Thursday, October 31, 2013

Embun & perasaan

 Bismillahirrahmanirrahim.

Yasmin Mogaheds book Reclaim your Heart.
Kenapa embun itu indah, 
Karena butir airnya tidak menetes
Sekali dia menetes, tidak ada lagi embun  
Kenapa purnama itu elok,
Karena bulan balas menatap di angkasa
Sekali dia bergerak, tidak ada lagu purnama 
Aduhai, mengapa sunset itu menakjubkan
Karena matahari menggelayut malas di kaki langit
Sekali dia melaju, hanya tersisa gelap dan debur ombak 
Mengapa pagi itu menenteramkan dan dingin
Karena kabut mengambang di sekitar
Sekali dia menguap, tidak ada lagi pagi 
Di dunia ini,
Duhai, ada banyak sekali momen-momen terbaik
Meski singkat, sekejap,
Yang jika belum terjadi langkah berikutnya
Maka dia akan selalu spesial 
Sama dengan kehidupan kita, perasaan kita,
Menyimpan perasaan itu indah
Karena penuh misteri dan menduga
Sekali dia tersampaikan, tidak ada lagi menyimpan 
Menunggu seseorang itu elok 
Karena kita terus berdiri setia
Sekali dia datang, tidak ada lagi menunggu 
Bersabar itu sungguh menakjubkan
Karena kita terus berharap dan berdoa
Sekali masanya tiba, tiada lain kecuali jawaban dan kepastian
Sungguh tidak akan keliru bagi orang2 yang paham 
Wahai, tahukah kita kenapa embun itu indah?
Karena butir airnya tidak menetes, 
Sekali dia menetes, tidak ada lagi embun.
Masa singkat yang begitu berharga. 
*Tere Liye

:: "Cepat atau lambat, hikmah itu bakal tersingkap."

Tuesday, October 29, 2013

BOB oh BOB

Bismillahirrahmanirrahim.


Jujur kata. Ini bukan kali pertama video Luppy berjaya 'menghentam' diri sebanyak-banyaknya.
Tapi BOB memang super ohsem~

Semua orang ada perangai BOB ni.
Siapa-siapa pun.
Sedar tak sedar je.
[mengaku-angkat tangan]

Apa teruknya perangai BOB ni?

Pastinya memberi kesan mendalam pada yang di'BOB' kan tersebut antaranya :
Selain rasa bersalah, boleh saja jadi marah.
Sakit hati.
Rasa rendah diri.
Hilang keyakinan diri.
Memberontak.
Dan lain-lain lagi yang negatif teramat.
Haip!

Kenapa agankya orang ter'BOB'?
[Ditulis 'ter' sebab kita tak tahu dia sedar ke tak dia 'BOB']
Kerana dia rasa dia betul?
Kerana dia memang betul?
Kerana ego?
Kerana sakit hati?
Benci? Dendam? Tak puas hati?
Wallahu'alam.
Yang penting semuanya bermula dari hati.
Rasulullah s.a.w bersabda, ‘‘Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan, maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut, ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan’’.
Kita bukan makhluk mulia macam malaikat.
Tapi kita boleh berusaha untuk jadi lebih baik kan?
Walaupun orang tak dapat nak hargai [appreciate] usaha kita.
Cukuplah Allah yang melihat sisi-sisi mujahadah dalam hati kita.
"Berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran."
[Ho-hoi la Cik Dyll! Eheh.]


**************************

Monolog:

Aku tak nak jadi BOB.
Aku tak nak menyalahkan siapa-siapa atas apa yang berlaku.
Diam bukan bermaksud salah atau kalah atau mahu mengalah.
Diam untuk fikirkan cara yang terbaik untuk menjadi lebih baik.
(Aku tak tahu adakah aku mampu untuk jadi yang terbaik.)

Tapi, aku masih mahu berfikir.
Bukankah berfikir itu lebih baik dari tidak berfikir.
Bercakap dari fikiran lebih baik dari bercakap dengan hati.

Aku masih menghargai orang-orang sekeliling.
Masih sentiasa sayang.
Allah sahaja yang dapat jagakan mereka.
:)

Friday, October 25, 2013

Bintang

Bismillahirahmanirrahim.


Bintang hanya terlihat cantik diwaktu malam gelita.
Waktu kita jauh darinya.
Tapi bila dekat, bintang bukanlah seperti apa yang kita fikirkan.
Jauh sekali dari sangkaan.
Tetapi ia masih tetap bernama bintang.


Istiqamah dalam sabar dan syukur ternyata amat payah.

Sayangnya manusia kurang sekali sabarnya.
Barangkali dengan menunggu sesaat lagi, akan terlerai semua jawapan-jawapan kepada semua persoalan.
Barangkali, sesaat lagi, Allah akan menunjukkan jalan atau jalan-jalan sepanjang kehidupan.
Barangkali, sesaat lagi, Allah akan kabulkan doa dan doa-doa.
Barangkali..

Barangkali juga, kerana kurang sabar, manusia memilih untuk berpatah balik.
Atau memilih jalan-jalan yang salah.
Atau mengalah terus.

Fasabrun jameel.. -- Menyerahkan segala cabaran & ujian hidup, mengadukannya
hanya pada Allah. Tidak meletak harapan kepada makhluk-makhluk.
Dr. MAZA

Farghfirlana Ya Allah..

"Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi". (QS: Al A'raf 23)

“Setiap anak Adam pasti berbuat dosa, dan sebaik-baik pembuat dosa adalah mereka yang bertaubat”. (HR.Tirmidzi)

Allahu'alam.

************************

Oh ya, Selamat Pengantin Baru buat adinda Huzaifah & 'Afifah.
Moga dikurnia bahagia sampai syurga.
Ameen!

Friday, October 18, 2013

Erti hidup pada memberi.

Bismillahirrahmanirrahim.


Antara perkara-perkara terbaik dalam hidup adalah apabila Allah mengurniakan kehendak dan kemampuan untuk memberi - kepada yang lain - yang memerlukan.
Puas rasanya. Allah sahaja yang tahu. Kalau mahu meminta pun, akan meminta supaya Allah mengurniakan hati yang sentiasa kuat untuk memberi dan diri yang sentiasa mampu untuk berkongsi-kongsi nikmat yang maha banyak dari Allah.
Allahuakhbar. Allahuakhbar. Allahuakhbar.
"Bebanan perasaan yang ditanggung Nabi Ibrahim 'alaihissalam tatkala Allah memerintahkan Nabi Ismail 'alaihissalam dikorbankan adalah maha berat. Tapi kata Nabi Ismail 'alaihissalam kepada ayahandanya, "Jika ini perintah Allah, maka laksanakanlah."
Betapa besar nilai tawakal dari sirah anbiya' ini untuk kita perhatikan dan telusuri dengan hati. Bukankah Allah telah berjanji, setiap apa yang dikorbankan itu pasti akan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Apatah lagi jika niatnya ikhlas kerana Allah semata-mata. 
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah; maka (diantara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian itu) sebagai janji yang benar di dalam (kitab-kitab) Taurat dan Injil serta al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya selain daripada Allah? Oleh itu bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan ketahuilah bahawa jual-beli itu ialah kemenangan yang besar.” [At-Taubah : 111]
Maka mulailah memberi.
Memberi hati.
Memberi diri.
Memberi harta.
Memberi masa.
Memberi jiwa. 
Lillahita'ala. 

p/s : Dakwah bukan soal peribadi. 

Wednesday, October 9, 2013

I'll...

Bismilllahirrahmanirrahim.


"Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu." (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Friday, October 4, 2013

Bahagia itu panjang ceritanya..

Bismillahirrahmanirrahim.

Bila adik tanya, "Kak, akak bahagia?"
Saya senyum. Hati berbunga-bunga. "Alhamdulillah. Nampak sangat ke?"
"Aah. Nampak. Alhamdulillah. Saya bahagia kalau akak bahagia."
Sambil sengih-segih macam kerang busuk. Eheh.

Walaupun ayat itu bunyinya macam poyo.
Tapi saya faham. Dia sayang saya lebih.
Sweet~

Alhamdulillah. Syukur.
Tiada apa pun sebenarnya untuk dirungutkan.

Jom kongsi bahagia. :)

***********************


"Mudah-mudahan isteri yang solehah akan menjadikan rumah kecil terasa besar."
Ameen.

Wednesday, October 2, 2013

Konfrontasi

Bismillahirrahmanirrahim.

"Untuk memberi, kita harus punya 'isi'."

Na'am. Pulang dari Maninjau, banyak yang difikirkan untuk mencari 'isi-isi' tersebut.
Apa, kenapa, bila, bagaimana, dimana, dengan siapa.
Tidak berhenti berputar dalam fikiran.

Kata adinda, "Jangan cuma fikir kak. Kalau fikir je, sampai bila pun tak buat."
Ya. Setuju.

Kata Kak Maria, "Tengok kepada minat, lepas tu baru tengok keperluan."
[Sudah tentu, yang ini saya kurang faham - dalam konteks sekarang.]

Dan mengulang-ulang dalam hati,
"Kau nak macamana sebenarnya.?"

"Aku nak jadi yang terbaik."


Nah, bila dah memilih, buatlah yang terbaik untuk yang dah dipilih.
Tak rugi apa kan.
Kerana cuma kita yang tahu kenapa kita memilih.
(Semoga kita betul-betul tahu dan faham kenapa kita memilih.)

Rabbi yassir!

HOME

I walked across an empty land I knew the pathway like the back of my hand I felt the earth beneath my feet Sat by the river and it made me c...