KELUARGA 
Minggu lepas aku bercuti. Bertemu keluarga - Emak dengan kisah yang bukan sedikit. Air mata Bapak dan keluh risau. Yang aku ada cuma sabar, pujuk, sedikit usaha dan tidak putus doa. Aku tidak betah menjadi asbab kerisauan Emak dan Bapak. Ya, tiada anak mahu Ayahanda Bondanya derita. Apatah lagi, tiada AyahandaBonda yang mahu anaknya menderita.  
Pesan aku pada adik ; Setiap orang ada waktunya sendiri untuk diuji. Hidup ada turun naik. Semua orang faham. InsyaAllah. 
Aku terbang dengan doa. Moga Allah sejahterakan mereka semua didunia dan disana nanti. Ameen..

HATI 
Aku masih yakin bahawa bukan jarak yang menjarakkan, tetapi tahap keyakinan dan percaya. Setiap keyakinan pasti kan diuji. Aku masih pilih sabar sambil mengingat matlamat asal sebuah pilihan. Aku tahu, ia bukan hanya sekadar perasaan. Doa yang masih sama aku panjatkan - Jika ada, syukur alhamdulillah. Jika tiada, maka redhalah hamba. Apa lagi aku boleh katakan, jika memang itu semua DIA yang aturkan.. Allahu'alam.

 *******************************
"Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah. Tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita."
(Surah Yunus ayat 62) 
*aku bukan wali, tapi aku suka ayat ni. 


Wallahu'alam. 

Thursday, November 15, 2012

Hijri 1434

Bismillahirahmanirrahim.


"Never forget your mistakes, because they keep you humble.
Always remind yourself of them, but hide them away with diamonds."
-Dr. Umar Abd-Allah 

Sunday, November 11, 2012

Luna Maya vs Cik Lilil

Bismillahirrahmanirrahim.



Luna Maya  :         Ni apa? 
Cik Lilil      :         Huruf 'Y' untuk yo-yo.
Luna Maya  :         Yo-yo apa?
Cik Lilil      :         Yo-yo la..
Luna Maya  :         Yela..Yo-yo apa?
Cik Lilil      :         Yo-yo tali…
Luna Maya  :         Tali apa?
Cik Lilil      :         Tali yo-yo la..
Luna Maya  :         Kat mana? *tetibe*
Cik Lilil      :         Kat mana?? *konfius*. Kat kedai la..
Luna Maya  :         Kat kedai..? Nak ikut!
Cik Lilil      :         Oh kakak, apa la yang kamu faham ni.. -.-"

:: Happy Birthday Kakak! 

*******************************************


Friday, November 9, 2012

.aku ok.sungguh.


Bismillahirrahmanirrahim.

Satu kemujuran yang aku ada - aku bukanlah seorang yang berani nak bagi ayat tajam-tajam pada orang bilamana ada benda yang aku tak puas hati. Paling lemah pun, aku diam.
Mungkin ditakdirkan diam dan senyap aku - akan menjadikan kata-kata yang hendak diucapkan pada masa akan datang, lebih bernilai dan kena-gaya - setelah mengetahui segala latar cerita yang berkait dengan isu. 
Aih, sudah-sudahlah dengan hati. 
Aku penat. 
Aku cuma nak buat kerja. Aku cuma nak buat kerja. Aku cuma nak buat kerja. 
Salah silap aku. Aku mintak maaf. Aku tahu aku tak bagus mana. 
Tapi aku mahu orang bantu aku untuk aku usaha. Untuk jadi yang telebih baik dan terlebih bagus untuk semua perkara. 

Akhir. 
Kerja syaiton semua ni. 
Bisik-bisik benda buruk dalam hati. 
Istighfar banyak-banyak. 
Cuci hati.


Mungkin ada niat yang terpesong. Mungkin usaha belum cukup. Mungkin tak sabar nak terima hasil. Muhasabah.


.مَن كَانَ يُرِيدُ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا وَزِينَتَهَا نُوَفِّ إِلَيْهِمْ أَعْمَـٰلَهُمْ فِيهَا وَهُمْ فِيهَا لَا يُبْخَسُون
.أُو۟لَـٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ لَيْسَ لَهُمْ فِى ٱلْءَاخِرَةِ إِلَّا ٱلنَّارُ ۖ وَحَبِطَ مَا صَنَعُوا۟ فِيهَا وَبَـٰطِلٌۭ مَّا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ

"Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, niscaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan" (QS Hud15-16) 

Hakikat : Benda-benda macam ni la yang sebenarnya membuatkan aku 'hidup' yang sebenar-benarnya 'hidup'. Alhamdulillah. Terima kasih semua. Kamu orang banyak bukak mata-hati aku. Alhamdulillah. 

:: Aku sengaja tulis ini sebab nak disimpan jadi kenangan. Kenangan rasa. Haha. InsyaAllah aku ok. Aku ok. :)
Wallahu'alam. 

Tuesday, November 6, 2012

*Cooking is good looking~ (karut.bai)

Bismillahirrahmanirrahim.


Gian nak memasak.
Ini baru fasa 1.
Tunggulah fasa seterusnya.
Bertabah! \(n_n)/

Sunday, November 4, 2012

A month of vision~

Bismillahirrahmanirrahim.


Hari ini bila aku selak langsir tingkap buat kali pertama - Subahanallah.
Terpampang jelas puncak Kinabalu.
"Nah kau..sekarang kau faham kan hikmah keputusan kau semalam?"
Hati aku tak berhenti berbisik-bisik macam tu.

Tinggal jauh - banyak keputusan harus dicanai aqal semasaknya.

InsyaAllah.

“Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. 
Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih.”
(Surah Ibrahim: 7)

Saturday, November 3, 2012

Di Bawah Bayu (4); Edisi Ranau

Bismillahirrahmanirrahim.

31 Oktober 2012, jam 7.30 malam kami bertolak ke Ranau. Lebih spesifik, Rumah Putra Harapan (RPH), Ranau yang dikelola Ustaz Sabri. Alhamdulillah, malam ini bulan terang. 15 Zulhijjah kalau tak silap. Makanya, puncak Kinabalu dapat kami hayati. Alhamdulillah. Perjalanan mengambil masa dalam dua jam.
Esoknya, pagi-pagi Ustaz sabri membawa kami ke dua buah Kampung iaitu Kg. Sumbilingon dan Kg. Tanid. dua jam perjalanan melaui jalan grabel; jalan tak berturap dari RPH. Di sinilah nanti program Iqra' Siri 1 ; Ranau akan dijalankan. Bezanya, di Kg. Tanid hanya akan dijalankan ceramah kesihatan. "Bina jaringan dahulu." Kata Ustaz Sabri.
Ini dewan yang dibina oleh penduduk kampung Sumbilingon. InsyaAllah, kemudahan untuk program tidak bermasalah disini. Surau, dewan. bilik tidur dan bilik air. sederhana tetapi cukup. Alhamdulillah. Hingga sekarang, Kak Jalinah (Pengerusi Surau) masih setia berhubung. 
Ustaz Sabri membawa kami menziarahi sebuah rumah saudara baru untuk menyampaikan sumbangan. 
Berpeluang juga menziarahi Pengetua SMK (A) Muhammad Ali, Ranau. 
Anak-anak penghuni Rumah Putra Harapan (RPH)
Pelan tindakan selepas mesyuarat bersama Ustaz Sabri.



 
 :: Laporan panjang? Betul-betul tak larat.~ :D

Friday, November 2, 2012

Di Bawah Bayu (3) : Pulau Banggi (4) - versi cerpen mengarut

Bismillahirrahmanirrahim.

Misi Geo- Dakwah | 28 Oktober 2012


Malam tadi.
"Tok..tok..tok.." terdengar bunyi ketukan di pintu chalet.
Aku gelabah mencari tudung. "Sekejap!" aku jerit. Aku buka pintu.
"Nah Kak!" Amirul menghulur satu bungkusan hitam - berat. Nani di sebelah menyambut.
"Alhamdulillah. Bestnya...! Nani suka! Terima kasih Abang Mirul!" seronok benar bunyinya dapat makanan.
Amirul tak berganjak dari depan pintu.  
"Kak, ada berita buruk ni." kata Amirul.
Aku dah mula risau. "Apa dia?"
"Waktu kami nak hantar makanan ke sini tadi, kami jumpa Imam Ramli. Dia jalan kaki sorang-sorang tepi jalan. Kami berhenti dan tanyalah. Dia kata, kereta accident terlanggar sapi (lembu). Jadi esok tak dapat nak sewakan kereta."
Aku tergelak. Kelakar juga bunyinya. Beberapa saat, aku terdiam. Ah, kasihan juga Imam Ramli. 
"Jadi, macam mana nak pergi Dogoton esok?" tanyaku.
"Kalau ikutkan, kami betul-betul nak ke sana esok. Nantilah kami usaha tanyakan bot dari terminal."
************************
 Esoknya..
"Kak, ada satu bot ni. Pak cik tu hantar budak-budak sekolah dari Dogoton ke sini. Dia kata dia boleh bawak kita ke sana. Tapi harganya, ratus-ratus juga. Akak ok ke?" Aku berfikir panjang. Malam tadi kami dah berbincang dan mengira duit. Bedasarkan keputusan yang ada, misi Dogoton perlu diteruskan.
Oh, lupa pula nak cerita kenapa kami perlu ke Dogoton. Sewaktu di feri semalam, kami bertemu dengan sekumpulan pakcik dari MARA Sabah. Pagi ini mereka akan mengadakan sembelihan lembu di Dogoton. Kami dijemput bersama untuk merayakan Aidil Adha. Pada masa yang sama, peluang yang ada boleh digunakan untuk menyelesaikan kaji selidik. Laluan yang ada untuk ke Dogoton hanyalah laluan air. Tiada jalan raya yang menghubungkan antara Karakit dan Dogoton.
"Hmm..layan je lah." tawakal penuh dalam hati.
Lebih kurang jam 10.00 pagi, bot sudah meluncur laju melalui deretan pulau-pulau kecil yang mengelilingi Pulau Banggi. Beberapa pulau dengan lanskap yang osem, mengujakan ketiga-tiga budak geo.
"Pak cik, boleh dekat sikit dengan pulau tu? Nak ambil gambar." terjerit-jerit budak ni dalam bot bila nampak beberapa pulau dengan permukaan berbatu.
************************

"Kejap, ambil gambar dulu sebelum turun bot." Kata Fara.
"Hei, kenapa korang lambat sangat?" seorang lelaki berbaju putih menegur dari pantai.
"En. Azlan!!" kami menjerit. Mujur bunyi ombak lebih kuat.
Aku betul-betul rasa seperti mahu menangis. Sejak minggu lepas lagi En. Azlan menelefon tentang programnya di Pulau Banggi. Waktu di Kudat, sekali lagi kami berjanji untuk bertemu disana. Apatah lagi sejak malam tadi, belakan elektrik di Pulau Banggi terputus dan mengakibatkan talian telefon tidak berfungsi. *Sungguh. Ini pelik tetapi benar.* Maka, setelah berkali-kali merancang dan tidak menjadi, - dah aku sudah hampir putus harap, kali ini benar-benar perancangan Allah adalah yang paling baik. Paling baik. Mujur tak boleh sujut syukur atas air.
Turun dari bot, kami dijamu makan. Sesi sembelihan sudah pun selesai. Kami terlambat. Dapat bertemu En. Azlan dengan segala macam cerita, Allah sahaja yang tahu betapa itu cukup hebat untuk kami.
En. Azlan pulang awal ke Karakit. Malam ini kami bakal berjumpa lagi di Agropolitan. Itu rencanannya. InsyaAllah. 
Kami menyambung perjalanan (berjalan kaki) ke Kampung Padang setelah beramah mesra bersama penduduk Kampung Dogoton. 
"Kampung Padang tu deeekat saja dari kampung ni Kak. Tiada juga jauh..tapi jauh juga sikittttt.." ujar budak-budak kecil yang mengikut kami sepanjang perjalanan. *aku memang suka dengar bila dorang sebut perkataan pajang-panjang macamtu..haha* Kami ditemani juga Armar dan Wan. Dua orang pemuda tempatan.
Aku rasa hampir 40 minit juga kami berjalan dibawah terik matahari. Dengan melalui kawasan padang luas ala-ala Zimbabwe, habis "terbakar-matahari" ; sunburn kulit kami. 
Kami bersolat Zuhur di surau berdekatan. Kata Armar, "Di sini kami tidak belajar mengaji. Tiada guru yang boleh ajarkan kami mengaji. Jika ada guru, mungkin sudah lama kami pandai mengaji."
Kami diam. Berjalan terus ke rumah ketua kampung dan menyelaesaikan tugasan terakhir disana. Aku rasa, di mana-mana pun, orang-orang seperti mereka sentiasa berharap adanya manusia berjiwa besar yang akan mengajarkan mereka mengenal Tuhan. Allah.
**************************

Malamnya kami ke Agropolitan. Menumpang kereta Kak Hanidah; kontraktor di Felcra. Sempat juga berkenalan dengan beberapa orang guru dari semenajung yang mengajar di sini. Tambah lagi kenalan kami. InsyaAllah, moga mempermudahkan kerja dakwah disini nanti.
Resolusi mesyuarat bersama En. Azlan dan AJK Program Baja Kompos, membawa satu peluang dakwah yang baru. Tinggal mahu menyusun dengan baik. Bukankah seorang Muslim yang baik itu merupakan seorang yang tersusun hidupnya? (Jom berusaha ke arah itu!) :)

***************************

Kesimpulan :
Aku sebenarnya dah tak larat nak menulis. Jadi, kita terus ke penutup. Alhamdulillah, aku selamat pulang ke KK. Dua hari memang terlalu singkat. Tapi hikmah-Nya cukup banyak. Alhamdulillah.Terima kasih kerana sudi membaca karutan ini.
Report time!
Doa dari jauh~ Fiuh~

Assalamualaikum.. 

Thursday, November 1, 2012

Di Bawah Bayu (3); Pulau Banggi (3)

Bismillahirrahmanirrahim.
Misi Geo-Dakwah | 27 Oktober 2012 

Ekpedisi kali ini dijayakan oleh empat orang team IIC yang tak balik beraya Haji tahun ni. Kesian mereka. *Krik..krik..krik..* Dibantu oleh tiga orang pelajar geologi Geologi UMS [betapa aku sangat berterima kasih kepada mereka; Amirul, Zaini & Din] yang membuat kajian batuan di Pulau Banggi untuk assignment akhir tahun mereka.
Perkara pertama dalam otak aku selepas turun dari feri adalah untuk mencari tempat penginapan. Tapi ditahan Amirul supaya melapor diri di Balai Polis terlebih dahulu. Aku bayangkan tempatnya jauh, tetapi rupanya dekat. Guna kaki pun boleh. Penginapan juga. Dengan bajet RM 45, kami dapat sebuah bilik yang selesa untuk memuatkan kami berempat. Ok la share-share katil. Kan~

Kami menyewa kereta (four wheels drive) dengan kadar RM 100 sehari. Aku terpaksa berkira-kira dengan kos yang mahal, namun terpaksa juga diturutkan memandangkan kami hanya merancang untuk berada disini selama dua hari. 
Perancangan hari ini adalah untuk menyusuri perkampungan-perkampungan di bahagian barat Pulau Banggi. *rujuk peta pada entri sebelum ini*. Di atas ini adalah Imam dari Kampung Lok Tohog. Keterbukaan Imam berbincang bersama kami, sangatlah membantu tugas. Terima kasih Imam!
Ini ketua kampung, Kampung Padang. Menariknya disini, di hadapan rumah setiap ketua kampung akan tertulis papan tanda 'Rumah Ketua Kampung'. Percayalah, ia sangat memudahkan. Apatah lagi dengan ketua kampung yang ramah dan sporting. Osem!

Alhamdulillah juga, sahabat-sahabat Geologi yang bertiga ni berjaya mendapatkan banyak sampel-sampel batuan untuk kajian mereka. Semangat betul budak-budak geo ni. Aku doakan dorang dapat 'A' dalam thesis tahun akhir. Ameen. 
Menyusuri kampung demi kampung, kami melalui kawasan bukit Sibumbung hingga ke penghujung jalan yang berakhir di Kampung Kapitangan. Perasannya melalui sepanjang jalan ini adalah seperti sedang mengembara di dunia yang lain. Cuba tengok tempat ni, Subahanallah. Cantik tahap gaban kan?*tiba-tiba teringat Din nyanyi lagu gaban*. Ok. Abaikan~
Zaini, Din dan Farah menumpang bot ke rumah ketua Kampung Kampung Nusa Nusa untuk membuat tempahan bot bagi perjalanan esok hari ke Kampung Dogoton. 
Ada apa di Kampung Dogoton?  
Walaupun namanya seperti 'maraton', tapi SubahanAllah kampung ini sangat cantik. Esok aku kisahkan apa rencana kami di sana dan apa sebenarnya yang telah Allah rencanakan untuk kami hingga gugur air mata. :)
Nampak macam senang kan perjalanan kami? Hmm..Allah sahaja yang tahu. Dengan kereta terbenam dalam lumpur di Kampung Gagaud (sebelum Kampung Padang) - perjalanan menjadi lambat hingga lewat petang. Dan kami, kelaparan kerana tiada bekalan makanan dan tiada tempat untuk membeli makanan. 
Alhamdulillah, malamnya kami diberikan makanan dari En. Azlam (KBI) yang sedang menjalankan program Baja Kompos di Agropolitan. Allah sahaja yang tahu rasa syukur kami waktu itu. 
Malam itu juga kami berbincang panjang bagaimana untuk meneruskan misi dengan jumlah kewangan yang semakin menyusut. 
Nak datang sini? Yakin je rezeki Allah ada di mana-mana. :)


Bersambung..

HOME

I walked across an empty land I knew the pathway like the back of my hand I felt the earth beneath my feet Sat by the river and it made me c...