Monday, December 5, 2016

Krisis 30an

Bismillahirrahmanirrahim.


Krisis pertengahan umur menuju 30++.
Dengan workload kerja yang #mashaAllah banyak - tapi ada moment yang aku rasa aku boleh tengok je kerja tu, tapi tak boleh buat.
Itu waktu kepala sakit tak boleh fikir.
Itu waktu mulut pun dah tak boleh senyum.
Itu waktu orang cakap apa pun mood aku taknak berubah.
Itu waktu semua benda seolah-olah berlegar disekeliling aku saja.
Itu namanya stress.
Stress kalau tidak diurus dengan baik - boleh jadi gila.
Zaman muda yang penuh cabaran itu boleh pulak engkau lalui dengan ikhlosss,
dan apa masalahnya sekarang aku pun tak tahu.
Kenapa kolam jiwa semakin kecil?
Ah, lantak.
Aku nak tido.
Zzzz.. 

Wednesday, November 30, 2016

Apa yang kau mahu?

Bismillahirrahmanirrahim.



Seringkali soalan yang sama berulang-ulang walaupun kadang kita sudah punya jawapan lama dulu.
Kau nak apa?
Kau nak macam mana?
Kau nak kemana?

Dah jika beroleh jawapan, maka soalan seterusnya adalah.

Cukupkah?

Dan begitulah.
Bak kata Ust. Sadiq, kerana kehendak manusia ini seluas-luas khayalan ;
Jika bumi dijadikan sebagai emas,
Manusia akan berharapkan satu lagi bumi emas..
dan seterusnya.

Nafsu sentiasa haus dengan kehendak.
Namun aqal yang perlu mengawalnya.

Bagaimana aqal hendak mengawal?
Dengan ilmu.
Kerana cuma ilmu yang mendekatkan manusia dengan hakikat-hakikat kebenaran.

*Carilah kecukupan dalam setiap kekurangan.

Wallahu'alam.

Monday, November 28, 2016

Lovely

Bismillahirrahmanirrahim.


Ya.
Kita akan berpegang kepada - siapa yang akan ada untuk kita saat kita berduka dan sebaliknya.  
 
 

Wednesday, November 23, 2016

Good Day, Bad Day

Bismillahirrahmanirrahim.



Kehidupan.
Beginilah.
Ada waktunya baik.
Ada waktunya tidak.

Moga tidak dilambung rasa yang tidak-tidak.

Tuhan sentiasa ada, 
untuk mereka yang setia. 


Thursday, November 17, 2016

Setiausaha Agung 2011

Bismillahirahmanirrahim.


Entah apa beliau rasa waktu beliau duduk di situ.Entah apa beliau fikir waktu itu.Entah kenapa beliau sanggup melaluinya.Entah apa yang beliau simpan sepanjang masa. 

Apapun yang beliau pilih untuk dunianya akan datang.
Aku akan kekal setia bersama - jika Tuhan mengizinkan.

Tuesday, November 15, 2016

Supermoon Ummi

Bismillahirrahmanirrahim.

Semalam 14 Nov orang kata boleh tengok supermoon.
Tapi dari siang cuaca mendung.
Maka, memang tak adalah supermoon nya.
Lepas maghrib bawa Morsi ke klinik,
Masih dok mengomel "Mana supermoon ni."
Ayah sempat lawak chia...chia..chia..
"Ni ha supermoon ni" merujuk kepada diri sendiri.
Oklah ayah, ayah win.
Haha. 
Tak apalah..
Tak dapat tengok supermoon,
Dapat tengok kepala licin bling bling anak pun dah super sangat.
Ahaks.

Nah! Supermoon Ummi!




kedaidyll

Bismillahirrahmanirrahim. 



Kau tahu antara benda-benda yang aku suka buat adalah memasak.
Salah satu sebabnya adalah - suka hati aku nak masak apa. 
Mujur juga dapat suami yang tak kisah kita nak masak apa dia tetap akan makan - kecuali ada waktu-waktu tertentu mood nak buat baik maka masaklah lauk yang suami suka - Faham-faham sajalah selera utara-selatan. Lainnya yarabbi.  
kedaidyll memang dah lama terkubur.
Dari jual marinated lamb yang sedap gila tu.
Kuih raya - kerepek - rempeyek.
Dah akhir idea karipap frozen home made air tangan sendiri.
Antara semua tu, idea karipap ni la yang paling susah nak move on.
 
Walalupun kau tahu penatnya macamana (ya Allah penat gila bila buat) - 
tapi kau lega bila orang kata masakan kau sedap dan dorang mintak lagi.
Waktu itu kau akan rasa bersalah yaamat sebab tak tahu bila agaknya masa yang sesuai untuk buat lagi.  
Walhal, dalam fikiran kau jika kau diberikan pelang sekali lagi - kau tetap kan nak buat kerja ni lagi - dan lagi - dan lagi. 
Kau saja yang tahu dan faham hendak kau. 
Dan itulah masalahnya.
Sebab belum tentu hendak kau itu yang terbaik untuk semua - yang terbaik waktu itu.
Jadi akhirnya kau sabar - buat apa yang termampu dan diam bertahan. 
Oklah. Aku buh entri ni sebab suka gambar gerak-gerak. Tu je.
Selamat merajinkan diri menulis semula. 

Wallahu'alam.  

Monday, November 14, 2016

Hidup dengan tips yang pelbagai

Bismillahirrahmanirrahim. 




Bacalah tips apa pun.
Dengarlah nasihat apa pun.
Kalau tak amal, tak kemana. 

Sekian.

Thursday, September 1, 2016

Sederhana tapi setia

Bismillahirrahmanirrahim.

“Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Jika ia jatuh pada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia, budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai terpuji.” ― Hamka

1 Syawal 1437 H
Kg. Parit Ismail
Benut

Wednesday, June 15, 2016

Bab seterusnya

Bismillahirrahmanirrahim.


Ternyata, meneruskan perjalanan hidup menjelang tahun ke 30 terkadang sangat melelahkan.

Apatah lagi berada diatas kapal yang kerap terumbang ambing dipukul ombak - penatnya bukan kepalang.

Tapi Allah Maha Tahu.
Diujinya hamba dengan apa yang mampu.

Berlapis rasa cinta, percaya, toleransi, pemahaman dan redha atas jodoh yang ditetapkan Tuhan - kuat dan hebat bagaimanapun ribut, insyaAllah nakhoda dan anak kapal pasti berpautan menyelamatkan bahtera dari hancur dilanda badai.

Memang sudah dijanji Tuhan, tidak dikira beriman seseorang selagi tidak diuji.

Semoga ujian, semakin saling menguatkan. Saling mencipta rasa cinta pada yang Esa.
Semakin menyubur rasa cinta hidup bersama.

Ameen. 😊


Thursday, February 18, 2016

Bismillahirrhmanirrahim


Besarlah duhai jiwa.
Jangan ulang kekesalan yang pernah engkau rasa waktu mudamu itu.


Wednesday, January 27, 2016

Acewah~

Bismillahirrahmanirrahim.

Subahanallah..lama gila tak menulis dalam ni.
Kadang-kadang teringat juga - tapi malasnya lebih. Haha.
Lagipun dah tak pandai nak jadi penglipurlara. Gulp.

Tapi masih dalam niat untuk menulis kisah MFM untuk tatapan beliau bila besar nanti.
Mana tau kot umur ummi dia tak panjang - kot tak sempat bercerita pada dia bila besar nanti.
Selain cerita ayah - biar kisah ummi dalam blog nanti jadi tatapan.
Acewah~ 

Selamat!


HOME

I walked across an empty land I knew the pathway like the back of my hand I felt the earth beneath my feet Sat by the river and it made me c...