Bismillahirahmanirrahim.
Minggu lepas, dalam perjalanan pulang dari Putrajaya.
Cik Hani punya permintaan.
"Awak cerita la banyak-banyak pasal saya dalam blog awak..."
"Kan saya dah pernah tulis?"
"Ala, tak apa la. Tulis lagi."
"Isk, mengadanya...." (-.-")v
Ini cuma sebahagian dari Geng Lapan Enam yang paling dekat waktu-waktu ini.
Yang tiada namanya dan gambarnya disini, jangan risau.
Dihati masih punya ruang. (n_n)v
Puteri, Syafa, Hani, Shida Fatin, Syam~
Cik Puteri Nurazwa, walau jarang-jarang tapi kadang-kadang contact, masih juga Cik Wawa yang senget macam dulu. Hohoho. Rasanya Kak Ina yang kenalkan awal dulu waktu mereka masih di IIC. Bila tahu yang dia ni student Kakak,otomatik kami rapat. Apatah lagi dengan banyak masa bersama di GPTD. Dan sekarang, dia di satu lokasi yang paling jauh berbanding geng-geng lain. Si penumpang tebing Wadi Rum., (bertuah dapat pegi Wadi Rum), Moga tenang sepenuh jiwa. :) [Cepat sikit balik! Sebelum aku terbang~ Fiu~]
Syafa/ Angah- sedalam manapun saya sayangkan dia, dia selalu tak ada respon. Saya selalu fikir dia tak sayang saya. Sebab bila dia ada masalah, dia takkan cari saya. Ekekeke~ Sebab itu juga saya suka marah / buli dia kerana jarang sekali dia mahu marah. [buat muka geram tu selalu la..] Kalau dia marah, saya akan balas balik. Begitulah. Sampai dia penat. Hehe.. Kalau belajar memasak tu, jangan lupa kita tau..tau.. Kat sarawak sana menunya lain~ Peace! (n_n)v. (dan kau...aku rasa kau la kawan yang paling banyak menangis sepanjang aku kenal kau dari matrik sampai sekarang~ kih3..anak manja~ :P)
Aunt Puspa @ Hani selaku orang yang request entri ini, maaf saya tak dapat nak tulis panjang-panjang. Awak memang kawan yang baik. Yang selalu 'tak ada perasaan' atau 'tak pandai tunjuk perasaan' kecuali waktu-waktu tertentu. Biasalah..perempuan~ Fiu~ Apapun, Hani dengan kesengalan yang nyata memakan diri, layan-layankan saja buli-buli orang pada awak ye.. [tapi awak dah makin pandai membalas sekarang. Belajar sama Hakim la tu! hehe]. InsyaAllah, saya turun Tawau Disember nanti. Doakan perjalanan saya ya.. :)
Shida / Along- memang betul-betul Along yang sejati. Bab nasihat menasihat, dah macam emak-emak. Potensi dia untuk jadi Ustajah Pilihan memang terbentang luas [Kena tengok dia berceramah depan-depan.. hehe]. Dan oleh kerana dia adalah Along, makanya dia sudahpun berpunya awa;l berbanding yang lain. Alhamdulillah. Barakallah buat Along & Ust. Shukri. Lepas ni Angah pulak..Lepas tu Acik.. Lepas tu..Alang...(eh?). Sememangnya Allah dah susun perjalanan kita secantik ini.. Subahanallah.. :)
Fatin Nur Majdina atau nama manjanya Dina (hik3).. Dia mantan housmate yang sangat best. Selalu habiskan makanan yang saya masak. Sahabat yang sangat 'cool' walau dunia tengah huru-hara. Minda optimisnya selalu menenangkan orang lain disekeliling. Memang osem! Hehe. Dan Fatin, terima kasih kerana sentiasa menjadi pendengar yang baik selama ini. Sangat baik. Belum pernah jumpa lagi seorang pendengar yang osem seosem dia. Alhamdulillah. Osem! (n_n)v
Shamimi / Syam / Acik- Sewaktu di matrik dulu, saya paling suka ke bilik dia. Kutub utara-kutub selatan. Saya di Kolej Aisyah (AC) dan dia di Kolej Khadijah (KC). Waktu itu, dikira agak jauh juga la memandangkan kehidupan di matrik yang serba terkurung~ Fiu~ Dan ya, dia selalu geram sebab saya selalu datang waktu dia tengah sedih-sedih, emo-emo, nak menangis.. Bukan setakat di matrik, malah sampai pada kali terakhir kami jumpa pun. :D. Soal air mata dia, bukan saya mintak kat Allah untuk tunjuk pada saya. Tapi sudah itu takdirnya. Saya senyum saja. Tanpa dia tahu, disebalik dia yang merasa lemah dengan diri, saya melihat Acik saya yang sangat kuat dan tabah sepanjang hidup ini. Semoga Acik terus tabah dan terus hebat sepanjang hidup. Semoga tercapai segala citia-cita. Dan terima kasih kerana berkongsi prinsip yang sama. Alhamdulillah. :) [dari jauh juga ku kenang~]
***********************************************************************
Akhir, untuk diri. Cik Siti Nur Dalila yang selalu mengada-ngada. Bersyukurlah kerana ramai orang yang sayangkan anda. Alhamdulillah.
Kalau ada orang cemburu dengan anda, katakan sahaja,
"Kadang kita tak sedar bahawa ramai sangat orang kat dunia ni yang sayangkan kita selagi
kita tak pandai belajar untuk menghargai."
Moga Allah sayangkan kita semua.
Diberi tenang dunia & akhirat.
Dipertemukan semula di syurga.
Ameen.
Sayang kerana Allah. Peace! (n_n)v