Wednesday, November 30, 2011

Cemburu..

 Bismillahirrahmanirrahim.

“Rasa cemburu ada yang disukai Allah dan ada pula yang tidak disukai-Nya. Kecemburuan yang disukai Allah adalah yang disertai alasan yang benar. Sedangkan yang dibenci ialah yang tidak disertai alasan yang benar.” (HR Abu Daud)

a.K.u terima nasihat yang baik dari seseorang; “turn jealousy into motivation”. 
a.K.u tau dia amek kat google.
Haha.



*Iklan.*

Tuesday, November 29, 2011

*Dia*

 Bismilahirrahmanirrahim.
" tuhanku!alangkah banyaknya kelembutan-MU kepadaku,padahal aku sangat bodoh.dan alangkah banyaknya kasih sayang-Mu kepadakupadahal perbuatanku sangat buruk..."
" Tuhanku! alangkah dekatnya ENGKAU denganku,dan alangkah jauhnya aku daripada-MU..."
‎[syeikh ibnu 'athoillah]

Monday, November 28, 2011

Gie


"Mahasiswa; mereka harus berani menyatakan kebenaran sebagai kebenaran dan kesalahan sebagai kesalahan."

Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah 1433.


Bismillahirrahmanirrahim.
" Barangsiapa yang hari ini lebih baik dari semalam,
maka dia dari kalangan mereka yang beruntung.
Barangsiapa yang hari ini sama seperti semalam,
maka dia dari kalangan yang rugi.
Barangsiapa yang hari ini lebih teruk dari semalam,
maka dia di kalangan orang yang celaka. "
-Mafhum Hadith Rasulullah SAW-

Alkisah Ceritera Seribu Satu Malam~


Bismillahirrahmanirrahim.

"Bila awak buka laptop je, awak buang semua perkara-perkara yang tak berkaitan dari dalam kepala. Fokus dengan apa yang awak nak buat. Apa yang ada dalam hati awak tu, awak keluarkan. Luahkan semua dalam kertas kerja yang awak nak buat ni."

Berulang kali.
Dengan penuh perasaan A.Helmi tegaskan pada a.K.u.

a.K.u dah tatau nak buat muka macamana.

"Dua minggu lagi, bentang pada saya di Shah Alam."

"Gulp..."

InsyaAllah, a.K.u usahakan.
Tiada salah punya cita-cita besar.
Biarpun bersimpang dengan apa yang kita buat selama ini.
Belajar ilmu baru.
Allahuakhbar!

\(n_n)/

*******************************

Jadi minoriti perempuan yang boleh hidup dalam kalangan majoriti lelaki.
Bukan mudah.
Kalau tak tahu batas syarak.
Lagilah.
Kalau tahu, Alhamdulillah.

Itupun, harus bertahan dengan pelbagai kerenah dan ragam.
Kena faham dengan siapa kita berdepan.
Pandangan dan persepsi orang apatah lagi.
Walaupun kau kata itu semua semata kerana kerja.
Orang masih pandang beza-beza.
Hati kau orang tak boleh baca.
Apatah lagi, kalau dilihat orang,
ada saja terselit gurau senda terlebih perisa.

Kadang mahu juga jadi macam perempuan lain.
Berubah-ubah bila bekerja dengan jantina berbeza.
Buat muka sopan-sopan.
Cakap pun pelan-pelan.
Takut kalau cakap kuat-kuat, lelaki kata tak solehah pula.
Makin lambat la datang jodohnya.
[Mungkin macam tu la persepsi dorang]

Tapi bila itu yang dibuat [aku tak buat]
Kerja pulak jadi lambat.
Komunikasi jadi singkat.
Entah bila nak siap kerjanya.

Abaikan~

*******************************

a.K.u sedar, daripada pelbagai perkara, a.K.u cuma boleh pilih satu.
Atau dua [paling banyak].
Dan itu sedikit mendatangkan tekanan.
Semua pun kerja baik.
Semuanya memerlukan.
& adalah perkara yang a.K.u sendiri perlukan.

Waktu-waktu begini.
Allah sahaja yang dapat memberi tunjuk.
Dan syura antara a.K.u dan sahabat-sahabatt.
InsyaAllah akan membantu.

Moga jawapannya Allah beri tak lama lagi.
Dan semoga mereka redha dengan pilihan yang di sandarkan atas pilihan Allah ini nanti.
InsyaAllah.

Fighting!

\(n_n)/



:: Aura positip memenuhi ruang bumi....Allahu Rabbi....

Friday, November 25, 2011

*Pengikat hati*


Bismillahirrahmanirrahim.

Doa adalah senjata bagi orang mukmin.

“Dan Tuhanmu berfirman: “berdo’alah kepada-Ku, niscaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku (berdo’a kepada-Ku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina.” (QS: Gafir:60).

Ia bukan sahaja senjata, malah ia mengikat.
Mengikat hati dengan Allah.
Satu-satunya harapan dan pergantungan.

Ia juga mengikat hati sesama manusia.
Untuk semua yang kau kasih dan cinta.

Al-Fatihah.
Itu juga satu doa.

"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus."

Satu pengharapan.
Bukan hanya untuk diri sendiri.
Tetapi untuk insan lain juga.

Ibu Ayahmu, keluargamu,
sahabatmu, teman-temanmu,
adik-adikmu, sudara seIslammu..

Hadiahkanlah al-Fatihah untuk mereka.
Doa yang mudah, namun hikmahnya besar & luas.

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani (1)
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam (2)
Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani (3)
Pemilik kepada hari Pembalasan (4)
KepadaMulah kami menyembah, dan kepadaMu lah kami mohon pertolongan (5)
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus (6)
Jalan orang-orang yang Kau beri nikmat, bukan jalan yang Engkau
murkai, bukan juga jalan orang yang sesat (7)"


:: Ya Allah, ikatlah kasih dalam hati kami kerana Cinta kami kepada-Mu.. al-Fatihah..

Wednesday, November 23, 2011

Jom!

Bicara Hikmah & Senandung Zikir (Sempena Maal Hijrah 1433H)

Bersama Ustaz Syed Abd Kadir al-Jofree, 28 November 2011, Bermula Maghrib.

Bertempat di Masjid Kolej Islam Malaya, Jln Universiti Petaling Jaya (bersebelahan Pusat Asasi UIAM)

Muslimin Muslimat dijemput hadir


Alkisah dewasa~


Bismillahirrahmanirrahim.

Gambar ini sama sekali tiada kaitan dengan entri.
Saya sekadar suka sisi 'sinikal'nya.

Terkenang entri lepas,
soal mahu hidup dengan penuh 'cool'.
Dan benar sekali, kita takkan tahu masa depan.

Nampaknya cabaran demi cabaran.
Kian dekat dan terasa.
Berat tak berat, harus berani untuk berhadapan dengan semuanya.

Saya berhutang banyak.
Pada keluarga.
Bapak yang sedang sakit khasnya.
[Moga Allah memberi tenang buat Bapak dan Emak]
Sahabat yang semakin banyak terasa jauhnya.
Adik-adik yang bakal ditinggalkan nanti.
Rasa bersalah kepada kebanyakan orang.

Saya berfikir banyak.
[sampai pecah kepala; analogi je tu~]
Banyak sampai stress.
Wallahu'alam.

Namun,
Alhamdulillah.
Dia tak pernah tinggalkan saya sendirian.
Sebahagian perkara telah Dia jawabkan.
Tinggal sebahagian lagi.

Alhamdulillah juga.
Allah kurniakan teman pada waktu yang seperlunya.
Yang selalu mendengarkan & mengingatkan.
Alhamdulillah.

Katanya, "Kematangan itu subjektif. Kalau dari segi pemikiran,
awak memang matang, tapi perangai tak pula macam tu."

Oh... -.-"

"Tapi kalau orang lain boleh, awak juga pasti boleh."

.diam.


:: Bakal dimarah...dan percayalah, saya ada masalah dengan 'kemarahan'.

Tuesday, November 15, 2011

Sabar & Yakin~


Bismillahirrahmainirrahim.

Mengingatkan pada niat baik sahabat, atas dasar perjuangan & mujahadah yang a.K.u pilih awal-awal dulu. a.K.u redha.

Nak hidup dengan hati cool dan rilex walaupun banyak kerja. Walaupun banyak cabaran datang bertimpa; luar dan dalam. Haha.

Buat kerja baik, tak perlu pun nak gelabah-gelabah. Kecuali kalau buat salah! Hah! Sendiri mau ingat la kan.

Hidup ini akan sweet, kalau kau nak dia jadi sweet. Tak gitu? Tapi biarlah sweet dengan cara-Nya.

Antara dua perkara, a.K.u nak pilih dua-dua. Tapi hati a.K.u belum tuntas. Belum tegas. Sebab ada bahasa yang tidak menerima. Jadi ada banyak lagi perkara untuk a.K.u nilaikan. Masa depan yang kita takkan tahu tu, bunyinya memang selalu gelap & menakutkan. Tapi InsyaAllah, dengan petunjuk-Nya a.K.u akan suluh dengan berhati-hati. Tidak untuk mendapat yang sempurna, cukup sekadar dapat buat keduanya dengan sempurna. InsyaAllah.

Bak kata Siti Fatimah Mohd. Shahar (nama penuh beb); “Optimis!”
*blink3* [ini mode kelip2 mata banyak kali sampai lenguh]


*******************



REZEKI

Sesungguhnya Allahlah yang memberi rezeki kepada manusia. Tidak kira ia berupa harta, anak-anak, kehendak/ cita-cita yang tercapai atau kebahagiaan; ketenangan. Maka, yakinlah, dimana-mana pun, rezeki itu telah tertulis. Dan sebagai manusia, berusaha untuk mendapat yang terbaik adalah wajar. “What you give, you get back”.

JODOH

Telah tertulis juga, jodoh itu ditangan Allah. Jika tidak di dunia, doalah semoga di syurga. Pesan sahabat, “Jagalah keberkatan sebelum perkahwinan untuk mendapat keberkatan sepanjang perkahwinan.. & sepanjang hidup di akhirat nanti.” Seseorang juga telah berkata, “cepat atau lambat, bukan ukuran bahagia.” Akhir, redha Allah itu juga yang penting.

MAUT

Seorang guru sentiasa berpesan, “Wajib hukumnya mengingatkan orang lain tentang mati. Bukan untuk mereka berasa takut, tetapi untuk kita sama-sama menginsafi diri.” Percayalah, hidup ini tidak lama. Cuba saja bayangkan andai esok jasad kita sudah di kuburan. Akan berlemah lembutkah para malaikat di dalamnya atau sebaliknya? Wallahu’alam. Moga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang soleh dan mati dalam keadaan beriman / husnul khatimah. Ameen.



:: [Hari ini: Hari kantoi sedunia.. Habis la saya.. -.-"]

Monday, November 14, 2011

*Rabitah Hati*

Bismillahirrahmanirrahim.




Ya allah
Hati Ini Telah Bersatu
Berkumpul Di Perut Bumi-Mu
Hati Ini Telah Berpadu
Bersatu Memikul Beban Dakwah-Mu

Ya Allah,
Hati Ini Telah Mengikat Setia
Untuk Mendaulat Untuk Mendokong
Syariat-Mu Di Alam Maya

Maka Ya Allah Eratkanlah Ikatan Yang Ada
Kekalkan Kemesraan Yang Ada
Tunjukkan Jalan Yang Benar
Terangkanlah Dengan Cahaya-Mu
Tiada Malam Terangi Alam-MU
Hidup Suburkanlah Dengan Makrifat-Mu
Tapi Jika Ingin Mematikannya
Matikanlah Sebagai Syuhada
Dalam Perjuangan Menegakkan Agama Mulia

Ameen Ya Rabb..

Friday, November 11, 2011

*Korbang 2.0*

Bismillahirrahmanirrahim.

Ini bukan enrti 11.11.11. Harap maklum. Haha

Ini sedikit dari daging aqiqah 7 bahagian.
Idleen, Izzah, Dhiya & Adik.

Kalau nak tunjuk semua, memang...memang....
Dah macam kedai daging~

Daging mula dipotong kecik-kecil begini bermula dari pagi lagi.
Menjelang zuhur baru habis potong bahagian untuk sate.
Petangnya sampai ke malam, potong daging untuk rendang pulak.
Tabik spring pada Cik Yun (jiran belakang rumah), Kak Tasha & Kak Liza dengan baby dalam perut. Memang gagah lah! \(n_n)/


Ini baru sedikit.

Mujur time ni banyak tangan membantu.

Kak Tasha kata;
"Bukan nak makan sangat pun, tapi saja nak kumpul adik beradik buat aktiviti sama-sama."

Setuju tahap gaban.

Maaf tak dapat letak gambar sate.
Takut korang cemburu.
Hakhakhak~

Dan menu kenduri aqiqah kali ini:
Nasi himpit.
Sate.
Sup tulang.
Rendang daging.
Kuah Lodeh.

*Meriah kaw~~

Babai.


:: Kualiti gambar dari kacamata C1.. Layan~~

Wednesday, November 9, 2011

*Korbang*

Gambar: Abang

Bismillahirrahmanirrahim.

"Biarpun Ismail itulah anak yang ditunggu-tunggu setelah puluhan tahun, Allah menguji kesetiaan Ibrahim yang terpaksa mengenepikan perhubungan kasih sayang yang tabi'ie seorang ayah kepada anaknya. . 'Ya Bunayya' merupakan satu ungkapan yang amat mendalam maknanya. Istilah yang padat dengan kasih sayang. Di tanya kepada Nabi Ismail. Maka Nabi Ismail merelakannya. Demi kepatuhan kepada Allah melebihi segalanya, Nabi Ibrahim memilih keimanan dan keyakinan kepada Allah dan mengorbankan Nabi Ismail. Sifat kepahlawanan [heroic] inilah yang sepatutnya menjadi panduan kita para daie- kekuatan yang mempu mengalahkan runtunan perasaan yang bukan sahaja nafsu tetapi juga tuntutan tabi'ie; kasih sayang yang perlu dikorbankan untuk melaksanakan arahan Allah s.w.t."

-Ust. Sidik Fadzil, 8 Nov 2011, Kajang.

Friday, November 4, 2011

Seksualiti Merdeka?


Bismillahirrahmanirrahim.

Apa saja yang dikisahkan di laman ini saya kira boleh saja memberi tamparan hebat buat sesiapa yang sedar & jelas antara kebenaran & kebatilan. Ini apa yang mereka perjuangkan:
Kami percaya bahawa setiap orang di Malaysia berhak untuk bebas dari diskriminasi, keganasan ataupun gangguan hanya kerana orientasi seksual dan identiti jantina mereka. Kami percaya bahawa kita semua berhak untuk bertanggungjawab terhadap tubuh kita sendiri. Kami percaya setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi, sama ada dia gay, lesbian, biseksual, transgender, heteroseksual, aseksual, pansexual dan sebagainya.
Menilai perbuatan mereka yang menuntut hak 'kesamarataan' yang mereka sendiri tidak fahami, mengingatkan saya kepada kisah Kaum Nabi Luth 1800 tahun sebelum Masihi. Allah berfirman:
“Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah ) tatkala dia berkata kepada mereka: “Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelummu?”. Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melampiaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan: “Usirlah mereka (Luth dan para pengikutnya) dari kotamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri .”
(QS. Al A'raaf, 7: 80-82)







[Sejujurnya saya takut. Saya kehilangan ayat & kata-kata..akan bersambung semula..masih banyak yang perlu dirujuk. InsyaAllah.]

Thursday, November 3, 2011

Muhasabah..

Bismillahirrahmanirrahim.

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

"Tidak menutup seseorang akan keaiban orang lain melainkan Allah akan menutup keaibannya pada hari qiamat".
- (Riwayat Muslim).

Malam ini malam muhasabah bersama. Alhamdulillah. Banyak saya diingatkan hari ini. Banyak kami diingatkan. Secara terang dan halus. Secara hikmah dan telus. Allah Maha Tahu denyut jantung, nadi & hati kami waktu ini. Allah lebih tahu dari apa yang mereka perkatakan.

Allahu.Walaupun bagaimana pun, secara peribadi ada perkara yang tidak perlu untuk dijawab. Ada perkara yang jawapannya akan sampai bila tiba waktunya.

Saya Cuma berdoa panjang. Moga Allah meminjamkan tenang dan kuat kepada kami. Kepada hati-hati kami. Semoga segala amalan kami diterima Allah di akhirat nanti. Ameen.

Tuesday, November 1, 2011

U-Turn~




Berfirman Allah Taala yang bermaksud:

“Wahai anak Adam, janganlah kamu tergolong dalam golongan mereka yang suka melengah-lengahkan taubat dan memanjangkan angan-angan. Janganlah kamu mengharapkan kebahagiaan akhirat tanpa beramal.

Memperkatakan perkataan ahli-ahli ibadah tetapi beramal dengan amalan munafik. Sekiranya tidak memperolehi sesuatu, tidak mahu bersabar.

Menyeru kepada kebaikan tetapi tidak melakukan kebaikan. Mencegah kemungkaran tetapi masih bergelumang dengannya.

Mengasihi orang soleh tetapi tidak mahu bersama golongan mereka. Membenci orang munafik tetapi kamu terdiri dari golongan mereka. Bercakap perkara yang tidak dibuat. Buat apa yang tak disuruh. Meminta ditunaikan (janji-janji Allah) tetapi ia tidak menunaikan (hak-hak-Nya).

Wahai anak Adam, setiap hari yang baru bumi sentiasa menegurmu dengan kata-kata:’Wahai anak Adam, engkau berjalan di permukaanku dan setelah itu engkau akan disimpan ke dalam perutku. Engkau memakan sebanyak yang diinginkan ketika berada di permukaanku kemudian engkau akan dimakan ulat di dalam perutku.

“Wahai anak Adam, setiap hari bumi berkata kepadamu: ‘Wahai anak Adam, aku adalah rumah yang sengsara. Aku ialah rumah yang bakal meninggalkan kamu keseorangan. Aku adalah rumah yang gelap. Aku ialah rumah bagi ular dan kala jengking. Oleh itu makmurkanlah (dengan amal soleh) dan jangan engkau runtuhkan daku.”

(Petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam Al-Ghazali: al-mawa’iz Fil Ahadis Al-Qudsiah)

-U-Turn Ke Jalan Lurus, m/s: 27-28

HOME

I walked across an empty land I knew the pathway like the back of my hand I felt the earth beneath my feet Sat by the river and it made me c...