Friday, June 26, 2009

10 Muwassafat Tarbiyah


10 Muwassafat Tarbiyah
www.iLuvIslam.com
Aufa_Risya
editor : IskethaykaL


Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan daripada manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang da’ie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna. Sifat-sifat yang perlu ada pada diri ialah:

1) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:

"Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan."

Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan atau minum suatu yang boleh dan diketahui merosakkan badan.

2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw. Telah dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang da’ie iaitu bersifat sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.

3) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)

Seorang da’ie perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis serta ulama’ yang thiqah. Pesan Imam Banna:

"Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi."

Selain itu, seorang da’ie perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, sentiasa mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

4) Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)

Seorang da’ie walaupun kaya, perlu bekerja. Dia juga tidak boleh terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan. Dalam keadaan tertentu, meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan yang diterima. Selain itu, dia hendaklah sentiasa melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan). Dalam soal kewangan, menjauhi riba dalam semua lapangan, menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran dan memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.

5) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

Seorang da’ie semestinya redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Sentiasalah muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. Di samping itu, jangan dilupakan tugas menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

6) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)

Seorang da’ie perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya, perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram dan tidak melampau atau berkurang (pertengahan) atau dengan kata lainnya bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupannya.

7) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)

Seorang da’ie perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam di samping tidak menghiraukan apa orang lain kata dalam mempraktikkan Islam yang sebenarnya. Perlulah diingatkan bahawa dai'e mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.


8) Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)

Sentiasa beringat bahawa waktu, nilainya lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula. Mengimbau kembali sejarah di zaman dahulu, para sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.

9) Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)

Untuk manfaatkan waktu dengan baik, maka timbulnya keperluan kepada penyusunan dalam segala urusan. Gunakanlah segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

10) Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)

Da'ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain. Da'ie adalah penggerak kepada dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup dan terkuburnya Islam bergantung kepada da’ie. Amal Islam seorang da’ie ialah untuk menyelamatkan orang lain daripada kesesatan. Da'ie akan sentiasa merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

Tranformers : Revenge of the Fallen

Date: 25 june 2009
Time 5 - 7 pm
Venue: KLCC
~Abg Fat, Kak Tasha, Izun, a.K.u
(Luna ditinggal kat umah umi...haha)


Monday, June 22, 2009

Perjalanan Kehidupan...

Latihan kehidupan

a.K.u baru sahaja habis latihan praktikal di IQ Class Management minggu lalu. Sebulan dalam latihan, terlalu banyak perkara untuk dikongsikan. Belajar mengenali diri, peribadi dan persekitaran. Pagi tadi, secara rasminya a.K.u telah selesai dengan penghantaran laporan dan 'presentation' tentang pengalaman sepanjang latihan practikal ini.

"Presentation"

Pada mulanya, a.K.u sangat kuatir dengan persembahanku. Hingga Mdm. sendiri menegur, "You look pale, are you nervous?". "Of course!" a.K.u jawab dalam hati. Hakikatnya a.K.u senyum je. Hehe.

Nama dipilih secara rawak, jadi bertambahlah 'ketakutan' yang tak bertempat dalam hati. NAmun yang pertama & kedua, bukanlah a.K.u. a.K.u menjadi pembentang ketiga atas pilihan Abg. Technician yang merekod prebentangan kami sepanjang pagi tadi.

Pembentang pertama, sahabat a.K.u, Najwa. Praktikal di Pejabat SUK2 Negeri Kelantan *menarik*. ~a.K.u mendengar dengan penuh minat~Kedua-Kamil. Praktikal di NSC (National Science Centre). ~Pusat Sains Negara~

Semasa ke-2-2 perbentangan berlangsung, tiba tiba a.K.u dapat merasakan satu tenaga 'semangat' mengalir dalam diri. *cewah*. Semangat untuk buat yang terbaik dalam perbentangan kali ini. Dan hasilnya, alhamdulillah. a.K.u berjaya 'berlakon' sebagai seorang yang sangat 'excited' *mmg tgh excited pon time tu*, bercerita & membentang pengalaman2 sepanjang latihan.
~Keputusanya, a.K.u berpuas hati dengan diri sendiri hari ini, Alhamdulillah.

Tekanan

Dalam usaha untuk mencapai sesuatu dalam kehidupan, tekanan pasti ada. Itulah yang a.K.u alami sepanjang bulan ini.

Nota diatas adalah salah satu perkara yang menggambarkan tekanan tersebut. Siapa tahu dalam usaha kita menegakkan yang hak, kita diajukan semula tuduhan tentang apa yang kita perjuangkan. Dan ia benar2 terjadi dalam hidup a.K.u!

~Alhamdulillah, itu satu peringatan~

Penjelasan

Ada kalanya, penjelasan itu perlu. Namun bila penjelasan tidak diendahkan, lebih baik berdiam diri. Benar? ~a.K.u pon tak tahu apa point a.K.u kat sini. Haha.


Ulat Buku vs Ulat Bulu


Petang tadi a.K.u ke JJ (Jaya Jusco) Wangsa Maju bersama Shahkirah (Mentor EMAS). Sempat singgah di MPH & beli buku. *Dah lama tak beli buku*. "Mikhail" by Ramlee Awang Murshid. Baru habis baca bab 1. Akan a.K.u publish entri tentang ini kemudian nanti.

~Salah satu cara terbaik menghabiskan duit yang ada-memanjakan diri dengan minat yang ada *n_n*~

Gamba tipu...haha

Ulat bulu? Benar, a.K.u diserang ulat bulu semasa di Dusun Eco Resort *hutan* minggu lalu. Habis mukaku gatal-gatal. *Ingat senang ke nak jaga muka ni?*. Kena la jaga leklok untuk kenduri bulan 7 ni...Hmm... =(

Hmmm...

Sebenarnya, banyak lagi yang mahu dikongsikan. Tapi kang *termuntah* lak orang-orang yang baca blog ni *kalau ada yang baca*. Apapun, salam kejayaan untuk semua. Chayok2!




Fat's wedding....


Sila klik disini untuk kisah yang lebih panjang.
*Malas nk menulis..hoho*

Wednesday, June 10, 2009

~Pilihan Hati~ Cinta Hakiki




Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci
Telah lama cinta tersasar
Dari cinta hakiki

Kerna sekian lamanya
Manusia dibuai cinta nafsu
Kita sering menyangka
Cinta manusia itu yang sejati

Namun lupakah kita
Cinta nafsu selalu mengecewakan
Sering berubah tidak menentu
Seperti pantai dipukul ombak

Cintakan Allah cinta sebenarnya
Itulah cinta yang sejati
Kasihlah sesama manusia
Kerna cinta yang hakiki
Hanya untuk Tuhan Yang Esa

Cintakan Allah tiada kecewa
Engkaukan tenang di waktu susah
Kembalilah kepada Tuhan
Dia kan tetap menanti

Kehadiran hambaNya
Yang sebenar pasrah
Cinta kasih sayangNya tidak bertepi

Raihan

Tuesday, June 9, 2009

~Hari Lahir

Bulan Jun ni, ramai sahabat-sahabat dan adik-adik a.K.u yang bakal menyambut hari kelahiran mereka. Termasuklah abangku sendiri. Minggu ni juga, tarikh keramat untuk A.Fat yang bakal melangsungkan majlis pernikahanya pada 11 Jun ini di Kelantan.

Apapun, a.K.u mahu ucapkan SELAMAT HARI LAHIR kepada insan-insan dibawah ni.

Abang (18 Jun): Moga mendapat cahaya mata yang sihat-sihat belaka. Sian k.Lizaku itu...huhu.
Yun (Khairul Bariyah Rauf : 12 Jun) : Elok-elok di perantauan. Doaku agar tercapai impian & cita-citamu. Jangan nakal-nakal.
Hajar (12 Jun juga) : Jaga diri dik. Bila agaknya nak balik? Windu da ni....huuu...
Asyrani (12 Jun juga) : Thankz 4 everything!
Si Epah (9 Jun) : Teruskan perjuangan, biar dimana sahaja kau berada...
Syah (15 Jun) : All da best 4 everything. Moga bertemu kehidupan yang diimpikan. InsyaAllah.

"Moga kalian peroleh yang terbaik dalam kehidupan".

Salam sayang...

Friday, June 5, 2009

~Seminggu...pengalaman vs pengajaran...

Rasanya tak pernah lagi a.K.u post entri tentang latihan praktikal a.K.u disini. Semeangnya tak ada apa yang dapat dikongsikan sebelum ini. Namun, seminggu ini penuh dengan pengalaman-pengalaman menarik dari program-program yang penuh dalam jadual. Memang dah awal-awal lagi kelendar kat opis ni penuh untuk bulan 6, sementara bulan Mei yang lepas, langsung tak ada program. Tapi yang peliknya, tak lah penat sangat. Walaupun dah naik turun bukit/gunung. Mungkin sebab banyak sangat sampai dah lali rasa penat. Huhu.

SK Taman Segar

Yang terawal a.K.u kena ikut, ceramah di SK Taman Segar (Tak ingat katne). Time ni kena wat SWOT penceramah je. Tapi petang tu kena siapkan invois dan resit untuk 2 program. Sangat rush sebab bos tak dapat masuk ofis. Di sebabkan rush tu lah sampai tersilap buat. "Lain kali check dulu semua elok-elok. Camni kan dah susah nak datang balik sekolah ni untuk bagi resit". "Dush"! terkena sebijik dari supervisor. "Baikkk", Tu je lah yang a.K.u mampu jawab sambil tunjuk muka seposen. Huhu.

(Pengajaran pertama-teliti / fokus)

Ceramah ni untuk muhasabah & modul yang dibawa bertajuk "Motivasi C.I.N.T.A". Tertanya-tanya cikgu-cikgu kat situ tentang kaitan antara muhasabah & cinta. Emm..apa pendapat anda?

Balik dari ceramah tu, baru faham masalah sebenar sektor pendidikan sekarang ni. Bukan silap ibu mengandung. Kadang-kala sikap guru yang membuatkan pelajar tidak dapat berubah. Mana mungkin dalam masa 2 jam ceramah dapat merubah minda & sikap pelajar jika guru sendiri tidak memberi sokongan sepatutnya pada pelajar.

(Pengajaran Kedua-fahami situasi)

SMK Seri Tasek

Kem Ibadah SMK Seri Tasek (Siri 2), a.K.u ditugaskan menjadi ketua fasilitator bagi program sehari ini. Sasaran pelajar Tingkatan 1 & seramai 58 orang 'berjaya' dikumpulkan. (Bukan mudah nak suruh peserta-peserta ni datang). Untuk siri kedua ini lebih menyentuk kepada topik 'Bersuci, Wuduk dan Mandi Hadas'.

(Pengajaran ketiga-bukan mudah melentur buluh...)

Namun buluh muda ini, agak mudah sedikit. Alhamdulillah. Harapnya usaha yang sedikit ini mampu memberi impak positif buat buluh-buluh muda ini menjadi insah yang lebih baik.

Antara acara yang menarik minat mereka adalah-explorace. Semua mahu menang. Namun hadiah bukan segala-galanya kerana akhirnya, kami (Fasilitator) yang menang. Hehe.

Kembali kepada isu guru tadi, hanya segelintir sahaja guru yang berminat untk menjalankan tanggungjawab melentur. Manakan tidak, cerita Ustazah, setiap hari dia terpaksa mengetuk pintu setiap kelas untk mengajak pelajar-pelajar Islam disini untuk Solat Zuhur.

Usahanya mungkin nampak sedikit, namun InsyaAllah, tinggi nilaianya disisi Allah.

(Pengajaran keempat-usaha itu tanggungjawab, hasil itu hadiah)

Kem Survival EMAS

Kem ni tidaklah termasuk dalam siri latihan praktikal a.K.u. tapi tanggungjawab tetap tanggungjawab. Kegagalan melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya itulah yang membuatkan a.K.u bisu.

Menghabiskan masa dengan adik-adik & menghayati sepenuhnya kehidupan bersama mereka, sangat memuaskan hati. Terubat segalanya.

(Pengajaran kelima-hayati apa yang kau cintai)


SK Convent (Untuk Guru)

Ceramah Komunikasi dan Perundingan untuk guru-guru di sini, menampakkan lagi kelemahan sistem pendidikan di Malaysia. Tugas guru untuk mengajar, sungguh jelas dipikul. Namun tugas utama mendidik, tidak semua mampu menjalankan amanah sebaikmya.

(Pengajaran keenam-
Mengajar untuk memberitahu.
Mendidik untuk memberi faham. )

Kem Hijrah Ilmu

Program budak baik. Inilah kali pertama berprogram dengan peserta yang sangat baik & bijak. Tak perlu di suruh diam, sudah tahu untuk diam. Tak perlu di suruh berzikir sebelum solat, sudah tahu sendiri. Tahu & faham apa itu hormat, sentiasa mahu belajar walaupu bangun seawal 5 pagi & tidur selewat 1 pagi. Sanggup bersengkang mata menghafal ayat-ayat hafazan pada hari kedua program. (Maaf, janjiku tak tertunai). Saat aku mendekat, ada sahaja persoalan diajukan. Itu & ini. Berebut mahu di tasmi'. Mahu juga menjawab soalanku. Mahu buat latihan. Sungguh, a.K.u belajar banyak dari kalian.



(Pengajaran ketujuh- Hidup ini tentang peluang)

Ini lagu kita...

Demi Matahari

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila dia mengiringi
Demi siang hari apabila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi
Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila dia mengiringi
Demi siang hari apabila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi
Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah Subhanallah
Allah Subhanallah

Allah Subhanallah
Allah Subhanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikannya
Merugi bagi yang mengotorinya

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikannya
Merugi bagi yang mengotorinya

Subhanallah

by : Snada

Seikhlasnya, banyak lagi pengajaran & pengalaman penting yang berjaya dikutip...namun, tunggu saja saat yang lain untuk di ukir disini...

Salam sayang untuk semua...InsyaAllah...

“Tangungjawab yang ada lebih banyak dari masa yang ada”

“Tangungjawab yang ada lebih banyak dari masa yang ada”


Ungkapan yang diucapkan As-Syahid Imam Hasan Al-Banna di atas jelas menggambarkan begitu beratnya amanah dan tangungjawab yang terpikul dibahu kita dalam konteks mahasiswa. Antara tangugngjawab dan amanah, dua konatasi yang tidak jauh perbezaan serta tidak terlihat apakah sebenarnya kontradaksi antara keduanya.


Mahasiswa adalah golongan yang paling bernilai kepada negara. Golongan yang begitu penting kepada agama dan masyarakat. Mahasiswa adalah begitu sinonim dengan pemuda. Pemuda itu gagah tenaganya begitu juga mahasiswa. Pemuda itu intelek pemikiranya, teguh idealismanya begitu juga mahasiswa. Pemuda itu kuat tenaganya begitu juga mahasiswa. Pemuda itu kuat inginnya begitu juga mahasiswa. Pemuda itu jelas matlamatnya begitu juga mahasiswa. Jelas disini begitu pentingnya golongan mahasiswa.


“Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada tuhan mereka,dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk” Al-Kahfi:13


Impian dan cita-cita akan berjaya dengan wujudnya keyakinan yang kuat, wujudnya keikhlasan, semangat yang sentiasa membara bersamanya serta sedia bekorban dan berusaha untuk merealisasikanya.


As-Syahid Imam Hasan Al-Banna menyatakan terdapat empat asas penting kepda mahasiswa iaitu:

a) Keimanan

b) Keikhlasan

c) Semangat

d) Usaha


Asas keimanan ialah hati yang bersih, asas keikhlasan ialah jiwa yang suci, asas semangat ialah keinginan yang kuat, asas usaha ialah keazaman yang membara. Semua sifat ini ada sifat yang wajib ada kepada mahasiswa. Atas dasar ini dapat dilihat betapa peri pentingnya pemuda sebagai golongan yang yang tinggi idealisma dan aktivisima berperanan penting dalam perubahan kepada masyarakat khususnya dalam konteks universiti yang tercinta ini.


Kecintaan Mahasiswa Kepada Ilmu


Antara amanah dan tanggungjawab. Dengan hasrat memajukan agama dan bangsa. Dalam kita melaung-laungkan kemajuan dari sudut fizikal, material dan yang penting yakni akal budi. Rupanya kita ini jauh benar ketinggalannya. Meskipun pesatnya dibina universiti, kolej universiti dan kolej-kolej. Namun masyarakat mahasiswa adalah gagal membudayakan kecintaan kepada ilmu. Jelas dalam wilayah autoriti kita sejauh mana mahasiswa membudayakan amalan membaca sebagai sahabat akrab.


Seorang sarjana futuris, Tofler (powershift -1991) telah turut mengakui bahawa penguasaan ilmu dan maklumat adalah satu-satunya senjata dekad ini yang akan mendominasikan pengusaan mana–mana masyarakat tamadun. Keupayaan mengekplositasi dan penguasaan maklumat akan menentukan keunggulan dalam menguasai kuasa politik, ekonomi, kewangan, militari dan segenap bidang dalam kehidupan manusia sejagat ini.


Penguasaan ilmu dan maklumat menjadi lebih penting kepada masyarakat amnya dan mahasiswa khususnya ketika era ini yang dicengkam dengan arus sejagat atau apa yang di sebut globalisasi. Dalam arus globalisasi ini di mana kapitalisma mencengkam dunia adalah kita melihat bagaimana yang kaya akan mengusai si miskin, bahkan yang lebih kaya akan membaham yang kaya. Yang laju akan meninggalkan yang perlahan. Yang lebih laju akan lantas merempuh apa sahaja yang di hadapan.


Jelas di sini mahasiswa perlu sedar, mahasiswa perlu mempersiapkan diri dengan kantungan ilmu yang penuh di dada. Mahasiswa perlu bangun tidak lagi alpa. Sangat sedih apabila semangat juang makin pudar dari jiwa mahasiswa. Tidak kedengaran nada-nada pengharapan kepada mahasiswa daripada masyarakat. Andai dahulunya mahasiswa ini adalah agen perubah masyarakat kini tidak lagi. Masyarakat sangat hampa pada kita. Kedangkalan dan kegagalan kita dalam mengusai ilmu sangat menyedihkan. Universiti sebagai pusat kecermerlangan ilmu tidak lagi dapat dimanafaatkan oleh mahasiswa.


Keutamaan Mahasiswa


Umat diluar sana sedang diserang musuh, umat disana sedang dilanggar musuh. Mengapa kita mahasiswa masih leka dan alpa dengan pesona kelalaian. Akedemi fantasia, Malaysian idol dan beberapa program lain yang sejelek dengannya menjadi kegilaan muda-mudi masa kini. Terjebak dengan kancah kegilaan ini juga adalah mahasiswa yang kononnya mendabik dada sebagai golongan yang sebenarnya kulit tanpa isi, kulit berisi hampas. Tanpa kita sedar bahawa gejala hendonisme ini adalah bukan menyuburkan kejernihan intelektualisma tetapi terus menyuburkan gejala kebodohan. Mahukah nilai begini yuang terus dilabelkan pada mahasiswa? Hanya mahasiswa sendiri yang akan dapat mengubah persepsi yang jelas negatif ini.


Ayuh mahasiswa, bangun dan bersemangatlah. Mari kita kembalikan budaya kecintaan kepada ilmu. Mari kita sepadukan kecintaan total dan keutamaan yang utama kepada penguasaan ilmu. Seiring hasrat membangunkan negara. Dari segi material dan pembangunan insan. Hanya ilmu adalah senjata yang paling ampuh untuk membela agama, bangsa dan negara Malaysia yang tercinta ini. Jangan dibiarkan negara ini dijajah sekali lagi. Atas dasar kedaifan kita dalam penguasaan ilmu.


Keutamaan penguasaan ilmu tidak dapat dinafikan peri pentingnya. Acapakali kita mendengar betapa pentingnya ilmu. Dengan keilmuan kita dapat merubah segala. Sehingganya surah pertama juga adalah bermula dengan “Bacalah”.


Angin Perubahan


Marilah kita berubah. Kita perlu berubah untuk merubah. Jangan lagi kita memperbiarkan nama-nama kita terus di conteng-conteng, di carik-carik lagi. Di samping perjuang terus di semarakkan. Keutamaan kecintaan ilmu jang diletakkan di kesampingan. Dengan pengusaan ilmu, kita akan lebih dinamik, progresif dan proaktif serta responsif dengan keadaan semasa.. Jangan ditunggu esok. Bermulalah hari ini. Umat di luar sana menangis melihat kecurangan kita membelakangkan tanggung jawab kita sebagai mahasiswa dan kealpaan dan kelalaian kita sebagai menjalankan amanah sebagai hamba tuhan.


Faris_Ahlamiyy

portal ukhwah

Sudut Pandang Kehidupan~


Nilai Hidup

'Nilai Hidup' manusia berbeza-beza bergantung kepada budaya (kebiasaan) kehidupan mereka. Bukankah budaya itu juga satu nilai? Dalam bahasa Inggeris disebut 'value'. 'Life is about oppourtunity', hidup ini adalah tentang peluang. Ini yang selalu disebutkan oleh pensyarah di dewan kuliah sosiologi. Dengan peluang yang berbeza, manusia mendapat nilai atau 'value' yang berbeza.

Demikianlah bagi seseorang yang kaya, lebih banyak kehendak & keperluanya akan tercapai. Namun bagi yang miskin, peluangnya terbatas. Lalu, nilai hidup baginya juga berbeza.

Motivasi C.I.N.T.A

Seorang guru bertanya, "Apa kaitan slot muhasabah ni dengan cinta?"

Bukan mudah untuk menjelaskan sesuatu perkara benar yang tidak dibiasakan dalam pemikiran. Hingga 'membenarkan perkara yang biasa tetapi sebenarnya salah'.

Memotivasikan diri dengan rasa CINTA, biarpun pada dunia, ia masih lagi satu bentuk motivasi positif dimana manusia akan terdorong melakukan yang terbaik untuk apa yang mereka cintai dan sayangi.

Ibadah & Da'wah

Sejauh mana pengelibatan kita dalam da'wah dapat membantu masyarakat sekeliling? Cukupkah apa yang kita telah beri selama ini? Sekadar renungan untuk da'ie.



HOME

I walked across an empty land I knew the pathway like the back of my hand I felt the earth beneath my feet Sat by the river and it made me c...