Sunday, December 30, 2012

Bab hidup yang seterusnya...

Bismillahirrahmanirrahim.

DISEMBER


Nampaknya Disember berlalu begitu pantas sekali.
Pejam-celik, sudah sampai di penghujung.
Panggilan demi panggilan setiap hari mendatang dari semenanjung.
Adik-adik di sini kata, "Belum pun pulang sudah busy ya kak?"
"Banyak benda untuk difikirkan dik. Banyak."
*senyum*

Enam hari lagi.
Langsung tidak lama.
Langsung takkan terperasan waktu berlalu dengan sangat laju.
Tak tunggu aku yang masih terkapai-kapai mengira-ngira waktu.
Menyusun satu persatu.

Laju. Terlalu.
Sampai terkelu.

Dan untuk memikirkan apa yang telah tercapai selama tiga bulan ini,
tiada ayat khusus yang cantik dan berseni selain ayat indah ini :
“Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (QS. Al Mukminun [23]: 115)

***************************

KERJA


Jika akan menyebabkan hidup manusia lain tunggang-langgang,
bukanlah satu daripada pilihan hidup yang terbaik untuk aku.
Tapi, hati orang, DIAlah pemiliknya.
DIAlah penjaganya.

Mengenangkan tangan, hati, aqal, jiwa yang telah dilatih sekian lama ini,
InsyaAllah mampu menghadapai cabaran tugasan akan datang (sentiasa dengan bantuan DIA).
InsyaAllah, moga apa yang dipilih tidak terkeluar dari asbab mengejar redha-Nya.
Tidak terkeluar dari matlamat ibadah kepada-Nya.

InsyaAllah.

********************************

TUJUH BULAN


Moga Allah memperkuatkan hati untuk bersabar menuju bulan-bulan yang mendatang.
Bulan di Tahun 2013 yang punya banyak agenda besar.

Moga Allah membantu mujahadah ini.
Mempermudahkan jalan-jalan kami menuju-Nya.
Meredhai seluruh hidup kami dunia dan akhirat.
Moga Allah perkenankan doa kami.

InsyaAllah.

Ameen.
"Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus, (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat." (QS : Al-Fatihah [1]:5 - 7)

Thursday, December 27, 2012

Lumrah yang kita selalu kalah.

Bismillahirahmanirrahim.

Lumrah Allah menguji manusia siang dan malam.
Lebih-lebih lagi makhluk-makhluk yang paling di Cinta-Nya.
Paling mahu ditambahkan imannya.
Paling mahu diangkat tinggi darjatnya.
Paling mahu diberi penghormatan padanya di 'sana' nanti jika dia berjaya memahami kemahuan-Nya.

Lumrah juga jika ada makhluk yang kalah sebelum masanya.
Lumrah juga jika makhluk lupa untuk bersyukur di saat uji-Nya tiada tertanggung duga.
Lumrah juga untuk makhluk lupa bahawa naikmatnya dan sayang-Nya maha banyak berbanding benci-Nya pada kita. 
Waktu-waktu begini, sahabat paling akrab yang ada adalah iman.
Yang turun-naiknya kita tidak pernah terduga.
Yang paling DIA mahu adalah kita mencariNya.
Perkara yang paling kita selalu lalai dan lupa.
Sudah memang sesungguhnya DIA yang paling setia.
Sampai dunia sana.
Tinggal kita sahaja yang perlu usahakannya.
Ah, lumrah juga bercakap lebih mudah dari melaksana.

“Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: Kami beriman, sedang mereka belum diuji? Sesungguhnya kami telah menguji orang-orang ymg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang dusta ". Ankabut: 2-3

Nota untuk Cik Dyll : "Sejauh manapun awak berusaha untuk menjadi tulang belakang kepada dunia, awak jangan pernah lupa bahawa dunia itu adalah selamanya DIA yang punya."
 :: Noktah kecil untuk hati.

Wednesday, December 26, 2012

Di Bawah Bayu (8) : Program Berkhatan Pandiwan



Bismillahirrahmanirrahim.
Azizi, Azlan, Azri, Azizipi, Azizan dan berbaris lagi nama yang bermula dri huruf 'A' dalam program berkhatan kali ni. Nak mengingat nama satu-satu, memang fail. Huhu. Maaf ye adik-adik. Alhamdulillah, semangat adik-adik ni nak berkhatan sangat memberi semangat kepada kami yang mengganjurkan program ini. Alhamdulillah.
Mereka sudah berada di surau Kg. Pandiwan sejak malam Jumaat lagi. Berkampung di sana untuk diberikan pengisian-pengisian dan pemahaman tentang berkhatan ; asbab dan keperluan disyariatkan berkhatan kepada mereka. dan petang itu sewaktu menunggu, aku tersenyum dengan soalan-soalan mereka : "Kak, sama ke berkhatan orang Islam dengan orang bukan Islam?" Budak-budak bijak. Melayan kerenah mereka memang seronok.
Ini pertama kali aku menguruskan program berkhatan. Sungguh-sungguh aku mengaku terlalu banyak kekurangannya sepanjang program kali ini. Terutamanya pada hal berkhatan itu sendiri. Alhamdulillah, mendapat bantuan dari Dr. Ihsan yang paling bertungkus-lumus sepanjang sesi berkhatan. dari 'A' hingga 'Z' dia yang perlu menguruskan. Rasa bersalah juga pada dia. Moga Allah memberikan kebaikan-kebaikan sepanjang hidupnya. Ameen. Juga kepada team pembantu yang memang langsung tiada pengalaman meng'khatan'kan orang. Empat jam di dalam bilik doktor di klinik pekan Nabawan yang serba kekurangan, Allah membantu dengan sangat banyak! Alhamdulillah. Mahal. 

Kali ini 12 orang sukarelawan digabungkan dari SISMA, ABIM Sabah, PKPIM dan GPTD. Menghasilkan team dengan individu yang berbeza kemahiran dan kelebihan. Semuanya membantu dalam melicinkan agenda program kali ini. ada tukang jaga budak, tukang khatan, tukang masak, tukang mengajar emak-emak dan yang penting, tukang fikir sampai pening.
Meskipun tiga hari sebelum program telah datang tanda bahawa program tidak akan berjalan seperti yang diharapkan, namun ia tetap diteruskan juga. Kepada Allah juga sebaik-baik tawakal.
The best kids are going to become the best. But the best thing about it is that you're going to learn lessons in playing those sports about winning and losing and teamwork and teammates and arguments and everything else that are going to affect you positively for the rest of your life.  - Carl Lewis
Thanks to Allah. Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin.

:: Travelog kali ini terlebih 'hati'.

Monday, December 24, 2012

Kawen?

Bismillahirrahmanirrahim.


Kawen. Komitmen seumur hidup ; dunia menuju akhirat.

Rajin-rajin membaca & menuntut ilmu.
Erti Sebuah Perkahwinan.




 :: Nampaknya takleh nak main-main dah... fiuh~

Thursday, December 20, 2012

E.L.S



Bismillahirrahmanirrahim. 
seperti biasa, sesiapa yang ada blog pasti pernah merasai trauma kemalasan meng'update' blog tahap gaban. ada waktunya aku menulis demi memenuhi permintaan orang lain. (konon-konon macam ada pembaca setia la ni.. perasan.. haha) dan ada waktunya juga sekadar untuk mengarut. walaupun hakikat hati selalu berbisik - "tulislah perkara-perkara bermanfaat wahai cik dyll." Pesan Prof. Muhayya, tulisan kita ini, jika ia bermanfaat, maka akan bermanfaatlah seluruh hidup kita ; walaupun sesudah mati. Biarpun aku pernah berazam untuk menjadi 'penulis yang disayang Tuhan' seperti En. Baha, tapi nampaknya emosi 'lagha' lebih menguasai berbanding 'isi' yang membangun. Dimanakah anjakan paradigma! Dimanakah? Woah! Cakap banyak pun tak guna. Yang penting amal dan usaha. Ye tak? Chayok untuk misi menjadi penulis yang disayang orang. Eh, Tuhan. Haip!
"kita ada banyak cerita lain lagi selain cerita melayan perasaan" *sentap*

Friday, December 14, 2012

Barakallah Mbak Hani

Maaf En. Rahimie, pinjam sekejap isteri encik ni ya...~

Bismillahirahmanirrahim.

Alhamdulullah.
Menjelang 11 / 12 / 2012 Mbak Hani sudah pun bergelar isteri orang. 
Walaupun tarikh itu waktu bekerja, aku nekad walimah Mbak Hani wajib aku pergi.
Bertarung juga nak minta cuti.
Sila bayar gaji aku wahai Mbak Hani.
Wahahaha...Maaf, tak sopan pulak.
*ehem*

Malas nak bercerita panjang pasal majlis,
aku cuma nak ucapkan tahniah kepada sahabat aku yang seorang ni.

Alhamdulillah dah jadi isteri orang.
Dah boleh tambah amal pahala tiap-tiap hari.
Dah ada pembimbing yang halal.
Dah ada guru yang bertauliah.
Dah ada peneman sepanjang hayat.
Moga diberi bahagia.
Sepanjang usia.
Dunia & akhirat, insyaAllah.

Ameen.

***********************************

Setiap kali mendengar lafaz nikah, satu benda je yang aku terfikir.
Syukurlah mereka telah menyelesaikan sebahagian dari tuntutan agama.
Syukurlah Allah memilih mereka.
Alhamdulillah.
"Dan kahwinilah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) di antara kamu, dan orang soleh daripada hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, kerana ALlah amat luas (rahmat dan limpah kurnia-Nya), lagi amat mengetahui". (An Nur : 32)

:: Positip Dyll! Haip!

Wednesday, December 12, 2012

Di Bawah Bayu (7); Kem Iqra' Pulau Banggi

Bismillahirahmanirrahim.

Bila kawan aku tanya, "Macamana program kau minggu lepas?" - aku sedar ada perkara-perkara yang tidak boleh dikisahkan secara direct dalam travelog. Nampaknya sesi menapis kisah ni macam menarik jugak. 
Kg. Lok Tohog menjadi tumpuan pada kali ini adalah kerana potensinya yang besar untuk menjadi pencetus; 'spark' kepada program-program dakwah di kawasan lain di Pulau Banggi pada masa akan datang. Selain dari kemudahan yang baik, respon positif dari jaringan disini juga amat mengalalakkan.
Sebelum ini, program dakwah di Pulau Banggi banyak di jalankan oleh golongan tabligh yang aktif menganjurkan ceramah agama pada setiap bulan di setiap kampung. Terdapat juga beberapa kampung yang mempunyai imam yang berkebolehan dalam mengajarkan ilmu-ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. Namun ianya masih tidak mencukupi dalam keadaan cabaran yang semakin banyak pada zaman ini.

Menurut sejarah, penduduk di Pulau Banggi telah pun mulai memeluk Islam sejak 30 tahun yang lalu sejak aktiviti pengislaman besar-besaran masyarakat Sabah oleh Pertubuhan Islam Seluruh Sabah atau United Sabah Islamic Association (USIA). Kini, majoriti masyarakat di Pulau Banggi adalah beragama Islam. 
Tidak dinafikan, cabaran dakwah di mana-mana pun pasti berbeza. Mendepani masyarakat Islam tanpa jatidiri Islam yang jelas, memerlukan persediaan yang lebih untuk pendakwah muda turun ke lapangan. Tahap pemahaman dan pengamalan yang berbeza di setiap tempat melatih pendakwah untuk sentiasa kreatif dan bersedia dalam menyampaikan ajaran Islam sama ada dari perkara paling asas ; aqidah' sehingga perkara-perkara besar yang melibatkan pengamalan Islam itu sendiri.
Antara ruang yang peluang besar di sini adalah untuk mendekati golongan remaja yang rata-rata tidak mempunyai aktiviti sewaktu cuti. Malah, mereka ini sebenrnya sangat bersemangat untuk belajar agama. Cuma mungkin sikap malu-malu penduduk di sini menjadi halangan untuk kami menyampaikan banyak perkara. Apa pun, semuanya optimis bahawa peluang tersebut sentiasa ada pada masa akan datang. Lebih-lebih lagi pada Iqra' yang pertama ini kali telah pun mempunyai jaringan yang baik dengan penduduk kampung. Tinggl lagi penyusunan kerja-kerja dakwah di sini pada masa akan datang perlu dilakukan dengan lebih baik supaya masyarakat Pulau Banggi mendapat manfaat yang lebih besar. InsyaAllah.

Dan aku yakin, adik-adik yang Allah pilihkan untuk berada dalam program ini, belajar banyak. Sepertimana aku juga belajar terlalu banyak. InsyaAllah. Alhamdulillah. :)

Wednesday, December 5, 2012

Cahaya

Bismillahirahmanirrahim.


"Katakanlah (Muhammad), tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakal orang-orang yang beriman." (Surah At Taubah: 51)



 p/s: Yakinlah, dihujung sana ada cahaya... :)

HOME

I walked across an empty land I knew the pathway like the back of my hand I felt the earth beneath my feet Sat by the river and it made me c...