
Saturday, August 30, 2008
Kelaparan atau Dimakan Singa?

…my BAD day Vs. my HAPPY day…

my BAD day~
~Bapa ku jatuh semasa sedang bekerja (pas anta a.K.u pi bus stand nk balik KL)
~Pendrive tertinggal di kampong (assignment & kerja-kerja persatuan + new article inside)
~Monitor tak di baiki lagi…
~Low mark in mid-term b’coz of stupid mistake….
~He ignores me (hurts…)
~Hate myself..
~Research tak start lagi…(group members depend on me)
~Assignment berlambak…(2-3 assignment for each subject)
~3 more papers for mid-term
~Report, meetings, programs ( dunno how to handle)
~Hilang fokus! (stress)
my HAPPY day~
~Still alive….(Alhamdulillah)
~Masih ada duit untuk beli makanan…
~Masih ada mak & bapak…
~Berjumpa bakal kakak ipar…
~Sempat menyambut Ramadhan + terawikh ngan mak kat surau…
~Menyambut puasa bersama keluarga + bakal abang ipar (younger than my sis)
~Melayan Mohd. Arif yang keletah..
~Love others…
~Masih ada masa untuk selesaikan segalanya…
~A date with Izzuddin, Fathullah & Zaki…
~Tenang dalam kekusutan..
Wednesday, August 27, 2008
Kita Bertanya....
KENAPA AKU DIUJI?QURAN MENJAWAB
KITA BERTANYA :
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
KITA BERTANYA :
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
KITA BERTANYA :
KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
KITA BERTANYA :
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
KITA BERTANYA :
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
KITA BERTANYA :
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
KITA BERTANYA :
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
KITA BERKATA :
AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
La Tahzan!
Sunday, August 24, 2008
"muktamar oh muktamar......"
Friday, August 22, 2008
Satu Perjuangan...

Wednesday, August 20, 2008
Along, Angah & Kerang (Bah 2)
“Angah, along..” Si Ayah membuka bicara semula. “apa yang penting pada kerang-kerang ni, bukannya dia sakit atau tak, kesian atau tak. Tapi, yang perlu kamu berdua, anak-anak yang ayah sayang ni kena ambil pengajaran ialah, jangan jadi macam kerang ni.” Tambah Si Ayah lagi. “Jadi macam mana tu, abah?” tanya Si Angah dan Along serentak
“Kena bakar, hitam, hangus.” Respon Si Ayah. “Along dengan angah tak faham la, abah.” Si Along ingin tahu lebih lanjut.
“Ayah tak nak, anak-anak ayah ni kena bakar dengan api neraka, muka hitam di akhirat nanti. Ayah nak kamu berdua sentiasa beringat, jauhi daripada melakukan maksiat.” Terang Si Ayah dengan nada berharap. “ingat, jangan jadi macam kerang bakar ni.” Pesan Si Ayah lagi. “insyaAllah abah, kami akan ingat pesan abah.” Jawab Si Along. “angah bayangkan kerang ni kena bakar pun angah dah takut dan tak dapat bayangkan panas api neraka tu, abah.” Si Angah pula memberi respon.
“Bagus anak-anak ayah ni. Dah, habiskan makanan ni semua. Nak tambah lagi ke kerang bakar?” tanya Si Ayah. “TAK NAK, ABAH!” tolak Si Along dan Angah, kesian dengan kerang yang bakal kena bakar agaknya.
"Menjadi Pelajar Islam Yang Cemerlang"
1. Taat kepada perintah ALLAH.
- Contoh: Solat & Puasa
ADAB-ADAB SOLAT
Untuk khusyuk di dalam solat, perlulah seseorang itu menjaga adab dan tatasusila di dalam solat. Di antaranya ialah:
- Hendaklah bersikap merendah diri kepada Allah swt.
- Sedarkan diri ketika hendak solat, iaitu dengan siapa kita sedang berhadapan, Allah swt.
- Sentiasa melahirkan rasa takut kepada Allah swt. kerana dia sentiasa memerhatikan kita
- Hadirkan hati di dalam solat yakni faham segala ucapan dan mengetahui hikmah segala pergerakan
- Bersolat di dalam keadaan tenang dan tidak tergopoh gapah
- Tetap segala anggota, kepala, dua kaki dan tangan kerana anggota ini jika tidak dikawal, ianya mudah bergerak
- Meletakkan tangan kanan ke atas tangan kiri dengan sempurna yakni seperti mayat yang hendak dikebumikan
- Memikirkan segala ucapan dan isi bacaan Al Quran
- Bertakbir dengan penuh rasa kebesaran dan kehebatan Allah swt.
- Rukuk dengan merendahkan diri dan merasa hina diri seperti binatang ternak yang sama kedudukan punggung dengan kepalanya
- Sujud dengan perasaan yang khusyuk dan menghina diri kepada Allah swt. kerana kedudukan punggung lebih tinggi daripada kepala
- Bertasbih dengan merasakan kehebatan Allah swt.
- Bertasyahud dengan memahami bacaan dan membuat pengakuan kepada Allah swt.
- Memberi salam dengan perasaan memerlukan keselamatan dan kesejahteraan dari Allah swt.
- 15. Berpaling dari sembayang dengan rasa takut dan berusaha menuntut keredhaan Allah swt.
Bersabda Rasulullah saw. "Tiadalah seorang Islam itu yang menghadapai kedatangan waktu solat lalu dia mengambil wudhu dengan sempurna dan bersolat dengan khusyuk dan baik rukuknya melainkan solat itu akan menghapus dosa-dosanya sebelum ini selama dia tidak melakukan dosa besar. Yang demikian (penghapusan itu) adalah berlaku sepanjang tahun" (HR Muslim)
-AKIBAT MENINGGALKAN SOLAT:
SIKSAAN KETIKA HIDUP DI DUNIA
1. Allah swt. mengurangkan keberkatan umurnya
2. Rezekinya dipersempitkan oleh Allah swt.
3. Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam
4. Hilang cahaya soleh dari wajahnya
5. Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala
SIKSAAN KETIKA SAKHARATUL MAUT
1. Ia akan menghadapi sakharatul maut dalam keadaan hina
2. Matinya dalam keadaan menderita kelaparan
3. Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebayak tujuh lautan
SIKSAAN KETIKA DALAM KUBUR
1. Allah swt. akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya
2. Kuburnya akan digelapkan
3. Allah swt. akan menyiksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat
SIKSAAN KETIKA BERADA DI AKHIRAT
1. Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mashyar oleh Malaikat
2. Allah swt. tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan
3. Allah swt. tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan disiksa dengan keras di dalam neraka
-NISBAH DOSA MENINGGALKAN SOLAT:
(i) Sembahyang Subuh Ia akan disiksa selama 60 tahun di dalam Neraka (bersamaan 60,000 tahun dunia)
(ii) Sembahyang Zuhur Dosanya seperti membunuh 1000 jiwa orang Islam
(iii) Sembahyang Asar Dosanya seperti ia meruntuhkan Kaabah
(iv) Sembahyang Maghrib Dosanya seperti ia berzina dengan ibunya (bagi lelaki) atau dengan ayahnya (bagi perempuan)
(v) Sembahyang Isyak Allah swt. tidak redha ia hidup di bumi Allah swt. ini dan digesa agar ia mencari bumi lain
ADAB-ADAB BERPUASA
~sebenarnya ni modul sahsiah untuk dak2 EMAS, cari bahan untuk dibuat slide. tetibe comp ni xde microsoft word...hmmm, xpe lah...post je kat sini...jap lg leh copy balik....ni pon x tau ape lg nk letak untuk modul sahsiah.. ada cdgn? =p
Tuesday, August 19, 2008
Along, Angah & Kerang (Bah 1)
“Okey, Along nak makan dekat mana hari ni?” tanya Si Ayah kepada anaknya yang sulung membuka tawaran sebaik sahaja kereta mereka meluncur di jalan.
“Erm.. entahla.. angah, angah nak makan dekat mana?” Si Along memberi peluang kepada adiknya untuk membuat pilihan.
“Err.. Abah je la yang buat keputusan. Abah nak bawa pegi makan dekat mana?” Si Angah pula menyerahkan kata putus kembali kepada Si Ayah, tidak kisah.
“Apa la anak-anak ayah ni. Ayah tanya kamu, kamu tanya ayah balik.” Balas Si Ayah. Masing-masing tergelak. “hmm.. takpe. Hari ni ayah bawa kamu pegi makan kerang dekat Perancis.”
“Kerang? Perancis?” serentak dari Along dan Angah.
“Iye.. Dekat Perancis. Dekat MFI, Malaysia-France Institute tu. Perancis la tu.” Balas Si Ayah sambil tersenyum dan suasana di dalam kereta riuh lagi dengan gelak ketawa mereka.
Setibanya di kedai makan, Along dan Angah segera ke meja yang berdekatan dengan tempat yang menyediakan kerang. “abah, abah! Kita duduk sini eh?” Si Angah memanggil Si Ayah. “a’a abah. Nanti boleh kita tengok Pak Cik tu bakar kerang.” Tambah Si Along. Si Ayah mengambil tempat selepas memesan makanan. Along di sebelah kanannya, dan Angah di sebelah kiri. Mereka menghadap ke arah Pak Cik yang sedang menyediakan kerang bakar dan kerang rebus. Terdapat sebuah meja segiempat berdekatan dengannya yang penuh dengan mangkuk-mangkuk yang berisi kerang untuk dibakar. Kerang-kerang tersebut ada yang terjelir-jelir lidahnya.
“Eee.. Along, tengok tu, kerang tu masih hidup la.” Kata Si Angah kepada abangnya sambil menuding ke arah mangkuk-mangkuk yang berisi kerang tadi. “eh, mestila. Kalau dah mati, nanti kerang-kerang tu busuk la, kan abah?” balas Si Along sambil mendapatkan kepastian daripada Si Ayah. Si Ayah hanya mengangguk dan tersenyum melihat keletah anaknya yang dua orang itu.
“Habis tu, nanti kerang tu kena bakar hidup-hidup la?” tanya Si Angah lagi kepada Along. “eh.. a’a la kan, angah. Kesian la kerang-kerang tu nanti.” Si Along buat-buat bersetuju dengan adiknya dan terus menambah lagi. “masa kerang tu kena bakar, mesti dia terjerit-jerit dekat pak cik tu macam ni.” “Tolong! Panas pak cik, panas!!” Si Along setengah menjerit sambil mengangkat tangannya dan menggoyangkannya seperti lidah kerang yang sedang dibakar. Si Ayah tersenyum lagi dan kedua-dua beradik itu tergelak kecil dengan lawak Si Along. Pak Cik Kerang juga tersenyum kecil melihat kerenah anak-beranak itu.
“Abah pesan berapa mangkuk kerang tadi, abah?” tanya Si Along setelah terlerai gelak tawa mereka. “abah pesan semangkuk jer. Kesian dekat kerang-kerang tu nanti kena bakar.” Si Ayah memerli Angah. “abah ni, kenakan orang pulak.” Rajuk Si Angah. “along, angah, kerang-kerang tu sebahagian daripada lumrah alam yang dicipta Allah.” Si Ayah memberi penerangan bagi memujuk Angah.
“Maksud abah?” Si Angah mula berminat.
“Kerang, haiwan, tumbuhan, sayur-sayuran yang kita makan tu, memang Allah jadikan ketentuannya macam tu. Ada juga yang diciptakan untuk jadi kenderaan, tempat perlindungan, dan lain-lain untuk membantu kehidupan manusia.” Si Ayah bercerita panjang lebar. Dalam masa yang sama, Pak Cik Kerang datang dan menghidangkan semangkuk kerang bakar yang dipesan bersama-sama dengan sambal kicap sos cili yang amat menyelerakan.
“Yey yey! Kerang dah sampai!” serentak Si Along dan Angah. “nampaknya, memang dah nasib kerang ni la nak masuk dalam perut angah kan, abah?” Si Along sempat mengusik adiknya. “nasib kau la kerang.. bismillah..” Si Angah tidak mempedulikan abangnya dan tidak menyempat-nyempat nak makan.
“Eee.. Hitamnya kulit kerang ni!
Thursday, August 14, 2008
Perkongsian ilmu..Apa Itu Ber ‘couple’?

Pasangan kekasih ini akan merapatkan hubungan mereka serapat-rapatnya. Kalau di kelas, buat study group ataupun group discussion. Bagi yang kreatif, kad-kad ucapan ‘hand made’ yang pelbagai warna dan rupa akan dikirimkan. Bagi yang mengikuti peredaran semasa, teknologi SMS akan dimanfaatkan sepenuhnya. Kata ganti diri pada asalnya aku-kau ditukar kepada saya-awak, atau bagi mereka yang lebih intim, abang-sayang dan sebagainya. Kalau diperhatikan pasangan-pasangan yang sedang asyik dilamun cinta ini,hidup mereka tidak menentu, diibaratkan ‘makan tak kenyang,tidur tak lena, mandi tak basah’. Ungkapan-ungkapan cinta seperti ‘sayang awak’, ‘love you’, ‘miss you’ dan sebagainya akan menjadi sebahagian ucapan harian mereka. Sentiasa ceria dan tersenyum gembira, mengenangkan Si Dia yang datang bertandang ke hati.
Ada pasangan yang serius, sampaikan sanggup berjanji nak sehidup-semati. Sanggup bersumpah, setia hingga ke akhir hayat. Ada juga yang hanya sekadar bermain-main, untuk suka-suka, dan sebagainya. Ringkasnya, pelbagai ragam yang boleh dilihat daripada pasangan yang ber‘couple’ ini. Ada yang boleh meneruskan hubungan hingga ke jinjang pelamin dan ada juga yang kecundang di pertengahan perlayaran di lautan percintaan masing-masing.
Mengapa Ber’couple’ Haram?
Ya,mengapa? Sekarang kita kembali kepada persoalan pokok. Di sinilah timbulnya kontroversi di antara kita. Bagi yang ber ‘couple’, sudah tentu perasaan ingin tahu mereka sangat tinggi dan pelbagai hujah ingin dikeluarkan bagi mempertahankan kesucian cinta mereka itu. Sebagai seorang muslim, untuk menjawab persoalan ini, kita perlulah merujuk kembali kepada manual kita yang telah digarisi oleh Allah S.W.T. iaitu Al-Quran dan panduan iaitu As-Sunnah yang telah diwasiatkan kepada kita oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. yang sepatutnya menjadi pegangan hidup kita. Ada yang berkata, Allah telah menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, mengapa tidak boleh bercinta atau ber ‘couple’? Memang tidak dinafikan,dalam Al-Quran Allah ada berfirman, seperti dalam Surah Yasin(36) ayat 36:
“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.”
Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat(49) ayat 13:
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
Meskipun begitu, ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita boleh mengadakan hubungan percintaan dan berkasih kasihan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang hubungan-hubungan ini. Percintaan bermula dari mata. Firman Allah dalam Surah An-Nur(24) ayat 30:
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.".
Dalam ayat ini, jelas Allah telah memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang perkara-perkara yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kita menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja. Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman dalam Surah An-Nur(24) ayat 31:
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,...”.
Dua ayat dari Surah An-Nur ini sebenarnya terdapat dalam sukatan matapelajaran Pendidikan Al-Quran & Sunnah tingkatan 5. Para pelajar tingkatan 5 sepatutnya lebih jelas akan perkara ini. Daripada ayat ini jelas Allah melarang lelaki dan perempuan bukan mahram daripada saling berpandang-pandangan dengan niat untuk suka-suka, apatah lagi untuk memuaskan hawa nafsu. Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
Ayat ini memeng cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab, “Kami tidak berzina. Kami berbual-bual saja” , “Kami keluar makan saja” dan “Kami main SMS saja.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi.
Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan.
Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM. Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi muhammad S.A.W? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina.
Daripada Abu Hurairah .a katanya, Nabi S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti”
Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah .a., dari Nabi S.A.W. sabdanya: “Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”
Daripada dua hadis ini, jelas Rasulullah menenyenaraikan bahangian-bahagian zina. Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja,menatapi wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku. Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia tertarik kepada kita, lidah berzina. Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakkan suaranya, telinga berzina. Apabila berpegangan tangan, berjalan bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina. Tetapi, yang paling bahaya ialah, apabila kita merindui Si Dia, memikirkan-mikirkan tentangnya, kecantinkannya, ketampanannya, sifat penyanyangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina. Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran dan perasaan.
Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan ber ‘couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM
Apa Yang Patut Dilakukan?
Bagi yang belum terjebak, adalah dinasihatkan jangan sekali-kali menjerumuskan diri ke lembah percintaan. Susah untuk meninggalkan suatu perbuatan maksiat seperti ini setelah merasai kenikmatannya. Silap-silap boleh terlanjur dan langsung tidak dapat meninggalkannya lagi. Bagi yang sudah terjebak, sedang, ataupun yang mula berjinak-jinak dengan percintaan, sedarlah. Segeralah kita meninggalkan perbuatan maksiat yang tidak diredhai lagi dimurkai Allah ini. Tiada gunanya kita terus melakukan dosa demi meneruskan hubungan terlarang ini demi mendapatkan kebahagiaan duniawi yang sementara ini. Hanya satu jalan sahaja yang menghalalkannya iaitu melalui ikatan pernikahan.
Bagi pasangan-pasangan yang benar-benar serius, diingatkan, semakin manis hubungan sebelum berkahwin, semakin tawar hubungan selepas menjadi suami isteri nanti. Lihatlah ibu-bapa serta atuk nenek kita, keutuhan rumah tangga mereka boleh dilihat sehingga kini tanpa melalui zaman percintaan yang diimpikan remaja-remaja kini. Setiap dari kita tentu mengidamkan pasangan hidup yang baik. Kita tidak mahu pasangan kita seorang yang tidak beriman. Seburuk-buruk perangai manusia, dia tetap menginginkan seseorang yang bain sebagai teman hidupnya.
Firman Allah dalam Surah An-Nuur(24) ayat 26:
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”
Janji Allah, dia akan mengurniakan kepada lelaki yang baik-baik dengan perempuan yang baik-baik. Begitulah sebaliknya. Allah akan berikan yang baik, denagn syarat, kita juga berusaha menjadi baik serta meilih jalan yang baik serta diredhai-Nya. Bagaimana hendak mendapatkan sebuah keluarga yang bahagia serta diredhai Allah jika pokok pangkal permulaannya sudah pincang, tidak berlandaskan Islam serta tidak diredhai Allah? Mungkin pada mulanya kita menganggap perkara yang kita lakukan ini cukup baik, niatnya baik, caranya pun kita rasakan cukup baik.tetapi sebenarnya, ia adalah rencana syaitan yang membuatkan kita kabur memandang perbuatan yang kita lakukan itu.
Firman Allah dalam Surah Al-‘ankabut(29), ayat 38:
“Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.”.
Sebenarnya, dalam Islam, lelaki dan perempuan tidak dibenarkan bergaul terlalu rapat, sehingga menjadi teman karib dan sebagainya. Lelaki tidak boleh mengahampiri perempuan dan perempuan tidak boleh menghampiri lelaki sesuka hati tanpa sebab. Tetapi Islam membenarkan apabila ada keperluan dan tujuan yang benar-benar perlu. Misalnya apabila ditugaskan mengadakan perbincangan dalam kumpulan besar yang melibatkan lelaki dan perempuan atau perlu berbincang mengenai sesuatu yang penting. Untuk berbual-bual kosong atau bergurau senda tanpa tujuan tertentu adalah tidak dibenarkan. Apatah lagi untuk saling meluahkan perasaan dan sebagainya. Cukuplah kaum sejenis sendiri untuk dijadikan teman karib dan tempat berbincang masalah. Perasaan suka dan cinta adalah dua perkara yang berbeza. Tak salah bagi seseorang lelaki untuk menyukai seseorang perempuan dan seseorang perempuan menyukai seorang lelaki. Tapi, perasaan ini tidak boleh dilayan dan difikir-fikirkan kerana ianya merupakan hasutan syaitan yang membawa kepada zina hati. Sepatutnya apabila kita terfikir mengenai perkara-perkara ini, kita hendaklah menepisnya dan berhenti terus daripada memikirkannya.
Firman Allah dalam Surah Al-A’raf ayat 201:
“Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan setan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Para pembaca diingatkan, semua hujah-hujah yang telah diberikan adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika kita menolaknya, sebenarnya kita menolak perintah Allah dan Rasul. Na’uzubillah.
Firman Allah dalam Surah Al-Anfal(, ayat 20-22:
“Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berpaling daripada-Nya, sedang kamu mendengar (perintah-perintah-Nya),(20) dan janganlah kamu menjadi sebagai orang-orang (munafik) yang berkata: "Kami mendengarkan, padahal mereka tidak mendengarkan.(21) Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli (tidak mendengar dan tidak memahami kebenaran) yaitu orang-orang yang tidak mengerti.(22). "
Orang yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tidak mahu menuruti perintah-perintah Allah. Janganlah kita tergolong dalam golongan ini.
Balasan bagi golongan ini ialah neraka jahannam seperti firman Allah dalam Surah Aj-Jaatsiyah(45) ayat 7-11:
“Kecelakaan yang besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa,(7) dia mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya kemudian dia tetap menyombongkan diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka beri kabar gembiralah dia dengan azab yang pedih.( Dan apabila dia mengetahui barang sedikit tentang ayat-ayat Kami, maka ayat-ayat itu dijadikan olok-olok. Merekalah yang memperoleh azab yang menghinakan.(9) Di hadapan mereka neraka Jahanam dan tidak akan berguna bagi mereka Sedikit pun apa yang telah mereka kerjakan, dan tidak pula berguna apa yang mereka jadikan sebagai sembahan-sembahan (mereka) dari selain Allah. Dan bagi mereka azab yang besar.(10) Ini (Al Qur'an) adalah petunjuk. Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Tuhannya bagi mereka azab yaitu siksaan yang sangat pedih.(11)”
Akhir sekali, ambillah Islam secara syumul,bukan hanya ambil Islam pada perkara yang disukai, tetapi kita tinggalkan sebahagian yang lain yang tidak sesuai dengan kehendak kita.
Firman Allah dalam Surah An-Nisaa’(4) ayat 150-151 :
“ Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasu-rasul-Nya, dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: "Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir),(150) merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan. (151).
Kembalilah ke jalan yang lurus. Tinggalkanlah perkara-perkara maksiat yang telah kita lakukan sebelum ini. Bertaubatlah sementara kita masih ada kesedaran, jangan tunggu sampai kita dibiarkan sesat oleh Allah sehingga hati kita tertutup untuk menerima kebenaran, Surah Aj-Jaatsiah(45) ayat 23:
“ Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”
Memang pada mulanya untuk meninggalkan maksiat-maksiat ini amat susah, tetapi,ia masih wajib kita tinggalkan. Ingatlah Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah(2) ayat 216:
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina. Ia adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam dan hukumnya adalah HARAM.
Wallahua’lam.
http://www.hanan.com.my
Tuesday, August 12, 2008
Bola Iman
Kategori: Permainan / sukan / riadah
Masa: 30 Minit
Peralatan: Bola sepak (mengikut bilangan kumpulan)
Objektif:1. Memupuk semangat berpasukan.2. Menerap nilai keimanan dan ketakwaan
Langkah:
1. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan (1 kumpulan mengandungi 5-6 orang peserta)
2. Setiap kumpulan diberi taklimat mengenai prosedur cara permainan dan syarat-syarat permainan.
3. Ketua Fasilitator membuat ulasan selepas permainan.Prosedur1. Setiap kumpulan diminta membuat bulatan kecil (tangan diletakkan diatas bahu sebelah menyebelah).2. Setiap kumpulan diberikan sebiji bola yang diletakkan di tengah – tengah bulatan.
3. 2 orang fasilitator ditugaskan berada di luar bulatan (sebagai pengacau) bagi setiap kumpulan. Para fasilitator dikehendaki mengeluarkan bola daripada bulatan manakala para peserta pula dikehendaki mempertahankan agar bola tersebut tidak terkeluar bulatan.
Peraturan:
1. Peserta dan Fasilitator hanya boleh menggunakan kaki sahaja didalam permainan ini.Ulasan Fasilitator1. Perbandingan bola sebagai iman para peserta yang mana mereka terpaksa mempertahankan daripada terkeluar (iaitu terbatal syahadahnya).
2. Para peserta juga hendaklah sentiasa berwaspada setiap masa daripada anasir-anasir yang cuba merosakkan iman mereka.Ha... simplekan? tapi jika kita baca faham betul2 apa yang cuba disampaikan kepada peserta bukanlah satu bende yang main-main. Ia berkaitan dengan akhidah.Muktahir la ni... memacam serangan akhidah yang menimpa kita.. Apa yang menakutkan ana ialah... kalau yang terang-terangan kafir itu mudah. sekali lihat kita dah tahu ia kafir. Tetapi apa yang menakutkan kita ialah ia berlindungan dengan perkataan "Islam" dibawah nama Jamaah Islam, Pertubuhan Kebajikan Islam, Ilmu Persilatan Islam, Tarikat, dan sebagainya tetapi mereka ini mempunyai rencana Jahat yang merosakkan akhidah. Akibat perbuatan mereka ini, mereka telah mencemarkan pertubuhan-pertubuhan islam yang lain. Lantas menyebabkan orang awam membenci KESEMUA pertubuhan2 Islam ini. Tak adil la macam ni kan?Sepatutnya pertubuhan yang jelas bercanggah dengan akhidah wajar dikekang.. mereka bukan sahaja mencemarkan pertubuhan2 Islam Haq yang lain bahkan bisa mengheret ramai ummat Islam ke lembah kesesatan. Ini yang merunsingkan. Tambahan pula tiada usaha yang bersungguh-sungguh daripada pihak berwajib untuk menangani hal ini. Bahkan mereka ini diiktiraf oleh pertubuhan berdafar!Atas kesedaran ini, dinasihatkan kepada sahabat2 dsantai, sebelum menyertai mana-mana jemaah, gerakkan , tarikat kaji lah terlebih dahulu.. cuba tanya ulama2 yang telah kita ketahui akhidah mereka sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah. Hal ini penting agar kita tidak terperangkap masuk kedalam perangkap pertubuhan-pertubuhan sesat yang menggunakan nama Islam.
Sumber dari: dsantai.blogspot.com
Sunday, August 10, 2008
Menangislah Di Bahuku
Munsyid : Firdaus
http://liriknasyid.com
kau datang padaku
seperti biasa
ku sambut bahagia
dengan tangan terbuka
kau balas dengan senyuman seadanya
ku tahu ada sesuatu yang berbeza
kau hanya diam seribu bahasa
hanya di matamu yang cuba berbicara
bahwa saat ini hatimu terluka
kau tahu ku ada di sini untukmu
mencuba tak berkedip
menahan tegar di hujung mata
hingga kau pun tak kuasa
berderailah airmata
dalam pelukku kau curahkan semua
menangislah...
kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
lalu untuk apa airmata telah dicipta
bukan hanya bahagia yang ada di dunia
menangislah...di bahuku kau berikanku kepercayaan
bahwa laramu adalah haru biruku
kerna ku adalah sahabatmu
menangislah...(dibahuku ku disini untukmu)
menangislah...(dibahuku kerna ku sahabatmu)
Rehlah Mahabbah
"setiap ilmu di dunia ini ada jasad & rohnya"
- Peranan & sumbangan bahasa dalam pembinaan tamadun (Islam, Barat dll.).
- Konsep Bahasa sebagai keperluan. Tanpa bahasa, tiadalah tamadun. Bagaimana? Nah, inilah yang selalu kita, mereka, dan dia terlepas pandang. Bahasa merupakan keperluan asas manusia. Dalam konteks komunikasi seharian, tanpa bahasa, keperluan dan kehendak manusia tidak akan tertunai. Malah dalam konteks Agama itu sendiri, bahasa memainkan perana penting kepada manusia dalam hubungannya mencari Tuhan. (secara ringkas)
- 3 kekuatan Melayu Nusantara : Pertama, agama Islam sebagai agama anutan, Kedua, kebudayaan Islam (hasil dari penerimaan masyarakat terhadap agama Islam dan pertembungan budaya dari tamadun luar yang terserap dalam kehidupan masyarakat Melayu-selagi tidak bercanggah dengan unsur-unsur Islam), ketiga, Bahasa Melayu Islam ("Lingua Franca"-bahasa perhubungan, perdagangan dan keagamaan)
- Bukti-bukti kehebatan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan di Kepulauan Melayu Nusantara hingga ke Hindia Belanda, Eropah, Persia malahan Kepulauan Filipina. Sebagai contoh, surat bersulam emas dari sultan Melaka kepada kerajaan Turki sebagai tanda hubungan diplomatik antara dua kerajaan dan kamus Melayu-Itali adalah kamus Melayu yang pertama di dunia. Terdapat banyak lagi bukti-bukti kehebatan Bahasa Melayu pada zaman tersebut, namun kebanyakannya berada di luar negara.
Sebenarnya banyak lagi isi-isi penting yang tak sempat untuk a.K.u tulis semuanya di sini. Monitor rosak & tak sempat untuk di baik pulih lagi. Selesai sesi Cikgu Hafeizi, a.K.u seolah-olah hilang fokus. Seperti biasa, 'sesuatu' menganggu di fikiran. Rupa-rupanya 'sesuatu' perkara bakal terjadi. Dan telah terjadi pun. Menjadi 'sesuatu' yang tidak di sangka-sangka. (mintak maaf, ayat pasrah). hehe..
Lewat petang, a.K.u dan teman-teman di jemput ke rumah saudara hanif (hasnul hanif). Alhamdulillah. Seperti berkumpul bersama-sama keluarga. Meriah. Selepas Marghrib, terus bertolak pulang ke KL. Lebih kurang jam 11, alhamdulillah selamat sampai di UIA.
*harapnya pengalaman hari ini dapat dijadikan pedoman dan pengajaran untuk a.K.u meneruskan perjuangan di masa hadapan. InsyaAllah...
~esok ada rehlah...Moga Allah beri kekuatan..ameen...~
Saturday, August 9, 2008
a.K.u kah itu....
Tiada kata-kata indah mampu ku lakar...sekadar perkongsian pengalaman jadi panduan...
sepanjang bermulanya sem 1 ni, tak pernah bersemangat langsung nak menguruskan blog yang "ntahpapenie"...tak ada niat pun nak menghasilkan blog yang cantik dan menarik, apatah lagi nak meng'post' tulisan-tulisan yang menarik... Alhamdulillah,hasil kerja tangan adik hawa, dapat jugak dicantikkan blog ni dgn background yang menarik...tapi gambar rumah & gambar diri tu, sendiri yg buat...dan yang penting, dapat gak beraksi di laman sendiri (n_n)
sekitar dua minggu yang berlalu, sedang bersemangat menyelongkar modul-modul lama... mungkin sbb kena jadi fasi di dua sekolah elit sekitar damansara... (pengalaman yang sangat menarik). Sek. Men. Sri Damansara & Sek. Men. Damansara Jaya (xtau la betol ke x nama sekolah nie..he2)...
~bertapa method yang bersesuaian amat penting dalam menyampaikan da'wah Islamiyyah....
(Kat sek. Damansara Jaya tu, x jadi fasi pun, sekadar mencipta @ meng'edit' modul2 lama untuk disesuaikan dengan tema "Kem Ibadah & Kepimpinan"..)~berjaya atau tidak, biarlah kami saja yang tahu~wallahu'alam...
alkisah, monitor rosak...jadi, banyak la kerja-kerja yang tertangguh... assignment dalam tu, kena tnggu monitor tu dapat di baik pulih...dah ada orang offer untuk membantu, tapi segan rasanya untuk menyusahkan orang lain....nak juga tunggu abang datang ambil kat mahallah..
Alhamdulillah, dalam keadaan xde comp 2, walaupun cam rasa patah tangan, namu ALLAH tetap permudahkan jalan...ada 3 assignment kena siapkan minggu ni...Alhamdulillah semuanya dapat diselesaikan dengan tenang (walupun ada sedikit kekusutan)....
sekitar masalah kepimpinan dan organisasi, masih lagi dalam kawalan.. insyaAllah...brsyukur sangat diberi ketenangan di tengah kekusutan... tapi takut terlalai je....nau'zubillah...
~dalam waktu2 terdekat ni, terpaksa jadi cerewet & tegas sikit....maaf buat adik2 andai ada terkasar bahasa...hanya mahukan yang terbaik untuk semua....~
Apapun, selagi pergantungan pada DIA, tiada apa yang menggentarkan di dunia ni....
"kadang-kadang hati merintih derita, jiwa menengis sedih, akal mengeluh letih....Namun hakikat hidup tidak akan berubah, yang perlu di ubah adalah diri yang menghadapinya..Hati memilih jalan, akal memulakan langkah dan iman meluruskan arah..."
Fundamentals of Success
2 Be Clear Why You’re Here
3 Decide What You Want
4 Believe It’s Possible5 Believe in Yourself
6 Become an Inverse Paranoid
7 Unleash the Power of Goal Setting
8 Chunk It Down
9 Success Leaves Clues
10 Release the Brakes
11 See What You Want, Get What You See
12 Act As If
13 Take Action
14 Just Lean Into It
15 Feel the Fear and Do It Anyway
16 Be Willing to Pay the Price
17 Ask! Ask! Ask!18 Reject Rejection!
19 Use Feedback to Your Advantage
20 Commit to Constant and Never-Ending Improvement
21 Keep Score for Success
22 Practice Persistence…Never Give Up!
23 Practice the Rule of 5
24 Exceed ExpectationsSection 2: Transform Yourself for Success
25 Drop Out of the “Ain’t It Awful” Club
26 Acknowledge Your Positive Past
27 Keep Your Eye on the Prize
28 Clean Up Your Messes and Your Incompletes
29 Complete the Past to Embrace the Future
30 Face What Isn’t Working
31 Embrace Change
32 Transform Your Inner Critic into an Inner Coach
33 Transcend Your Limiting Beliefs
34 Develop Four New Success Habits a Year
35 99% Is a Bitch—100% Is a Breeze
36 Learn More to Earn More
37 Stay Motivated with the Masters
38 Fuel Your Success with Passion and EnthusiasmSection 3: Build Your Success Team
39 Stay Focused on Your Core Genius
40 Redefine Time
41 Build a Powerful Support Team
42 Just Say No!
43 Say No to the Good, So You Can Say Yes to the Great
44 Find a Wong to Climb Under
45 Hire a Personal Coach
46 Mastermind Your Way to Success
47 Inquire WithinSection 4: Build Successful Relationships
48 Be Hear Now
49 Have a Heart Talk
50 Tell the Truth Faster
51 Speak With Impeccability
52 When In Doubt, Check It Out
53 Practice Uncommon Appreciation
54 Keep Your Agreements
55 Be a Class ActSection 5: Success and Money
56 Develop a Positive Money Consciousness
57 You Get What You Focus On
58 Pay Yourself First
59 Master the Spending Game
60 To Spend More, First Make More
61 Give More to Get More
62 Find a Way to ServeSection 6: Success Starts Now
63 Start Now…Just Do It!
64 Empower Others to Empower Yourself
by: Jack Canfield
Modul Cermin Diri
Masa: 1 Jam 15 Minit
Peralatan: Kertas modul, Pen 1jenis warna shj, kotak
Penyediaan Modul:
1. Sekeping kertas A4 di lipat kepada 3 bahagian. bahagian yang paling atas di tulis Kebaikan, bahagian yang tengah di tulis Keburukan dan bahagian bawah sekali di tulis Cadangan.
2. Di bahagian atas sebelah kanan dituliskan nama seorang peserta.
3. Ulangi langkah 1-2 untuk peserta yang berikutnya sehingga cukup sebanyak bilangan peserta.
Pusingan 1
1. Setiap peserta di minta berada di dalam bulatan.
2. Peserta akan diedarkan dengan kertas modul.
3. Peserta di minta menulis mengenai kebaikan si perserta yang namanya tertulis di kertas tersebut.
4. Setelah itu kertas itu di lipat dan di masukkan ke dalam semula.
Pusingan 2
1. Kertas modul di keluarkan dan diedarkan semula kepada semua peserta.
2. Peserta di minta menulis mengenai keburukan si peserta yang namanya tertulis di kertas tersebut.
3. Kertas modul di kumpulkan semula.
Pusingan 3.
1. Kertas modul di keluarkan dan diedarkan semula kepada peserta
2. Peserta di minta menulis cadangan kepada keburukan si peserta yang namanya tertulis di kertas tersebut.
3. Kertas modul di kumpulkan semula.Peserta seterusnya akan di kumpulkan.
Kemudian ketua fasi atau moderator akan membacakan modul tersebut (seperti di bicarakan di mahkamah).
Ok peserta pertama, di minta berdiri di kandang perbicaraan; si polanah binti si polan. Menurut modul ni.. rakan anda telah menulis bahawasanya awak ni seorang yang pemurah, selalu belanja kawan-kawan, lawa dan happy go lucky.. adakah anda mengaku...
errr.. malu ah.. jawab si polanah binti si polan sambil tersipu-sipu malu.
aih.. ni mahkamah.. xde malu-malu.. adakah anda mengaku? tegas ketua fasi selaku hakim.
err.. dah orang kata mcm tu.. yer lah kot?
ish... mengaku ke tak? Hakim inginkan kepastian
Ye saya mengaku. jawab peserta sedikit menunduk
Baik.. pertuduhan kedua, bahawasanya kamu si polanah binti si polan seorang yang bermulut lezer, suka cakap lepas,... adakah anda mengaku?
Haa? err.. mane ade...
aik.. kalau takde.. takkan orang nak tulis seperti dalam kertas ni?
err.. tak saya tak mengaku...saya tak pernah pon lezer orang, xde pon cakap lepas.. mane ade.. saya tak mengaku..
Baiklah.. bagi membuktikan bahawa pertuduhan ini benar atau salah, semua saksi (peserta-peserta) di minta menulis di dalam kertas kecil yang telah di edarkan sama ada sama ada menyokong atau menolak pertuduhan.. 60 saat diberikan.
para saksi pon menulis kesaksian mereka dan di masukkan ke dalam kotak. Pembantu hakim (fasilitator) kemudian mengira jumlah undi menyokong pertuduhan dan jumlah yang menolak.setelah para saksi membuang undi, di dapati 90% menyokong pertuduhan bahawasanya pertuduhan itu benar manakala 10% mengatakan bahawa pertuduhan tidak benar.
Oleh yang demikian bahawasanya mahkamah memutuskan pertuduhan adalah benar.
hum.. kalau begitu... saya mengakulah tuan Hakim.. actually (dengan izin) saya dah try ubah.. tapi tak boleh.. dah memang sifat semula jadi saya kot suka lezer orang. entahlah tak perasan.
Setelah penilitian di buat, Para juri telah mencadangkan kepada anda bagi mengikis sifat anda yang suka cakap lepas dan suka lezer orang seperti berikut:
1. Anda seharusnya sedar akan perbuatan anda dan bertaubat dari sikap suka melezer dan cakap lepas.
2. Setiap kali nak bercakap seharusnya anda firkir 2-3 kali sebelum bercakap kerana cakap sebelum berfikir panjang alamat seseorang itu bodoh atau jahil.
3. Cuba mengambarkan anda sebagai pendengar atau penerima apa yang telah anda ucapkan itu, sekiranya anda sendiri pon terasa hati apatahkan lagi orang lain.
4. Banyakkan berzikir dan berpuasa... berzikir dan berpuasa menghindari diri daripada cakap sesuatu yang tidak berfaedah yang mungkin akan mengundang masalah.
5. Sebelum bercakap setkan dalam otak anda bahawasanya semua pendengar berhati lembut, mudah terguris, mudah terasa dengan kata-kata anda, oleh yang demikian anda lebih berhati dalam berbicara.
6. Belajar menghormati orang.. apabila kita menghormati seseorang kita akan menjaga tutur kata kita ketika berbicara dengan mereka.. hormati mereka kerana mereka lebih tua walaupun tua beberapa hari dari anda, atau lebih senior, atau lebih bijak, atau lebih banyak pahala dari anda, atau lebih kurang dosa dari anda, atau lebih beriman, atau lebih bertakwa, atau lebih kuat beribadah daripada anda. Cari kelebihan pada diri setiap orang.. jadi anda akan mula belajar mengawal tutur kata dengan orang yang anda hormati.
7. Baca membaca kisah-kisah, hadith, riwayat mengenai dosa mulut, fitnah lisan dan sebagainya.
8. Banyak bergaul dengan orang yang bijak dan alim daripada anda.. oleh yang demikian.. anda akan mula banyak mendengar dari berkata-kata kerana tidak banyak perkara yang nak diceritakan kepada orang yang bijak dan alim melainkan mendengar.
9. Setkan dalam minda, tulis tampal di dinding, meja studi, almari dan sebagainya bahawasanya anda akan menjadi seorang yang lebih baik dari sekarang. Anda akan ubah segala perangai buruk anda.
10. Cari rakan-rakan yang boleh menasihati anda dan anda mendengar nasihat rakan anda itu.Semoga dengan cadangan oleh juri ini dapat anda laksanakan dan menjadikan anda Muslimah yang solehah, InsyaAllah.
Perbicaraan di tangguhkan, damMm!!
Catatan:
+Ulasan hakim jangan lama-lama sangat.. nanti tak cukup masa.. 3 kebaikan, 3 keburukan dan 3 cadangan sudah memadai... unless peserta sikit.. tapi masa banyak.
+Pastikan bagi setiap pusingan peserta tak dapat kertas yang tertulis namanya sendiri. dan bagi setiap pusingan hanya 1 kali jerk boleh dia tulis pasal peserta tersebut. kalau dah tulis kebaikan...so keburukan dan cadangan xleh le dia tulis.. begitu jugak sebaliknyer.. ada paham?
+ Masa nak kritik atau membuat undian kene la secara jujur... jangan tulis yang bukan-bukan, yang melibatkan hal peribadi sangat.. dan jangan lebih-lebih... sekadarnya saja.. moga-moga dengan tulisan kita tuh boleh memberi sedikit kesan positif.. bukan lagi tambah mudarat.
+ Mase kita tulis kat kertas tuh.. jangan la bagi si peserta yang menjadi bahan nilaian kita nih tahu yang kita tulis pasal die.. kang kecik ati pulakkk..
Selamat mencubaKalau tak faham or ada cadangan tulis kat bahagian komen..
dimintak dari: dsantai.blogspot.com
Wednesday, August 6, 2008
aku...
‘Ku mau tak seorang ‘kan merayu
Tidak juga kau
Tak perlu sedu sedan itu
Aku ni binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang
Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang
Luka dan bias kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri
Dan aku akan lebih tidak peduli
Aku mau hidup seribu tahun lagi
Chairil Anwar
(Maret 1943)
HOME
I walked across an empty land I knew the pathway like the back of my hand I felt the earth beneath my feet Sat by the river and it made me c...
-
Bismillahirrahmanirrahim. My biggest fear is.... betrayal.. I'm sorry i trust too much. Never again.
-
Bismillah... Mantan Untuk kali keduanya. a.K.u sudah bergelar mantan. Alhamdulillah. Dari satu sisi, a.K.u beryukur atas peluang yang diber...
-
Bismillah. Seminggu dalam kenangan. 12-13 Mac 2010 [Destinasi:Kuantan,Taman Pertanian,Teluk Cempedak, Sekilau] Siapa boleh tahan. Kumpul ra...