Bismillahirrahmaniirahim.
![]() |
| Abang Long Morsi (Hari Ke-24 di NICU Serdang) |
Esok dah masuk 1 Ogos 2017.
Nampaknya Ummi dah boleh mula lengkapkan beg hospital dan simpan dalam kereta.
Beg adik baby dah sebulan dalam tu. hehe.
Tik...tok..tik..tok..
Anytime saja adik baby akan keluar.
Walaupun setakat ini belum ada tanda-tanda yang nyata,
tapi instinct Ummi merasakan dalam masa dua minggu ini
adik baby sedang bersedia melihat dunia.
Putaran adik baby pun dah lain macam dua tiga hari ni.
Sakit pinggang Ummi bertambah-tambah dek pertambahan berat badan Ummi dan adik baby.
Tapi itulah yang paling nikmat waktu mengandung.
Rasa jasad anak bergerak-gerak.
Apalagi bila adik baby respon pada suara Ayah & Abang Long Morsi.
Moga dipermudahkan Ummi melahirkan adik baby dengan sihat InsyaAllah.
Itu saja doa Ummi.




