Wednesday, July 28, 2010

Bila...

Bismillah.

Bila ada sakit menular jasad,
Bila ada pedih menular hati,
Bila ada rapuh menular rasa,

Hanya kalam Tuhan buat penyembuh jiwa..



:: Menyemai cinta pada Yang Esa..

Saturday, July 24, 2010

Hidup~

Bismillah.

Pandang kaki langit,
Lihat warna mentari,

Tunjuk hujung bumi,
Lihat awan tinggi,

Tuju kau jauh lagi..
Jauh lagi..
Sampai nanti.
Sampai mati...

"Berani itu penting"
-Aidid Alfian to Kak Fynn-
(Konsert Keynote)


"Tak sangka kita hidup ini kerana hutang pada banyak orang.
Kau susah, orang tolong sebab nak dapat ganjaran kembali.
Mak Ayah, nak di susahkan tak sampai hati,
Dorang dah cukup susah dan resah di rumah,
Minta pada kakak dan abang, baru tahu mereka pun meminta juga.
Walau kau rasa banyak kawan, tapi hakikatnya kau menyendiri.
Susah seang, jerit perih merih, orang hanya nampak, kau masih berdiri.
Padahal dalam hati, kau gerun ke ulu hati-
Hati mana tak sensitif jika asyik di tinggal pergi.
Tapi sebab itu jugalah kau boleh kenal diri.
Rasa pergantungan pada Yang Tak Penah Lemah walau selalu orang minta kekuatan.
Kau jadi tahu apa yang kau tangiskan, takkan kau lakukan pada orang lain.
Orang kira kau gagah, tapi kau sebenarnya lemah.
Mengiring di katil sebelah-air mata berjelujuran menjengah.
Kau memang kena ingat, hidup kau untuk tebus dan bayar hutang orang.
Sebab kau tak ada apa-apa dan siapa-siapa pun."

-Si Gadis, 4.15 p.m-

3:167. Dan supaya Dia mengetahui orang-orang munafik apabila dikatakan kepada mereka, "Marilah berperang di jalan Allah, atau menangkislah." Mereka berkata, "Sekiranya kami mengetahui bagaimana hendak berperang, tentu kami mengikuti kamu." Mereka pada hari itu adalah lebih dekat dengan ketidakpercayaan (kekafiran) daripada keimanan mereka, dengan mengatakan dengan mulut mereka apa yang tidak ada di dalam hati mereka; dan Allah sangat mengetahui apa yang mereka menyembunyikan.

-Dia. 11.12 pm-


:: Selamat hidup....

Tuesday, July 20, 2010

Kaki..Jantung..Sakti..


Bismillah.

Kaki.
Mari langkah.
Tenang. Tenteram. Damai.
Cari hati.
Yang hilang.
Mari.

Jantung.
Degup jangan berhenti.
Sampai di seru nanti.

Kelak kita akan temukan lagi.
Sakti.




:: Cari hati yang sakti...


Monday, July 19, 2010

Tanpa Sedar~

Bismillah.

TEORI TOPENG

Seminggu ini banyak sekali berfikir tentang topeng.
Apa salahkah bertopeng?
Atau mungkin kerana ia dilihat seolah melepaskan diri dari masalah?
Atau mungkin, memakai topeng itu seolah menipu diri dan orang lain?
Hipokrit?

Tanpa sedar, ‘topeng’ itu sebenarnya hanyalah satu metafora.
Untuk menggambarkan personality seseorang.

Sama seperti teori ‘six thinking hat’.
Atau ‘seven thinking hat’-dari sudut Islami.
Tambahan ‘gold hat’ yang membawa agama sebagai tunjang pada setiap cara pemikiran...

Jadi, tidaklah salah bertopeng rupanya.
Sebab tanpa topeng, manusia akan keliru.
Mengkibatkan timbulnya persoalan seperti:
Harus bagaimana sekarang?
Bagaimana aku?
Apa aku patut buat?

Topeng..merupakan pilihan manusia kepada sikap atau sifat yang di ingini.
Bergantung kepada banyak faktor seperti sejarah silam, masa, persekitaran, pendidikan, kesihatan, dan lain-lain.
Jadi, tiada masalah untuk memakai topeng, tetapi, haruslah di pilih topeng yang terbaik nilaiannya.

**********************************

GENG KEMBARA



Macam buang tebiat perasaan nak pergi Batu Cave ni.
Selama ni memang ada niat tu.
Mahu lihat apa ada di sebalik patung emas dan mahu panjat tangga yang kurang dari 300 anak tangga itu.
Termakbul.

Daripada pergi sorang-sorang,
Plan baik untuk ajak adik-adik gen-6 dengan info: “Lokasi Rahsia”
Dan berbekal semangat kembara yang tak bleh blah..
6 orang pengembara muda menyahut cabaran..Hua3.. :p
Tengok gambar pun dah faham kepuasan hati masing-masing..
Hahaha...








"Saya tahu mereka sayang saya lebih.. :P"

Kata Arina: “Akak mampu luang masa untuk saya dua tahun, takkan saya tak mampu nak luang masa untuk akak dua jam”. T_T



:: Yang penting, kejutan kembara yang memuaskan hati....

Sunday, July 18, 2010

Emas Untuk Digali...

Bismillah.

Kalau nampak air tenang kita patut lebih berhati-hati, sebab dalam air tenang macam-macam boleh terjadi. Tapi kalau nampak orang tenang kita patut dekati, sebab dalam diri orang tenang ada emas untuk di gali.

Kita selalu ditipu dalam keadaan kita tidak sangka akan tertipu. Orang jahat tidak pernah memilih orang jahat untuk ditipunya tetapi dia memilih orang baik. Orang baik pula oleh kerana terlalu baik selalu tertipu akibat terlalu baik sangka. Selalunya orang yang berniat jahat akan mempamerkan wajah baik untuk memperdayakan orang baik. Pada zaman ini terlalu kurang si jahat yang memiliki wajah yang jahat. Maka itu peratus orang baik yang terpedaya dengan orang jahat semakin ramai.

Suatu hari seseorang berkata, dia tawakal dengan untanya yang dilepaskan sewaktu bertemu Rasulullah s.a.w. Dia sangka semua orang baik sepertinya. Tidak mungkin unta itu akan hilang di kebas orang. Tetapi apabila Rasulullah s.a.w mengetahuinya, baginda menyuruh orang itu menambat untanya dahulu kemudian barulah bertawakal. Bermakna tidak boleh terlalu berbaik sangka.
Adakalanya perlu juga berasa curiga dan bersikap berhati-hati meskipun di kalangan orang yang boleh dipercayai. Kadang-kadang apabila terlalu percaya di situlah kesilapan akan tiba.

Tatkala berhutang atau memberi hutang, tuliskan lah untuk jadi peringatan. Kalau terlalu percaya ada kemungkinan hutang itu tidak akan dibayar. Menuliskannya bukan berti tidak percaya tetapi sebagai peringatan pada saat-saat lupa.

Terlalu percaya samalah macam istilah lurus bendul. Terlalu lurus selalunya menjadi mangsa pada jenaka manusia. Kadang kala kena ada juga rasa curiga. Curiga untuk beringat bukan curiga untuk berburuk sangka.

Seseorang berkata pada kawannya, "Mat, tak guna simpan duit banyak-banyak. Bila kiamat satu apa pun tak guna lagi. Lebih baik engkau belanjakan duit itu. Kiamat akan datang tiba-tiba. Nanti tak sempat engkau belanjakan semua hatra. Penat saja bekerja siang malam selama ini." Betul juga fikir Mat. Maka dia membelanjakan semua wangnya. Mat akan berakhir sebagai seorang yang muflis.

Kena ada rasa curiga dan tidak boleh terlalu lurus untuk menikmati hidup yang selesa. Manusia ada pelbagai ragam dan gaya. Sesetengahnya memang mencari kesempatan pada kedunguan orang lain. Mat sepatutnya berfikir begini, bekerjalah engkau seolah-olah engkau akan hidup seribu tahun lagi dan beribadalah engkau seolah-olah engkau akan mati esok hari.

Kata orang tua-tua, kalau melihat air tenang usah di sangka tak ada buaya. Sememangnya buaya tinggal dalam sungai yang berarus tenang. Pergerakan buaya juga penuh ketenangan. Kalau ia berehat di tebing sungai, ia bagaikan batang kayu mati-cukup tenang dan cukup baik. Namun, usah leka sebab ekornya boleh libas tiba-tiba. Di dalam air buaya boleh muncul di bawah air yang tenang, di dataran juga buaya boleh menyerang walaupun kelihatannya sudah mati.
Berbeza dengan orang tenang, di situ ada emas untuk di gali. Orang yang tenang biasanya penuh berilmu. Pergilah dampingi orang yang tenang, sesuatu yang berharga pasti akan diperolehi.

Usah terlalu rapat dengan orang yang senang, sebab senang belum bermakna tenang. Orang tenang biasanya berilmu, orang tenang biasanya warak, orang tenang biasanya lunak, maka dekatilah dia.

*Petikan buku, Membina Personaliti Terbilang, Dr Hm Tuah Iskandar Al-haj. Keluaran karya bestari. Muka surat 17





:: Mencari hati~


Saturday, July 17, 2010

Si Gadis - 3 Venus



SI GADIS

Lirik: Wani Ardy
Puisi: Fynn Jamal
Melodi: Ana Raffali
(Hanya terdapat dalam CD komplimentari Tiga Venus)


Menjadi gadis itu memenatkan
Menjadi gadis itu merimaskan
Suatu kerja berat dan membeban
Menjadi gadis yang ingin sendirian berjalan

Keterlaluan berani akan dibenci
Keterlaluan lemah akan dikeji
Perlu gagah dan tak reti tewas
Perlu kuat dihenyak, dicantas

Si gadis menelefonku malam itu
Teresak mencerita jiwa luluh
Dihiris bahasa tajam dari mulut
Si gadis tiada daya menutup

Lalu aku membalas
Bukan tugasmu memuas
Manusia berbeza
Minda tak akan sama

Si gadis terus meluah hampa hati
Perlakuannya salah serba serbi
Semakin keliru dengan mahu diri
Si gadis soal “bagaimana lagi?”

Lalu aku berkata
Biar nalurimu beraja
Mana hujung sempurna
Pada manusia

Kita gadis memang sering menyongsang rasa
Mana cinta, mana rasa, mana dia
Dengar sini; mahalkan air jiwa kamu
Simpankanlah dan hulurkan hanya pada dia itu

Lalu aku berkata
Biar nalurimu beraja
Mana hujung sempurna
Pada manusia

Perlu tabah
Perlu gagah
Usah resah
Usah goyah

Ayuh gadis
Berhentilah kau menangis.

© 2009 waniardy tinta ent.
© 2009 fynnjamal
© 2009 anaraffali muzik ent.

::Si gadis, jaga diri tahu.. saya takkan selalu ada di sisi kamu selalu..

Ingatlah Allah sentiasa ada untukmu.. :)

Friday, July 16, 2010

*Tiga bulan sudah....~*

Bismillah.
Merujuk kepada tajuk di atas,
saya bukan cerita tentang mengandung oke!
Kahwin pun belum lagi. Haha.

Tiga bulan ini.
Segalanya tentang hidup.
Hidup di atas kaki sendiri.
Dan tentang hati...

Alhamdulillah.

Bersama GPTD.
Satu pilihan yang Allah ilhamkan ke dalam sukma (cewah~)
Dengan penuh harapan dan impian.
Dengan niat mahu kekal di pimpin tali-temali jemaah.
Alhamdulillah.
Peluang demi peluang di beri di sini.
Walaupun saya tahu ada yang cemburukan saya di sini.
Tapi percayalah, kerja saya tidaklah membanggakan...Hmm..


Kepada mereka yang selalu kehulu-kehilir bersama,
Sama ada di ofis atau di luar.
Abang Suhail, Hakim, Epah dan Shazni.
Terima kasih banyak atas segalanya.
Terima kasih beri saya peluang berada disini.
Biarpun tidak banyak berkata-kata dan buat kerja,
biarpun sukar difahami sifatnya,
dapat peluang melihat dan mendengar pun sudah cukup banyak manfaatnya pada saya.
Alhamdulillah.
Hmm..walaupun kadang-kadang perangai semua tak matang,
Tapi kerja tetap jalan macam biasa.
Ceria-ceria aja..
Dan siap sempurna..InsyaAllah.


(n____________n)v

Kini setelah tiga bulan.Banyak rupanya perkara yang telah berlaku. Suka duka, gelak ketawa, tekanan rasa, semuanya umpama kompas hidup yang berputar mengikut arah gerak diri. Dan masing-masing, sentiasa mahu jadi manusia tabah yang tidak getar sama uji.

InsyaAllah, setelah mesyuarat hari ini [walaupun Epah tak terlibat], kita masing-masing sudah punya jalan untuk di telusuri. Tidak bermakna meninggalkan GPTD, tetapi adalah satu proses kematangan diri. Melalui pengajaran kehidupan yang bukan calang-calang pengorbanannya dan bukan sedikit-sedikit kesabarannya.

Moga Allah perkuatkan langkah kita di tempat masing-masing.
Ameen.


Harus teruskan hidup oke!
Chayok2 Abang Suhail, Hakim, Epah & Shazni!



:: Dan saya juga....(n_n)v

Thursday, July 15, 2010

*nota hati...*

Hati seorang lelaki...
Kekadang perlu sekeras waja,
Ada masanya mesti selembut sutera,
Ah, lelaki..
Jika jiwamu tulus kerana Ilahi,
Pasti lurus perananmu sebagai LELAKI!


Bismillah.


Izinkan lelaki itu pergi,
Walau kakinya bagai terpasung luka,
Walau hatinya tercalar bisa,
Izinkan dia melangkah jua,

Tangismu tidak dia lupakan,
Bukan dia tega,
Bukan dia rela,
Tetapi dia terpaksa,
Izinkan dia pergi jua,


Di hatinya ada wahyu yang merayu,
Di situ tidak pernah ada tunggu,
...walau terjerat, walau terikat,
Dia mesti pergi jua,


Ah, genderang itu telah berbunyi,
Dia terpaksa pergi,
Jangan kau tunggu lagi,
Mari pergi bersamanya,

Walau terseksa..lelaki itu kan pergi jua..



Ustaz Pahrol Mohd. Juoi
"Nota Hati Seorang Lelaki"



****************************************



Saya gembira dia pergi...
Kerana saya yakin,
Dia sedang mempersiapkan diri..




:: Alhamdulillah..

Wednesday, July 14, 2010

Jangan pandang rendah pada saya...

Bismillah.

Memang dari dulu lagi saya mahu pergi.
Tapi saya sedar diri tak kuat.
Jadi saya pacakkan kaki.
Untuk terus berada disini.
Minta Allah kuatkan saya lagi.

Sudah jadi lumrah, kuat yang kita minta,
ujian yang Allah beri.

Oleh itu, setelah ujian bertimpa-timpa yang Allah ujikan buat saya.
Akhirnya saya sedar satu perkara.
Tiada bahagia selain DIA.
Alhamdulillah, KUAT datang juga akhirnya.

Jangan pendang rendah pada jiwa saya.
Sepertimana yang saya sendiri pernah lakukan.

Jawapan yang saya terima saat ini,
semua ilham dari DIA.
Petunjuk DIA.
Yang saya pintakan saban hari.

Saya pergi bukan untuk penuhi emosi.
Bukan untuk tunjuk lemah diri.
Bukan untuk menjauhi manusia-manusia yang saya kasihi.

Tapi saya pergi mencabar diri.
Sia-sialah Allah beri saya KUAT ini.
Kalau saya tak gunakan pada tempatnya.

Jangan risau.
Jiwa saya sudah benar hadam hikmah Tuhan.
Tinggal mahu bersedia untuk cabaran masa depan.

Saya sudah maafkan semua orang.
Dan saya mahu mohon maaf juga dari semua.

Halakan segala perlakuan saya pada kalian.
Sakit-sedih yang saya timpakan pada kalian.

Saya janji pada diri..
Suatu hari nanti saya pasti kembali..


InsyaAllah..


:: Doakan saya oke! (n_n)v

*Rahsia*

Bismillah.

Dia sedang rahsiakan sesuatu dari semua orang.
Kecuali seorang itu.


Moga Allah perkuatkan langkahnya.
Ameen..



:: Selamat tinggal semua... :)

Tuesday, July 13, 2010

GIGI - "SANG PEMIMPI" ( OFFICIAL MUSIC VIDEO )



sambut hari baru di depanmu
sambung mimpi siap tuk melangkah
raih tanganku jika kau ragu
bila terjatuh ku kan menjaga

kita telah berjanji bersama
taklukan dunia ini
menghadapi segala tantangan
bersama mengejar mimpi-mimpi

berteriaklah hai sang pemimpi
kita tak kan berhenti di sini

kita telah berjanji bersama
taklukan dunia ini
menghadapi segala tantangan
bersama mengejar mimpi-mimpi

bersyukurlah pada yang maha kuasa
hargailah orang-orang yang menyayangimu
yang selalu ada setia di sisimu
siapapun jangan kau pernah sakiti
dalam pencarian jati dirimu
dan semua yang kau impikan
tegarlah sang pemimpi



:: Tegar! \(n_n)/

*saya tak nak jadi gemuk* [mode:buat muka garang]


Bismillah.

Pagi tadi kami jalankan aktiviti pembersihan atau kemasan pejabat.
Bersama Tuan Presiden [Abang Suhail], dua orang relawan tangkas [Cik arina dan Cik sakinah], dan Ustaz [Incik shazni].
Alhamdulillah, pejabat/bilik/ruang kami [GPTD] di Taman Cemerlang tu namapk lebih kemas.
Hoyeah~

Alhamdulillah.
Sejuk mata memandang.
Rasa nak jatuh cinta je. Hik3.

Esok kena kemas lagi.
Selongkar balik sampah-saraph untuk asingkan kertas untuk di jual.
Boleh la masuk tabung GPTD sikit, InsyaAllah.

Sebelum balik, saya sempat singgah level 2 untuk cuci tangan.
dan nampak ada penimbang berat di satu sudut.
Waduh! Berat saya [tettt!].
Mana boleh bagitahu!

Isk3..tak patut pula rasanya.
Padahal sebulan ini makannya sangat kurang.

Lalu terkenang,
"Emosi tak stabil, sebab tu gemuk"
Fuh, ayat~

Saya janji pada diri.
Tak mahu emo2 lagi.

Sebab saya tak mahu gemuk!
Huhuhu~



:: Just wait and see~

Friday, July 9, 2010

*Chenta*


Bismillah.

Saya rindukan adik-adik saya.
Oleh itu, semalam saya melawat mereka di UIA.
Sementara mereka sedang menjalani minggu-minggu taaruf.
Padahal empat hari je.
Huh.

Mereka yang saya cintakan jiwanya.
Aqidahnya dan tulus perjuangannya.

Andai mampu, saya mahu sentiasa ada bersama mereka.
Saya mahu melihat mereka berjalan lebih jauh.
Lebih tinggi..

Mahu mereka jadi bintang terang.
Menerangi ummat dengan cahaya iman dan Islam.

Saya tidak berjanji.
Tapi akan saya usahakan.
InsyaAllah.
Jika Allah tak izinkan, pasti saya tak mampu.





:: Moga Allah beri keizinan... InsyaAllah.


Tuesday, July 6, 2010

Pencuri iman?


Sukarnya menjaga hati...
Ya Allah, peliharalah iman kami...



[Mode: Fighting!]

Owh, hari ini Selasa rupanya~

Bismillah.

Hari ini hari Selasa.
Tengah malam tadi Abang ambil di rumah dan malam ni kami tidur di Puncak Alam kerana program di Kuala Selangor.
Tak lah jauh sangat dari rumah.

Pagi-pagi [taklah pagi sangat] lagi kami dah keluar.
Abang Joe pun ada.
Sampai di sekolah,
"wah, bestnya budak-budak ni main gelung rotan, main bole etc. Co-Ko kot. Tapi apasal ramai sangat?" Pelik bila tengok penuh satu padang sekolah.
Tiba-tiba.."Owh, harini Selasa rupanya."

Sampai di kantin, macam biasa, sarapan dulu sebelum program.
Nampak cikgu, buat-buat solehah sambil salam senyum-senyum kat cikgu.

Alhamdulillah..kenyang..
Dalam hati:
"Ramai juga cikgu hari ni ya..Takkan semua datang sekolah semata-mata kerana program?"
Tiba-tiba: "Owh, hari ini Selasa rupanya."

Keluar dari kantin, lalu kelas-kelas, sambil usha cikgu-cikgu yang tengah mengajar.
Tengok-tengok gaya dorang mengajar.
Macamana la dorang boleh sabar ek?
Dalam hati: "Penuh semua kelas, takkan ada kelas tambahan kot?"
Tiba-tiba: "Owh, hari ini Selasa rupanya."

Masuk surau, budak-budak dah ramai.
Darjah 4 dan 5.
Dalam hati "Wah, bagusnya mereka ni. Sanggup datang sekolah untuk program."
Tiba-tiba: "Owh, hari ini Selasa rupanya."

Jam 10.30, turn budak darjah 1,2 dan 3.
Anak-anak ASNAF.
Modul: Pengurusan Masa.

Macam pelik, nak tengok jam pun mereka tak tahu, inikan pula nak bercerita tentang masa.
TAk mengapalah, itu memang arahanya. Nak buat macamana.

Tiga grup mengikut darjah.
Satu fasi setiap grup.

Satu jam pertama.
Semua ok lagi.
Main lukis-lukis gambar jam.
"Lukis cantik-cantik ya." Pesan akak fasi paling comel. eheh~

TApi...
Tiap saat "Kak dah siap!",
"kak nak begini boleh?",
"Kak, macanana?",
"Kak, dia pukul saya!".
Dan yang berlari-lari, apatah lagi.

Selepas setengah jam.
Keadaan lebih teruk.
Di suruh melukis pun tidak mahu.
"Penat kak."
Jawapnya.

Fasi masing-masing dah berpandangan.
Datang dekat dan bertanya.
"Kak, ada permainan best x?"
"Akak dah tak boleh berfikir Fiqa..Huhu"
Bila lihat grup lain bermain, grup kami pun terpengaruh.

Klimaks, main Nenek-Nenek si Bongkok Tiga.
Muju Sifu bertiga tak ada dalam surau.
Main lah sampai pening.
Sampai dua orang pelajar bertembung dan berdarah hidung.
BAru semua senyap.

Tengah sibuk-sibuk ubatkan budak tu,
sifu datang dan tamatkan program.
Mujur. Dah habis masa.
Kalau tidak tak tahu la berapa lama lagi kena main Nenek-Nenek tu.
HAha.

Pengajaran:
1) Hari Selasa bukanlah waktu yang biasa untuk buat program, maka, beringatlah. Huhu.
2) Kreatif dalam mencipta modul permainan.
3) Pastikan fasilitator bersifat keibuan. Haha.
4) Siapa kata jadi cikgu tu senang? Baru di uji sejam setengah dah tak larat. wuwuw~Berterima kasihlah pada cku-cikgu yang amat penyabar. Hoyeah!
5) Budak darjah 2 pun pandai merebut kasih...



:: Behave Dyll..behave~

Monday, July 5, 2010

Program Kejurulatihan Da'ie Muda.

Bismillah.

Jumaat. 2 Julai 2010.
Biarpun saya datang lewat, namun sempat menghayati pengisian malam ini.
Slot A.Razak. Ini yang saya mampu kongsikan:

Matlamat hidup.
Apa dia matlamat hidup kita?
Pastinya mardhatillah.

Namun, ukuran kejayaan matlamat hidup bergantung 93% kepada sikap, 4% ilmu dan 3% kemahiran.

Dan ia di dasarkan kepada tiga perkara yang membentuk sikap.

1) Sistem Nilai bermaksud nilai baik-bukuk, benar-salah, halal-haram yang di sandarkan kepada perbuatan.

2) Pandangan hidup merupakan persepsi/worldview yang kebiasaannya berasakan sesuatu spt latar belakang kehidupan [kaya-miskin], sosial [keluarga, kawan, guru] etc.

3) Sistem kepercayaan iaitu iman. Bagi orang Islam, iman hanyalah kepada Allah. Tidak layak mempersekutukan Allah dengan apa-apa atau siapa-siapa.

Siapa saya?
Apap itu hamba?-Dimiliki oleh tuan.
Pengabdi? -Hamba abdi yang menurut perintah dan bergantung segala kehidupanya kepada
tuan punya diri selamanya.
Pemakmur?-pemimpin, pembimbing, pendamai, meneraju.

Dari mana asal saya?-Tanah
"Jika merasa diri kita berasal dari tanah-Jangan sombong."

Soalan:
Hidup untuk makan atau makan untuk hidup?
Hidup untuk mati atau mati untuk hidup?

Jawapan"
= Makan untuk yang maha Hidup.
= Hidup dan mati hanya untuk Allah.

Pengajaran dari kisah Ashabulkahfi: Mereka hidup beribu tahun tanpa makan dan minum.

Kemana saya pegi selepas mati?
Pastinya alam barzakh.

Diari hidup manusia di dunia: BAYI--> KANAK-KANAK--> REMAJA--> BELIA--> DEWASA-->ALAM TUA

Diari alam dan manusia: ALAM RUH--> ALAM RAHIM--> ALAM DUNIA--> ALAM BARZAKH--> MAHSYAR--> AKHIRAT.

[mahu syurga atau neraka?]

Bagaimana seharusnya hidup di dunia?
Halatuju kehidupan: Matlamat hidup ----> menentukan cara hidup----> menentukan cara mati----> menentukan cara bangkit-----> menetukan pembalasan. [baik atau buruk?]

Anugerah Allah kepada manusia:
Intellectual, Spiritual, Emotional, Physical.

Tanggungjawab manusia: 1) Pada Tuhan. 2) Pada Alam. 2) Pada Masyarakat. 3) Pada Diri.



:: Satu muhasabah untuk diri yang pernah meletakkan dunia di hati.

*Next session will be posted on the next entry. Slamat beramal! :D

Gara-gara,..


Bismillah.

Baru sahaja mahu berteman dengan tenang.
Tapi hari ini hati terusik lagi.
Gara-gara malam tadi la ni!
Silap saya mungkin.
Selalu kurang jelas.
Tapi malam tadi semua sudah jelas.
Walau dalam cara yang paling silap.

Namun sudah saya janjikan.
Dan saya akan cuba perjuangkan.
Inilah yang terakhir.
InsyaAllah.

Cuma entah kenapa tenang tidak bertandang pagi ini.
Masih terganggu lagi mungkin.
Astarfirullah.

Wahai, Dai'e muda.
Bagunlah!
Genggam hati kamu kuat-kuat.
Selam jiwa kamu dalam-dalam.
Kitabullah di jadikan teman.
Zikrullah di dendangkan.
Moga hidayah Allah kekal jadi milik kamu.
Wahai insan terpilih.
InsyaAllah.

"Ya Allah, peganglah hati saya..Ameen"



:: "Matlamat tidak menghalalkan cara."

Saturday, July 3, 2010

Jiwa yang tenang...


Bismillah.

Alhamdulillah.
Saya masih hidup.
Masih diberi ruang untuk bernafas.
Masih punya rezeki untuk disuap ke mulut.
Masih punya teduhan tempat tinggal.
Masih punya IbuBapa yang penyanyang.
Masih punya keluarga yang mengambil berat.
Masih punya sahabat, tempat rujuk nasihat.
Masih punya bermacam-macam lagi kebaikan melingkari kehidupan saya.
Alhamdulillah.

Dan yang penting, saya masih punya Allah.
Yang sentiasa ada.
Dalam degup nafas nyawa saya.
Dalam tidur..dalam jaga..

"Sesungguhnya solatku, Ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah".

Ini kali kedua saya merasa bahagia yang sama.
Bahagia dan tenang yang sama seperti waktu 'itu'.
Waktu selepas saya hampir 'mati' itu.
Alhamdulillah.

Duhai *dunia, tempatmu bukan lagi di hati.
*Dunia di sini merujuk kepada segala isinya termasuk manusia.

"Jiwa yang tenang adalah jiwa yang kembali kepada pemiliknya-Pemilik Jiwa. Seperti seorang anak yang kembali kepada ibunya."





:: Hidayah itu tidak datang kepada semua. Ia diberi hanya kepada mereka yang terpilih. Maka, berusahalah untuk menjadi insan terpilih.

Friday, July 2, 2010

Wani Ardy - Orang Kecil




ORANG KECIL

Hari ini ku lihat awan biru dan hijaunya dedaun
Ku lupa betapa indahnya kehidupan yang sebenar

Tersesak dalam cita, diuji dan diduga
Namun aku ini hanya orang kecil

Jauhnya cinta, jauhnya bahagia
Lelah gelita, kosongnya jiwa
Ku impikan bulan, ku terjatuh di bintang
Bersyukur apa ada, ku ‘kan sampai ke sana

Hari ini ku lihat teman ku dan separuhnya bersatu
Ku lupa betapa indahnya kehidupan yang sebenar

Tersungkur bangun lagi, komplikasi duniawi
Namun aku ini hanya orang kecil

Oleh: Wani Ardy


:: Tolong jangan menangis ok!

Thursday, July 1, 2010

10 %


Bismillah.

Saya tinggalkan 10% keyakinan.
Tapi saya doa.
Andai 10% tak perlu.
Minta Allah buang jauh-jauh semua.
InsyaAllah.

Sahabat saya pesan.
Banyakkan berdoa.
InsyaAllah.

Dan malam tadi, ada juga sahabat pesan yang saya kongsikan bersama Mishkat:
"Buatlah sesuai dengan kehendak Allah, bukan kehendak manusia, InsyaAllah akan dicukupkan keperluan kita"





:: Speechless...

HOME

I walked across an empty land I knew the pathway like the back of my hand I felt the earth beneath my feet Sat by the river and it made me c...