Wednesday, February 29, 2012

Hujan


Bismillahirrahmanirrahim.

Hujan memang begitu,
Ia takkan tahu teduhnya hati yang menunggu, 
Ya, kain baju aku..
Akhirnya basah kuyup dibawah air yang mencurah laju~ 
Dan hujan
Adalah harapan.. 
Hujan, hantarkan doa aku pada Tuhan.. 
Ilham: Soulship~


:: Alhamdulillah atas rahmat hujan ini Ya Allah.. 

Sunday, February 26, 2012

Hujung minggu di pejabat~


Bismillahirrahmanirrahim. 
Pejabat PKPIM, walau tak semewah mana, paling tidak pun mampu membantu ahli-ahlinya untuk bertugas dengan baik. a.K.u selalu terpanah dengan kata-kata En.Halimi, "Kalau PKPIM ada pejabat besar pun, adakah dakwah akan berkembang di Malaysia.?". Itu tandanya pembanguna manusia lebih penting dari pembangunan material. [Rilek bos, a.K.u takkan request untuk dapat kerusi macamtu. Bai.] 
Kalau Emak tahu a.K.u di pejabat waktu hujung minggu, pasti dia bising. Hehe. Anak degil ni memang tak reti balik kampung agaknya. Tapi a.K.u dah pujuk dan janji pada Emak. a.K.u akan pulang nanti membawa 'hadiah'. 
Sorang-sorang layan Mohram sambil makan Cadbury. Dan berfikir secara matang untuk menyelesaikan kerja yang berserabut dalam kepala. Tapi itu semalam. Semalam sebelum dibincangkan soal keserabutan kepada seorang teman. Dan entah kenapa semua jawapan yang keluar dari mulut dia mencabut segala keserabutan dalam kepala. Macam akar serabut yang ditarik pelan-pelan dari dalam tanah. [TQ geng. Ko memang rocks!] 
Alhamdulillah, hari ini, satu persatu idea bercambah. Seperti melihat dokumentari proses pencambahan pokok tauge di youtube. Dan petang ini, a.K.u harap idea-idea yang bercambah ini tidak tercantas dek kekangan-kekangan yang mungkin mampu untuk dielakkan atau dikurangkan.  
InsyaAllah. 
Chayokkk! \(n_n)/

Saturday, February 25, 2012

Jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman...

Bismillahirrahmanirrahim.

[Meninggalkan bumi UMS]
20 Januari 2012 
Pagi ini subuh seperti biasa pada jam 5.00 pagi. Wahid paling rajin untuk mennganggu tidur semua orang dengan pangilan telefon yang bertalu-talu. Tanda bahawa kami perlu bergegas. Barang-barang perlu di hantar ke depan kolej kediaman untuk dimasukkan ke dalam bas. Dengan pembahagian tugas malam tadi, hanya tiga orang yang akan melakukannya. Saya, Farah dan Amira. Dengan kudrat pagi yang masih awal, dua tiga-kali kami berpatah balik untuk mengngkat barangan yang tidak sedikit. Bas tiba jam 8.00 pagi bersama sukarelawan yang lain. Sepuluh orang semuanya kecuali Wahid yang akan bertolak lewat. 

Usai mengangkat barangan, perjalanan dimulakan dengan doa. Masing-masing di ingatkan untuk menjaga niat dan bersedia secara mental dan fizikal. Perlahan-lahan bas bergerak meninggalkan bumi UMS menuju ke Nabawan. Kali ini kami akan dibawa melalui laluan Banjaran Crocker dan Keningau yangakan mengambil masa empat jam untuk sampai ke Nabawan. Itu yang dijanjikan oleh pemandu bas. 

 [Farah, Myzra, Amira & Azimah]

Dalam perjalanan, kami singgah sebentar di Crocker Ranger Park Station untuk ke tandas dan mengambil gambar. Perjalanan diteruskan semula ke Keningau. Di Keningau kami mengambil peluang untuk membeli barangan masakan (barangan basah) seperti telur dan sayur-sayuran. Sementara Ramzy dan Yasir bersoalat Jumaat di Masjid Ar-Rahim, Keningau. Perjalanan diteruskan setelah kami makan tengahari.

[Menunggu pemandu bas di Keningau]

Kami tiba di Kampung Pandiwan lebih kurang jam 4.30 petang. Di kampung ini, kami di maklumkan bahawa di sini terdapat lebih kurang 27 keluarga Islam (muallaf) yang rata-rata masih bertatih dalam soal memahami Islam dan dalam ibadah. Sasaran program ini adalah kepada tiga golongan iaitu kanak-kanak, remaja dan belia. Semua sukarelawan dibahagaikan kepada tiga kumpulan tersebut yang dipisahkan antara lelaki dan perempuan. Tiga tumpuan utama pengisian program kali ini berkisar soal ‘aqidah, solat dan bersuci. Manakala pengisian tambahan seperti pengurusan jenazah dan sembelihan diberikan kerana mengambil kira latar masyarakat yang masih mengamalkan adat lama yang tidak berlandas syariat dalam hal pengurusan jenazah dan masih keliru dalam soal penyembelihan binatang secara Islam.

[Taklimat program oleh Ramzy selaku pengarah program]

Selesai mengangkat alatan, kami bersolat Asar di surau bersama orang kampung. Setelah itu, sukarelawan berkenal-kenalan dengan orang-orang kampung. Selepas marghrib, sesi taklimat dan taaruf diadakan di surau. Sebahagian sukarelawan menguruskan makanan dan persediaan makan malam di dapur yang dibina sementara bersebelahan surau. Usai bersolat Isya’, kami makan malam bersama orang-orang kampung dan sesi diteruskan lagi dengan agenda berkumpulan. Setiap sukarelawan yang telah diberikan tugasan bagi setiap peringkat umur berkumpul dalam kumpulan masing-masing bagi membincangkan tentang persoalan aqidah Islam.

[Walaupun ada Makcik-Makcik, tapi ini usrah untuk remaja]


Bersambung....

Friday, February 24, 2012

Dia yang bernama wanita..

 [Anak & cucu Mak Cik Suria]

Bismillahirrahmanirrahim.
Dia mulai muncul saat awal kami tiba di Surau Raudhah, Nabawan. Mak Cik itu bersama anak-anak dan cucu-cucunya duduk di anjung surau menantikan kami dengan sabar. Dalam usrah, dia yang paling banyak diam. Memandagi saya dengan mata yang berkata-kata dan senyum yang tidak pernah lekang. Saat Mak Cik Jinita meminta diadakan sesi belajar Al-Qur'an, angguknya laju penuh harapan. Masih juga dengan senyuman itu.  
Setiap pagi, Mak Cik Suria akan hadir paling awal. Bersama anak-anak dan cucu-cucunya yang comel-comel itu. Bersama Mak Cik Siti, dengan segan-segan dia membantu di dapur. Takut-takut terganggu kami yang mengurus. Tanpa dia tahu bantuan itu terlalu besar ertinya pada kami. 
Sepanjang program, matanya tidak pernah berhenti dari bercerita, dan senymnya tidak pernah kurang manisnya. Waktu usrah, dia antara yang peling tekun menelaah. Mengulang-ngulang baca Al-Fatihah. Mencuba untuk membaca dan menghafalnya dengan baik. Waktu-waktu begitu, hati saya hanya mampu berdoa, moga ibu-ibu ini akan terus punyai peluang untuk belajar dan mencintai Tuhan sepenuh jiwa.
Sewaktu mahu pulang, genggaman tangan Mak Cik Suria seakan sampai ke hati. Genggam dan dakap yang penuh harap agar kami datang lagi. Seolah ada suara kecil membisikkan, 'kami akan menanti kalian datang kembali'. 
InsyaAllah Mak Cik..
InsyaAllah..


:: Smiling and crying~

Thursday, February 23, 2012

Dari "Penulis yang disayangi Tuhan"


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t.
[sila senyum/sengih]
Sepenuh hati saya menbaca buku ini. Hadiah dari orang kesayangan. Biar diajar penuh dengan cinta. Ia bukan tentang hubungan manusia sesama manusia sahaja. Malah antara manusia dan Tuhan.

Sahabat saya punya hipotesis bahawa manusia itu sikapnya akan dipengaruhi dengan apa yang dia baca. Dengan kata lain, kalau suka baca novel jiwang karat, jiwang karat la jadinya.. Sebahagiannya mungkin benar. Tapi ada waktu-waktunya, ia tidak. 
Sebagai manusia yang punya akal, kebanyakan mereka memilih. Malah sebenarnya pemilihan itu juga banyak dipandu pengalaman.

Dalam pembacaan, semakin dekat kisah atau cerita itu dengan pengalaman sendiri, semakin mudah penerimaan individu terhadap sikap yang ditonjolkan dalam kisah tersebut.
InsyaAllah. 
Babai. :)

Wednesday, February 22, 2012

Berapa?


 Bismillahirrahmanirrahim.

Duduk tepi sungai sorang-sorang.
Macam tunggul kayu.
Diam membisu.
Apa yang kau tahu?
Apa yang kau mahu?
Apa yang kau belum tahu dan mahu?

Perjuanganmu.
Berapa banyak kau tanyakan apa itu perjuanganmu?
Berapa banyak kali kau tanyakan pada diri benar-salah perjuanganmu?
Berapa juta kali kau kata pada diri untuk tinggalkan perjuanganmu ini?
Berapa banyak kali kau mengalah...sebelum berjuang..

Pandang kanan-kiri.
Tenggelam kepala sampai dasar.
Tahan nafas.
Fikir dalam-dalam lagi.
"Rabb yang Maha Pemurah yang telah mengajarkan Al-Qur’an. Dia telah menciptakan manusia. Mengajarnya pandai berbicara. matahari dan bulan beredar menurut perhitungan. Dan tumbuh-tumbuhan dan pohon-pohonan kedua-duanya tunduk kepada Nya. Dan Allah telah meninggikan langit dan Dia meletakkan neraca (keadilan). Dan Allah telah meratakan bumi untuk makhluk(Nya). Maka Nikmat Rabb kamu yang manakah yang akan kau dustakan lagi?"
(QS.Ar-Rahman)

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari Jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." (Surah Al-A'raf:17)

Berapa banyak kali engkau khianat dengan diri?
Dengan Tuhan...



Pic by Aina Azizan (KLMU)

Tuesday, February 21, 2012

*Pearl~

 Bismillahirrahmanirrahim

If you wish for a pearl
You must leave the desert
And wander by the sea;
And even if you never find
The gleaming pearl, at least
You won't have failed to reach the water
~ Hakim Sanai, Hadiqat al-Haqiqa (The Walled Garden of Truth)

Thursday, February 16, 2012

'Saat Bertemu V'

Bismillahirrahmanirrahim.


 SAAT BERTEMU V..
Sesekali bertemu
apa salahnya
bertanya khabar
suka dan duka
semanis gula
seindah inderaloka...
atau
tika sua tersapa
puteri memalingkan muka?


Alang Rateh
Pulau Pinang, 7-03-2005

:: Terima Kasih Arina. :)

Sunday, February 12, 2012

*Cari tanah*

Bismillahirrahmanirrahim.

"Kakak mau 'cari tanah' di Sabah."
"Isk, susah itu Kakak."
"Kenapa?"
"Susah mau diuruskan nanti tu bha."
"Alah, apa salahnya. Jarak je kan."
"Iya lah, tapi kan nanti susah mau selalu ke sana, ke mari lagi."
"Untuk dakwah, ndak apa-apa bha.."
"Hmm...Tinggi itu Kakak..."
*senyum*

Thursday, February 9, 2012

*Kita

Bismillahirrahmanirrahim.


Ustazah Nurliza ada pesan-pesan pada kita. Segala apa yang manusia sebutkan di dunia ini adalah lagha. Dan bagaimana untuk tidak menjadikan apa yang kita sebutkan sepanjang hidup ini lagha adalah dengan cara menyebutkan nama Allah sebelum kita berkata –kata.

Contohnya, kebanyakan orang akan menyebut “Handsomenya dia”. Tapi Ustazah ajarkan kita untuk menyebut “Subahanallah handsomnya Aeron Aziz”. Hah, kah dah tak lagha tu. Tapi itu contoh je la. Kita tak puji pun Aeron Aziz tu handsome. Sungguh.

Rupanya kita dah lama tak update blog. (seminggu tu dikira lama la ye kan?). Kita rasa hidup kita terlalu laju untuk dicatatkan segala macam pengembaraan yang telah kita lalui sepanjang beberapa bulan ni. Travelog Nabawan pun, baru kita dapat siapkan siri satu. Ada empat belas siri lagi kita kena siapkan. Eh, maaf. Tipu je tu. Tak solehah pulak. Ehem. Ada tiga siri je yang kita rancang sebenarnya. Hehe. Yang lain-lain tu belum lagi termasuk kembara Kuala Kangsar, Melaka, Johor, Kembara Ilmu bersama adik-adik SISMA dan lain-lain lagi. Yang juga kita tak pernah rancang untuk tulis. Eheh~

Buat pengetahuan kawan-kawan, kita bukan kesana sini untuk cuti-cuti Malaysia, tetapi untuk bekerja sambil berjalan satu Malaysia. Wah3.. Kita suka nak sebut perkara ni sebagai ‘penat yang berbaloi’. Alhamdulillah.

Sweet pulak rasanya entri gedik kita hari ini. Hik..hik..hik..
Sampai bertemu lagi dalam entri gedik yang akan datang~ Babai..
Assalamualaikum..

Wednesday, February 1, 2012

Sesuatu Nan Indah~

Bismillahirrahmanirrahim.


 Sungguh-sungguh saya kata.
Langit Nabawan memang indah.


Travelog Nabawan 
Muqaddimah 
Sebulan lalu saya dihubungi oleh adik-adik Siswazah Muda ABIM Sabah (SISMA) untuk sama-sama menyertai Program Iqra’ anjuran mereka di Kampung Pandiwan, Nabawan, Sabah. Mewakili PKPIM saya kira penyertaan saya bukan sekadar memenuhi tempat, tetapi ia lebih lagi dari itu. Malah sebenarnya perbincangan mengenai program ini telah pun bermula sejak kehadiran saya ke Sabah untuk Program Seminar Pemerkasaan Mahasiswa, November lalu. Secara teknikalnya, itulah asbab kecil kenapa saya yang dipilih mewakili PKPIM. Namun, segalanya adalah rencana Allah. Saya yakin ada asbab yang lebih besar apabila Allah mentakdirkan keterlibatan saya dalam program ini. Saya sedang mencari. 
Pra-Program 
Seminggu sebelum program saya masih bertungkus-lumus di pejabat bersama sahabat-sabahat PKPIM menyiapkan tugasan untuk Mesyuarat Selari dan Majlis Kebangsaan Pelajar Islam. Antara agenda penting dalam gerak kerja PKPIM. Alhamdulillah, setelah selesai kedua program tersebut, saya sempat membuat beberapa persiapan mental sebelum terbang ke Sabah. Malah, saya amat berterima kasih kepada sahabat-sahabat yang banyak menyumbang idea dan cadangan aktiviti untuk membantu saya melaksanakan tanggungjawab di sana nanti.
17 Februari 2012 
Saya terbang ke Sabah dengan penerbangan MAS yang telah ditempah sejak sebulan yang lalu. Meninggalkan bumi semenanjung dengan sedikit amanah yang tidak selesai agak merunsingkan. Mujur sahabat-sahabat yang di tinggalkan cukup memahami dan sangat banyak membantu. Terima kasih. Alhamdulillah. Tak lupa juga untuk saya ucapkan terima kasih kepada Arina yang menemani saya ke KL Sentral dan Pakcik teksi yang menghadiahkan saya pen untuk saya menulis travelog ini. Moga Allah merahmati kehidupan mereka. Amen. 
Saya tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu lebih kurang jam 10.30 malam. Sempat menunaikan solat Marghrib dan Isya secara jamak takhir di surau yang disediakan sementara menunggu ketibaan adik-adik SISMA. Farahwahid, Amira dan Ramzy tiba tidak lama selepas saya selesai bersolat. Saya terus dibawa ke kampus Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk berehat. Di Kampung E (kolej kediaman), UMS saya bertemu dengan adik-adik SISMA yang lain; Azimah, Myzra dan Najwa.
Rabu, 18 Februari 2012
Aktiviti hari ini adalah membeli belah barangan keperluan untuk sepanjang program di Nabawan nanti. Saya, Amira dan Shazzny singgah di pejabat ABIM Sabah di sambulan sebelum menghabiskan sepanjang petang mengelilingi Kota Kinabalu untuk membeli makanan mentah untuk program. Mengikut perancangan, pada hari ketiga program akan diadakan ‘kenduri’ bersama semua penduduk kampung. Oleh itu bahan makanan mentah yang dibeli banyak bedasarkan permintaan dari penduduk kampung sendiri. Bantuan dana dari UMS sangat banyak membantu. Apatah lagi program ini merupakan program kerjasama antara SISMA dan Majlis Perwakilan pelajar (MPP), UMS. 

Khamis, 19 Februari 2012
Aktiviti pagi ini masih lagi untuk membeli barangan keperluan sepanjang program. Meronda di sekitar Kota Kinabalu dari kedai ke kedai, ada penat yang berbaloi.  Petangnya kami sempat berusrah bersama YDP ABIM Sabah, Dr. Abdullah Bade di pejabat beliau di UMS. Di sini saya bertemu sahabat-sahabat SISMA yang lain; Yasir dan Wahid. Pesan Dr. Abdullah:
“Jangan risau. Islam ini bukan agama siapa-siapa. Bukan agama kamu..kamu atau kamu.. Islam ini agama Allah. Allah tahu apa yang terbaik untuk agama-Nya. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita yang mahu membantu agama-Nya. Allah akan bantu kita. Allah sudah pun membantu sebenarnya. Yang penting yakin dan ikhlas.” 
Semacam satu suntikan semangat untuk menjalankan program Iqra’ pada esok hari. Sempat juga kami makan malam bersama selepas usrah dan menyiapkan peralatan teknikal di pejabat MPP UMS sehingga pagi. Moga Allah memelihara kami sepanjang perjalanan ke Nabawan esok. Ameen. 

Bersambung…

HOME

I walked across an empty land I knew the pathway like the back of my hand I felt the earth beneath my feet Sat by the river and it made me c...