Best ke Belajar di Luar Negara?? (Russia)
www.iLuvislam.com
oleh: Leokid/ Shamirullah Rahim
"Siapa nak pegi belajar kat overseas?"
Jika soalan di atas ditanya kepada adik-adik di sekolah, pasti ramai yang menjawab dengan positif. Antara sebab yang kerap di dengar adalah keinginan untuk bermain salj dan kerana overseas best !
Persoalannya, best ke belajar di luar negara?
Perkongsian ini sekadara pengalaman peribadi dan persepektif saya yang telah hampir 2 tahun di Russia. Jadi, pengalaman yang diceritakan di bawah adalah lebih berkaitan dengan Russia, salah sebuah destinasi popular bagi pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan.
Ketika saya menerima surat tawaran dari MARA, ayah saya bertanya;
“Betul hang nak pi Russia ni? ”
“Ala, dah 5 tahun duduk kat MRSM, apalah sangat lagi 6 tahun tu, abah..”
Berat juga ibu bapa saya ingin melepaskan saya. Maklumlah, anak pertama yang akan ke luar negara.
Setelah 6 bulan di kolej persediaan, INTEC Shah Alam, saya pergi membeli-belah di Sogo, membeli barang-barang keperluan untuk ke Russia.
Macam-macam telah dibeli dan saya sendiri melihat bapa saya sampai terpaksa menggunakan guna kad kredit. Bukannya MARA tak bagi wang belanja, tetapi bapa saya berpesan,
“Simpan la dulu duit tu.. mana tau kat sana nanti nak pakai duit. Kat sini takpa la mak abah ada, boleh pakai duit mak abah. Kat sana nanti, kalau hang takdak duit, mak abah takdak, hang nak hidup lagu mana?”
Sayup sungguh hati saya ketika itu.
Tiba hari yang dijanjikan, saya pun terbang sejauh 8000 km menaiki pesawat MAS, 2 kali ganda jaraknya dibandingkan dengan perjalanan ke tanah suci Mekkah.
Musim luruh menyambunt ketibaan saya keika itu. Walaupun suhunya hanya 10°C, namun saya telah merasai betapa sejuknya iklim di sini. Walaupun ramai senior yang membantu ketika itu, kehidupan dirasakan amat payah. Tambahan pula, saya tiada skill dalam memasak sehinggakan serbuk cili disangka serbuk kari. Bayangkan!
Namun hidup tetap diteruskan. Tiba pula giliran musim sejuk. Gembiranya hati pertama kali melihat salji yang tebal. Sungguh kagum dengan kekuasaan Allah. Namun, hari demi hari, salji yang asalnya putih kian dicemari asap dan lumpur. Suhu makin sejuk sehingga mencecah -20°C. Walaupun memakai baju sejuk sebanyak 3/4 lapis, badan ini tidak mampu menahan kesejukan tersebut. Keadaan bertambah menyedihkan apabila saya terpaksa ke kelas menaiki bas. Umpama menaiki LRT Putra di Kuala Lumpur pada pukul 8 pagi waktu bekerja!! Sudah lah menahan kesejukan yang melampau, masuk ke dalam bas, terasa sangat panas pula!!
Tekanan hidup semakin bertambah apabila musim peperiksaan hampir tiba. Maklumlah, pelajar medik!
CAbaran paling getir yang saya hadapi adalah ketika saya pulang bercuti sempena cuti penggal tahun lepas. Arwah atuk saya menghembuskan nafas yang terakhir. Mujurlah saya berada di Malaysia ketika itu. Bayangkan jika saya berada di Russia dan bayangkan jika salah seorang daripada ibu,ayah dan adik-beradik saya yang pulang ke rahmatullah?? Tidak sanggup rasanya...
Islam Malaysia, Islam Russia
Masjid amat sukar di cari. Waktu solat sentiasa berubah-ubah. Ketika waktu musim sejuk, beza antara waktu Zohor dan Asar amat-lah singkat. Terdapat pensyarah yang pandang sinis apabila pelajar-pelajar Malaysia terpaksa ponteng kelas kerana pergi solat jumaat.
Pada tahun-tahun akan datang, bulan puasa akan jatuh pada musim panas. Subuh pukul 1 pagi, maghrib pukul 9 malam. Berapa jam saya kena puasa??
Pendek kata, best sangat ke belajar kat sini??
Mengapa hantar student ke luar negara?
Soalan ini rasanya perlu diajukan dan dijawab oleh kerajaan. Namun saya yakin skrip yang sama akan dijawab oleh pihak kerajaan. Mengapa masih hantar pelajar ke sini jika sudah tahu bahawa keadaan seperti di atas, malah, sesetengah universiti tempatan lebih baik dari universiti luar negara..
Kami masih di sini
Hakikatnya, alahamdulillah, kami masih di sini. Walaupun pelbagai cabaran seperti yang saya tulis di atas, saya dapat merasakan bahawa saya menjadi lebih kuat; bukan fizikal tetapi semangat dan rohani.
Cabaran kepada keimanan amat dahsyat di sini. Selain awek-awek Russia yang lawa-lawa(anda boleh lihat dalam sukan tenis), arak dijual di mana sahaja dan terdapat banyak disko di sini. Saya kagum dengan mereka-mereka yang dapat mempertahankan diri mereka dari terjebak ke kancah maksiat yang mampu meroskkan iman masing-masing.
Berada di luar negara, di tempat yang asing, membuatkan saya berasa lebih bersyukur. Bersyukur dan menghargai. Bersyukur dengan apa yang saya tinggalkan di Malaysia. Di sini, baru terasa betapa nilai sebatang serai itu menjadi penentu kepada standard kesedapan sekuali rendang. Baru terasa betapa pentingnya seorang ustaz tua yang mengajar di surau kecil, tatkala di sini tiada siapa pun menasihati kita. Baru terasa betapa bertuahnya hidup di bumi Malaysia, di persekitaran yang boleh dikatakan jauh lebih baik (dari perspektif saya) berbanding di bumi diliputi salji ni. Betullah kata pepatah Melayu - hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.
Jadi, masih ingin ke luar negara(terutama negara-negara barat?) ? Saya selalu nasihatkan adik-adik, expect the worst. Saya ulang, expect the worst!
Kepada adik2 yang berhasrat nak datang ke luar negara, tanyalah diri anda balik - apakah yang anda harapkan dengan study di sini? Adakah sekadar ingin bermain salji? Adakah kerana seronok tengok abang-abang di sini melancong? Sejujurnya saya juga berfikiran sedemikian awal-awal dahulu. Akan tetapi, itu semua hanyalah bonus; sedikit kelebihan atas segala kesusahan yang dihadapi di sini. Persiapkanlah diri dengan ilmu dan iman, cekalkanlah hati dan ikhlaskan niat, inshaAllah perjalanan anda di perantauan tidak hanya sekadar berakhir dengan segulung ijazah semata-mata. =)
Kepada sahabat-sahabat di Malaysia, syukurilahdengan apa yang ada di tanah air. Anda mungkin cemburu melihat gambar kami di sini - bermain salji, bermain ski, berjalan-jalan berlatarbelakang-kan bangunan eropah dan sebagainya. Tapi tahukah anda kami juga cemburu melihat gambar adik-beradik bermain bunga api di malam aidilfitri dan melihat kalian lepak-lepak di warung mamak sambil 'melayan' roti canai telur!!
Whatever “the luxury” you’re thinking that we are enjoying here, we “enjoy” it with the same amount, same magnitude of sacrifice.
Apa jua “kemewahan” yang anda fikir kami sedang nikmati di sini, kami “menikmatinya” dengan jumlah, kekuatan pengorbanan yang sama tarafnya.
Apapun, doakanlah kejayaan kami di sini!
p/s: Banyak lagi benda yang best kat sini, tapi taknak lah saya cerita. Tanya sendiri kepada pelajar-pelajar di sini kalau nak tahu. Datang sendiri kalau ingin merasai! =)
(x sabarnya nk graduate.......)