Bismillahhirrahmanirrahim..
Menjelang hujung-hujung waktu menuju tahun dua-kosong-satu-empat, izinkanlah hamba ber'monolog' akan apa adanya kehidupan yang sedang terfikir-fikir dibenak ini.
Ada pun ini adalah entri kedua untuk hari ini - yang nyata berbeza isinya dari yang pertama. Niatnya cuma satu - monolog dipetang hari menunggu waktu-waktu untuk berjalan kaki pulang dari kerja.
Ada pun juga blog ini sudah menjejak kedelapan tahun ia beroperasi. Dalam tak percaya, entahkan cuma lima orang sahaja pembaca setia. [konon ada]. Termasuk seorang budak perempuan yang mengaku-ngaku follower tegar tersebut. Ahem~ Syukurlah kalau orang masih menyangka ia ada manfaat untuk mereka. Sepertimana tertulis "Muslim yang baik itu adalah Muslim yang bermanfaat kepada orang lain." [Hadith].
Menariknya menulis adalah, kadang-kadang ia menyampaikan sesuatu yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Walaupun hakikatnya tidak semua orang faham apa yang kita tulis, tapi sekurang-kurangnya ; selain macam 'rajin' je, kita boleh kosongkan apa yang ada di fikiran dan hati supaya boleh disi dengan perkara lain. InsyaAllah.
Kata Ustaz, manusia ini fitrahnya bila dia berada di suatu tempat, dia akan mula merindukan tempat lain. Maksudnya, normal la kalau sekarang kat Bangi, tapi masih rindu suasana di Sabah. Uhuk3~Ok. Nak balik. Nak ziarah baby Humairah.
Salam'alaik!






























