Monday, November 17, 2014

A house called home.

Bismillahirrahmanirrahim.


"A home is the place where someone lives.  A house is one type of place.  A person might also live in an apartment, a hut, or on a boat.  If you live in a house, they can be used interchangeably. 
 
Home is also used figuratively.  They say home is where the heart is.  Though you might live in a house, using home adds some emotional attachment to the place."

Monday, November 10, 2014

Hidup Qana'ah walau tanpa anak.

Bismillahirrahmanirrahim.

Inilah budak-budak yang bila Ibu kata "Siapa gaduh-gaduh kemas baju ikut Cik Lil balik", tiba-tiba semua jadi baik.

Memanglah meletak gambar anak-anak di laman sosial kadang-kadang
kelihatan seperti desperatenya aku nak dapat anak.
Tapi sebenarnya waktu-waktu desprate tu telah pun lama berlalu.
Lama dah sejak dijawabkan Tuhan bahawa apa yang ada sekarang adalah yang terbaik.

Tipulah kalau tak pernah kecewa setelah 10 bulan berlalu, masih belum punya tanda-tanda untuk diberi-Nya seorang mahupun dua. Eh? 
"Rasa kecewa itu tanda kita manusia." UMSA, 2010. 
Tapi sampai bila nak melayan rasa tatkala tanggungjawab bertambah banyak tergalas dibahu. 
Walaupun kadang kita seperti yakin kita mampu.
Tapi Allah lebih tahu mampu tak mampu kita.
Atau sebenarnya bukan soal mampu yang materi.
Mungkin rohani.
Mungkin la.
Untuk apa aku bersangka-sangka dengan Tuhan yang Maha Baik ini. 
Doa dengan skrip yang sama seperti waktu menunggu jodoh dahulu.
"Jika ada, permudahkanlah. Jika tiada, maka tenangkanlah kami."
Itu sajalah senjata ampuh saat ini.
Positip! 
\(n_n)/

Dan salah satu hikmah paling indah aku dapat adalah ,
Lonjakkan rasa manisnya tawakkal.
Redha dan pasrah.
Sekali lagi. 
Cukuplah..cukup apa yang ada.
Disebalik setiap usaha.
InsyaAllah cukuplah apa yang ada.

Cukup. Cukup.
Terima kasih Ya Allah atas rasa kecukupan ini.
Alhamdulillah.
:)



Thursday, October 30, 2014

30 hari sebagai HEP

Bismillahirrahmanirrahim..



Menjadi HEP yang serba faham setiap perkara dalam masa 30 hari adalah mustahil.
Kerana antara 100 kerja, mungkin cuma 5 yang baru dapat difahami dengan baik.
PTPTN, MPP, Persatuan, Biasiwa, Pinjaman, Program-program Kolej bla..bla..bla.. 
Cabaran berada di tempat tinggi, jika berbuat salah, maka tinggilah risiko menangungnya sendiri. 
Dalam pada kita besederhana belajar setiap perkara
perlu bersabar dalam setiap prosesnya. 
Kadang tak lari juga dari silap dan alpa.
Kadang terlupa.
Kadang terkeliru.
Karang tak tahu. 
Dan dalam 30 hari ini.
30 hari mencari rezeki.
30 hari menlonjak diri.
30 hari melatih peribadi. 
30 hari dengan satu hari cuti. 
Moga Allah mudahkan langkah untuk terus berbakti.
Tanpa mengabai hak untuk diri.

Rabbi Yassir Wala Tuassir! 



Monday, October 13, 2014

dalila@hikmah.edu.my

Bismillahirrahmanirrahim.


"Assalamualaikum w.b.t.
Nama saya Siti Nur Dalila Melatu Samsi.
Boleh panggil saya Puan Dalila." 
Ewww..tua sungguh aku dengan panggilan itu.
Tapi disebabkan oleh muka 'baby face" yang menyelubungi diri, mungkin ada baiknya mempunyai panggilan yang lebih 'dihormati." 
Gitu eh. 
Alhamdulillah, setelah tiga bulan 'bercuti', Allah aturkan pula perjalanan untuk tiga bulan mendatang di lapangan ini. (jika panjang umurku). 
Menuju ke seminggu, dua program perlu dilunasi tanggungjawabnya.
Induksi MPP & Persatuan.
AGM Persatuan Pelajar Indonesia. 
Mahu atau tidak, setiap tugasan adalah tugasan kali pertama.
Tapi 'pengharapannya', MashaAllah....tinggi.. 
Kepada Yang Maha Tinggi jugalah 'pengharapan-pengharapan' ini disandarkan agar dapat dilaksanakan dengan baik.
Dan moga-moga, punya manfaat untuk ummat.

InsyaAllah.



Thursday, September 4, 2014

Transit bukan parasit

Bismillahirrahmanirrahim.


Aku yang tertanya, kenapakah waktu transisi tiga bulan itu/ini selalu mengundang kekecewaan kepada diri dan insan terkasih? Penat dengan dilema yang panjang. Terbeban dengan perasaan bersalah. Perasaan tidak mampu memberi. Perasaan negatif yang melingkar-lingkar acapkali kesilapan demi kesilapan diri di'nampakkan' Tuhan. 
Waktu transisi bukanlah waktu pilihan. Tapi jika itu yang perlu dilalui untuk kemudian hari yang lebih baik, kenapa tidak aku bersabar?
Persoalannya lagi, jika aku mampu bersabar dengan diri, mampukah insan terkasih bersabar dengan aku? Dengan lemah dan kurang aku?
Untuk sentiasa tenang dan mendamping. Untuk sentiasa mengembirakan, saling mengucapkan hal-hal terindah. Saling mendokong cita-cita sesama. Saling mendengarkan keluh-kesah.
Ataukah hati aku masih tercalar dengan perkara yang sudah-sudah?

"Hanya yang pernah jatuh faham ertinya bangkit semula." 

Tuesday, September 2, 2014

Kerana belum masanya.. :)

Bismillahirrahmanirrahim.


Hanya yang belum pernah mendapat,
akan menikmati manisnya bila mendapat. 
Hanya yang pernah merasa pahitnya menunggu,
akan menghargai manisnya bertemu apa yang ditunggu. 
Yang kita mahu,
Belum tentu yang kita perlu. 
Yang kita sedang ada,
Itulah yang sebaiknya disyukurkan kita. 
Kerana belum masanya.
Maka, serahkan saja pada yang Maha Mengetahui waktu yang terbaik.
Redha dalam usaha.
Senyum dalam kesabaran hati.
Cinta sepenuh jiwa dan raga.
Syukur dengan nikmat yang tidak terkata banyaknya.
Moga terbangkit semula keyakinan yang pernah bersarang lama.
Allah ada..
Allah ada..
Allah ada rencana. 
"La hawla wala quwwata illa billah.."

Wednesday, August 27, 2014

Izin

Bismillahirrahmanirrahim.




"Tuhan, 
      izinkanlah aku bersyukur setiap kali memandang wajahnya."













Thursday, July 24, 2014

Ummat yang tenat vs Daie yang tenat

Bismillahirrahmanirrahim.



Menjejak Ramdhan 1435, situasi ummat semakin tenat.
Itu kata seorang daie yang sama-sama tenat dengan dunianya sendiri.

Ummat tenat kerana kurangnya daie yang mampu memikat.
Ummat tenat kerana daie juga tenat mengejar nama dan pangkat.
Ummat tenat kerana daie semakin banyak bagi alasan penat.
Ummat tenat kerana daie cuma tahu cakap gebang tapi tak buat.
Ummat tenat bila daie semakin malas cari ilmu bekal dunia akhirat.
Ummat tenat kerana daie banyak tinggal amalan sunat.
Yang wajib pun selalu lambat.
Buat-buat tak larat.

Ada hati nak bantu ummat?

Oh, tenat..
Tenat...

“Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya bila dikatakan kepadamu: “Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah” kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? padahal kenikmatan hidup di dunia Ini (dibandingkan dengan kehidupan) diakhirat hanyalah sedikit”. 
(At-Taubah: 38)

Monday, July 14, 2014

Ami Aye Ustaz

Bismillahirrahmanirrahim..


Kekok benar rasanya bila mendengar orang memanggil suami dengan panggilan "Ustaz."
Tapi, itulah tugas dia yang tak mampu dinafi.

ر َبِّ زِدْنِي عِلْمًا. رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ . وَاجْعَلْ لِي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الآخِرِينَ . وَاجْعَلْنِي مِنْ وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ. 

Semoga Allah terus sayangkan dia,
Dan dikurnia akal bijaksana.
Ilmu yang luas dan mendalam.
Hikmah dalam menyampaikan ayat-ayat-Nya.
Tenang dalam berkongsi.
Ikhlas dalam memberi.
Ameen!


***********************

Lebih kekok lagi bila mereka memanggil kita ni "Ustazah."
Jauh pemanggang dari magic pan. eh.

Ya. Moga saya juga.
diluaskan ilmu dan hikmah.
ameen.

رب زدنى علما وارزقنى فهما

Ameen Ya Rabb..

Thursday, July 3, 2014

Little Tears

Bismillahirrahmanirrahim.


Little..
Little tears..
Enough..

This is Ramadhan..
Time to build up a stronger heart..

Keep on praying..
Insyaallah..

Saturday, June 28, 2014

Ram 1435

Bismillahirrahmanirrahim..


Esok Ramadhan..
Malam ni dah bolem mula tarawih di masjid..
Mohon-mohon, sempatlah nyawa menginjak hari esok.. 
Ajal..
Tak kira sihat sakit..
Tak kira muda tua.. 
Moga-moga juga,
Wujud jalan keluar bagi setiap kegalauan.

Allahumma Ameen!

Tuesday, June 24, 2014

Antara Aku, Kita dan Ummat

Bismillahirrahmanirrahim.


Janggal rasanya bila tiba-tiba menyebut kata 'Ummat'.
Janggal mungkin kerana sedar bahawa kata 'ummat' itu sudah terlalu lama ditinggalkan.
Andai dilafaz pun, tiada susulan tindakan dan perbuatan.
Tahu hati merindu perjuangan yang jelas dilapangan ummat.
Tapi masih bersenang lenang dengan kehidupan sekarang.
Bukankah Muslim yang terbaik itu muslim yang bermanfaat untuk orang lain? 
Dimanakah usrah?
Dimanakah tarbiyyah?
Dimanakah dakwah? 
Dimanakah usrah, tarbiyyah dan dakwah kepada diri sendiri?
Dimanakah usrah, tarbiyyah dan dakwah dalam kalangan kita?
Dimanakah usrah, tarbiyyah dan dakwah dalam kalangan ummat? 
Dimanakah hilangnya seorang daie yang kononnya telah menginfakkan dirinya penuh untuk ummat itu?
Masih layu dengan perasaankah?
Masih tenggelam dengan manis hidupkah?
Masih lali dengan kesenangankah?
Masih bergelumang dengan masalah sendirikah? 
Moga Allah kekal meletakkan aku pada jalan-Nya.

Mungkin kita perlu menilai semula apa sebenarnya yang paling dicinta?

Ramadhan semakin mendekat.
Misi mengencangkan doa.
Mengencangkan setiap satu amal perbuatan baik.
Untuk sentiasa dinilai baik oleh-Nya.
Moga diberi peluang merasai manisnya Ramadhan.
InsyaAllah.

Friday, June 20, 2014

Kalau Aku Kaya

Bismillahirrahmanirrahim..


Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. - (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Benarlah kata orang dulu-dulu.
Cabaran utama selepas kahwin adalah kewangan.
Selain, penyesuaian.

Kalau dulu boleh berjimat ratus-ratus.
Sewa bilik kecik pun cukup.
Makan apa adanya.
Beli barang-barang keperluan cap ayam pun tak apa.
Selagi boleh guna.

Sekarang, kena sewa satu rumah.
Makan kadang-kadang nak juga candle light dinner.
Beli barang kualiti bagus, harga pun bagus.
Yang penting tahan lama.
Tahan lama kira penjimatan la jugak sebab tak perlu beli banyak kali.
Kan~
Belum ditambah keperluan-keperluan lain lagi.

Bila berhenti kerja..
Automatik mind setting kena berubah.
Lagi-lagi bila tekanan semakin bertambah.

Tekanan?
Kesedihan aku bukanlah kerana kekurangan duit.
Aku manusia yang sudah terbiasa hidup tanpa duit.
Hidup cukup dengan apa adanya.
Makan tak perlu yang mahal-mahal tetap sedap.
Tak cukup duit nak beli baju baru bukan masalah.
Tak cukup duit nak melancong pun tak apa.
Hidup gembira selagi ada teman yang terbaik disisi.

Rezeki, bukanlah semata-mata soal duit.
Ilmu itu rezeki.
Keluarga itu rezeki.
Tenang itu rezeki.
Sabar itu rezeki.
Teman yang baik itu rezeki.
Keberkatan itu rezeki.

Tapi aku paling tak boleh,
Suami susah hati.
Itu paling tak boleh dalam hidup aku saat ini.

Dan waktu-waktu begini,
Allah sahaja yang boleh membantu.
Pesan Ibunda-ibunda tercinta,
Doa isteri ada sisi makbulnya.
Maka berdoalah dalam ada dan tiada.
Setia dalam susah dan senang.

Harapnya aku mampu menjadi bahu,
menjadi tulang belakang.
menjadi pendamping,
menjadi penenang,
menjadi asbab gembira.
Dan segalanya yang positif dalam dunia.


Allahu'alam..

Tuesday, June 17, 2014

Entri Melampau

Bismillahirrahmanirrahim..


Walaupun belog ini sedang dalam status 'private',
Melampau banyak juga aku menulis.
Huhu. 
Rupanya cari kerja ni sama susahnya macam cari jodoh.
Punya la banyak yang kita 'usha', tapi belum tentu sangkut.
Eh, melampau pulak perumpamaan kerja dan jodoh ni. 
Apa yang lebih melampau adalah,
Dalam banyak-banyak pilihan yang ada,
Kadang-kadang kita pilih hanya untuk sedapkan hati.
Untuk saja dicuba-cuba.
Walau kadang hati tak yakin. 
Dah bila kita sedar kita tak dapat kerana kita tak yakin.
Ada dua perkara boleh disimpulkan.
Satu, keyakinan itu satu doa.
Dua, ketidakyakinan itu datang dari Allah jua.
Mungkin sebagai petanda ia bukan untuk kita. 


Tu dia..
Abam kita dengan sungguh-sungguh sedang bekerja.
Melampau rajin bila dah menjejak lapan bulan kat KBMC tu.
*Gambar kredit to En.Zahrul.*
Lepas kahwin memang kena usaha lebih.
Cari makan untuk anak bini.
Moga-moga jadi ibadah dan bekal akhirat.
Kan abam kan? 
Moga success melampau-lampau dunia & akhirat.
Ameen!

Thursday, June 12, 2014

#walimahkedahutara

Bismillahirrahmanirrahim. 


Alhamdulillah, selesai sudah majlis kedua di Kedah.
Menghabiskan seminggu penuh cuti kedua bersama suami - bukanlah honeymoon.
Bahkan adalah seminggu yang penuh dengan tanggungjawab untuk dipenuhi. 
Tanggungjawab sebagai isteri-suami.
Tanggungjawab sebagai anak - menantu.
Tanggungjawab sebagai kakak - abang.
Tanggungjawab sebagai adik.
Tanggungjawab sebagai makcik - pakcik. 
Semuanya menuntun seribu satu tugasan untuk dilaksanakan.
Lillahitaala. 
Alhamdulillah..
Perasaan disayang yang keterlaluan. 
Sifirnya mudah -
Laksanakan tanggungjawab dengan ikhlas.
Allah akan memenuhi segala keperluan - InsyaAllah.

**************

Suami,
Dia tanpa henti berusaha menjadi yang terbaik.
Menjalani hari-hari dengan penuh sabar.
Memenuhi segala tanggungjawab dan keperluan dengan penuh amanah.
Mengorbankan segala apa adanya.
Untuk memberikan yang paling baik.
Untuk mereka yang dicinta. 
Keluarga selatan,
Sanggup bermusafir jauh semata untuk melihat kebahagiaan diri.
Allah..apa lagi yang mampu diberi selain rasa bahagia yang ditunjukkan sepenuh hati.
Katanya, bila bahagia menjelma, air mata terasa asing.
Tapi berteman air mata tiada salahnya buat mencuci luka.
Ia kesembuhan yang segera biar pedihnya terasa.
Keluarga utara,
Terima kasih menerima sepenuh hati.
Terima kasih menerima diri menjadi sebahagian dari keluarga besar disini.
Terima kasih kerana tidak membiarkan diri terasa asing.
Terima kasih kerana banyak sangat bagi makan -.-".
Terima kasih untuk layanan yang membahagiakan.
Terima kasih Allah,
Terima kasih suami.
Terima kasih keluarga selatan & utara. 
Jauh macamana pun Allah campakkan kita,
Bersua juga kita didunia dengan hendak-Nya. 
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah..

Monday, June 2, 2014

Family Datuk Abdullah dan Datin Ruslina

Bismillahirrahmanirrahim.
Tengok la Amir tu...centre of attraction betul.. ~
Sejak kahwin, baru ini kali pertama dapat kumpul ramai-ramai.
Tahniah AbeNgah atas pernikahan anda.
Tengok senyum pun dah tahu bahagianya AbeNgah rasa..(cewah~) 
Kita dan Abam macam biasa la, suka cover-cover soleh-solehah gitu.
Sampai Mak Long kata,
"Memang patut la Dyll kena macamani, tengok la Shazni tu kan ala-ala syeikh."
Haha. 
Dah boleh bayangkan macamana Abam dulu dibesarkan.
Memang betul-betul gabungan Mama dan Abah. 

Wednesday, May 21, 2014

Putus Asa atau Redha?

Bismillahirrahmanirrahim. 


Aku dah berjanji dengan diri.
Aku takkan biarkan hati aku disakitkan oleh siapa-siapa lagi.

Antara putus asa atau redha.
Ada waktunya aku memilih putus asa.
Ada perkara yang aku pilih redha.

Moga apa pun pilihan yang ada.
Semoga jiwa aku tak penat dan lelah dengan benda yang kurang penting.

Allahu'mustaan!

Friday, May 16, 2014

Dunya~

Bismillahirrahmanirrahim.


"Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan manjawab, “Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja”. Katakanlah: “Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?" (At-Tawbah : 65)

Monday, April 28, 2014

Erti kecewa..

Bismillahirrahmanirrahim.



Saat diri mula bergantung pada manusia.

DIA tarik-tarik semula untuk kembali pada DIA.

Hanya DIA.
Cuma DIA.
Untuk DIA..

Beringatlah duhai diri...

Tuesday, April 22, 2014

A Muslim..

Bismillahirrahmanirrahim.


“Wahai orang yang memberi pelajaran kepada orang lain, mulailah dari dirimu sendiri hingga kau berilmu. 
Engkau memberi ubat kepada orang sakit hingga baik, sedangkan kau sendiri berpenyakit;. 
Maka mulaikah denganmu, cegahlah dari kelalaian, jika selesai maka kaulah seorang yang arif bijaksana. 
Pastilah orang akan mengikuti, jika engkau mengajak dan menjalankan apa yang engkau dakwahkan, dan menerima semua ajaran-ajaranmu. 
Janganlah melarang perbuatan sedangkan engkau sendiri mengerjakannya, aib besar bagimu jika kau lakukan itu.

Abu al-Aswad al-Du'ali

Monday, April 14, 2014

Impian

Bismillahirrahmanirrahim.


Kadang-kadang, kita ada impian yang kita simpan. 
Yang tak mampu untuk dipertahankan.-- demi perkara lain yang lebih penting. 
Dan akhirnya kita membiarkan impian terbiar menjadi mimpi.-- kerana setiap pilihan memerlukan pengorbanan.  

:: Moga apa yang dipilih, ada keberkatan dan redha Tuhan. 

Be brave! Haip! \(n_n)/

Monday, March 24, 2014

Kuasa Fokus

Bismillahirrahmanirrahim.

Entri ini bukanlah ditulis untuk menegecilkan hati makhluk-makhluk Allah yang rabun.
Sangatlah tidak. 
Sekadarnya menyatakan sarwapandang (sarwapandang sangat~~) tentang pentingnya fokus dalam kehidupan. Aiwah!

Intipati bicara marghrib semalam, kalau kita fokus, kita akan dapat.
Sebagai contoh, kalau nak makan, makan je. Tak payah sibuk-sibuk nak gosok baju, cuci kain dan sapu sampah. Kalau tidak, sampai esok pun tak akan makan. Ewah contoh~ 
Tapi, mahu atau tidak, bila kita fokus pada satu-satu perkara,
pasti ada perkara yang perlu dilepaskan. 
Pasti! (nada yakin) 
Tapi bila dah pilih satu, kena la faham dan sabar.
Ye tak?
Bukan kita sahaja yang perlu faham dan sabar.
Bila hidup melibatkan manusia lain,
mereka pun kadang perlu difahamkan dan disabarkan.
Life~ 
Susun fokus betul-betul bedasarkan awlawiyat.
Pesan senior dulu-dulu ; awlawiyat kita, kita yang pilih dan tentukan.
Cuma kita yang tahu apa yang kita mahu pentingkan dalam hidup.
Akhir.
Nak fokus apa Dyll?
Uhuk....~

:: Moga Allah redha dengan apa yang kita fokus. Ameen. 

Friday, March 21, 2014

Cintai Allah diatas segalanya

Bismilahirrahmanirrahim.


A simple reminder ;  
Suami itu milik Allah.
Allah yang mengatur segala-galanya tentang dia.
Allah yang memberikan sikap dan sifat-sifat dalam dirinya.
Allah yang memahami kekurangannya.
Allah yang mengurniakan kelebihan kepadanya.
Allah yang menyembuhkan segala macam penyakit yang ada dalam dirinya. 
Mencintai manusia itu, cintailah dalam kadar yang disukai oleh Allah.
Penuhi hatinya dengan mengingati Allah. 
Perkahwinan itu Ibadah.
Ibadah yang bukan didominasi oleh Allah, bukalah ibadah.
Tidaklah ianya menjadi ibadah tanpa Allah terlibat didalamnya. 
Perkahwinan itu alat.
Alat untuk sentiasa dekat dengan Allah.
Berusahalah mengizinkan diri menjadi alat.
Mendekat pasangan kita kepada Allah dengan apa cara sekali pun.

“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).” 
[Ali-Imran 3:14]

Wednesday, March 19, 2014

Auratku Jihadku

Bismillahirrahmanirrahim.


Membaca kisah adik Fatihah Mazlan - Dalam bi'ah keluarga yang terjaga, dia keluar dari kepompong itu, lalu membawanya kepada satu bi'ah lain yang mengakibatkan dia kalah. Kalah untuk menjaga auratnya ; jihadnya di kelompok itu. Tapi hidayah Allah telah memberikannya satu peluang baru untuk kembali. Subahanallah.  
Menjaga aurat bagi seorang wanita adalah jihad.
Jihad dari menampakkan apa yang perlu untuk dilindungi.
Jihad dari dicampakkan kelalaian dalam menjaganya. 
Cukup labuhkah hijabku,
Cukup longgarkah pakaianku,
Cukup tertutupkah kulitku,
Cukupkah ini dari tidak menarik perhatian anjabi.
Persoalan-persoalan yang perlu ditanyakan kepada diri Muslimah. 
Adakalanya, hal menutup aurat itu,
jadi jihad besar saat wujudnya alasan kecil.
"Hujan, nanti stokin basah."
"Tempat tu semua perempuan."
"Tak keluar dari kereta pun." 
Jika difikir panjang.
Beratnya yang menanggung disana nanti bukan cuma kita.
Ayah kita, saudara lelaki kita, suami kita. 
Dan lelaki juga,
Beratnya tanggungjawab anda.
Mengingatkan dengan penuh kasih.
Wanita-wanita yang anda cinta - itu jihad anda. 
Akhir, semuanya pasti mahu bahagia yang di sana kan? 

Wallahu'alam.

:: Moga jihad kita, punya nilai disisi-Nya. Ameen..

Thursday, March 13, 2014

Cinta itu tanggungjawab..

Bismillahirrahmanirrahim.


Dalam berumah tangga...mesti ada tolak ansur. Kita sama pagi pergi kerja pulang senja. Bini masak kecah dapur, suami kemas kilatkan dapur. Isteri hidang santapan, suami mkn dan basuh pinggan.isteri basuh baju, suami sidai dan angkat baju. Isteri masak lagi... suami kemas dan vakum rumah. Bukan bila isteri kelam kelibut memasak dan juga mandikan anak,kau suami goyang kaki menonton TV. Itu pentingkan diri!  
Ini namanya kerjasama dalam rumah tangga...bila kerjasama, kerja jadi mudah (wonderpets kata). Suami ringan tulang itu suami paling macho dan bergaya! 
Perkahwinan itu satu perkongsian. Kongsi suka duka dan juga wang! hehehe... tiada istilah tu duit aku, itu duit kau... (bagi aku) kalau boleh berkongsi bantal dan selimut, kenapa tidak dompetnya sekali?! 
Cerita cemburu dalam perkahwinan. Cemburu kecil tanda sayang. Cemburu jangan sampai buta, kelak bawa kpd kemusnahan.  
Jangan harap difahami kalau tidak belajar utk memahami. Jangan harap dilayan romantik kalau tidak pandai create suasana romantik.  
Perkahwinan adalah tentang saling memahami... saling memberi.  
buat si isteri, jaga aurat, jaga maruah suami... pada dia terletak syurgamu wahai kaum isteri... Buat suami, jalankan tanggungjawabmu kerna isteri amanat terbesar dari Ilahi. Bagaimana isteri, itu cerminan diri seorang suami. 
Nafkah mu bkn sekadar duniawi... tapi juga ilmu ukhrawi.  
Isteri... jadi solehah untuk dapat solehnya si suami... Suami... jadi soleh untuk dapat solehahnya si isteri.  
Akhir kata... perkahwinan itu bukan satu beban... ia nikmat dunia kurniaan Tuhan. 

Azlina Hassan via FB

:: Alhamdulillah... Suami saya memang macho dan bergaya. 
********************

Selingan 
Abam : Nah, bawak air mineral ni ke ofis. Tapi jangan minum pulak.
Aye : Eh, kenapa tak boleh minum pulak?
Abam : La, kan puasa..
Aye : Eh, aah ek..hikhik


:: Moga Allah memelihara perjalanan abam... Ameen..

Saturday, March 8, 2014

Reason to love..

Bismillahirrahamnirrahim..


"Ketidak sempurnaan membuatkan kita saling mengingat."

Manusia hakikatnya lahir tidak pernah sempurna.
Sentiasa ada sisi yang lompong - pecah.
Ketidaksempurnaan itulah yang menyempurnakan manusia sebagai manusia.
Kerana jika dia sempurna, maka bukan manusialah dia.
Hoh~

"erti kebahagiaan."

Tuesday, March 4, 2014

Destructive?

Bismillahirrahmanirrahim.


Dalam dunia;
ada perkara yang kita sayang.
ada perkara yang kita benci.

Apa pun ia;
semoga tidak memudaratkan hidup kita disana nanti.

Berpada.


:: Selamat bertaqwa wahai diri!

Friday, February 28, 2014

Tip Top~

Bismillahirrahmanirrahim..


"Kekuatan seorang Muslimah, adalah pada sabarnya." - Ustazah


:: Sabar dengan diri sendiri. Rabbi Yassir!

Wednesday, February 26, 2014

Zolim....

Bismillahirrahmanirrahim.


Kadang-kadang, kita zalim tanpa sedar. 
Kita makan, walaupun makanan yang halal, tapi kadang-kadang ia tak baik untuk kesihatan.
Kita tidur, walaupun niat ibadah, tapi tidur berlebihan sampai terabai tugasan.
Kita kerja, walaupun kerja kita siap, tapi ada waktunya kita tetap lalai dalam menjalankan amanah.
Kita bercakap, walaupun maklumat sampai tapi kadang-kadang cara kita menyampaikan tu menyakitkan hati yang mendengar.
Kita berjalan, walaupun sampai ke destinasi, tapi kita banyak susahkan orang dengan tidak berdikari.
Kita shopping, walaupun memenuhi keperluan, kadang kita boros juga tak bertempat.
Kita ziarah, walaupun untuk mengerat silaturrahim, tapi kita selalu tak jaga adab dalam berziarah.

Ada enam [6] perkara yang dipesan oleh Imam Syafi'ie: 
1. Berbicara yang benar apabila berkata-kata.
2. Tunaikan janji apabila telah berjanji.
3. Tunaikan amanah bila mendapat amanah.
4. Menjaga kehormatan diri dimana sahaja kita berada.
5. Menahan pengelihatan dari melihat yang haram.
6. Mencegah tangan dari berbuat yang mungkar.

Kadang-kadang kita 'ter'zalim juga pada orang lain seperti :
"Laki kau nak pergi kerja tapi kau tak siapkan sarapan pagi."

Ok.

Bai.
*************** 

Jom amalkan doa Nabi Yunus :


[Al-Anbiya' : Ayat 87]

:: Pesanan ringkas ; sila hadam Kisah Nabi Yunus untuk lebih penghayatan dan kefahaman. *Wink2*


Tuesday, February 25, 2014

Qada' & Qadar-Nya

Bismillahirrahmanirrahim.


Dalam membicarakan persoalan Qada' dan Qadar, manusia masih diberikan kebebasan oleh Allah untuk berusaha dalam menentukan takdir sendiri. 
Berpindah dari satu takdir kepada takdir yang lain, sebagai contoh, berpindah dari kawasan yang mempunyai wabak penyakit ke tempat yang lebih baik merupakan satu usaha manusia untuk keluar dari takdir yang buruk. 
Hakikatnya, walaupun manusia merasa mereka yang berusaha dan memilih, namun semuanya telah ditetapkan dan adalah di dalam pengetahuan Allah juga.

- Kitab Aqidah Islam [Sayyid Sabiq]

Thursday, February 20, 2014

Penantian.

Bismillahirrahmanirrahim.

Daripada Abdullah Ibn Umar Radiyallah 'Anhuma, katanya: Rasulullah S.A.W.memegang bahuku seraya bersabda: Jadilah di atas dunia ini sebagai seorang perantau. Ibn Umar berkata: Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah tunggu menjelangnya waktu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi,jangan tunggu menjelangnya waktu petang. Gunakan peluang untuk beramal semasa kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan semasa kamu hidup untuk persediaan matimu. [Hadis Riwayat Bukhari]
Kuliah Dhuha hari ini diingat-ingatkankan lagi.
Berhenti menanti-nanti waktu.
Selesaikan kewajipan apa yang ada didepan mata sementara Allah masih mengurnia nyawa.
Mungkin sesaat, seminit, sejam atau sehari lagi, jasad sudah terkaku mati. 
Jangan menunggu.
Kerana masa depan itu sesuatu yang tidak pernah pasti.

:: Oh dinner date~

Wednesday, February 19, 2014

Dengarlah kata Ustaz


Bismillahirrahmanirrahim.
Memata-matai jiwa agar tidak lencun dengan nikmat dunia.
Merajai hati agar sandarannya adalah cahaya yang datang dari ilmu dan Cinta.
Menjagai diri demi menjaga yang lain - yang terkasih - disana nanti.

"Di akhirat nanti, mulut akan ditutup menjadi bisu. Yang akan menjawab pertanyaan Tuhan adalah anggota badan yang lain. Kaki akan ditanyakan ke mana ia digunakan. Tangan akan ditanyakan apa yang dikerjakan sepanjang kehidupan. Telinga akan ditanyakan apakah yang ia dengar. Mata akan ditanyakan apakah yang ia lihat sepanjang kehidupan. Waktu itu kita dah tak boleh nak menipu dah. Semuanya akan tersingkap." -Abam

:: Kuliah subuh terbaik.

Tuesday, February 18, 2014

Bulan cinta

Bismillahirrahmanirrahim.


"Dari Parit ke Paris"

Teringat skrip drama malam tadi.

Drama yang ditonton bersama buah hati. [Eh? Over~] 
"Biasalah perempuan, bila kecewa cuma air mata je lah."
Kata Wawa yang baru putus cinta dengan Dato' apa ntah (lakonan Fahrin Ahmad).
Dia pandang saya.
Saya pandang dia. 
Sengih.



"The best thing in life is finding someone who knows about all your flaws and still thinks you are amazing."
Memang bulan ini bulan bercinta.
Moga tak layu melayan rasa.
Moga tak lupa perkara utama.
Moga tak jatuh diuji duga.
Moga kekal sempurna hingga akhirnya.
Akhir yang disana.
Namun, bermula segalanya dari sini juga.
Moga hati kita masih mengejar-ngejar DIA. 

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga)”. [QS Ali ‘Imran 3 : 14]

:: 'Moga lidah ini menjadi lidah yang lebih bertaqwa'.

Monday, February 17, 2014

2:25

Bismillahirrahmanirrahim.


Kadang terfikir jauh kenapa Tuhan mencampakkan rasa yang tiada tara dalam diri manusia.
"Haza min fadhli rabbi."
Utuhnya moga kerana Dia. 
Ameen Ya Rabb.

Wednesday, February 12, 2014

Sederhana yang sempurna.

Bismillahirrahmanirrahim.


Maka, bersyukurlah dengan setiap kurniaan-Nya.
Dari yang sekecil-kecil perkara, hingga sebesar-besarnya.

Maka, mujahadahlah jiwa.
Mensyukuri nikmat tanpa secebis rasa bangga.

Maka, sederhana itu indah.
Dan sempurna.

Alhamdulillah.


“Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, yaitu: “Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” (QS.31:12)



p/s: 'Immortal Love' by Mahadewa untuk dia... ;) 

Monday, February 10, 2014

Qurratu'ayun

Bismillahirrahmanirrahim.

by Aina Azizan
“Tidakkah ingin kalian aku khabarkan tentang perkara terbaik dan paling berharga yang boleh dimiliki oleh seseorang? Iaitulah, isteri yang solehah, yang cirinya adalah menggembirakankan apabila memandang kepadanya. Jika disuruh, dia mentaatinya, dan bila kamu tiada, dia memelihara (rahsia dan hartamu) dengan sebaiknya.” (Riwayat Abu Daud dan al Hakim)


Misi 'Qurratu'ayun"; penyeri di dunia, bidadari di syurga.

Friday, January 24, 2014

Minggu terakhir.

Bismillahirrahmanirrahim.



 Hidup dengan segala pengalaman perjalanan yang mendewasakan.

Dari satu padang ke satu padang.
Dari satu fasa ke satu fasa.
Dari satu jalan ke satu jalan.

Sesungguhnya Allah yang telah memilihkan.

Alhamdulillah.

"Hidup adalah perjalanan untuk membangun rumah untuk hati. Mencari penutup lubang-lubang kekecewaan, penderitaan, ketidakpastian, dan keraguan. Akan penuh dengan perjuangan. Dan itu yang akan membuat sebuah rumah indah." — Iwan Setyawan (Ibuk)

Perjalanan sepanjang kembara bertahun-tahun ini, 
tidak lain tidak bukan adalah tarbiyyah dari Allah.

Tarbiyah sabar dalam ketidakmampuan.
Tarbiyah yakin dalam keraguan.
Tarbiyah tabah dalam kelesuan.
Tarbiyah kuat dalam kelemahan.
Tarbiyah redha dalam keberatan.
Tarbiyah cinta dalam kebencian.
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
[Al-Baqarah : 216]


Perjalanan yang mungkin secara jelasnya tidak membangun 'fizikal',
namun semoga hasilnya ada dalam hati dan akal yang terlihat dari perbuatan.

Entahkan esok ada punya peluang untuk mengembara lagi,
cuma DIA yang ada jawapannya.

:)

****************

Sebenarnya sedang sangat penat.
Seminggu ini tidur lewat kemas barang.
Walaupun sikit, tapi entah kenapa macam tak habis-habis.
Fuh...

Rabbi yassir Wala Tuassir!

Wednesday, January 22, 2014

Doa Ibu

Bismillahirrahmanirrahim.

Telah Allah janjikan, doa Ibu punya kuasa luar biasa yang tersendiri.
Jikalau tidak, masakan Tanggang menjadi batu. (eh?)

Emak, kerana tahu doanya punya kuasa luar biasa, 
maka dia selalu sahaja redha dengan pilihan anak-anaknya.
Malah mendoakan mereka lebih lagi.
Doa disetiap solat siang dan malam.
Disetiap pekerjaaan harian.
Disetiap selang-seli ingatan.

Sebagaimana anak-anak belajar menjadi anak-anak dan manusia yang baik.
Emak tidak pernah berhenti belajar menjadi Emak yang terbaik.

Moga Allah mengurniakan syurga buat Emak.
Ameen!


Bersyukurlah kepada sesiapa yang mempunyai ibu.
Kerana tidak semua manusia diizin Allah memilikinya.

Mengenal ibu-ibu yang lain;
Ummi, Ibu, Mama..

Ibu kepada siapa pun mereka.
Berbuat baiklah kepada mereka.
Kerana doa mereka mahal harganya.


:)

Thursday, January 9, 2014

Menjelang bukan menjeling.. (Monolog yang dibaca orang)

Bismillahirrahmanirrahim.


Menjelang waktu-waktu berlakunya perubahan terbesar dalam hidup - selain kisah berjaya masuk UIA lapan tahun dahulu - entah apa yang perlu dirasa pun tidak tahu.
Pesan-pesan Kakak Naqibah "Nikah dan dakwah perlu seiring." 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Semoga anak-anak terus bersemangat untuk sekolah. *tiba-tiba*


:: Kunni mutayaqqinan!

HOME

I walked across an empty land I knew the pathway like the back of my hand I felt the earth beneath my feet Sat by the river and it made me c...