Thursday, February 29, 2024

Dihujung setiap kesakitan

 Bismillahirrahmanirrahim.


Akhirnya..setelah sesak dada dan sakit jiwa yang mendalam.

Hanya satu yang paling setia menanti iaitu Tuhan.

Itulah fungsi sakit - untuk dikembalikan kepada DIA.

Sakit yang datang dari DIA, hanya DIA ada ubatnya.

DIA cuma nak kita datang balik je.

Khalas.

Sunday, February 25, 2024

Sepi


 

Puisi Sepi

Bisik ku pada bulan
Kembalikan
Temanku, kekasihku, syurgaku
Tanpa dia
Malam menemaniku
Sepi memelukku
Bulan
Jangan biar siang
Biar alam ini kelam
Biar ia sepi
Sepertiku

Tuesday, February 20, 2024

Future is uncertain

 Bismillahirrahmanirrahim.


Alhamdulillah. Akhirnya kembali ke ruang yang paling dirindui.

Ruang berbagi untuk mereka yang disayangi sepenuh hati.

Jika perlu terus memilih - sentiasa mahu kekal dengan pilihan yang satu ini.

Mar'ah - hamba yang hidup dengan penuh kebergantungan pada Tuhan. 

Buat kerana Allah.

Friday, February 2, 2024

10 Tahun

Alhamdulillah.

Selesai 10 tahun pertama.

Penuh suka duka turun naik perjalanan bersama sama seperti mana-mana pernikahan orang lain pun.

Yang membezakannya, pernikahan ini adalah tentang kita berdua. Bukan kau saja. Atau aku saja. Tentang mempertahankan pilihan yang telah dibuat awal dulu.

Walaubagaimana cara Allah melorongkan ilham, ini jalan yang kita pilih bersama. Kita bertanggungjawab terhadap pilihan kita.



Sejauh mana kita pertahankan, Allah tahu.
Sedalan mana kita berkorban, Allah tahu.
Sebanyak mana kita berjuang, Allah tahu.

Kekal berdoa dengan doa yang kita pegang seawal pilihan dulu ;

Jika baik, permudahkanlah.
Jika tidak, redhakanlah.

Wallahu'alam.

HOME

I walked across an empty land I knew the pathway like the back of my hand I felt the earth beneath my feet Sat by the river and it made me c...