Thursday, February 24, 2011

Kronologi bergambar..

Bismillah.


Ini kem Herba, Ulu Langat.
Saya hadir sebentar hari Ahad untuk jenguk adik-adik saya bertamrin.
MashaAllah.. Adik-adik saya..
Kagum saya sama mereka..
Bukan calang-calang usaha & airmata.
Harapnya yang ditamrinkan merasai sama semangat juang & pengorbanan abang kakaknya...
InsyaAllah.


Ini Izzah Insyirah (Ijah).
Anak buah paling garang.
Tengok kerut pun dah tau..
Dah la makan comot,
Entah apa-apa aje~


Dan Idleen.. Adik yang tidur aja sepanjang dalam kereta.
Oh ya.. Abang hubungi saya tiba-tiba.
Kalau zaman hulubalang dulukala, ayatnya pasti sepeti ini:

"Ayahanda gering. Adinda perlu hantarkan ubat kepada ayahanda secepatnya."
[Ok. Saya hentikan imaginasi saya.]

Ya, Bapak saya sakit.
Dan saya perlu hantarkan ubat Bapak saya secepat mungkin.
Dan Abang terus hantarkan saya ke Terminal Bersepadu Selatan sejurus saya sampai di Gombak dari Ulu Langat.


Terminal Bersepadu Selatan dah macam Airport.
Siap ada balai berlepas [sebenarnya lobi pelepasan]
Nak beli tiket bus pun macam tiket flight,
Siap mintak kad pengenalan lagi..


Tengok tiket saya.
Siap dengan nama sekali.
Haha.


Disebabkan terlalu boring.
Maria juga jadi peneman.


Sampai Melaka.
Bas rosak selama sejam.
Dan kepada WanFad, halalkan penggunaan selendang biru ni..
Sejukkk...
Padahnya bila balik sehelai sepinggang.

Sampai rumah, Bapak memang sakit.
Agak teruk.
Sakit fizikal ditambah 'gangguan'.
Rupanya sudah lima hari.
Mujur adik seorang hafiz. Ada juga dibacakan sedikit-sedikit.
Malam itu Ustaz datang mengubat.
Saya hanya mampu menyendiri dalam bilik.
Siapa tak gelabah bila Ustaz asyik menyebut..
"Keluar kau, jangan ganggu orang ini!"

Al-Fatihah Ayahanda..
Moga Allah memberi kesembuhan..
Ketabahan juga buat Emak.
Pendamping setia seumur hidup.
Ameen..


Inilah pekan Benut.
Sempoi je.
Gambar ni saya ambil di pondok bus sebelum pulang ke KL hari selasa lepas.
[Sukahati je cuti dua hari.]


Sampai di Terminal Bersepadu Selatan.
Saya terkial-kial mencari KTM & Star.
Akhirnya menaiki KTM ke KL Sentral.
Solat & makan.


Siapa kata makan sorang-sorang membosankan?



:: La Tahzan ya qalbi..Sesugguhnya Allah mencintai orang-orang yang sabar..

Friday, February 18, 2011

Misi Menjejak Wali Songo (13)

Bismillah.

Hari ke-13
Purwodadi-Juanda, Surabaya

"Sarapan pagi di warong berdekatan."

Hari ini hari terakhir kami di Surabaya. Maksud saya hari terakhir kami dengan segala aktiviti. Esok pagi-pagi kami bakal pulang ke Kuala Lumpur. Akhirnya....


Awal pagi kami sudah bersiap-siap untuk pertemuan bersama sahabat-sahabat HMI cabang Surabaya sekaligus bertemu sidang editorial Majalah Suara Hidayatullah dan kepimpinan Lembaga Dakwah Kampus (alumni santri-santri dari Pesantern Hidayatullah). Pertemuan kali ini menampilkan satu diskusi yang menarik dimana semua yang hadir merupakan bekas santri dari Pesantren Hidayatullah. Perbincangan bersama mereka membuahkan satu kekaguman luar biasa. Masakan ada pesantren sehebat ini-melahirkan pemimpin-pemimpin yang hebat juga. Jawapannya ada dan mereka telahpun berada dihadapan saya pagi tadi. Berkenalan, berdiskusi dan bertukar-tukar fikiran. *Ah, semuanya sosok-sosok Abyredha.. [sila abaikan].

Usai pertemuan, Mas Irfan (Driver) membawa kami mengelilingi bandar Surabaya mencari-cari kedai buku untuk shopping buku. Akhirnya kami ke Gramedia. Salah satu kedai buku besar seperti Kinokuniya. Namun disini kami dilarang untk mengambil gambar. Sabar je la...


Tapi saya curi-curi juga ambil gambar di eskulator. Haha. Tengok gambar diatas.. Banyak betul buku disini. Berbaloi-baloi..Dan berhabis duit untuk membeli buku, memang hobi saya. :p

Selepas puas berjalan-jalan, kami di hantar terus ke rumah tetamu Pak Irfan (DDI) di Juanda. Katanya berdekatan dengan lapangan terbang, jadi tidaklah kami kelam-kabut esok. Disebabkan barang kami banyak, kami perlu berulang dan beberapa orang perlu ditinggalkan di rumah tetamu.

Saya, Hani, Anuar & Zul diamanahkan untuk menghadam 5 Dasawarsa sementara En. Su, Izzat & Raudhah mengambil barang kami di rumah tumpangan Purwodadi. Dan bermulalah episod provokasi soal 5 Dasawarsa dan soal-soal peribadi. Anuar yang tak larat nak dengar kami berbalas hujah, melarikan diri dengan tidur. Apapun, saya akan tuntut janji dia. Haha.


Malam ini buat pertama kalinya kami makan A&W, sempena hari lahir en.Su barangkali. Usai makan dan solat, kami mulakan diskusi dan bedah buku 5 Dasawarsa. Menghadam sisi-sisi sejarah PKPIM, ABIM dan GPTD. Perbincangan yang rancak, menarik, sekejap panas..dan kemudian sejuk kembali..diselang-seli gelak ketawa.. Berakhir dengan satu resolusi yang dinamakan 'Resolusi Juanda'. Alhamdulillah. Harapnya 'Resolusi Juanda' akan dapat dilaksanakan dengan baik.. InsyaAllah.



:: Sedih berbaur gembira...

Long time ago~~~

'kasut sakti ini...sampai bila-bila pun ia masih sakti...'

Bismillah.

Saya datang pada dia dalam keadaan separuh kusut minda & jiwa. Tidak boleh berfikir rasional seperti selalu. Haha.MySpace Pandai saya berlakon cool time tu.. Padahal dia tahu jiwa saya kusut masai~

Dan dengan direct tanpa basi-basi.. Saya sergah dia dengan masalah saya... Kegusaran saya.. Bertalu-talu.. *diam* Akhir..dia buka mulut. "Aku dah faham cerita kau." dan bertanya. "Kau tahu apa hukum membuka pintu-pintu ikhtilat?" *diam* *tunduk* "Berdosa." Sambungnya. "Kau tahu kan hukum percampuran antara lelaki & perempuan tanpa sebab yang mengharuskan percampuran tersebut?" "Kau pasti sudah hadam ilmu-ilmu muamalah. Muamalah yang perlu dan tidak kan?" "Dan kau yang aku kenal dulu semmangnya orang paling tegas perihal pergaulan lelaki & perempuan." Jawapan dengan cara persoalan diajukan tanpa henti. "Pelajar universiti Islam, masakan begini? Ah, soal universiti pula disentuh. "Baiklah. Aku faham." Menjawab lemah.

Diusapnya bahu saya.. "Kau tahu kenapa kau tak tenang?" *diam* "Sebab Allah tak Redha dengan cara aku bersahabat...." *bisik hati*

 "Jom makan!" Tukar topik... Wallahu'alam...

Wednesday, February 16, 2011

Cecite...cecite... [Kata Cik Rehan]

Bismillah.

Pulang dari Pasca Banjir hingga ke hari ini
saya bertasyakkur lebih.
Alhamdulillah.

Mana mungkin tarbiyyah Allah itu sia-sia.
segala inci, sisi yang di paksa-Nya untuk kita singgahi,
semuanya menerangkan betapa Cinta-KasihNya pada kita-manusia.

Dan begitupun, sudah-sudahlah kita-manusia berbuat dosa.
Fikirkan kembali bersama.
Adakah disetiap hembus nafas kita,
selari dengan Redha-Nya?

Moga-moga..kita-manusia,
adalah dari yang terpilih.
Insyaallah. Ameen.

*******************************

Misi Pasca-Banjir saya diawali tidak tenang & kesorangan.
Lalu sepanjang malam saya menilai ikhlas diri.
Terima kasih buat dua teman yang menemani lewat mesej di hp.

[Saya sedar nak jadi ikhlas bukan dengan cara membaca surah al-Ikhlas berulang kali.
Aih, kau...~
]

Awal pagi, saya tanam azam dalam-dalam.
'a.K.u takkan sia-siakan dua hari ini'

dan..Alhamdulillah.
Lancar & indah tarbiyyah-Nya.
*senyum*

Semangat saya naik bersama adik-adik KPIJ, PKPIM KLMU, GPTD Unisel, MSU, IIC, KDH dan
& Adik GEMPA saya yang terlalu bersusah-Fazril.

Allah memberi saya peluang mengenali mereka lebih lagi.
Dan Allah memberi saya peluang untuk memberi lagi..
Alhamdulillah.

[Indah melihat tiga serangkai.. persamaannya di maklumi]

*********************************

Isnin pagi saya dipaksakan lagi ke mesyuarat AHTC.
Ya Allah, tabahkan hati saya mendengar & memahami segala inci & inti.
Demikian bisik hati.
Dua jam setengah dalam separuh angguk, faham & dengar,
Saya menerima mesej maaf secara peribadi dari En.Azman:
"Dalila, minta maaf kalau mesyuarat ini membosankan kamu"
Terzahir rupanya ketidakmampuan saya berhadapan dengan situasi.
Akhir saya ditemukan dengan En.Azlan,
yang mengharapkan pertisipasi dan gerak kerja lebih dari kami adik-adik ini.
Saya yang tak mampu berjanji, sekadar mengangguk dan membalas seadanya.

Sungguh, saya terganggu.

Dengan tidak mampu, saya habiskan waktu di pejabat ABIM.
Menahan tangis dan sendu.

Dan paling banyak dalam hati.
"Ya Allah, Kau tolonglah a.K.u, kuatkan langkahku.."

*****************************************

Cuti sempena Maulidur Rasul paling bermakna.
selain DG Jejak Melayu & cheese kek 'love GPTD',
pertemuan bersama A.Suhail, Rauf, Fariz & Amin
saya harap akan membantu mereka semua berkomunikasi dengan lebih baik lagi.
& Alhamdulillah, saya kira hikmah-Nya lebih utk setiap orang yang hadir.

Syukran katheer buat Wan Fad & Syed yang menguatkan niat saya ke Masjid Wilayah.
Bersama meraikan kelahiran Baginda dalam satu majlis ilmu & selawat yang menenangkan sekaligus mengharukan.
Alhamdulillah sebahagian jawapan kepada persoalan saya akhirnya terjawab.
Alhamdulillah.
*senyum*

Selawat & salam untuk junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..



:: Allahurabbi..Alhamdulillah...

Dear Moon...


:: Jom berselawat!

Friday, February 11, 2011

Bicara Hati..


Bismillah.

Terima Kasih Ya Allah atas cahaya-MU..
Atas panduan, kasih sayang-Mu..
Akan ku perbaiki lagi ibadahkau, ketaatanku..
Akan kutambahkan lagi..keCintaanku..
Akan ku korbankan lagi, kehendak hati yang melebihi kehendak kepada-Mu..
Dengan izin-Mu jua semua itu..
Dengan izin-MU....
Dengan izin-Mu...
Allahuakhbar....


:: Astarfirullah.... (+_+)

Thursday, February 10, 2011

In Row~

Bismillah.

Sesak-sesak waktu memang sangat tidak membenarkan saya membaca lebih dari biasa..
Dan tiga yang sedang menanti diratah hikmah & isinya:






:: Sempat pulak dia update blog... -.-"
[stakat upload gamba ok je~ haha]

Wednesday, February 9, 2011

Si Kecil~

Bismillah.

Adik *Ian Haris Ardani*

Kakak *Luna Maya*

Ok. Sila sabar semua.
Saya tahu anak-anak sedara saya semua comel-comel macam saya.
*wink*


Saya memang dah lama tak jumpa anak-anak sedara yang dua ini.
Padahal rumah dekat je.

Alhamdulillah semua dah besar-besar *sedikit*.
Kurang banyak ragam dari waktu mereka kecik-kecik dulu.
Nenek & Atuk yang sakit-sakit tu pun pun seronok jadinya bila bermain dengan cucu.

Adik yang banyak gelak bila diagah.
Apatah lagi bila digeletek satu badan.
Suka guling-guling dengan bantal busuk &
Serasa tiada manusia lain wujud jika bantal busuk ada disisi.

Kakak yang suka borak & tiru kata-kata orang
*walaupun natahapape yang disebutnya*.
Sebelum sampai kampung lagi sudah sibut menyebut 'atuk-nenek' berkali-kali.

InsyaAllah, mingu ni Cik Lilil akan ke Melaka pula.
Temani Dhiya dua hari.
Adik & Kakak jangan rindu-rindu Cik Lilil oke! hehe :)


:: Moga jadi anak soleh & solehah.. ameen...

Tuesday, February 8, 2011

Manifestasi hati..

“Ingatlah bahwa di dalam jasad terdapat sekerat daging.
Jika ia baik, maka baiklah seluruh jasadnya.
Dan jika ia rusak maka rusaklah seluruh jasadnya.

Ketahuilah bahwa segumpal daging itu adalah hati.”
(H.R. Bukhari no.52 dan Muslim no.1599, Dikutip dari sebagian hadits no.6 Arba’in An-Nawawiyah).


Bismillah.

Usai Pelancaran sambutan Jubli Emas 50 tahun PKPIM & Kempen ‘Islam Warnai Hidupku’, terus-terusan saya kira kami di desak amanah yang tidak kunjung berkurang, malah bertambah pula.. Saya doa saban hari, sahabat-sahabat perjuangan saya kekal kuat & tabah dalam menjunjung amanah yang Allah beri ini. Dan doa untuk saya sendiri supaya Allah mengekalkan keikhlasan hati, bekerja sebagai satu ibadah & melaksanakan amanah sebaiknya. Amen. Al-Fatihah.

Saya masih terngiang pesan sahabat. Tabah ertinya beriman. Percaya dan yakin bahawa apa yang Allah takdirkan adalah yang terbaik. Saya mencuba menjadi tabah setabahnya. Bagi mereka yang tidak mengenal jiwa saya pasti melihat akan betapa ‘tabahnya dia ini’. Hmmm..

Sebenarnya, saya belum cukup tabah. Tetapi saya ego. Saya ego dengan tidak mahu merungut soal perjuangan. Saya ego dengan mencuba sedaya upaya buat itu dan ini supaya manusia lain tidak melihat sisi lemah saya. Saya ego dengan tidak mahu dipandang rendah apabila melaksanakan sesuatu amanah. *Walaupun saya sedar saya selalu tak dapat buat dengan baik*

Tapi saya mahu ubah itu semua. Saya mahu jadi manusia beriman [tabah]. Saya mahu terus kekal dengan jalan ini sepenuh hati. Dan saya sedang membina semula prinsip diri. Kerna saya percaya & yakin, Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu [seseorang] selagi mereka tidak mahu mengubah diri mereka sendiri. Wallahu’alam.

Moga cinta & bahagia ini adalah kerana Allah. Ameen..



:: Merindui keasyikan sujud yang pernah dirasai empat tahun dulu...hmm..

Saturday, February 5, 2011

Ibrah..

Bismillah.

"Dan ia memudahkan bagi kamu malam dan siang, dan matahari serta bulan; dan bintang-bintang dimudahkan dengan perintah-Nya untuk keperluan-keperluan kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandung tanda-tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mau menggunakan akal." (al-Nahl:12)

Seorang pembunuh yang amat kejam telah menghabisi nyawa sembilan puluh sembilan orang. Ia merasa sangat menyesal. Ia mendatangi seorang alim dan bercerita tentang masa lalunya yang kelabu itu. Ia mengutarakan maksudnya untuk bertaubat dan menjadi orang yang lebih baik. Aku ingin tahu; apakah Tuhan akan mengampuniku?? ia bertanya.

Sang alim rupanya belum cukup banyak belajar. Ia menjawab, Tentu saja kau tak akan diampuni-Nya. Kalau begitu, ujar si pembunuh, lebih baik kau juga kubunuh saja sekalian. Ia pun membunuh alim itu. Kemudian ia bertemu orang alim lain. Ia mengatakan telah membunuh seratus orang. Aku ingin tahu, tanyanya, apakah Tuhan akan mengampuniku jika aku bertaubat?

Alim kedua ini lebih bijak dari yang pertama. Ia menjawab, Tentu saja kau akan diampuni. Bertaubatlah sekarang juga. Aku hanya punya satu nasihat untukmu; jauhilah teman-temanmu yang jahat dan bergabunglah dengan orang-orang yang saleh, karena teman yang jahat akan mendekatkanmu kepada dosa.

Orang itu lalu bertaubat dan menyesali dosa-dosanya. Ia menangis memohon ampunan Tuhan. Kemudian ia pun menjauhi teman-temannya yang jahat dan pergi mencari perkampungan tempat orang-orang saleh tinggal. Namun ketika ia berada di perjalanan, ajalnya tiba.

Malik, Malaikat Penjaga Neraka, dan Ridwan, Malaikat Penjaga Surga, sama-sama datang untuk menjemput ruhnya. Malik berkata bahwa orang itu adalah pendosa besar dan tempatnya di neraka jahanam. Tetapi Ridwan juga mengklaim bahwa orang itu layak masuk surga. Malaikat Ridwan berkata, Orang ini bertaubat dan telah memutuskan untuk menjadi orang baik. Ia sedang menempuh perjalanan ke kampung tempat tinggal orang-orang saleh ketika ajalnya tiba.

Kedua malaikat itu pun berdebat. Jibril datang untuk menyelesaikan masalah. Setelah mendengar pernyataan dari kedua malaikat, Jibril memutuskan, Ukur jaraknya. Jika tanah tempat mayatnya berada lebih dekat kepada orang-orang saleh, maka ia masuk surga; namun jika letak mayatnya lebih dekat kepada orang-orang jahat, ia harus masuk neraka.

Karena bekas pembunuh itu baru saja meninggalkan tempat orang jahat, ia masih terletak dekat sekali dengan mereka. Tetapi karena ia bertaubat dengan amat tulus, Tuhan memindahkan tubuhnya dari tempat ia meninggal ke dekat perkampungan orang saleh. Dan hamba yang bertaubat itu pun diserahkan ke dekapan malaikat penjaga surga.

Tuhan bersabda, Jika hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku satu hasta, Aku akan mendekatkan diri kepadanya satu siku. Apabila dia kembali kepada-Ku sambil berjalan, Aku akan menyambutnya sambil berlari.

****************************************************

Sewaktu Kem Res-Q, Kak Na ada kongsikan sesuatu yang indah tentang Islam. Akan hikmahnya Islam mencipta undang-undang syariah yang salah satunya menyatakan bahawa orang yang berzina itu perlu dibuang negeri dalam beberapa waktu.

Adakah Islam terlalu tegas dan zalim dalam hal ini? Tentunya tidak. Bedasarkan kisah di atas, untuk meninggalkan sesuatu kemaksiatan, seseorang itu harus meninggalkan tempat asal perbuatan maksiatnya. Supaya, 1. Masa akan menjadikan si pembuat & masyarakat sekelilingnya lupa akan 'kemaksiatan' yang terjadi , 2. Menetap dikalangan orang-orang salih akan membantu si pelaku untuk bertaubat dan 3. Hidup dikalangan masyarakat yang tidak dikenali & tidak mengetahui latar belakang 'kemaksiatan' si pelaku akan membantu si pelaku untuk lebih fokus dalam bertaubah (supaya dia tidak dipandang serong oleh masyarakat setempat).


:: Fikir dalam zikir...

Wednesday, February 2, 2011

Nostalgik...


Bismillah.

Ini dunia yang membawa saya hanyut ke daerah baru,
jauh di hujung tahu dan mampu.

Ia jalan lurus tetapi berliku,
bersusur kanan kiri penuh batu,
duri dan semalu.

Ia tempat singgahan saya yang dahaga ilmu,
belajar mencintai buku,
diajar menjejak guru.

Ia taman sewaktu saya keliru,
mencari erti hidup yang sukar kan ketemu.

Ia sekolah rabitah dan tarbiyyah adabiyah,
bertemu dan berpisah untuk mencari yang terindah.

Ia ruang dan peluang mengenal Allah Yang Satu,
menjulang amanah khilafiyyah,
menjulang amanah 'abdiyyah.
menjulang ummah Islamiyyah.

Allahuakhbar.


Wallahu'alam.

Tuesday, February 1, 2011

Dasawarsa Ini (M.S Effendi)


Bismillah.

(sempena Jubli Emas PKPIM)

Setengah abad sudah
Tatih rintis itu
Berinjak-injak di lapang nusa bertuah
Di tengah-tengah kelopak manusiawi
Mengatur langkah mengadun tari
Seiring irama Tanzil Samawi

Separuh kurun
Nadi itu tiada kenal jemu
Menyalir denyut darah-darah makrifat
Mengisi saraf-urat fikrah umat
Berwarna suci fitrah kudus
Sebatian jati risalah Qurani

Lima dekad
Kibar sayapnya di angkasa ini
Perhati sempadan laut-darat
Cengkam tajinya bukan setempat
Berhinggap di pohon kebenaran
Bersarang di pulau ketakwaan

Saudara
Ia itu madrasah aku
Madrasah mereka
Dan juga kamu

Sekian masa waktu oraknya
Kitalah aci rodanya
Kemudi landas haluannya
Penentu laju dan jangka
Lurus jalan ataukah noktah hentinya

Saudaraku
Itu pengkalan kita
Kala cetusnya perang dahsyat
Antara keruh batil, sesat dan laknat
Dengan jernih hakikat Wahyu dan Riwayat
Pengkalan ini tambatan bahtera umat

Ayuh saudara
Luruslah niat
Teguhlah tekad
Seusia berabad


-MS Effendy
29 Januari 2011
Universiti Malaya

HOME

I walked across an empty land I knew the pathway like the back of my hand I felt the earth beneath my feet Sat by the river and it made me c...