Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah. Kawin sudah Angah saya ni.
Moga Allah limpahkan kebahagiaan kepada Angah dan Ashraf.
Dunia dan akhirat.
InsyaAllah.
Kami sampai ke rumah Angah lebih kurang jam 9.00 malam (Jumaat).
Tanpa sesat, Alhamdulillah.
Ini sahaja tugas yang ada.
Menyiapkan Angah sebelum akad nikah.
Kami tukang tengok je.
Cukuplah.. Hehe..
Usai akad di surau dengan kisah yang begitu dramatik,
pengantin perempuan pulang dengan meninggalkan pengantin lelaki di sana.
*tipu*
Puan Syapa malu nak bawak laki dia balik ghumah. Haha.
Sesi membatalkan air sembahyang atau pembatalan air sembahyang?
Ah, suka hatilah.
Paham kan? Eheh.
Dah petang-petang, barulah ramai geng-geng GPTD dan PKPIM datang betandang.
Alhamdulillah.
Senyum manis Puan Pengantin.
Geng yang mencuri-curi masa untuk hadir dan melepak berjam-jam.
Memang dramatik perjalanan ke majlis Puan Syapa ni.
Moga persahabatan ini kekal hendaknya.
Ameen.
Alhamdulillah.
Angah kini bini orang.
Jadi tak boleh nak buli dia sangat.
Nanti laki dia marah.
Untuk Angah dan Ashraf.
Aku hadiahkan korang service pengapit secara percuma.
Itu je hadiah yang aku ada.
Eheh.
Moga Angah jadi isteri yang solehah.
Ameen.
Pesanan untuk En. Ashraf :
Tolong jagakan Angah saya yang mengada-ngada, emo tak menentu,
manja dan baik hati itu baik-baik ya..
TQ.. ;)
*oh, xleh la kenyit2, nanti Angah marah*
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "
- Ar-Rum : Ayat 21
:: Barakallahhumma..