Saturday, August 28, 2010

Delima Ranting Senja (Siti Zainon Ismail)

Bismillah.

Alhamdulillah.
Terima Kasih pada yang memberi..
Katanya buku untuk orang-orang tabah...
Buku yang penuh hikmah..
Begitukah? :)

Ia bakal temani saya sepanjang 10 Ramadhan terakhir ini..
Terutama di gerai... InsyaAllah (n_n)v



:: Kena baca pelan-pelan...baru boleh faham hikmahnya... :D

Thursday, August 12, 2010

Ayat-Ayat Cinta..~


Bismillah.

Ramadhan ini, antara Ibadah yang paling baik adalah membaca Al-Quran.
Atau tadarus.

Al-Qur'an [Ayat-Ayat Cinta] dari Allah yang hanya di khaskan kepada ummat Muhammad.

Teringat kata-kata Ustaz dalam siri 'Tanyalah Ustaz' di TV3.
"Kepada yang membaca dengan memahami makna Al-Qur'an, berlipat ganda Allah berikan pahala. Begitu juga orang yang membaca tanpa memahami makna. Namun, Cinta kasih Alah itu juga memberikan ganjaran kepada mereka yang membacanya dalam keadaan merangkak-rangkak [tidak fasih] kerana biarpun mereka tidak lancar dalam bacaan, namun Allah tetap memberi ganjaran atas usaha dan nilai istiqamah mereka menghayati kalam-Nya."

Teringat juga perkongsian sahabat dalam usrah lama dahulu.
"Membaca Al-Qur'an walaupun tanpa memahami makna, masih juga akan memberi kesan pada hati seumpama air membersihkan kotoran."

Yang terbaik;
"Jadikan hari ini lebih baik dari semalam, dan esok lebih baik dari hari ini"

InsyaAllah.
Moga jadi satu motivasi bagi mereka yang cintakan Allah.



:: Ayat-Ayat Cinta pengubat duka....

Monday, August 9, 2010

Bola Kristal~

Bismillah.

Saya pernah tanyakan kepada seorang sahabat tentang masalah yang menimbun dalam perjuangan;
"Apa yang perlu diubah?"

Dia kata;
"Hati."

Saya setuju sebab saya pun fikirkan perkara yang sama.

Sambil bermuhasabah saya terfikir.
Kenapa hati saya begini.
Dulu..sekarang..

Rupanya hati itu umpama bola kristal.
Andai bersih bola kristal itu,
Bersih dan cantiklah pancaran cahaya darinya.

Andai kotor dan berhabuk,
Disuluh cahaya seterang mana pun,
pasti kelam dan suram...

Begitulah hati...

Mahu dapatkan cahaya yang paling cantik?
Cucilah hati dengan taubat..
Perkaya dengan ilmu..
Merendah dengan tawadhu'..
Jauhi dari maksiat yang menambah titik-titik hitam dalam hati..
Dan pelbagai cara lagi..

Dan pada Ramadhan yang bakal menjelang ini..
Jadikanlah sebagai medah mencuci hati yang terbaik..
InsyaAllah..




:: Salam RAmadhan semua.. Moga tarbiyyah Ramadhan bakal membawa setahun yang akan datang di dalam kebaikan... InsyaAllah..

Getar..Debar...~

Bismillah.

Ada getar dan debar.
Ada limpah di hujung mata.
Tapi diam saja.
Berhenti mengadu dan terus bangun.
DIA kan ada..
Kan Kak Ros? :)

Terbaca.
"Mana mungkin Allah menguji 'orang besar' dengan 'ujian yang kecil'.

" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja)mengatakan: "Kami telah beriman," sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

" ..... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
-Surah Al-Imran ayat 139

" Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung."
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat.Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu', "
-Surah Al-Baqarah ayat 45

" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka ..... "
-Surah At-Taubah ayat 111

" ..... Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung."
-Surah At-Taubah ayat 129

" ..... dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusof ayat 87


Untuk mereka-mereka yang besar jiwanya...
Mereka yang bakal menjadi paling dekat dengan jiwa..
YA ALLAH,
Engkau mengetahui hati-hati ini
telah berkumpul kerana mengasihiMU,
bertemu untuk mematuhi perintahMU,
bersatu memikul beban dakwahMU,
hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk
mendaulat & menyokong syariatMU,
maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatanya…
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini
akan jalanNYA yang sebenar,
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu
yang tidak kunkung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan
limpahan iman dan keyakinan
dan keindahan tawakkal kepadaMU,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan
ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU,
Jika Engkau mentakdirkan mati,
maka matikanlah pemilik hati-hati ini
sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,
Engkaulah sebaik-baik sandaran
dan sebaik-baik penolong,
YA ALLAH,
Perkenankanlah permintaan ini…






:: Sebulan ini pasti tak senang duduk mengenang amanah yang tak dapat dilaksanakan~

Saturday, August 7, 2010

Armada~


Bismillah.

Armada oh Armada,
Masih utuhkah engkau?

Armada oh armada,
Pedih perih sakit jerih,
Pasti ada..

Armada oh armada,
Korban bagaimana nanti?
Korban apa nanti?

Armada..
Berat melihat engkau..
Berat lagi memikul engkau..
Berat juga timbangan engkau..

Separuh kaki di sana.
Separuh kaki disini...
Belumpun mencecah,
Panasnya sudah terasa...

Jiwa..Hati..Aqal..Nafsu...


“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu untuk menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya.” (An Nisa : 58).

“Akan tetapi jika sebagian kamu mempercayai sebagian yang lain, hendaklah yang dipercayai itu menunaikan amanatnya dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah, Rabb-Nya.” (Al Baqarah : 283).

“Sesungguhnya kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung; semuanya enggan untuk memikul amanat dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, lalu dipikullah manah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zhalim dan amat bodoh.” (Al Ahzab : 72)

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.” (Al Anfal : 27).

“Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.” (Al Mukminuun : 8).



:: Yakin dengan apa yang dijanjikan-Nya..


Friday, August 6, 2010

Alkisah Sebuah Ceritera~

Bismillah.

Lama dulu.

Dia tak pernah kalah.
Ujian fizikal.
Dia kuat.
Susah dapat penyakit.
Satu-satu nikmat paling besar Tuhan bagi kat dia.

Ujian mental.
Pun lepas.
Kalau tak masakan dia jadi graduan.
Walau tak hebat mana result.

Tapi..
Ujian hati.
Mula-mula terkawal.
Tapi akhirnya,
Dia kalah besar.
Sampai tunggang-langgang.
Lari sana-sini.

Tapi dia sudah janji.
Pada diri.
Berjuang untuk tidak kalah lagi.
Haip!

Dan kini.
Baru dia sedar.
Semuanya adalah persediaan.
Untuk dia menaiki armada yang lebih besar.
Lebih besar.

Armada?
[Penangan Sukma Angin la ni~]

***************************

Don't Judge Me!
[Berhenti menilai saya!]

Itu paling selfish untuk di dengar.
Mana kau tahu, nilaian orang semua salah?
Mana kau tahu hidup kau 100% betul?
Mana kau tahu perbuatan, perkataan, niat hati kau benar?


Judge me please..
[Nilailah saya..]

Siapa tahu, dalam nilaian orang ada jawapan yang dicarikan.
Dalam nilaian orang ada peringatan yang di sajikan.
Dalam nilaian orang ada ilham Tuhan yang di sampaikan.
Dalam nilaian orang ada kebodohan yang di sedarkan.

Tapi jangan jadi tolol.
Dengarkan kata orang sampai pengsan.

Bukan tak boleh..
Yang benar diterima pakai.
Yang tidak di jelas-jelaskan.

Sedang ketuk kepala sendiri~



:: Wekap2...

Thursday, August 5, 2010

Ikhtilat?




kami kawan je, bukan ada apa-apa... ya kah? Anda kah yang menentukannya?

Ikhtilat. Maksudnya percampuran. Biasanya, kalimah ini digunakan, dengan merujuk kepada percampuran antara lelaki dan perempuan secara tidak syara’.

Ada seorang ‘bro’ ni, yang menggunakan nickname Mankind bertanya kepada saya:

“ salam..bro.Asyraf..ap pendpt kalau lelaki berkwn rpt dgn perempuan..salah ke?m’langgar ikhtilat ?.. sesetgh dr kami yg b’fikiran ‘cinta2 tu tidak d’janjikan…tp friendship itu pastilah’…tp sesetgh org m’mndang serong..kalau b’kwn b’lainan jantina. mcm berdosa besar..setiap kita memerlukan antra satu sama lain..sy susah btul nak hndle org mcm ni”

Saya sudah berjanji dengan Bro Mankind ni, untuk membicarakan hal yang dia tanyakan ini di dalam satu post khas. Biar semua orang boleh kongsi manfaatnya.

Maka Bro Mankind, izinkanlah ‘Bro Asyraf’ kamu ni menerangkan. Harapnya kita semua dapat buka hati kita dalam berkomunikasi dengan masalah ini ya. Yang benar itu tetap benar walaupun semua orang tidak suka, yang batil itu tetap batil walau seluruh dunia menyukainya.


Sebenarnya, percampuran lelaki dengan perempuan adalah amat dipandang berat oleh ISLAM. Tidak hairanlah jika kita tidak menjaga pergaulan kita dengan kaum berlawanan jenis, maka kita akan dipandang serong dan mungkin akan dikutuk cela.


ALLAH SWT berfirman: “ Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya(zina) itu adalah satu perbuatan yang keji, dan jalan yang buruk” Surah Al-Israa’ ayat 32.

Ayat ini popular bukan? Selalu kita dengar orang melaung-laung ulang ayat ini bila hendak menceritakan hal kenapa dilarangnya bercampur lelaki dengan perempuan. Tetapi ramai yang membalas semula: “ Kami bukan nak berzina. Kami kawan je. Mana ada sentuh-sentuh.”

Tak mengapa. Kamu cerdik. Pandai kamu memberikan alasan. Saya tinggalkan dulu persoalan “ Kami bukan nak berzina” ini. Mari kita perhatikan terlebih dahulu, bagaimanakah ALLAH menitik beratkan pergaulan lelaki dan perempuan ini.

Kalau kita perhatikan, ayat larangan mendekati zina terletak di tengah-tengah Surah Al-Israa. Bukan di hadapan, bukan di belakang. Itu ayat melarang. Satu teguran, pesanan daripada ALLAH SWT untuk menyatakan buruknya zina itu. Ayat sebegitu diletak di tengah-tengah.

Mari kita selak Surah An-Nur. Lihat, apa yang ALLAH SWT firmankan di awal surah itu:

“ Inilah satu surah yang KAMI turunkan dan KAMI wajibkan(menjalankan hukum-hukumnya), dan KAMI turunkan di dalamnya(surah ini) tanda-tanda(kebesaran ALLAH) yang jelas agar kamu tergolong dari kalangan orang yang beringat” Surah An-Nur ayat 1.

Lihat ayat seterusnya:

“ Penzina perempuan dan penzina lelaki, sebatlah kedua mereka dengan seratus sebatan, dan janganlah rasa belas kasihan kammu terhadap mereka bedua mencegah kamu untuk(menjalankan) agama(hukum) ALLAH, jika kamu beriman kepada ALLAH dan hari kemudian. Dan hendaklah(perlaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sebahagian orang-orang yang beriman” Surah An-Nur ayat 2.

Pada ayat kedua, terus ALLAH SWT menyatakan hukuman zina. Tanpa ada mukaddimah yang panjang, tanpa menyatakan cara-cara menjauhi zina, ALLAH terus menarik perhatian manusia dengan menyatakan hukuman terlebih dahulu. Hal ini menunjukkan, betapa penting dan besarnya permasalahan zina ini.

“ Ya la, kami bukan nak berzina” Mungkin ada di antara kita membantah. Ya ya, saya faham. Tapi sekarang, kamu nampak tak berzina ni benda yang amat-amat tercela dan terlarang? ALLAH SWT menitik beratkan permasalahan zina ini, berbanding permasalahan menyebar berita palsu, masalah masuk rumah tanpa izin dan pelbagai lagi masalah yang disebut di dalam Surah An-Nur. Dalam banyak masalah itu, zina adalah yang ALLAH letakkan paling hadapan. Malah, bukannya menyatakan itu dan ini berkenaan zina. Tetapi terus kepada hukuman. Dari segi uslub bahasa, ini menunjukkan bahawa permasalahan zina adalah besar.

“ Ya la, tapi kau tak faham ke, kami bukan nak berzina” Ok. Tapi berzina ni benda yang besar, itu kita setuju dan bersepakat bukan? “ ya la. Tapi masalahnya, besar mana pun zina tu, kami berkawan je, bukan nak buat zina tu. So, apa masalahnya?”

Hu hu… Pandainya.

Dalam semua perkara yang terjadi dalam dunia ini, ada yang tiba-tiba terus berlaku kah? Pokok, tiba-tiba terus jadi pokok yang tinggi, banyak cabang. Rumah, tiba-tiba terus terpacak bangunan dua tingkat, bersama swimming pool dan sebagainya. Begitu?

Semua perkara, ada permulaannya. Begitu juga dengan zina. Agak-agak, kalau terus-terus ajak perempuan atau lelaki berzina, dia mahu kah? Mahu kena lempang kamu. Berzina ada gerak langkahnya. Boleh bermula dengan seringan-ringan chatting, boleh bermula dengan semudah perbualan, malah yang paling senang boleh bermula dengan penglihatan.

Di dalam Surah An-Nur, ALLAH SWT berfirman:

“ Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandanngan mereka dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya, ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan” Surah An-Nur ayat 30.

Kemudian ALLAH SWT berfirman: “ Dan katakanlah kepada para perempuan yang beirman, agar mereka menjaga pandanngan mereka, dan memelihara kemaluan mereka…” Surah An-nur ayat 31.

Kalau diperhatikan dari segi susunan dan penggunaan ayat, ada sesuatu yang besar di dalam larangan mendekati zina tadi. Kita perhatikan, di dalam Surah Al-Israa’ ayat 115, ALLAH SWT menyebut: “ Dan janganlah kamu dekati…” Perkataan ‘dekati’(dalam bahasa arab: Taqrobu) itu digunakan. Kalau di dalam Surah An-Nur ayat 30 itu, di penghujungnya ALLAH menyatakan: “ Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan” Kalau dilihat dalam bahasa arab, ‘apa yang mereka kerjakan itu’ ALLAH telah gunakan perkataan ma yasna’uun bukannya ma yaf’aluun(Kalau diterjemahkan ke bahasa melayu, maknanya akan kelihatan sama. Yakni maksudnya: Apa yang mereka kerjakan)

Tetapi, tidak ramai yang tahu perbezaan yasna’uun dan yaf’aluun. Tahukah kamu apakah perbezaannya? Yaf’aluun ini membawa maksud benda yang kita buat tanpa berdikit-dikit. Contohnya, menampar. Terus sahaja tamparan kita melayang, tidak lama pun. Mungkin dalam masa beberapa saat. Contoh lain berbohong, terus sahaja kita berbohong, tak perlu jangka masa lama pun.

Tetapi yasna’uun ini berbeza maksudnya. Yasna’uun membawa maksud perbuatan yang berdikit-dikit, terancang, perlahan-lahan hingga mencapai hasilnya. Sebab itu, kalau anda perasaan, perkataan ‘kilang’ dalam bahasa arab adalah ‘sina’ah’. Kenapa perkataan ‘kilang’ diterjemahkan sebagai ‘sina’ah’ dalam bahasa arab? Hal ini kerana, kilang memprodus sesuatu perkara itu berdikit-dikit, terancang. Macam kilang buat kereta, bukannya kereta itu terus menjadi kereta. Ada checkpoint-checkpointnya di dalam kilang. Bahagian pasang tingkap, bahagian pasang wayar, bahagian pasang tayar dan sebagainya. Perlahan-lahan sebuah kereta melalui proses, yang akhirnya di penghujung, menjadi sebuah kereta yang boleh dipandu. Begitulah maksud yasna’uun. Perbuatan berdikit-dikit, terancang, satu demi satu, hingga mencapai matlamat.

Kenapa ALLAH gunakan Yasna’uun dalam kes menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan? Maksudnya, ALLAH itu Maha Tahu, dari berkenaan pergerakan kita hendak menghampiri zina itu, dan semua itu dilarang. Itulah kaitannya dengan “ Jangan kamu mendekati…”. Perlahan-lahan kita menghampiri zina, dan itu adalah perkara yang dilarang.

Kemudian kita lihat susunan ayat 30 dan 31. Apakah yang kita perasan? ALLAH telah menyebut lelaki terlebih dahulu sebelum perempuan bukan? Ayat 30, ALLAH berpesan kepada lelaki terlebih dahulu, barulah kepada perempuan bukan? Apakah maksud yang tersirat di sebalik penyusunan ayat ini?

ALLAH hendak menyatakan secara halus, bahawa lelaki itu lebih lemah dalam berurusan dengan hawa nafsu. Lelakilah yang mudah terjerumus, tergugat, bila melihat perempuan berpakaian terdedah, bila digoda dan sebagainya. Sebab itulah ALLAH SWT menyebut lelaki terlebih dahulu.

Di dalam ayat 2 Surah An-Nur pula, kalau kita perasan, ALLAH menyebut: “ Penzina perempuan dan penzina lelaki…” Di situ, kita dapat melihat ALLAH menyebut perempuan terlebih dahulu sebelum lelaki dalam hukuman zina. Kenapa? Sedangkan dalam ayat hukuman kepada pencuri, ALLAH berfirman: “ Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri…” (Al-Maidah: 38) ALLAH telah mengutamakan lelaki dari perempuan. Kenapa dalam hukuman zina, perempuan di dahulukan?

Mudah sahaja. Hal ini kerana, perempuan biasanya menjadi faktor kepada zina itu sendiri. Kalau dalam hal kecurian, lelaki mempunyai lebih kudrat untuk menjadi pencuri berbanding perempuan. Nampak? Susunan ayat di dalam Al-Quran juga ada rahsianya.

“ Ala, kami sembang je, studi sama-sama, bukan nak sentuh-sentuh, bukan nak cium-cium”

Kamu bagi alasan lain. Kenapa nak buat juga walaupun sudah nampak ALLAH larang perkara ini? Tetapi tak mengapalah. Saya layan. Saya bagi pandangan saya.

Saya bagi soalan. Kita ini dengan Nabi Adam, siapakah yang lebih hebat lagi?

Nabi Adam itu Nabi, pernah hidup dalam syurga, dicipta langsung oleh ALLAH SWT, dan malaikat-malaikat pernah sujud kepadanya. Tapi, tahukah kamu apa yang terjadi kepada baginda? Bukankah baginda tertipu oleh syaitan? Bukankah baginda diturunkan ke bumi kerana tertipu denga syaitan?

Jangan ingat, dalam kehidupan kita, hanya ada manusia, tumbuhan, dan haiwan sahaja. Dalam kehidupan kita, ada syaitan yang telah bersumpah untuk menyesatkan kita dengan bersungguh-sungguh. Syaitan yang telah berjaya menipu Nabi Adam, syaitan yang telah berjaya menyesatkan jutaan abid.

Anda lebih hebat daripada Nabi Adam kah?

Kalau kita perasan, sahabat-sahabat Rasulullah SAW juga menuntut ilmu dengan isteri Rasulullah SAW selepas kewafatan Rasulullah SAW. Bagaimana kah cara mereka menuntut ilmu dengan isteri Rasulullah SAW?

Isteri Rasulullah SAW akan berada di belakang tabir, kemudian menyampaikan ilmu.

Nampak? Wahai perempuan, anda dengan isteri Rasulullah SAW, siapakah yang lebih tinggi imannya? Wahai lelaki, siapakah anda jika hendak dibandingkan dengan sahabat Rasulullah SAW? Alangkan mereka yang telah dijanjikan syurga ini pun masih lagi bertabir, menjaga pandangan, menjaga pergaulan mereka, bagaimanakah anda?

Kenapa mereka begitu menjaga sekali pergaulan? Hal ini kerana, meraka faham bahawa syaitan itu akan berusaha bermati-matian untuk menyesatkan. Syaitan akan mencari lubang-lubang untuk membuat serangan. Maka, cara yang terbaik adalah menutup langsung lubang-lubang itu. Cara melarang melakukan perkara kecil yang ditakuti mendatangkan mudarat yang besar ini adalah dinamakan Sadduz Zara’i’. Sadduz Zara’i’ adalah salah satu cara yang digunakan ulama’ dalam menjatuhkan hukum.

Mari kita perhatikan firman ALLAH SWT dalam Surah An-Nur juga pada ayat 21.

“ Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kau mengikuti jejak langkah syaitan. Maka sesungguhnya dia(syaitan) mengajak kamu mengerjakan perbuatan keji dan mungkar…”

Lihat, apakah perkataan yang ALLAH gunakan dalam pesanan ini. “ Janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan…” Lihat, jejak langkah. Maksudnya, syaitan ini akan membawa kita sedikit demi sedikit, sedikit demi sedikit, hinggalah akhirnya, kita tidak perasan yang kita telah terperangkap dalam keingkaran kita kepada ALLAH SWT.

Syaitan tak akan kata kepada kita: “ Berzinalah kau dengan dia” Gerenti kita tempelak balik syaitan dengan berkata: “ Gila ke? Zina tu dosa besar!”

Syaitan tidak sebodoh itu. Syaitan adalah makhluk yang berjaya membuatkan beberapa kaum membunuh nabi-nabi mereka. Syaitan adalah makhluk yang pernah berjaya menundukkan jutaan abid. Syaitan juga adalah makhluk yang berjaya memperdayakan Nabi Adam. Masakan dia akan bertindak bodoh untuk memperdayakan kita. Syaitan ada jutaan teknik untuk memperdayakan kita. Dia akan memimpin kita, perlahan-lahan, sedikit demi sedikit, bermula dengan sekecil-kecil perkara, perlahan-lahan mendaki satu demi satu tangga maksiat, dan akhirnya memerangkap kita dalam kemungkaran. Yang pertama syaitan lumpuhkan adalah hati. Biar hati tidak nampak lagi itu baik atau buruk. Kemudian dia akan matikan akal. Biar kita tidak dapat fikirkan lagi dosa pahala. Akhrinya, dia akan menolak kita melakukan pengingkaran kepada ALLAH. Bukan dalam hal zina sahaja, tetapi dalam semua medan dosa.

Di akhirat nanti, kita akan berkata kepada ALLAH SWT: “ Ya ALLAH, Syaitan inilah yang menyesatkan aku. Aku tidak mahu ingkar pada ENGKAU sebenarnya, tetapi syaitan ini telah menutup akalku, mematikan hatiku. Ya ALLAH, siksalah dia dan jangan kau siksa aku”

Masa itu, tahukah anda apa yang syaitan akan katakan kepada kita?

ALLAH SWT berfirman: Dan syaitan berkata ketika perkara(hisab) telah diselesaikan: “Sesungguhnya ALLAH telah menjanjikan kepadamu janji yanng benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya(menipu). Tidak ada kekuaasaan bagiku terhadapmu(aku tidak memaksamu) melainkan aku (sekadar) menyerumu. Lalu kamu yang mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kammu mencerca(menyalahkan) aku, tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku tidak dapat menolongmu dan kamu pun tidak akan dapat emnolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu menyekutukan aku(dengan ALLAH) semenjak dulu” Sesungguhnya, orang-orang yang zalim akan mendapat siksaan yang pedih” Surah Ibrahim ayat 22.

Lihat, syaitan yang menghasut akan meninggalkan kita.

Manusia pula, sifatnya lemah. Sebentar di atas, sebentar di bawah. Iman manusia itu juga sifatnya naik dan turun. Maka, bagaimana kita hendak menyelamatkan diri kita daripada hasutan tipu daya syaitan, jika kita sendiri melemahkan diri kita, sengaja berbuat kemungkaran? Bagaimana hendak menjaga keimanan, ketaatan kepada ALLAH jika kita sendiri yang membuka pintu untuk syaitan menghasut kita?

Nampak? Adakah sekarang anda sudah nampak kenapa ikhtilat itu tidak dibenarkan? Nampak kah kamu kenapa ALLAH melarang lelaki dan perempuan bercampur tanpa batasan?

Masihkah anda hendak berkata: “ Ala, kami bukannya apa, kawan je” ?

Syaitan akan mencucuk anda, menghasut anda, dari arah dan cara yang tidak anda sangka-sangka. Alangkan sahabat Rasulullah SAW, isteri Rasulullah SAW yang dijanjikan syurga juga berjaga-jaga, bagaimanakah anda yang tidak tahu ke mana lagi anda akan pergi di hari nanti?

“ Ish, susah la…” Alasan anda yang terakhir bukan?

ALLAH akan bayar kesusahan anda yang sedikit ini, dengan syruga yang kekal abadi, penuh dengan kenikmatan, malah perkara-perkara yang anda tidak pernah impikan pun ada di dalamnya. Apa lah sangat kesusahan yang ada di dunia ini?

Dan, perhatian kepada mereka yang mencela, mengutuk, memboikot, menghina sesiapa yang telah terjebak dengan ikhtilat ini, saya nasihatkan, hentikanlah.

“ Aku dah tegur dia 10 kali, dia tak mahu dengar jugak. Jadi aku boikot la”

“ Aku nampak dia pegang tangan dengan makwe dia, aku cela lah. Mana boleh biar orang macam tu senang. Nanti dia terus lagi buat dosa. Nanti dia ingat dia betul”

Ya kah? Begitukah caranya menegur?

Jika benar, maka pada hari lelaki arab kencing di dalam masjid, maka Rasulullah SAW akan membiarkan sahabat-sahabat baginda memukul lelaki itu. Jika benar, maka pada hari Saidina Umar meminta izin kepada Rasulullah SAW untuk memenggal kepala ketua munafik, Abdullah ibn Ubay ibn Salul, maka Rasulullah SAW akan membenarkan. Jika benar, maka Rasulullah SAW tidak akan mengajak penyembah berhala – syirik, menyekutukan ALLAH, kufur kepada ALLAH, dosa yang teramat besar – untuk kembali kepada ALLAH SWT.

Siapa ajar kamu untuk boikot orang berdosa?

Adakah kamu hendak beratnggungjawab jika orang berdosa itu terus melarikan diri daripada cahaya ALLAH akibat pemboikotan, celaan, hinaan kamu kepadanya? Bagaimanakah kamu akan menjawab di hadapan ALLAH bila orang larut dalam dosa kerana membecin tindakan kamu itu berkata: “ YA ALLAH, aku jauh dari hidayah KAU sebab si fulan ni ajak orang boikot aku, hina aku, cela aku. Aku benci kepadanya, sebab itu aku jauh dari hidayah KAU”

Apakah yang kamu hendak menjawab bila ALLAH tanya: “ Kenapa kamu berputus asa dengan hambaKu ini? Sedangkan AKU tidak pernah berputus asa untuk mengampunkan hamba-hambaKu?”

Apakah yang kamu belajar daripada Nabi Nuh yang terusan berdakwah selama 950 tahun? Bagaimanakah kammu belajar daripada Rasulullah SAW yang terus mendoakan kebaikan walau dibaling batu sehingga terperah darahnya?

Kamu panggil kamu golongan kebenaran? Mengajak kepada kebaikan? Maka kenapa kamu mencela-cela, menghina-hina, memulaukan mereka yang memerlukan lagi teguran kamu, nasihat kamu, bimbingan kamu?

Da’ie jenis apakah kamu?

Menegur ada caranya. Hikmah. Bukanlah hikmah ini berlembut semata-mata. Tetapi hikmah ini kena dengan caranya, ada stepnya, ada gayanya, kena dengan keadaan, sesuai dengann sasaran. Bukan semua manusia boleh ditegur kasar, bukan semua manusia boleh ditegur lembut. Da’ie perlu mempunyai kemahiran menilai.

Jika tidak, apa guna ilmu waqi’? Untuk tahu politik sahaja kah?

Jika tidak, apa guna ta’aruf? Sekadar hendak kenal biar boleh menghukum kah?

Kalaulah Rasulullah SAW berputus asa ketika baginda dibaling batu dengan teruk di Ta’if, maka iman dan ISLAM itu tidak sampai kepada kita hari ini. Maka siapakah kamu yang hendak berputus asa dengan sikap seorang hamba biasa?

“ Dia budak agama, takkan tak faham-faham lagi?”

Habis, Nabi Adam juga tertipu dengan syaitan. Apakah kamu hendak menyatakan Nabi Adam itu tidak faham? Ka’ab bin Malik, sahabat Rasulullah SAW juga pernah tidak pergi beperang kerana terleka dengan dunia. Maka apakah kamu hendak menyatakan kamu lebih faham ISLAM daripada Ka’ab bin Malik?

Tegurlah dengan sebaik-baik teguran. Jangan kerana kamu, manusia jauh daripada rahmat ALLAH. Da’ie tugasnya menyeru. Hakim baru tugasnya menghukum.

Sama-sama kita muhasabah. Muhasabah berkenaan ikhtilat. Dan muhasabah bagaiamana hendak mengajak manusia menjauhi ikhtilat.



Ps: Terima kasih kepada Abang Baha(nama sebenar Faiz bin Hamzah), pelajar tahun akhir Kuliah Adab(bahasa) di University of Yarmouk, merangkap Presiden PERMAIN(Persatuan Pelajar Melayu Irbid) kerana memberikan penerangan berkenaan Ikhtitlat ini, dan membahaskannya dari uslub bahasa arab. Saya secara jujurnya, terkesan dengan ceramah beliau, dan mata saya terbeliak besar memerhatikan betapa mendalamnya ayat-ayat ALLAH, kemasnya susunan ALLAH terhadap Al-Quran ini. Al-Quran, ternyata bukan untuk kita baca kemudian simpan. Tetapi untuk kita tadabbur, perhatikan, dan amal.







:: Terpukul di dahi sendiri....

Wednesday, August 4, 2010

Pilihan Hidup...


"..This path may be difficult, but the final destination is certain.."

Bismillah.

Soal membuat pilihan hidup bukan kerja mudah.
Tentang pilihan, semakin meningkat usia, semakin banyak pilihan yang perlu di buat.
Semakin banyak dan semakin sukar..

Soalnya..bagaimana mahu memilih?

Memilih atas dasar perasaan,
sendiri akan di persalahkan bila tersilap nanti..
Memilih atas tunjuk ajar orang,
mereka juga mungkin akan disalahkan bila ada lompong di masa depan nanti..
Memilih atas keterpaksaan,
akan menjadi kepayahan untuk meredhakan..

Pilihlah dengan iman..
Pandangan iman, tidak selalunya selari dengan aqal dan hati,
Namun kekuatannya adalah pada pergantungan kepada Yang Maha Tinggi...






"Sungguh mahu tinggalakan Kuala Lumpur?"
"Hmm.." Angguk.
"Sungguh mahu tinggal di Johor lepas ni?" Beriya.
"Kenapa? Tak percaya ke?"
"Yelah.. KL kan dah macam tempat kamu.."
(Sebenarnya adalah Gombak..iaitu UIA...haha)

Bersambung di dalam kereta:

"Pelik sangat ke?"
"Aah. Tidak sayangkah tinggalkan segalanya?"
"Masakan tidak. Tipu kalau tiada air mata yang tumpah. Tapi hati saya sudah tetap di sana."
"Yakin?"
"Iya. Keputusan saya bukan bersandar emosi. Ini ilham yang saya dapat dari istikharah & doa panjang pada Allah. Minta di tunjukkan jalan. Hati saya berat ke Johor."
"Hmm..baguslah kalau begitu.. Akan pulang ke sini lagi?"
"InsyaAllah, jika ada peluang di sini.."
"Hmm"

Dalam hati...
"Sekuragnya saya ucapkan selamat tinggal... Saya pernah di tinggal banyak kali...yang saya tahu, semuanya hilang & pergi..tanpa khabar.."

* Skrip terpaksa di olah oleh kerana tidak ingat skrip asal..huhu...






:: Bila Allah sudah pilihkan untuk kita...

Tuesday, August 3, 2010

Mengukir CINTA...


Bismillah.
TAMAN-TAMAN SYURGA..

"Rindukan taman-taman syurga..dah lama tak usrah.."
"Saya juga..."
"Terkenang waktu di Syria.."
"Taman-taman syurga di Syria bezakah dengan di Johor?" Berseloroh.
"Lain..zouqnya lain.."
"Iyalah..saya faham.."

Usai solat Zuhur. Kali pertama saya mahu jejakkan kaki keluar rumah sejak dua minggu yang lalu. Sejam perjalanan menaiki taxi dan bas. Sampai di hadapan sekolah. Menanti sahabat selama 10 minit.

Dyll, Yun, Najwa & Husna. Di bawah pondok kecil, taman-taman syurga dimulai dengan kalam Al-Fatihah. Tenang awan tanpa mendung bersama angin sepoi mengiringi usrah kami. Damai.

Saya paling syukur dengan yang ini Ya Allah... Alhamdulillah...

********************

DIA

Dia teman dan sahabat paling ampuh. Jarak tidak pernah membataskan hati kami untuk kekal teguh. Solehahnya..akhlaqnya...ilmunya... Terkadang saya malu sendiri. Dialah teman dan sahabat yang selalu melontar batu-batu kecil peringatan waktu saya lalai. Atas desakan saya juga kadangkala.

"Pukul aku Yun! Biar aku sedar diri! Aku dah tak larat!"
"Dyll......."

Tiap pukulanan, lontaran, bisikkan batu-batu nasihatnya selalu beri damai dalam hati...biarpun sakit dan pedih.. tapi menyata kebenaran itu wajib dan pasti. Dan saya akui, setiap kali kata-katanya bikin saya sakit hati, itu tandanya apa yang di perkatakanya adalah benar.

Dia juga ada lemahnya... Waktu mahu ke Syria, saya jadi tempat dia menguatkan azam ke sana. Masakan dia mahu kuburkan cita-citanya hanya kerana.....

Dan saya kata.."Teruskan cita-cita kau Yun, Dyll sokong..sepenuh hati.."


******************

UJIAN HATI

Setahun dulu..pernah saya bisikkan padanya saya jatuh cinta pada manusia. Dan dia bilang,

"Ujian hati sudah bermula Dyll..Allah mahu lihat sejauh mana pergantungan kau pada DIA.."

Gugup. Gusar. Merisaukan kondisi hati... Pergantunganku...Imanku...Nafas hidupku..dan matiku... Turun naik imanku..dialah penemannya..

"Ujian hati Dyll...Ujian hati..."
"Pergantungan pada Allah sahaja Dyll, bukan manusia.."
"Yun juga pernah di uji dengan hati..3 tahun...jadi Yun tahu benar perasaan Dyll..baru setahun Dyll, jangan panjangkan lagi dosa hatimu..."

Berkali-kali dia memperingatkan.... Andai saya jadi dia, pasti saya bosan menyata perkara yang sama.. Namun sabarnya..Subahanallah...sabarnya mendidik sahabat sangat saya kagumi... Kenapalah saya tak sesabar dia.. -.-".

Biar tak selalu jumpa, tapi tulus hatinya membuatkan saya semakin CINTA pada DIA.. Terima kasih sahabat..Saya hanya mampu doa bahagia dia...kerna saya tidak punya apa-apa untuk di balas pada dia...


***************

DAHULU

Dulu cikgu-cikgu selalu fikir kami kembar. Sebab saiz kami sama. Hihi.
Sebagaimana turun naik sebuah persahabatan, kami juga pernah berselisih..kerna Yun kata, cikgu matematik tu pilih kasih..beri perhatian pada Dyll lebih..
Tapi saya jawab..sebab saya rajin jumpa cikgu..saya tak harap pun perhatian dia... Saya nak masuk universiti..saya tak nak matematik saya kantoi macam masa trial... kalau saya tak masuk universiti, mana lagi saya mahu larikan diri?

Dan dia juga pernah cemburukan saya sebab dapat masuk UIA dulu. Dia menangis cemburu. Tapi apa saya mampu pujukkan. Saya cuma mampu kata, "Setiap orang ada waktu berjayanya sendiri..Allah pasti beri Yun kejayaan juga..KAlau bukan sekarang, pasti satu hari nanti.."

Padahal beberapa tahun selepas itu..dia juga yang mendahului saya...Ambil STAM di Ma'ahad Johor, terus ke UKM jurusan Pengajian Islam...sempat ke Syria 6 bulan....Bangganya saya sama dia...dan cemburu juga...wuwuwu...

*********************

Al-FATIHAH

"Sedekahkan Al-Fatihah untuk semua yang kau sayang. Andai itu hakmu, minta Allah permudahkan.. Andai bukan, minta Allah luputkan dari soal pemilikan.."

Al-Fatihah...

**********************

Mengukir CINTA

"Sebelum Yun kawen ni, Dyll manjakan la Yun dulu.."
"Hish, gedik tol.."
"Ala, saje je...hihi.."




:: Kerana Allah sayangkan Yun, Dyll pun mahu sayangkan Yun....

Sunday, August 1, 2010

Sukma Angin (Arena Wati)



Sukma Angin bukan sekadar riwayat sebuah kapal. Ia merakamkan keagungan bangsa Melayu dalam ritual, ilmu serta seni pertukangan, pelayaran dan perniagaan maritim. Sasterawan Negara Arena Wati dalam novel ini mengimbas keagungan lampau itu dalam hubungan Sukma Angin sebagai ‘kapal dagang Melayu tradisional yang terakhir’. Oleh itu novel ini meninggalkan kesan nostalgia, juga rasa benci pada penjajah yang berhasrat untuk melumpuhkan penguasaan maritim Bangsa Melayu rantau ini.

“Pertembungan itu seperti arus surut diadang alun. Megah pada wibawa sendiri, tidak mahu kalah didesak suasana zaman dan keperluan cita-cita mencapai impian. Tetapi kedua pihak-Nakhoda Supuk dan Darusi tidak menyedari sepenuhnya. Wawasan mereka mungkin sama, tetapi caranya tiba ke situ berlainan. Generasi menguak jurang yang kian lebar.” m/s: 37

Sambil mengunyah Darusi berceloteh, “Saya menunggu ketikanya bintang itu naik ke lengkung langit, menjelang jam dua pagi. Kesannya pada jisim insan dan samudra.”
“Darusi mahu jolok, atau mahu lempar, supaya bintang itu jatuh ke pangkuanmu?” Rasido perli. “Hati-hatilah. Tak payah kau tunggu gugurnya bintang dari langit. Saya fikir lebih baik engkau segera pulang ke laut, dan terus tinggal di Singapura saja.” m/s: 74

“Laut dan darat; hubungan dan fungsinya bersendi pada pelabuhan. Pelabuhan bisu, pun tanpa daya kata hati; belum pernah, dan tidak akan bercerita tentang dirinya sendiri; yang sudah, sedang dan akan terus berperanan mempertemukan dan memisahkan orang. Setiap pelabuhan memiliki riwayat duka pilu dan riang sendiri. Wajarkah murung manusia ditumpahkan musababnya kepada pelabuhan? Derita adalah warisan yang di tuai dari pusaka fiil sendiri. Riang ceria adalah hak yang dipetik daripada benih perlakuan masing-masing.” m/s: 98

“Manusia berubah, tetapi hampir melupakan perubahan, kerana hanya leka hanyut bersama waktu. Jarum jam yang berputar itu, tidak hanya bersifat gerak pada permukaan jam; kerana ia juga sertai gerak minda manusia, minit demi minit. Ada nilai tertentu pada sesuatu minit yang tidak hanya sekadar berharga setahun…” m/s: 303


:: Arena Wati, A. Samad Said, Usman Awang.. Lagenda sastera negara…

HOME

I walked across an empty land I knew the pathway like the back of my hand I felt the earth beneath my feet Sat by the river and it made me c...