Thursday, September 30, 2010

Thank You Allah by Geng Aizat

Bismillah.



Alhamdulillah. Thank You Allah.
Atas segalanya.
Setiap yang diciptakan di dunia.
Setiap yang ditaqdirkan untuk jiwa.

Alhamdulillah.


:: Suka suara meraka... :)


Wednesday, September 29, 2010

Mujahid CINTA..

[Jajah, Dhiya, Dedek, Kakak]

"Budak kecil yang jiwanya bersih.. Moga jadi insan berguna.. Ameen..."


Bismillah.

"Ya Allah, jauhkanlah aku dari sifat mazmumah & berburuk sangka"

Pernah sekali, saya tumpang bersolat di rumah abang.
Adapun Si Luna Maya atau lebih mesra dengan panggilan Kakak,
sangat suka melihat orang bersolat.
Sejekap-sekeap dia berdiri di atas sejadah, pusing-pusing mengelilingi saya yang sedang bersolat, malah sujud dan rukuk tatkala saya sujud dan rukuk.
Kanak-kanak memang begitu sifatnya.

Indah, manis dan bersih.
Tersentuh hati.

Namun yang paling tersentuh.
Waktu saya menadah tangan untuk berdoa.
Dia berdiri di hadapan saya sambil juga mengangkat tangan seperti berdoa.

Benar dia tidak faham.
Tapi indah.
Tetap indah.
Saya berdoa sambil mahu menangis.

Kerana saya bukan anak kecil yang tidak punya dosa.
Saya insan dewasa yang Allah beri aqal, hati, jiwa, jasad.
Namun seringkali ingkar pada DIA.
Nauzubillah.

Rupanya bukan mudah mahu kekalkan CINTA pada DIA.
Bebuat baik itu mudah, tetapi istiqamah dengan kebikan itu yang susah.
Pesan sahabat saya.

Dan lagi...jihad itu sebenarnya memang benar perlukan pengorbanan kan?
Kerana kita bukan Rasul, Nabi, Sahabat, Ulama' dan sebagainya.
Namun saya yakin kita masih di beri peluang untuk menjadi mujahid.
Mujahadah mengejar Redha Allah dan Syafaat Rasul.
InsyaAllah.




:: Kuatlah duhai hati..Amanahmu besar lagi....

Monday, September 27, 2010

Corat-coret...

Kacak tak gambar ni? Hihi

Bismillah.

Seminggu lepas, penuh dengan perkara menarik..
Program..pulang [datang] ke Gombak..bersama adik-adik..
Tidak tidur kerana diskusi..
Menyelesaikan hal konvokesyen..
Jamuan raya di rumah sahabat-sahabat..

Dan begitulah..
Kehidupan berlalu dengan jayanya..
Alhamdulillah...

Selain itu..
Berazam untuk mengkhatam Delima Ranting Senja sekali lagi..
Malah apabila dipaksa-paksakan menonton Batman Begins, Dark Knight dan The Prestige saya hanya mampu menjawab "belum sempat" atau "penat".
Tapi InsyaAllah saya akan tonton juga nanti..
Jika benar banyak isi baiknya, pastikan dicari.. InsyaAllah...

Dan lagi mahu carikan beberapa buku baru dan majalah sebagai isi aqal..
Malah makin mengagumi Pak Samad, Shahnon Ahmad (merujuk pada buku 'Mahabbah'), dan FT (sentiasa di hati..eheh :p)

Sedang asyik menulis..
Tiba-tiba dapat mesej di FB..

"Baju dah beli, kaler oren+hijau. corak batik2 sket. Tudung pun dah (yg murah2 jer). kalau nak yg cun2 beli sendiri.ahaks.."
*Juga tentang ingatan tentang apa yang perlu di buat nanti..

Terima Kasih Kakak!
Konvo pun kena pakai baju baru ya?
Kasut? hehe..
Cukuplah..
Kasut boleh beli sendiri..
InsyaAllah.





:: Jom teruskan hidup!

Sunday, September 26, 2010

Delima Ranting Senja (Siti Zainon Ismail-Siri 2)


Bismillah.

Sejujurnya, ini pertama kali saya membaca novel yang di tulis oleh penulis wanita.
Sungguh, banyak perkara yang saya belajar..
Meminjam kata-kata Pak samad:
"Saya terbijaksana juga akhirnya.."

Ini bukan kisah tentang isteri ditinggal suami.
Tetapi kisah pejuang manusiawi.
Dua insan di medan dan lapangan berbeza.
Namun keduanya masih manusia biasa yang punya hati & rasa.
Dan sandaranya tetap teguh pada DIA.
Allahuakhbar!
(n_n)v


“…Bila wanita dengan kerjaya yang difahami suaminya, kita tidak saling mencurigai. Kita boleh bergerak ke mana-mana saja berlandaskan disiplin, mengenal peribadi sekeliling, membentuk kepercayaan diri dengan landas, Allah Maha Mengetayhui dan Maha Penentu. Dan manusia harus berani menerima anugerah, walaupun anugerah itu masih berupa ujian besar.”

m/s 17 [Sofina-Senja Merah]

“Memang sewaktu muda kita kerap bermain impian. Selalu ingin menjadi puteri yang di puja dan di kasihi, tetapi kenyataanya kita telah pun di tetapkan melalui liku-liku kehidupan yang tidak kita ketahui punca & akhirnya. Itulah rahsia keajaiban yang saya lalui, tanpa pedih pilu mungkin kita tidak kemana…dan kebahagiaan itu juga berbagai-bagai..”

m/s: 21 [Sofina-Senja Merah]

“The light which shines in the eye
Is really the light of the heart.
The light which fills the heart
is the light of God, which is pure
and separate from the light of the intellect and senses”

“God created pain and sorrow,
the happiness might show itself by contrast.
For hidden things are made manifest
By means of the opposites:
Since God has no opposites, He is hidden.”

m/s: 21 & 22 [RUMI Daylight, A Daybook of Spiritual Guidance-Senja Merah]

"Kau tahu perjuanganku sayang...kau kuat, dan dapat mengatur hidup kalau kita saling berjauhan."
m/s: 29 [Abyredha-Laut Banda]


Bersambung...

Friday, September 24, 2010

Usrati...

Dan apabila telah di limpahkan segala nikmat kurnia-Nya...
Alhamdulillah...
1 Syawal 1431

Monday, September 20, 2010

Open New Book...

"Kakak"

"Ada nilai tertentu pada sesuatu minit yang tidak hanya sekadar berharga setahun…”
(Arena Wati-Sukma Angin)
Dan nilai itu terbentuk dari pengalaman seseorang...

Saya meyakini, setiap orang ada waktunya sendiri..
Allah akan beri..
Jika kita minta..
Dan waktu untuk saya [diri sendiri], sudah di penghujungnya..
Alhamdulillah..

Saya mahu memberi yang terbaik, bermula dari diri sendiri..
Bermula dengan mencari yang terbaik untuk diri..
Memperbaiki diri dan hati..
Kerana cawan yang retak tidakkan dapat menampung air..

Dan Alhamdulillah..
Jika apa yang saya rasai ini adalah satu kekuatan pinjaman,
Alhamdulillah.
Harapnya saya mampu pertahankan kekuatan ini sampai bila-bila..
Itupun jika Allah telah tetapkan bahawa saya layak [perlu] untuk memilikinya..
Saya hanya mahu yakin pada-Nya..

"Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya."

Namun disebalik kekuatan ini..
Sebenarnya terlalu banyak yang telah di korbankan dan di sakitkan..
Untuk yang di korbankan, saya tidak menyesal..
Melainkan bersyukur..
Kerna Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk saya..

Dan pada mereka yang telah di sakitkan..
Sedikit demi sedikit..
Seorang demi seorang..
Semakin faham..
Alhamdulillah...
Tinggal beberapa sahaja lagi..
Dan saya sedar punya tanggungjawab untuk meminta maaf pada meraka..
Tetapi bukan ruangan ini..

InsyaAllah, sampai masanya nanti..
Hati-hati yang telah di sakiti itu, pasti Allah pertautkan kembali..
Suatu hari nanti.. InsyaAllah...
[Ada usaha yang saya rahsiakan..biar DIA sahaja yang tahu]

Al-Fatihah...


:: Ajarkanku hidup..ku pastikan menangis lagi...

HOME

I walked across an empty land I knew the pathway like the back of my hand I felt the earth beneath my feet Sat by the river and it made me c...