Thursday, July 24, 2008

Wahai TUHAN Yang Menciptakan...

Betapa retak dadaku
Betapa rapuh imanku,
Betapa aku tidak tahu,

Dalam nafas sesak tak terbendung,
Sedang jiwa resah tak tertanggung,
Mendesah dalam diri kalam yang Agung,

Aku yang rebah bangkit,
Aku yang lemah menangis,

Demi Kalam-Mu aku pasrah,
Demi CINTA-Mu aku kalah,
Demi Kasihmu aku mengalah,

Sungguh aku menyerah....!


~a day to remember~

Monday, July 14, 2008

Antara aku dan FT

Aku dah lama meminati karya2 FT, tapi baru sekarang aku buka minda luas lagi. Byk aku belajar dari karya FT. selain isu2 semasa yg di karang & di olah menjadi kisah yg kadang kala santai & kadang kala agak berat, idea FT yg membawa perubahan dlm karya sastera, x aku nafikan sangat berkesan. FT membawa pembaca melayari isu2 semasa tanpa mereka sedari dan membuang pemikiran kolot paminat2 novel yg terkongkong dgn tema cinta muda mudi & aspek2 duniawi. Satu yg aku paling suka, karya2 FT penuh dgn ilmu dan fakta2 yg aku x tahu. Walaupon di tokok tambah dgn fiksyen yg selalu membuat aku bingung antara fakta & fiksyen, tp, ia mmg menarik. Ia memberi ruang utk aku berfikir jauh. Karya FT byk mempengaruhi;

1-aku mejadi pemikir
2-aku bertambah kritikal malahan berani2 mengkritik
3-memandang kehidupann dari sudut berbeza
4-aku berusaha memahami setiap butir fakta & ilmu2 baru yg aku temui
5-bertambah keinginanaku utk mengambil tahu
6-menjadi manusia yg berjiwa hamba
7-menambah ilmu dari yang asas
8-menghomati idea2 org lain
9-bertambah matang dlm berfikir

Hakikatnya, semua ini sekadar alat utk aku lebih mengenal DIA. FT bertuah diberi bakat serupa itu. Tidak aku terlalu menyanjungi FT, sekadar kagum dgn pemberian Tuhan pada FT & ku ucap tahniah krn FT menggunakanya di jalan yg betul (aku harap)~kerana kebenaran itu jelas tetapi kabur pada hati yg belum bertemu cahaya…..…. 11.02pm

“ Ujian dan rahmat Allah datang beriring..”

Ungkapan yang saya dapat dari sebuah cerpen bertajuk “ Erti Cinta Dr. Marianah”, hasil nukilan penulis Aminah Mokhtar. Kisah seorang doktor beriman yang acapkali mendepani berbagai-bagai kes terluka. Berhadapan dengan insan-insan; wanita bahkan kanak-kanak yang penuh derita. Waima yang terlanjur, dari wanita penghafaz qur’an, si pelajar belasan tahun, si ibu penjual anak, malah si kecil tak berdosa turut menjadi korban kerakusan bangsa lupa daratan dan pencemaran budaya songsang.

Bukan itu sebenarnya yang ingin saya ceritakan disini, tetapi saya lebih tertarik untuk mengulas tentang ungkapan tersebut- ujian dan rahmat datang beriring. Bila di sebut tentang ujian, pasti terbayang di kotak pemikiran kita tentang segala kegagalan, kesusahan, kepayahan dan cabaran-cabaran hidup yang terpaksa ditanggung oleh insan bernama manusia. Ujian yang selalunya digambarkan sebagai kesusahan-kesusahan yang dan mengecewakan. Benarkah itu semua ujian semata-mata? Rahmat pula, sentiasa di impi bagai hadiah yang datang dari Tuhan. Setiap kelebihan, kemahuan yang tercapai mahupun doa yang termakbul. Namun, benarkah setiap yang baik itu rahmat?

Mari kita kaji dari sudut pandangan diri kita sebagai seorang insan. Bagaimana kita melihat nilai-nilai mahupun hikmah di setiap ujian yang menimpa dan rahmat yang datang. Cuba kita renung-renungkan kembali, “ujian”kah bila gagal dalam peperiksaan dan kita terpaksa lebih fokus dalam pembelajaran? Ujiankah apabila kita ditimpa musibah dan hati kita masih setia mengingati Allah? Atau ujiankah bila kesilapan yang dilakukan memberi kita lebih peluang untuk berwaspada di lain hari? Dan “rahmat”kah bila diberi kekayaan, kita alpa? Bila disogok dengan kejayaan, kita riya’ hingga lupa kepada si Pemberi kejayaan. Malahan bila dihadiahi kesenangan, kita lalai untuk bersyukur hingga nikmat yang melimpah ruah itu tidak lebih dari hanya memberi keburukkan kepada diri sendiri.

Hakikatnya, bila dikatakan ujian dan rahmat itu datang beriringan, tak mustahil bagi sesuatu yang kita pandang sebagai ujian itu adalah sebenarnya rahmat dari kasih sayang Allah. Kekecewaan yang dirasai adalah mungkin rahmat dari-Nya yang mendekatkan diri kita kepada-Nya. Membuatkan kita semakin mahu untuk sentiasa meminta, merayu dan bergantung harap pada-Nya. Manakala rahmat dan kebaikan yang datang dalam bentuk keinginan yang tercapai tidak lebih hanyalah untuk menguji iman hamba-hambaNya semata-mata. Dan setiap rahmat itu boleh menjadi ujian iman tanpa disedari hanya dengan kelalaian hati si hamba yang terlalu asyik dengan kesenangan dunia tanpa dapat melihat nilai ketuhanan disebalik apa yang di anggap sebagai rahmat tersebut. Nauzubillah. Semoga kita dijauhkan dari segala kelalaian.

“Dan mereka memikirkan tentang perciptaan langit dan bumi seraya berkata: “Ya
Tuhan kami! Tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau,
maka peliharalah kami dari seksa neraka”. (Ali Imran: 191)

Ayat ini menegaskan bahawa memikirkan penciptaan Allah menjadikan seseorang mengkagumi dan mengagungi Allah serta mendorong kepada mengingati hari akhirat, mengingati pembalasan yang akan diterima di sana, dan mendorong seseorang mukmin untuk memohon kepada Allah supaya menyelamatkannya daripada azab neraka.

Memikirkan, mengkagumi dan mengagungi penciptaan Allah bukan sahaja dari sudut lahiriyyah, malahan dari sudut rohaniyyah yang tidak dapat di lihat melalui mata kasar. Dimensi yang selalu dianggap sukar untuk di terokai oleh insan-insan yang kotor hatinya. Sesunggunnya hanya cahaya (nur) yang mampu untuk menembusi hati-hati insan untuk merasai dan menghayati penciptaan Allah dari sudut rohaniyyah. Dimensi rohaniyyah inilah yang mampu untuk mengecapi hikmah yang tersembunyi di setiap ujian dah rahmat yang Allah berikan kepada manusia. Itulah yang sebenarnya diperlukan oleh seorang manusia. Memikirkan, mengkagumi dan mengagungi penciptaan Allah secara lahiriyyah dan rohaniyyah supaya menambah iman dan taqwa kepada Allah dan ianya tidak terus berakhir di situ apabila kita dapat mengaitkannya dengan kehidupan selepas mati, di mana kita akan berusaha mempersiapkan diri mencapai yang terbaik untuk kehidupan akhirat yang telah di janjikan oleh Allah.

Mari kita bersama-sama kembali kepada fitrah diri kita sebagai seorang manusia yang dikurnia akal dan hati, renung-renungkanlah setiap detik dan saat sewaktu kita diuji dan diberi. Adakah dengan ujian itu kita semakin jauh dari DIA, atau kita berusaha untuk mencari DIA? Apakan disetiap pemberian itu kita bersyukur dan berterima kasih pada si Pencipta, atau dengan teguh kita nyatakan ianya adalah hasil usaha kita sahaja semata-mata? Ingat-ingatlah kembali dan muhasabahlah. Sesungguhnya setiap taqdir Allah itu punyai hikmah yang tersembunyi. Bergantung kepada iman dan pergantungan kita untuk merasai dan menghayati hikmah di setiap taqdir yang menimpa. Sesungguhnya apa lagi yang diperlukan oleh seorang hamba kecuali untuk mencapai redha-Nya. Moga redha Allah sentiasa mengiringi hati-hati yang khusyu’ mencari DIA. InsyaAllah.

Wallahu’alam.


Sumber rujukan:
Aminah Mokhtar : Cerpen “Erti Cinta Dr. Marianah”
Mustafa Mashyur : Berdakwah Kepada Allah (Da’wah Fardhiyah)

HOME

I walked across an empty land I knew the pathway like the back of my hand I felt the earth beneath my feet Sat by the river and it made me c...