Thursday, December 30, 2010

Misi Menjejak Wali Songo (10)

Bismillah.

Dalam diri itu ada seorang a.K.u,
Dalam derap langkah wujud rahsiaku,
Mencari menadah makna yang satu,

Dalam diam itu ada sendu a.K.u,

Menatap mentari penuh berlagu,
Termenung terdampar tanpa arah tuju..

Dalam tenang itu ada tabah a.K.u,
Senyum sendiri terkenang yang lalu,

Dalam hembus nafas ada syukur a.K.u,
Dan dalam pujian itu ada hanya untuk Tuhan a.K.u..

Allahurabbi..
Alhamdulillah..


10 November 2010
Semarang

Setelah hari kesepuluh para aktivis bertungkus lumus menjalankan tugasan masing-masaing, rasanya baru hari ini kemi diberi rehat yang panjang.

Usai membeli buku-buku murah di Pasar Ya ‘ik Baru atau lebih dikenali sebagai Pasar Johar, kami makan tengahari di kedai berhampiran. Selepas itu kami bersolat di Masjid dan terus ke Cyber Kafe untuk menghantar laporan dan menyiapkan tugasan masing-masing. Ditemani teman HMI yang sabar melayan kerenah kami dan menanti berjam-jam di Cyber Cafe hingga kami selesai menghantar laporan-Saudara Muhadz, diucapkan terima kasih atas layanan baiknya.


Saya kira, setelah sepuluh hari ini, bersama teman-teman aktivis menjalankan tugasan masing-masing-masa terasa terlalu singkat. Hanya tingal empat hari lagi untuk kami menamatkan misi kali ini. Pastinya suka-duka tidak terlepas dari kehidupan kami 10 hari ini. Dan suka duka itu, biar hati kami saja yang tahu.








Terima Kasih Allah..

Friday, December 24, 2010

berubah - edCoustic

Bismillah.



"Adakah kita hanya akan berubah tatkala Allah memberikan 'pengajaran'-Nya?"

*Ramai


Bismillah.

Ramai yang terlihat sana sini.
Kanan-kiri.
Depan belakang.
Warna warni.

Ramai yang tercari.
Apa beza dulu dan kini.
Apa daya untuk kembali.

Ramai yang berdiri.
Tunduk menghadap bumi.
Sampai nanti.
Dirinya langsung bersendiri.

Ramai yang merasa sendiri.
Jiwanya mati.
Aqalnya terhenti.
Hatinya benci.

Dan aku.
Kekal masih disini.
Mencari.
Allahurabi.




:: a.K.u rindu gelak senyum Hani..bebel/marah/gurau Pak Jack..rajuk Anuar Izzat.. Diam Raudhah..dan ceramah En.Su..... +_+. Sungguh..

Wednesday, December 22, 2010

Misi MenjejakWali Songo (9)

Bismillah.
Lokasi: Semarang
Hari ke 9 (9 November 2010)

Hari ke sembilan, tanggal 9 November 2010 membawa kami menyelusuri sejarah PKPIM, ABIM dan GPTD dengan lebih mendalam. Tentunya bukan hanya untuk suka-suka, tetapi sebagai satu medium pemahaman tentang objektif ekspedisi yang dijalankan. Juga sebagai satu persediaan apabila berhadapan dengan organisasi-organisasi mahasiswa disini seperti HMI (Himpunan Mahasiswa Islam), PII (Pelajar Islam Indonesia) dan KAMMI (Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia).

Daripada pengamatan peribadi, saya menyenagi semangat mereka. Kemahuan untuk melihat Islam bangun suatu hari nanti. Walau berbeza cara, pendapat dan prinsip, namun ada perkara yang wajar di contohi. InsyaAllah, akan menghadam semangat mereka dan adaptasikan mengikut situasi semasa. Adapun, citra pejuang yang ditunjukkan mereka akan terus tertanam dalam ingatan saya. InsyaAllah. :)


Di Sekretariat Persatuan Pelajar Islam (PPI) cabang Jateng

Perbincangan.

Di Sekretariat Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia (KAMMI).

Semangat Pemuda-Lihat sahaja nyala baju merahnya..

HMI cabang Semarang.

Anak-anak murid Sdr. Muhadz. Sangat keletah! :)

Diskusi santai bersama HMI-sambil makan dodol pemberian Sdr. Syarief (macam-macam perisa ada-coklat, strawberi, pandan.. nak tempah-hubungi Hani :p)



Hari ini kami berkesempatan juga ke Tokong Cheng Ho ataupun lebih dikenali sebagai 'Kelenteng Sap Po Kong'. Salah satu objektif ekspedisi ini sebenarnya adalah juga untuk menjejak tinggalan Cheng Ho di Indonesia. Di kelenteng Cheng Ho, bangunannya sangat unik. Disini terdapat dua bahagaian yang menempatkan tokong di salah satu bahagian dan binaan-binaan serta patung-patung di bahagian yang lain. Kami dilarang memasuki kawasan tokong untuk mengambil gambar kerana tidak mahu mengganggu pengunjung yang sedang bersembahyang. Namun setelah berbincang dengan penjaga (pak guard), hanya dua orang dari kami dibenarkan masuk. Itupun sekadar membuat liputan dokumentari. Alhamdulillah, walaupun begitu, kami masih juga bersyukur.

Kelenteng Sam Po Kong

Bahagian dalam

Kami pulang seperti selalu, hampir menjejak waktu isya' sewaktu check in di hotel. Saya masih dengan seribu satu perkara bermain difikiran. Memikir pengelaman sepanjang hari, perkara-perkara yang berbeza antara kami, mencari-cari sikap dan merangka isi travelog. Terlalu banyak untuk diungkai..malah terlalu banyak juga untuk dikongsi. Allahhuakhbar.

Usai solat Isya', saya dan Raudhah menonton Tv. Saluran berita mengejutkan kami. Kemalangan di landasan laluan Kereta Api yang kami lalui semalam cukup mengejutkan. Malah gambar menunjukkan mangsa-mangsa yang tersepit di celah-celah gerabak menambah gerun. Daham hati beristighfar, juga bersyukur. Jika ditakdirkan kami melawatkan perjalanan, mungkin kami adalah diantara mangsa-mangsa itu. Allahahurabbi. Hampir menangis juga ada.

Sewaktu post mortem- ini yang saya fikirkan: Dalam hidup bersahabat, pasti ada masam manisnya. Namun, dalam menjalankan tugas dakwah, manusia itu berbeza-beza sifatnya. Belajar untuk menerima agar diri diterima. Faham untuk difahami.Teringat pesan teman saya yang sedang dibatasi lautan lama dulu.

Ya, sebagai da’ie, saya akui kelemahan diri. Saya percaya orang yang mengaku kesalahan adalah orang yang berani, dan orang yang berubah untuk tidak melakukan kesalahan yang sama berulang kali, adalah orang yang berjaya. InsyaAllah. Saya terima kritikan dan nasihat sebagai satu medan untuk saya perbaiki diri. Alhamdulillah, tarbiyyah Allah tak pernah berhenti. Maafkan saya andai tiba-tiba saya emo hari ini. Emo kerana provokasi (capek!).

Namun, bila difikirkan semula, pergantungan pada Tuhan itu yang paling utama. Apapun terjadi, minta, tanya, rayu, syukur pada DIA. Kerna sebenarnya tiada sesiapa yang lebih tahu tentang diri kita selain DIA. Allahurabbi.



:: Terima Kasih Ya Allah...

Monday, December 20, 2010

Dan sekadarnya..

Bismillah.

Saya menjemput dengan penuh takzim.
Sahabat-sahabat seperjuangan.
Sama-sama mendengarkan pengalaman kembara kami.

InsyaAllah, yang baik dikongsi.
Moga jadi bekal kembara menuju Ilahi.
InsyaAllah.

:: Jom!

Saturday, December 18, 2010

Sepinggan Dosa Berulam Pahala.

Bismillah.


"Semakin ramai siswa siswi serta muda mudi hari ini berani membuat hukum sendiri bahawa kononnya cinta mereka adalah suci kerana mereka ber'SMS' hal-hal iman dan amal serta nasihat-nasihat yang baik. Namun hakikatnya yang terangsang bukanlah keinginan untuk beribadah dan beramal, tetapi gelodak nafsu dan tiupan yang licik daripada syaitan."

-AbuSaif (Solusi)




:: Jaga diri..jaga iman..

Thursday, December 16, 2010

Misi Menjejak Wali Songo (8)

Bismillah.

8 November 2010
Semarang

Stesyen Kereta Api Semarang (Tawang).
Kami sampai disini kira-kira jam 5 pagi.

Menunggu ketibaan sahabat HMI (Sdr. Sindi dan Sdr. Muhadz).


Berehat di Sekretariat HMI cabang Semarang sementara mempersiapkan diri untuk meneruskan ekspedisi ke makam Wali Songo.

Destinasi pertama di Semarang-Masjid Agung Demak.

Makam Raden Fatah.

Di rumah Sdr. Syarif (HMI) cabang Sleman.
Moga Allah memberkati kelaurga beliau yang murah hati menjamu makan tengahari.

Makam Sunan Kudus.

Makam Sunan Murya.
Mendaki tangga-tangga sepanjang satu kilometer.
Paling melelahkan.

Makam Sunan Kalijaga.
Sudah hampir jam 8 malam (keadaannya seperti jam 10 malam di Malaysia)

Check in di hotel terdekat.


Terima Kasih:

Sindi yang gemar bergurau.
Muhadz yang berkongsi minat sastera.
Syarif yang menemani kembara sepanjang hari.

Sahabat-sahabat HMI di Sekretariat HMI Semarang.


:: Nafas baru...Allahurabbi..

Tuesday, December 14, 2010

Misi Menjejak Wali Songo (Sisipan 2)

Bismillah.

Abah

Try & Error~



3 gambar diatas merupakan gambar pelajar-pelajar sekolah rendah
(Pesantren Al-Munthohir)
Minggu ini, saya mahu berterima kasih pada Pak Jack [guru foto saya] yang tidak pernah lokek mengajarkan.
Walau apa pun, saya masih kagum dengan bakat yang Tuhan beri padanya.
:: Alhamdulillah :)

Monday, December 13, 2010

Aizat Amdan - " Years From Now " Official Music Video




what will i be years from now?
hat will i wear? how will i look?
i think too much.. i think too much..

sometimes its scary over thinking
what you have or haven't done
you think too much.. you think too much..

will the rain smell the same?
will i lose the treacherous game?
and the stars might shine but colors sems so blurry
will i end up all alone without a shoulder to cry on

(chorus)

what will i be years from now?
i have answered them but none have answered me
and when my time has come i hope my last second in this life will have you
will have you

will the rain smell the same?
will i lose the treacherous game?
and neglect most people seems so worry
will i end up all alone without a shoulder to cry on

(chorus)


:: Think too much?

Saturday, December 11, 2010

Di Rumah Kasih-Cinta-Sayang~


Bismillah.

Di Baitul Rahmah ini..
Hati kecilku terdetik lagi..
Dikelilingi insan-insan penuh jati diri,
Penyambung mata rantai perjuangan para nabi..
Mujahid peniup semangat insani..

Di rumah penuh kasih ini,
Cinta-cinta bersemai murni,
Antara menyusun strategi,
Dan menyulam mahabbah hakiki..
Demi Redha Ilahi Rabbi..

Di rumah cinta-kasih ini,
Jasad diserah penuh amanah..
Aqal dikerah mengejar hikmah..
Hati disatukan atas nama dakwah Isamiyyah,
Dan ketiganya dibangunkan penuh pasrah dan hemah..

Allahurabbi,
Di rumah kasih sayang ini,
Kuatkanlah langkah hamba-hamba-Mu ini..
Kekalkan cinta-kasihnya untuk-Mu Rabbi,
Pertautkan hatinya kerana-Mu Ilahi,
Ameen.


*********************
Untuk adik-adikku..
Pimpinan PKPIM UIAM..
Moga Allah mencintai kalian..
Dan segala yang kalian perjuangkan..
Ameen..


:: Kau masih kesayanganku, selagi mana perjuangan itu adalah kesayanganmu..

Misi Menjejak Wali Songo (Sisipan)

Bismillah.

Bersama Mak & Bonda.

"Bestnya balik kampung!!!"

"Pak Jack nak ke mana ni?"
"Kebun~"

Belajar main kompang.

Mahu datang lagi~

Thursday, December 9, 2010

Tebiat untuk kesekian kalinya~ [mode:sisi emosi]


Bismillah.

a.K.u masih punya sisa-sisa kerja,
Tapi entah kenapa a.K.u tangguhkan seketika..
Biar dibuat waktu-waktu sela lain yang ada..
Mungkin.

a.K.u mahu menangis.
Walau a.K.u tidak perlu.
Sampai akhir aqal kata,
"memang tak perlu. kau cuma buang tebiat tak menentu."

Akhir.
Diam aja dari manusia.
Allah ada untuk dengarkan semua.

Usah kasihankan diri.
Kau akan makin lemah berdiri.

Cari jalan.
Ubah bentuk hati.
Dari yang robek-robek pernah kau beri.
Jadikan ia cantik berseri-seri.
Zikrullah itukan kunci.

Sendirian sudah tahu apa yang penting.
Tinggal mahu kerjakan sebaiknya.

Wahai diri.
Bersyukurlah.
Kau di 'CINTA'i..
Alhamdulillah.




:: Allahurabbi, perkuatkan langkah kami.. Ameen..

Wednesday, December 8, 2010

Misi Menjejak Wali Songo (7)

Bismillah.

Kelas Fotografi

Kelas Videografi

Cirebon-Semarang

Hari ke tujuh. Tanggal 7 November 2010. Suasana pagi dingin dengan hujan renyai-renyai membelai tidur. Seperti biasa, waktu Subuh masih juga kurang lebih jam 3.50 pagi. Walau malas-malas, ibadah wajib takkan sekali-kali ditinggalkan. Solat berjemaah di surau persantren sangat menenangkan. Hari ini berimamkan santri seperti semalam. Satu latihan untuk santri-santri barangkali.

Usai Subuh, Abah atau Kiyai Sjafi’ie (disebut Syafie’) memberikan sedikit tazkirah buat para santri dan ingatan kepada kami juga secara tidak langsung. Hidup sebagai santri disini, tidaklah seperti di pesantren lain yang agak ketat kawalanya. Lagipula santri di sini tidak tinggal di pesantren melainkan di rumah masing-masing yang tidak jauh dari persantren. Ini kerana di pesantren ini tidak menyediakan asrama untuk para santrinya.

Pagi ini dua agenda penting berjaya dijalankan iaitu Kelas Fotografi oleh Zulfadhli dan Kelas Videografi dari Anuar. Melihat semangat adik-adik mempelajari kemahiran fotografi dan videografi, menambah ria kami. Malah ketika sesi tugasan, saya dan Hani sempat mengikuti telatah mereka mengambil gambar dan video untuk dinilai oleh pengajar. Untuk tugasan fotografi, mereka diminta untuk mengambil gambar menggunakan ‘mode’ manual manakala untuk tugasan videografi mereka telah diminta untuk membuat dokumentari mempromosikan pesantren Dakwah Bil Hal ini. Seronoknya melihat adik-adik ini melatih diri dengan kemahiran baru terkadang agak lucu. Dengan gaya posing masing-masing untuk diambil gambar hinggakan gaya mengambil gambar sangat memeriahkan suasana. Tengah hari itu sesi berakhir dengan senyuman dan gelak ketawa adik-adik pesantren. Malah ketika makan tengahari pun mereka masih mahu mengambil gambar dan video. Kami hanya mampu tersenyum senang.

Bakso

Usai makan tengah hari, kami mengambil masa untuk berehat dan menyiapkan tugasan serta travelog yang tertangguh. Sebelum asar, kami ke ‘warnet’ (warung internet-hanya En.Su dan Izzat yang melayari internet) untuk menghantar laporan dan berita ke Malaysia. Kami yang lain, menunggu sambil merasai bakso di kedai berdekatan (saya kira ini antara aktiviti yang merapatkan ukhuwwah antara kami. Kisahnya, biar kami sahaja yang simpan).

Selepas makan malam, para santri (adik-adik) meminta untuk berbual-bual disurau sebelum kami meneruskan perjalanan lewat malam ke Semarang dengan kereta api. Malam ini, kami berhabis taaruf dan berbual hingga menyentuh hal-hal kehidpan adik-adik. Rasa gembiranya mereka menerima tetamu dari Malaysia, senangnya melayan keperluan kami dan betapa sedihnya mereka kerana belum puas untuk berbual dan berkongsi kisah bersama kami. Dan malam ini, kami telah didengarkan setiap harapan adik-adik yang rata-rata sudah tidak menyambung belajar akibat kesempitan wang. Masing-masing masih punya impian untuk menyambung pengajian dalam bidang yang diminati. Hati saya bergetar saat mendengarkan semuanya. Sedih dan kasihan mungkin. Andai saya mampu, pasti dibantu semuanya. Detik dihati, walau saya tahu ia mustahil. Saat itu jga terfikirkan betapa bertuahnya menjadi diri yang mendapat kehidupan yang serba mudah. Ia benar mengajar saya menjadi manusia bersyukur. Alhamdulillah.



Saya takkan mampu melupakan Abah, Mak, Riyanto, Donny, Totok, Iyan, Billy dan lain-lain. Bantuan mereka, waktu-waktu bersama, malah semua kenangan di Cirebon juga. Bumi yang cantik, aman dan damai itu. InsyaAllah.

Selepas solat Marghrib berjemaah, Abah meminta para santri dan santriwati untuk berkumpul di surau untuk sebuah majlis kecil untuk kami yang akan berangkat ke Semarang beberapa jam lagi. Menjelang jam 10, kami dilanda kesedihan. Hujan renyai-renyai yang tidak mahu teduh sejak pagi mengiringi perjalanan kembara kami ke Semarang. Hujan yang sama melanda hati kami dan warga Pesantren Dakwah Bil Hal. Moga Allah memberkati adik-adik saya disana, juga buat Abah dan Mak. Ameen.



Malam ini, pengalam pertama kami menaiki kereta api dari Cirebon ke Semarang. Dengan barang yang berbondong-bondong dan kesedihan meninggalkan bumi Cirebon, langkah dikuatkan. Misi harus diteruskan. Hanya Allah penentu akhir langkah kami. InsyaAllah.


:: Semarang..kami datang..

Monday, December 6, 2010

Misi Menjejak Wali Songo (6)

Bismillah.

"Orang Islam harus punya badan yang sihat." :)

6 November 2010, usai solat Subuh Abah memberikan sedikit perkongsian dan kehadiran kami dialu-alukan oleh warga perantren. Setelah itu kami dijamu sarapan pagi sebelum Abah dan Mak merancang membawa kami bersiar-siar di sekitar pesantren. Usai bersarapan, Abah berkongsi koleksi lagu-lagu Melayunya melalui radio sambil bersenam bersama anak-anak pesantren. Lucu dan menarik melihat gelagat Abah dan anak-anak (adik-adik bagi kami) bersenam ala-ala Pendekar Mustar dalam filem Laksamana Do Re Mi. Malah, aktivis lelaki turut sama bersenam bersama abah dan adik-adik.


Kembara kampung...~

Usai sarapan pagi untuk kali ke dua Ummi dan Abah (panggilan untuk Pak Kiyai) membawa kami berjalan-jalan ke sebuah sekolah rendah (Pesantren Al Munthohir) yang didirikan oleh Abah dan adik-beradiknya. Perjalanan mengambil masa hanya 5 minit dengan menaiki van sapu (disini dipanggil ‘angkot’) dan 15 minit jika berjalan kaki. Menurut cerita Ummi, anak-anak di sekolah ini kebanyakanya dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Ada juga dari kalangan anak-anak yatim. Maka sekolah ini dibina untuk membantu golongan yang kurang berupaya dari sudut ekonomi untuk mendapat pendidikan yang baik.

Selepas pertemuan bersama pelajar-pelajar Pesantren Al-Munthohir kami dibawa ke kebun milik Abah dan Mak dan merasai sendiri kehidupan kampung. Melihat pokok ubi (singkong) yang banyak, pucuk ubi dipetik sebagai lauk makan tengahari kami nanti. Seterusnya kami dibawa ke sawah ditemani Mak dan Bonda (Adik Mak). Perjalanan ke sawah dengan menaiki Angkot mengambil masa kira-kira 10 minit. Berputar-putar di kawasan kampung memang mendamaikan. Namun kami tidak dapat turun ke sawah kerana waktu itu adalah musim hujan dan banjir. Malah perancangan Bonda mahu membawa kami ke kawasan air terjun yang mempunyai kolam air panas, terpaksa juga dibatalkan akibat kekangan masa.

Pintu ke-5 Makan Sunan Gunung Jati.

Pulang dari ‘putar-putar’ (jalan-jalan) keliling kampung, kami makan tengahari dan bersiap untuk ke Makam Sunan Gunung Jati di kawasan Gunung Sembong. Di Makam Sunan Gunung Jati ini, pertama kali kami dikejar-kejar anak-anak kecil dan wanita-wanita peminta sedekah. Datang beramai-ramai dan memaksa-maksa kami memberi duit agak merimaskan. Apatah lagi apabila mengetahui bahawa kami ini adalah pelancong dari Malaysia bedasarkan nama yang tertera dibelakang ‘vest’ kami.

Disini kami agak terkeliru dengan maklumat seorang penduduk yang tiba-tiba datang mengiringi kami dan bercerita tentang Sunan Gunung Jati. Walaupun kurang selesa diekori namun kami masih juga bertanya beberapa soalan kepadanya.

Antara perkara yang menjadi persoalan adalah mengenai makam Sunan Gunung Jati adalah:
1. Lokasi sebenar makam Sunan Gunung Jati sama ada di Gunung Sembong atau di Gunung Jati yang terletak berhampiran.
2. Tidak dibenarkan naik ke makam tanpa kelulusan dari Sultan dan perlu memakai pakaian khas yang perlu dibayar.
3. Terdapat 9 pintu yang terpaksa dilalui sebelum tiba di makam dan kami hanya dapat melalui hingga pintu ke 5.
4. Makam isteri Sunan Gunung Jati yang berketurunan Tionghua (telah masuk Islam setelah berkahwin dengan Sunan Gunung Jati) yang tersiap tokong dan tempat penyembahan yang kononnya untuk menghormati keluarga isterinya yang beragama Budhha.

Lebih kurang jam 3 petang, kami bergerak pula mencari Toko Buku. Mengembara tanpa pemandu pelancong atau teman-teman tempatan agak menyukarkan. Namun kami teruskan juga walaupun hanya bertemu sebuah kedai buku yang menjual kitab-kitab lama.


Destinasi terakhir kami hari ini adalah di stesyen Kereta Api Cirebon untuk membeli tiket kereta api ke Semarang. Sememangnya salah satu perancangan kami adalah untuk merasai pengalaman mengembara dengan kereta api. Untuk membeli tiket disini, kami perlu mengisi bororang terlebih dahulu sebelum membeli di kaunter. Akhirnya setelah hampir sejam berbincang, kami membeli 7 tiket dengan harga 80 ribu rupiah setiap satu.

Dalam perjalanan pulang kami berdiskusi mengenai perjalanan sepanjang hari. Masih lagi, ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki demi memastikan objektif misi tercapai. Hati dan niat masih kekal perlu dijaga, akal masih harus terus fokus pada setiap tugasan yang diberi. Malah, ingatan tentang kembara misi dan kembara rohani juga ditegaskan berkali-kali. Harapnya hari esok menjadi hari yang lebih baik dari hari ini. InsyaAllah.




:: Masih juga suka ketawa.. :D

HOME

I walked across an empty land I knew the pathway like the back of my hand I felt the earth beneath my feet Sat by the river and it made me c...