Saturday, December 31, 2011

dua.kosong.satu.satu.ke.dua.kosong.satu.dua


Bismillahairrahmanirrahim.


.malam menjelang.
.tahun.dua.kosong.satu.dua.
.saya cuma mahu bersendiri.
.muhasabah.

****************

Mungkin bukan takdir malam ini bersama Ian. Juga Cik Rehan.
"Malam terakhir tahun yang penuh ~~~...." Kata sahabat.
"Cabaran..." sambung saya dalam hati.
Cuma mingkin cabaran malam ini tidak saya sahut dengan lebih baik.
"..niat kau dah dinilai.." Kata sahabat.
"..kalau sudah ishtihar sebagai orang gerakan, kena gerak dan gerakkan." -K.Fad @ USF
*Menangis dalam hati.*
"Orang gerakkan juga perlu berehat. Bukan semua orang gerakkan turun lapangan. Bukan semua orang perjuangan turun berjuang, ada yang tinggal menuntut ilmu. Berehat tidak semestinya tidak bergerak. Mungkin fizikal tidak bergerak, tapi hati, jiwa dan fikiran bergerak kerana Allah." Pujuk/ ingatan dari sahabat yang sama-sama memasak tengahari tadi. 
*oh hati*

Lain kali harus/ wajib lebih kuat!

:: Mahu jadi insan bermanfaat... Allahu..

Friday, December 30, 2011

*La Tas'aluni*


Bismillahirrahmanirrahim.


Jangan tanyakan aku tentang hidupku
Ia adalah sebuah rahsia kehidupan
Ia adalah anugerah
Ia adalah ujian
Ia adalah dunia yang penuh dengan cita-cita
Aku telah menjualnya kepada Allah
Kemudian aku berjalan dalam barisan para pembawa petunjuk
Jalan hidupku adalah al-Qur'an, pedang dan ujian
Allah telah memberkatinya dan para Nabi terdahulu telah melaluinya
Para syuhada telah menyirami jalan ini dengan darah mereka
Maka jadilah ia taman indah yang dikelilingi cahaya
Sedangkan hujung perjalananku adalah apa yang meredhakan Allah
dan apa yang diinginkanNya
Keuntungan dengan kemenangan nyata
atau kesyahidan dan keabadian
Jika engkau telah berada di muka bumi
dan engkau tahu bahawa umurmu terbatas
Jika tidak alangkah buruknya kewujudanmu

:: a.K.u doa setiap hari.. moga hati a.k.u tak lekat dengan dunia.
:: kau : ada bingkisan untuk kau nanti. tunggu...  

Wednesday, December 28, 2011

Birthday Cik Ninja~


Bismillahirrahmanirrahim.

Saya kenal Cik Ninja sudah masuk satu tahun dua bulan.
Kalau beranak (anak dia la) dah boleh berjalan.Keh2.
Saya kenal dia mula-mula dia malu-malu (amenda ayat aku ni -.-“)
Nak makan pun segan-segan nak tambah nasi. Hik3.. [Padahal lapar~ Wekss~]
Seminggu sebelum XPDC Wali Songo pada bulan November 2010. (aku ingat. Ko ingat tak?)
Shweet enaf~
Dalam persahabatan pasti ada turun naik.
Walaupun kamcing, kadang2 ada juga terasa. Dia pun begitu.
“Sedangkan lidah lagi tergigit.”
Tapi akhirnya masing-masing faham.
Bersahabat kerana Allah, pastikan teruji.
Alhamdulillah. Menjejak 25 tahun usia.
Semakin matang Cik Ninja kita.. (bangga la tu!)
Saya doa dia tenang selalu.
Dengan cabaran. Dengan perjuangan. Dengan kehidupan.
Moga Allah rahmati seluruh usia.
Dan setiap titis peluh dan penat membantu ummat.
Aku, kau, dia dan mereka..
Moga kita sama-sama Berjaya.
Disini & disana.
Ammeen Ya Rabbana.



Happi Birthday el~
a.K.u sayang kau lebih.
Bai.


:: Zzzz~

Thursday, December 22, 2011

[Bayang & waktu]


Bismillahirrahmanirrahim.

"Kau takkan tahu apa rasanya mengusir bayang-bayangmu setiap waktu.
Mujur ku punya teman membilang masaku."


Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.


:: Ambillah..sebanyak mana yang kau mahu...

Tuesday, December 20, 2011

*Kuat*

Bismillahirrahmanirrahim.


"Pak Aziz"
"Bila kita letak Allah disini; aqal, dan disini; hati..
Maka Allah akan menggerakkan pula kaki & tangan kita."
Ust. Wan Sohor Bani Leman
"Cinta & Rumahtangga"
Seminar Isu-Isu Kekeluargaan Islam
Grand Pacific Hotel, KL
RISEAP

Monday, December 19, 2011

*Senyum seperti Kekasih*


Bismillahirrahmanirrahim.

‎"..Dan kerana Allah hendak menguji apa yang ada di dalam dada kamu dan untuk membersihkan apa yang ada di dalam hati kamu. Dan Allah adalah al-‘Alim (Maha Mengetahui) terhadap isi hati." [Ali-Imran:154]
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling Tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. [ Ali-Imran:139 ] 
Allah sentiasa tahu apa yang kita perlu.


:: Terubat... :)



Wednesday, December 14, 2011

*Siapkan dirimu!"


Bismillahirrahmanirrahim.

Perang lagi.
Kali ini saya harus memilih dari dua bahtera.
Dua-dua akan dibawa ke arah yang sama.
Namun cabarannya berbeza.

Andai saya pilih bahtera A, saya akan selesaikan apa yang termampu.
Walau mungkin tidak dapat ditinggalkan dengan sempurna.

Andai saya pilih B, ada pilihan lain yang harus saya korbankan.
Iaitu bahtera C.

Agak mustahil bersama menerajui  B dan C.
Kerana berada di bahtera A dan B lebih relevant.

Begitukah?

***********************************

Demam bitara.
Seperti yang saya sebutkan pada sahabat-sahabat,
Yang teruji & ter'modul' adalah kita.
Bukan mereka.

Saya gembira bukan kerana program berjalan dengan baik.
Tapi kerana medan muhasabah 3 hari itu telah memberikan secebis kekuatan untuk kami meneruskan perjuangan.

Adatnya, bila berbuat silap, bermuhasabahlah.
Allah pasti berikan jawapan.
Taubat. Insyaallah akan ditunjukkan jalan.

Untuk istiqamah dengan sesuatu, haruslah ikhlas dalam menjalankannya.
Letak tepi pandangan manusia, ketengahkan pandangan Allah.
InsyaAllah.

"Berjuang ertinya terkorban.
Kalau tak terkorban, bukan berjuang namanya."


:: Sesuatu yang hanya Dia boleh jawabkan.

Monday, December 12, 2011

Bi-Tara


"Keunggulan... ke'tiada-tanding'an.. Daripada 2 perkataan... 'bi' dan 'tara'. Bitara : 'bi' merupakan imbuhan pinjaman bahasa Parsi bermaksud 'tidak'. Manakala 'tara' membawa maksud 'sempadan', 'had', 'takat' dan yg seerti dgnnya.”

:: Mahasiswa yang tiada tandingan? Fikirkan.

Saturday, December 10, 2011

*a.K.u menang*


Bismillahirrahmanirrahim.

Maaf bos. a.K.u menang.
Dan maaf jugak sbb curi gamba ni dari laptop hang.
Ekekek~

Ni semua sbb stress dgn bitara. Hohoho..
Huk oloh.

Thursday, December 8, 2011

Satu.


"Terima kasih Cik Ninja"

Bismillahirrahmanirrahim.

"Tidak menerima & tidak menolak"

Saya optimis bahawa saya akan redha.
Walau apa sahaja jawapannya.
InsyaAllah.

Adik saya pesan: "Doa"
Sahabat saya ingatkan : "Doa"
Dirinya di tegaskan : "Doa"

Sesungguhnya Allah lebih tahu.


:: InsyaAllah.

Tuesday, December 6, 2011

*Kau boleh!*


Bismillahirrahmanirrahim.


..... 
Senyumlah saat kau berdepan nestapa
kerna sebelum ini
kau sudah pernah teruji dengan kenestapaan
yang kau berjaya harungi lalu kau tersenyum
Senyummu lantaran kelegaan
pengakhiran sebuah episod gulanaan
senyumlah…dengan tabah hati serta yakin nurani
bahawa hujan tak pernah enggan berhenti
suria kan sentiasa menyinari
Senyumlah dan bayangkanlah
di penghujung nestapamu
ada jernih titis embun
membias sinar mentari
melakar indah teja langit
menyurih bianglala harmoni
dan senyummu itu pasti kau ulangi
- Tuan Pengetua 

 :: Andai ini ku bisa, pasti yang itu pun InsyaAllah ku bisa.. 

Sunday, December 4, 2011

*Aku Cinta Allah*

Bismillahirrahmanirrahim.


Nampaknya la lagu-lagu Wali Bang [baca; Band] telah berjaya mengalahkan addiction pada lagu Big Bang. Haha.. Layan~
Sabtu, 3 Disember 2011. 
Saya maklum takah hidup saya sudah beranjak satu tahap lagi. Terima kasih Ya Allah, meminjamkan kekuatan sebanyak ini. Tiada langsung kekuatan saya tanpa Dia memberi. Moga Cinta ini kekal sehingga bertemu-Nya nanti. Moga ia kekal... Ameen Ya Rabb.. 
Sahabat seperjuangan [termasuk yang sudah dilukakan hatinya itu], yang jauh dan dekat, yang nampak dan tidak, yang merasa, yang terluka, yang bahagia, yang penat lelahnya hanya Dia yang menjaga. Tidak sekelumit pun hilang kasih sayang dari dalam hati ini untuk kalian. Cuma mungkin caranya berbeza. 
Moga Allah rapatkan hati-hati ini demi perjuangan menegak kalimah-Nya. Moga keikhlasan sentiasa terpatri disetiap awal perlakuan-perlakuannya. Moga diterima amalan sepanjang hidupnya. Moga terjaga iman & taqwanya. Moga terpelihara keyakinannya pada Dia. Ameen.
********************

Pesan & ingatan buat sahabat:

Cik Puteri,
Somoga najah perjuangan memuntut ilmu merentas lautan.
Harapan kau yang tertulis, aku genggam dalam hati.
Yang penting....
[Jordeng tetap menjadi pojaan hatiku.. Haha..]

Cik Raihan,
Tabah dengan sabar & solat.
Cari hati di dalamnya.
Teorinya mungkin kita boleh sebut berjela.
Tapi manfaatnya hanya akan tergapai lewat amalan.
Dari hati paling dalam.
[Moga saya juga..dapat mengamalkan ilmu sebaik mungkin]
InsyaAllah.

Cik Hdariyani.
Sifu kita sama.
Kita dah faham segala apa yang diajarkanya.
[Walau dia tidak pernah berhenti mengajarkan; Moga Allah berkati hidupnya]
Jom sama-sama amalkan.
Terima kasih kerana berkongsi kekuatan.
Moga kekal istiqamah. Ameen.

Suka berkongsi ayat ini.
 "Untuk berubah kita perlu keluar dari kebiasaan."

:: Cukuplah Allah bagi kita. :)

Wednesday, November 30, 2011

Cemburu..

 Bismillahirrahmanirrahim.

“Rasa cemburu ada yang disukai Allah dan ada pula yang tidak disukai-Nya. Kecemburuan yang disukai Allah adalah yang disertai alasan yang benar. Sedangkan yang dibenci ialah yang tidak disertai alasan yang benar.” (HR Abu Daud)

a.K.u terima nasihat yang baik dari seseorang; “turn jealousy into motivation”. 
a.K.u tau dia amek kat google.
Haha.



*Iklan.*

Tuesday, November 29, 2011

*Dia*

 Bismilahirrahmanirrahim.
" tuhanku!alangkah banyaknya kelembutan-MU kepadaku,padahal aku sangat bodoh.dan alangkah banyaknya kasih sayang-Mu kepadakupadahal perbuatanku sangat buruk..."
" Tuhanku! alangkah dekatnya ENGKAU denganku,dan alangkah jauhnya aku daripada-MU..."
‎[syeikh ibnu 'athoillah]

Monday, November 28, 2011

Gie


"Mahasiswa; mereka harus berani menyatakan kebenaran sebagai kebenaran dan kesalahan sebagai kesalahan."

Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah 1433.


Bismillahirrahmanirrahim.
" Barangsiapa yang hari ini lebih baik dari semalam,
maka dia dari kalangan mereka yang beruntung.
Barangsiapa yang hari ini sama seperti semalam,
maka dia dari kalangan yang rugi.
Barangsiapa yang hari ini lebih teruk dari semalam,
maka dia di kalangan orang yang celaka. "
-Mafhum Hadith Rasulullah SAW-

Alkisah Ceritera Seribu Satu Malam~


Bismillahirrahmanirrahim.

"Bila awak buka laptop je, awak buang semua perkara-perkara yang tak berkaitan dari dalam kepala. Fokus dengan apa yang awak nak buat. Apa yang ada dalam hati awak tu, awak keluarkan. Luahkan semua dalam kertas kerja yang awak nak buat ni."

Berulang kali.
Dengan penuh perasaan A.Helmi tegaskan pada a.K.u.

a.K.u dah tatau nak buat muka macamana.

"Dua minggu lagi, bentang pada saya di Shah Alam."

"Gulp..."

InsyaAllah, a.K.u usahakan.
Tiada salah punya cita-cita besar.
Biarpun bersimpang dengan apa yang kita buat selama ini.
Belajar ilmu baru.
Allahuakhbar!

\(n_n)/

*******************************

Jadi minoriti perempuan yang boleh hidup dalam kalangan majoriti lelaki.
Bukan mudah.
Kalau tak tahu batas syarak.
Lagilah.
Kalau tahu, Alhamdulillah.

Itupun, harus bertahan dengan pelbagai kerenah dan ragam.
Kena faham dengan siapa kita berdepan.
Pandangan dan persepsi orang apatah lagi.
Walaupun kau kata itu semua semata kerana kerja.
Orang masih pandang beza-beza.
Hati kau orang tak boleh baca.
Apatah lagi, kalau dilihat orang,
ada saja terselit gurau senda terlebih perisa.

Kadang mahu juga jadi macam perempuan lain.
Berubah-ubah bila bekerja dengan jantina berbeza.
Buat muka sopan-sopan.
Cakap pun pelan-pelan.
Takut kalau cakap kuat-kuat, lelaki kata tak solehah pula.
Makin lambat la datang jodohnya.
[Mungkin macam tu la persepsi dorang]

Tapi bila itu yang dibuat [aku tak buat]
Kerja pulak jadi lambat.
Komunikasi jadi singkat.
Entah bila nak siap kerjanya.

Abaikan~

*******************************

a.K.u sedar, daripada pelbagai perkara, a.K.u cuma boleh pilih satu.
Atau dua [paling banyak].
Dan itu sedikit mendatangkan tekanan.
Semua pun kerja baik.
Semuanya memerlukan.
& adalah perkara yang a.K.u sendiri perlukan.

Waktu-waktu begini.
Allah sahaja yang dapat memberi tunjuk.
Dan syura antara a.K.u dan sahabat-sahabatt.
InsyaAllah akan membantu.

Moga jawapannya Allah beri tak lama lagi.
Dan semoga mereka redha dengan pilihan yang di sandarkan atas pilihan Allah ini nanti.
InsyaAllah.

Fighting!

\(n_n)/



:: Aura positip memenuhi ruang bumi....Allahu Rabbi....

Friday, November 25, 2011

*Pengikat hati*


Bismillahirrahmanirrahim.

Doa adalah senjata bagi orang mukmin.

“Dan Tuhanmu berfirman: “berdo’alah kepada-Ku, niscaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku (berdo’a kepada-Ku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina.” (QS: Gafir:60).

Ia bukan sahaja senjata, malah ia mengikat.
Mengikat hati dengan Allah.
Satu-satunya harapan dan pergantungan.

Ia juga mengikat hati sesama manusia.
Untuk semua yang kau kasih dan cinta.

Al-Fatihah.
Itu juga satu doa.

"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus."

Satu pengharapan.
Bukan hanya untuk diri sendiri.
Tetapi untuk insan lain juga.

Ibu Ayahmu, keluargamu,
sahabatmu, teman-temanmu,
adik-adikmu, sudara seIslammu..

Hadiahkanlah al-Fatihah untuk mereka.
Doa yang mudah, namun hikmahnya besar & luas.

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani (1)
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam (2)
Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani (3)
Pemilik kepada hari Pembalasan (4)
KepadaMulah kami menyembah, dan kepadaMu lah kami mohon pertolongan (5)
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus (6)
Jalan orang-orang yang Kau beri nikmat, bukan jalan yang Engkau
murkai, bukan juga jalan orang yang sesat (7)"


:: Ya Allah, ikatlah kasih dalam hati kami kerana Cinta kami kepada-Mu.. al-Fatihah..

Wednesday, November 23, 2011

Jom!

Bicara Hikmah & Senandung Zikir (Sempena Maal Hijrah 1433H)

Bersama Ustaz Syed Abd Kadir al-Jofree, 28 November 2011, Bermula Maghrib.

Bertempat di Masjid Kolej Islam Malaya, Jln Universiti Petaling Jaya (bersebelahan Pusat Asasi UIAM)

Muslimin Muslimat dijemput hadir


Alkisah dewasa~


Bismillahirrahmanirrahim.

Gambar ini sama sekali tiada kaitan dengan entri.
Saya sekadar suka sisi 'sinikal'nya.

Terkenang entri lepas,
soal mahu hidup dengan penuh 'cool'.
Dan benar sekali, kita takkan tahu masa depan.

Nampaknya cabaran demi cabaran.
Kian dekat dan terasa.
Berat tak berat, harus berani untuk berhadapan dengan semuanya.

Saya berhutang banyak.
Pada keluarga.
Bapak yang sedang sakit khasnya.
[Moga Allah memberi tenang buat Bapak dan Emak]
Sahabat yang semakin banyak terasa jauhnya.
Adik-adik yang bakal ditinggalkan nanti.
Rasa bersalah kepada kebanyakan orang.

Saya berfikir banyak.
[sampai pecah kepala; analogi je tu~]
Banyak sampai stress.
Wallahu'alam.

Namun,
Alhamdulillah.
Dia tak pernah tinggalkan saya sendirian.
Sebahagian perkara telah Dia jawabkan.
Tinggal sebahagian lagi.

Alhamdulillah juga.
Allah kurniakan teman pada waktu yang seperlunya.
Yang selalu mendengarkan & mengingatkan.
Alhamdulillah.

Katanya, "Kematangan itu subjektif. Kalau dari segi pemikiran,
awak memang matang, tapi perangai tak pula macam tu."

Oh... -.-"

"Tapi kalau orang lain boleh, awak juga pasti boleh."

.diam.


:: Bakal dimarah...dan percayalah, saya ada masalah dengan 'kemarahan'.

Tuesday, November 15, 2011

Sabar & Yakin~


Bismillahirrahmainirrahim.

Mengingatkan pada niat baik sahabat, atas dasar perjuangan & mujahadah yang a.K.u pilih awal-awal dulu. a.K.u redha.

Nak hidup dengan hati cool dan rilex walaupun banyak kerja. Walaupun banyak cabaran datang bertimpa; luar dan dalam. Haha.

Buat kerja baik, tak perlu pun nak gelabah-gelabah. Kecuali kalau buat salah! Hah! Sendiri mau ingat la kan.

Hidup ini akan sweet, kalau kau nak dia jadi sweet. Tak gitu? Tapi biarlah sweet dengan cara-Nya.

Antara dua perkara, a.K.u nak pilih dua-dua. Tapi hati a.K.u belum tuntas. Belum tegas. Sebab ada bahasa yang tidak menerima. Jadi ada banyak lagi perkara untuk a.K.u nilaikan. Masa depan yang kita takkan tahu tu, bunyinya memang selalu gelap & menakutkan. Tapi InsyaAllah, dengan petunjuk-Nya a.K.u akan suluh dengan berhati-hati. Tidak untuk mendapat yang sempurna, cukup sekadar dapat buat keduanya dengan sempurna. InsyaAllah.

Bak kata Siti Fatimah Mohd. Shahar (nama penuh beb); “Optimis!”
*blink3* [ini mode kelip2 mata banyak kali sampai lenguh]


*******************



REZEKI

Sesungguhnya Allahlah yang memberi rezeki kepada manusia. Tidak kira ia berupa harta, anak-anak, kehendak/ cita-cita yang tercapai atau kebahagiaan; ketenangan. Maka, yakinlah, dimana-mana pun, rezeki itu telah tertulis. Dan sebagai manusia, berusaha untuk mendapat yang terbaik adalah wajar. “What you give, you get back”.

JODOH

Telah tertulis juga, jodoh itu ditangan Allah. Jika tidak di dunia, doalah semoga di syurga. Pesan sahabat, “Jagalah keberkatan sebelum perkahwinan untuk mendapat keberkatan sepanjang perkahwinan.. & sepanjang hidup di akhirat nanti.” Seseorang juga telah berkata, “cepat atau lambat, bukan ukuran bahagia.” Akhir, redha Allah itu juga yang penting.

MAUT

Seorang guru sentiasa berpesan, “Wajib hukumnya mengingatkan orang lain tentang mati. Bukan untuk mereka berasa takut, tetapi untuk kita sama-sama menginsafi diri.” Percayalah, hidup ini tidak lama. Cuba saja bayangkan andai esok jasad kita sudah di kuburan. Akan berlemah lembutkah para malaikat di dalamnya atau sebaliknya? Wallahu’alam. Moga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang soleh dan mati dalam keadaan beriman / husnul khatimah. Ameen.



:: [Hari ini: Hari kantoi sedunia.. Habis la saya.. -.-"]

Monday, November 14, 2011

*Rabitah Hati*

Bismillahirrahmanirrahim.




Ya allah
Hati Ini Telah Bersatu
Berkumpul Di Perut Bumi-Mu
Hati Ini Telah Berpadu
Bersatu Memikul Beban Dakwah-Mu

Ya Allah,
Hati Ini Telah Mengikat Setia
Untuk Mendaulat Untuk Mendokong
Syariat-Mu Di Alam Maya

Maka Ya Allah Eratkanlah Ikatan Yang Ada
Kekalkan Kemesraan Yang Ada
Tunjukkan Jalan Yang Benar
Terangkanlah Dengan Cahaya-Mu
Tiada Malam Terangi Alam-MU
Hidup Suburkanlah Dengan Makrifat-Mu
Tapi Jika Ingin Mematikannya
Matikanlah Sebagai Syuhada
Dalam Perjuangan Menegakkan Agama Mulia

Ameen Ya Rabb..

Friday, November 11, 2011

*Korbang 2.0*

Bismillahirrahmanirrahim.

Ini bukan enrti 11.11.11. Harap maklum. Haha

Ini sedikit dari daging aqiqah 7 bahagian.
Idleen, Izzah, Dhiya & Adik.

Kalau nak tunjuk semua, memang...memang....
Dah macam kedai daging~

Daging mula dipotong kecik-kecil begini bermula dari pagi lagi.
Menjelang zuhur baru habis potong bahagian untuk sate.
Petangnya sampai ke malam, potong daging untuk rendang pulak.
Tabik spring pada Cik Yun (jiran belakang rumah), Kak Tasha & Kak Liza dengan baby dalam perut. Memang gagah lah! \(n_n)/


Ini baru sedikit.

Mujur time ni banyak tangan membantu.

Kak Tasha kata;
"Bukan nak makan sangat pun, tapi saja nak kumpul adik beradik buat aktiviti sama-sama."

Setuju tahap gaban.

Maaf tak dapat letak gambar sate.
Takut korang cemburu.
Hakhakhak~

Dan menu kenduri aqiqah kali ini:
Nasi himpit.
Sate.
Sup tulang.
Rendang daging.
Kuah Lodeh.

*Meriah kaw~~

Babai.


:: Kualiti gambar dari kacamata C1.. Layan~~

Wednesday, November 9, 2011

*Korbang*

Gambar: Abang

Bismillahirrahmanirrahim.

"Biarpun Ismail itulah anak yang ditunggu-tunggu setelah puluhan tahun, Allah menguji kesetiaan Ibrahim yang terpaksa mengenepikan perhubungan kasih sayang yang tabi'ie seorang ayah kepada anaknya. . 'Ya Bunayya' merupakan satu ungkapan yang amat mendalam maknanya. Istilah yang padat dengan kasih sayang. Di tanya kepada Nabi Ismail. Maka Nabi Ismail merelakannya. Demi kepatuhan kepada Allah melebihi segalanya, Nabi Ibrahim memilih keimanan dan keyakinan kepada Allah dan mengorbankan Nabi Ismail. Sifat kepahlawanan [heroic] inilah yang sepatutnya menjadi panduan kita para daie- kekuatan yang mempu mengalahkan runtunan perasaan yang bukan sahaja nafsu tetapi juga tuntutan tabi'ie; kasih sayang yang perlu dikorbankan untuk melaksanakan arahan Allah s.w.t."

-Ust. Sidik Fadzil, 8 Nov 2011, Kajang.

Friday, November 4, 2011

Seksualiti Merdeka?


Bismillahirrahmanirrahim.

Apa saja yang dikisahkan di laman ini saya kira boleh saja memberi tamparan hebat buat sesiapa yang sedar & jelas antara kebenaran & kebatilan. Ini apa yang mereka perjuangkan:
Kami percaya bahawa setiap orang di Malaysia berhak untuk bebas dari diskriminasi, keganasan ataupun gangguan hanya kerana orientasi seksual dan identiti jantina mereka. Kami percaya bahawa kita semua berhak untuk bertanggungjawab terhadap tubuh kita sendiri. Kami percaya setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi, sama ada dia gay, lesbian, biseksual, transgender, heteroseksual, aseksual, pansexual dan sebagainya.
Menilai perbuatan mereka yang menuntut hak 'kesamarataan' yang mereka sendiri tidak fahami, mengingatkan saya kepada kisah Kaum Nabi Luth 1800 tahun sebelum Masihi. Allah berfirman:
“Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah ) tatkala dia berkata kepada mereka: “Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelummu?”. Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melampiaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan: “Usirlah mereka (Luth dan para pengikutnya) dari kotamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri .”
(QS. Al A'raaf, 7: 80-82)







[Sejujurnya saya takut. Saya kehilangan ayat & kata-kata..akan bersambung semula..masih banyak yang perlu dirujuk. InsyaAllah.]

Thursday, November 3, 2011

Muhasabah..

Bismillahirrahmanirrahim.

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

"Tidak menutup seseorang akan keaiban orang lain melainkan Allah akan menutup keaibannya pada hari qiamat".
- (Riwayat Muslim).

Malam ini malam muhasabah bersama. Alhamdulillah. Banyak saya diingatkan hari ini. Banyak kami diingatkan. Secara terang dan halus. Secara hikmah dan telus. Allah Maha Tahu denyut jantung, nadi & hati kami waktu ini. Allah lebih tahu dari apa yang mereka perkatakan.

Allahu.Walaupun bagaimana pun, secara peribadi ada perkara yang tidak perlu untuk dijawab. Ada perkara yang jawapannya akan sampai bila tiba waktunya.

Saya Cuma berdoa panjang. Moga Allah meminjamkan tenang dan kuat kepada kami. Kepada hati-hati kami. Semoga segala amalan kami diterima Allah di akhirat nanti. Ameen.

Tuesday, November 1, 2011

U-Turn~




Berfirman Allah Taala yang bermaksud:

“Wahai anak Adam, janganlah kamu tergolong dalam golongan mereka yang suka melengah-lengahkan taubat dan memanjangkan angan-angan. Janganlah kamu mengharapkan kebahagiaan akhirat tanpa beramal.

Memperkatakan perkataan ahli-ahli ibadah tetapi beramal dengan amalan munafik. Sekiranya tidak memperolehi sesuatu, tidak mahu bersabar.

Menyeru kepada kebaikan tetapi tidak melakukan kebaikan. Mencegah kemungkaran tetapi masih bergelumang dengannya.

Mengasihi orang soleh tetapi tidak mahu bersama golongan mereka. Membenci orang munafik tetapi kamu terdiri dari golongan mereka. Bercakap perkara yang tidak dibuat. Buat apa yang tak disuruh. Meminta ditunaikan (janji-janji Allah) tetapi ia tidak menunaikan (hak-hak-Nya).

Wahai anak Adam, setiap hari yang baru bumi sentiasa menegurmu dengan kata-kata:’Wahai anak Adam, engkau berjalan di permukaanku dan setelah itu engkau akan disimpan ke dalam perutku. Engkau memakan sebanyak yang diinginkan ketika berada di permukaanku kemudian engkau akan dimakan ulat di dalam perutku.

“Wahai anak Adam, setiap hari bumi berkata kepadamu: ‘Wahai anak Adam, aku adalah rumah yang sengsara. Aku ialah rumah yang bakal meninggalkan kamu keseorangan. Aku adalah rumah yang gelap. Aku ialah rumah bagi ular dan kala jengking. Oleh itu makmurkanlah (dengan amal soleh) dan jangan engkau runtuhkan daku.”

(Petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam Al-Ghazali: al-mawa’iz Fil Ahadis Al-Qudsiah)

-U-Turn Ke Jalan Lurus, m/s: 27-28

Sunday, October 30, 2011

Episod demi episod.


Bismillahirahmanirrahim.

Rabu, 26 Oktober 2011. Induksi luar bersama exco-exco di Port Dickson. Alhamdulillah. 22 kekuatan. 22 semangat. Tidak dilupa 2 kekuatan & 2 semangat yang tidak bersama. Moga Allah kurniakan ketenangan buat keduanya. Ameen. Alhamdulillah, berjalan dengan baik. Meriah. Frisbee jadi pilihan.

* Ada semangat baru yang luar biasa bertiup lembut dalam jiwa.. Allahu..

Sabtu, 29 Oktober 2011. Hari Lahir Fazril. Moga Allah merahmati sepanjang perjalanan hidupnya. Ameen. Team pengurusan, awal-awal lagi sudah meraikan. Alhamdulillah. Team ini satu pemberian kekuatan. Bagi saya terutamanya. Alhamdulillah.

Ahad, 30 Oktober 2011. Pertandingan Bowling GPTD & pelbagai lagi agenda lain di petang dan malamnya. Alhamdulillah lagi. Hari minggu yang sebegini akan sentiasa dinanti.

Alhamdulillah.



Thursday, October 27, 2011

Cikonan~

Bismillahirrahmanirrahim.

Cikonan (Si Conan)

Ada waktu-waktu tertentu, buku Cikonan jadi pilihan berbanding buku lain.
Apa bole buat, Cikonan memang cool!

Memang sejuk-beku~

Heh.

Tuesday, October 25, 2011

*Nota*

Bismillahirrahmanirrahim.

Nota ini saya sisipkan buat seorang adik yang sudah jauh perjalanan hidupnya dan masih panjang perjalanan cabaran & perjuangannya. InsyaAllah.

Soal hubungan sesama manusia. Bukan kita yang kawal. Semuanya kehendak Allah. Suatu ketika kita disayang, disukai & dicintai..dan ada ketikanya kita dibenci, dicaci dan dikeji. Memang pahit. Tapi itulah hakikat. Dan itu semua kan kerja Allah juga.

Adat hidup di dunia, semua orang mahukan bahagia. Semua orang mahu hidup seperti yang mereka minta. Dan bukan sedikit yang kalah sewaktu Allah tidak kurniakan apa yang mereka harapkan. Mungkin tidak menyalahkan Tuhan. Tapi menyalahkan mereka-mereka yang tidak memenuhi hasratnya. Adat.

Apapun, jadi manusia, jangan lupa menjaga hubungan dengan Allah sebelum manusia. Walaupun tidak tentu juga hubungan dengan Allah itu menjamin hubungan dengan manusia. Namun, setiap perkara pasti ada hikmahnya. Allah Maha Tahu!

Persahabatan. Pasti ada ujian. Jika benar kerana Allah, pasti ada ujian. Cukuplah kita yakin dengan itu. Sekali lagi, Allah Maha Tahu. :)

Monday, October 24, 2011

"Ia tak rapuh jika bukan pada tempatnya.. :)"




Bismillahirrahmanirrahim.

Biarpun kuat lidah mengatakan harus sentiasa bersabar dan tabah.
Hati yang paling kecil itupun mudah sekali ia terusik.
Sebentara-sebentar ia gembira, sebentar sedih lalu sunyi.
Dan itu mendiamkan.

Bukan tidak bersyukur.
Nikmat-Nya, Allahuakhbar..
Terlalu banyak & meluas.
Rekezinya, mashaAllah..
Sukar dihitung lagi..

Hati,
sekuat mana pun ia membicarakan kekuatan,
Masih,
kadang ada sisi rapuh yang tak tertolong..

Darihal yang mendekat,
Darihal yang menjauh,

Hati itu.
Ia sememangnya begitu.

Ia bahagia dengan kesusahan & cabaran.
Ia takut pada senang & bahagia berpanjangan.
Ia kuatir pada rezeki mencurah tanpa henti.
Ia waspada pada rasa yang bukan pada miliknya.
Ia bimbang pada hidup penuh lupa.

Moga hati itu setia.
Pada-Nya.
Rahsia tenangnya.
Rabb..
Ameen..

Wednesday, October 19, 2011

"Cintaku Hanya Untuk-Mu"


Bismillahirrahmanirrahim.

Moga Allah tambahkan lagi.
Kesungguhan & ilham.
Dalam berhadapan dengan keadaan yang ada sekarang.

Moga Allah bantukan lagi.
Agar tercapai impian.
Mengejar Redha.
Mengejar Cinta.

Ameen.


:: Ya Allah, perteguhkan hati kami.. Ameen..

Monday, October 17, 2011

*Laman Qiyadi*

Bismillahirrahmanirrahim.


Di laman ini,
Bukan tempat bersenang bersunyi,
Bukan tempat hidup hepi-hepi..
Bukan tempat bersarang sendiri-sendiri..
Bukan tempat menyorok dari realiti..
Malah bukan tempat memuaskan kehendak sendiri..

Di laman ini,
Cabaran tidak pernah sunyi,
Masalah tidak pernah berhenti,

Namun,
Ia adalah inspirasi,
Bagi merubah diri..
Menjadi lebih insani..
Menjadi lebih imani..

Di laman ini,
Tempat memperteguh iman hakiki,
Menjadi sabar sesabar Nabi,
Mencari sahabat perteguh diri,
Melaksana amanah sepenuh hati,
Demi mengejar Cinta Rabbi..

Moga diperteguh hati kami,
Ya Rabbi.. Ameen



:: Ada kasih sayang yang tak ternilai disini; antara sedar atau tidak.

Friday, October 14, 2011

Jom geng!

Bismillahirrahmanirrahim.


*silap*

*betul*

Apabila engakau ingin mengambil seseorang menjadi teman,maka buatlah dia dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu. Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadi sahabat.

Thursday, October 13, 2011

*Impian*

Bismillahirrahmanirrahim.



Bila impian sudah tertulis dengan baik:

Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah

-- Ali imran : 159





:: Teh Sofia, a.K.u tunggu kau...

Saturday, October 8, 2011

Revise~

Bismillahirrahmanirrahim.

Tengok muka Idleen... Ngeh3... :p
Budak degil abad ini.
Rasa nak cubit2 je.........



Revise (1)

Hidup bersama lambakkan dokumen, kerja menyalin dan taip-menaip, kertas keja, surat-menyurat, minit mesyuarat, laporan dan segala macam perkara, kerap kali saya perlukan seseorang untuk menyemak semula [revise] tugasan-tugasan yang saya kira tidak pernah habis. Apatah lagi kalau saya yang lambat menyiapkan. Belum pun habis satu perkara, akan datang yang lain pula.

Saya tidak merungut mahupun menyesal, kerana memang itu sudahnya tugas saya sehari-hari. Alhamdulillah. Dan tukang semak [revise] yang paling setia dan sangat detail dalam soal dokumentasi saat ini adalah tiga orang ketua itu juga. Hehe.

Kesalahan saya dalam menaip kerap kali adalah kesilapan kecil yang sama; kesilapan ejaan. Itu tidak dapat saya nafikan. Semak saja setiap entri saya disini. Pasti akan ada terselit perkataan yang tersilap eja. Entah kenapa itu kelemahan yang paling susah untuk diubah. Bukan tidak disemak berkali-kali sebelum menghantar, tapi ia masih juga berulang-ulang.

Bertugas di pejabat dan soal-soal pengurusan, bukanlah jiwa atau dunia saya yang sebenar. Kadang-kadang, terasa tepu dengan huruf dan nombor membuatkan saya tidak dapat berfikir dengan baik. Bila bercakap dengan orang pun seperti mengarut-ngarut kerana fikiran jauh melayang; menyusun tugasan yang pelbagai. Yang kadang membuatkan saya hampir ‘senget’ dan ‘gila’.

Kadang-kadang juga [sebenarnya selalu], saya harap dalam kepala saya ini ada rak-rak yang boleh diguna pakai untuk menyusun setiap perkara satu-persatu. Kalau boleh siap dengan ‘tagging’ sekali. Haha. Manakan tidak, kalau susunan dalam kepala pun tidak beres, apatah lagi tugasan yang nampak.

Apa pun, menjadi pengurus mengajarkan saya banyak perkara. Terutamanya soal-soal profesionalisme. Menuntun saya menjadi super-perfectionist yang sangat tidak sesuai bagi saya yang memang bukan seorang perfectionist. Namun, apapun cabarannya saat ini, Alhamdulillah, Allah mengurniakan saya sahabat-sahabat yang kerap kali membantu tugasan. Mengajar dan memberi tunjuk supaya masing-masing dapat melaksanakan amanah dengan lebih baik. Insyaallah.

Dan saya kira, berkat kerjasama dan kesabaran itulah yang mendukung kami sekeluarga [usrah] masih kekal setia bersama-sama biarpun masing-masing punya lompong tersendiri.

Memudahkan tugas orang memang tidak mudah. Tetapi itulah cabaran yang manis apabila hasilnya memuaskan. InsyaAllah.

:: Semalam memang saya rasa nak 'lari', tapi hari ini, Alhamdulillah, Allah temukan dengan tenang kembali. Alhamdulillah.

Revise (2)

Alhamdulillah, saya tidak hanyut terlalu lama. Itu sudah cukup membuatkan saya bersyukur dan faham bahawa Allah sentiasa memandang setiap perbuatan, perkataan dan lintasan hati setiap manusia. Kali ini saya benar-benar faham bahawa Dia hanya mahu saya sentiasa bergantung pada Dia sahaja. Harapnya setia saya kekal hingga bertemu-Nya nanti. Allahu. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah..


Colors~

Bismillahirrahmanirrahim.


Selamat bergeraduasi buat si pengambil gambar.
Alhamdulillah, pulang juga akhirnya.


"There's a time to let go, and a time to hold on. A time to be silent and a time to be heard.
A time to hurt and a time to heal. A time to be confused and a time to understand.
You just need to find these times."


:: Indah bukan?

Friday, October 7, 2011

*Optimis!*

Bismillahirrahmanirrahim.


Begitulah hidup.
Tidak pernah terlepas dari masalah dan cabaran.

Satu persatu bila Allah timpakan,
pasti ada penyelesaian.

Allah tidak pernah meninggalkan kita kesakitan,
tanpa Dia memberikan penawar.

Begitupun, ia masih tertakluk kepada usaha
dan kudrat yang kita lakukan.


This is exactly why we should never judge by appearance
sometimes the little God gives you , is very deep..


Tidak semua yang kita mahukan, Allah akan bagi.
Tapi yang pasti, Dia akan tetap memberi apa yang kita perlu.

Andai pengalaman ini perlu,
maka, Alhamdulillah.

Jika persoalan-persoalan ini perlu,
maka, Alhamdulillah juga.

Saya mahu jadi insan optimis.
Melihat & menilai sesuatu cabaran dengan iman.
Bersabar dengan iman.
Bertindak juga dengan iman.
InsyaAllah.

Doa saya untuk sahabat dan adik-adik,
"Moga Allah satukan hati kita kekal di jalan-Nya"
Ameen.


:: Jom jadi hikmah.. :)

Wednesday, October 5, 2011

*Fikir*

Bismillahirrahmanirrahim.

Kalau pun itu satu gurauan, tipulah kalau a.K.u kata a.K.u tak terfikir-fikir.
Moga Allah tenangkan hati.
Allahu.

Monday, October 3, 2011

Kecemburuan Cinta Allah



Bismillahirrahmanirrahim.

Saya terlalu bersyukur dipilih Allah dijalan ini.
Secara jelasnya, bukan saya yang memilih walau ia kelihatannya begitu.

Saya katakan pada Cik Raihan, saya belum cukup berdikari seperti dia.
Bukan soal saya bergantung pada jemaah untuk hidup.
Tapi soal kecintaan saya pada jalan ini,
dan betapa tidak betahnya saya untuk berjalan di jalan yang lain.

Mungkin ada yang kata; memang ada pun,
Carilah jalan-jalan/ lorong yang baru-cari pengalaman.
Tapi jiwa saya tidak dimana-mana selain ini.
Mungkin belum. [-.-"].

Saya cuma mahu langkah yang istiqamah.
InsyaAllah.

***********************************************

Untuk adik-adik saya dihadapan mata [kala ini].

Moga Allah terus memilih kalian di jalan ini.
Percayalah, sedikit itu lebih baik apabila Allah mentakdirkan begitu.

Sayang gile kat korang seh~ ;p
[Cweet tak?] Lalalala~

************************************************

Untuk sahabat-sahabat,
maaf jika saya tidak dapat penuhi keperluan & kehendak kalian.
Maafkan saya.
Dengan sangat.

************************************************

Untuk beliau, saya akan cuba untuk berterus-terang.
Saya takut untuk bercakap tadi sebab beliau garang. Huhu.
Pandangan mata dia. Adoi~
Apapun.
Itu memang salah saya.
Moga Allah kuatkan hati untuk saya menyatakan perkara yang sebenar.
Lebih-lebih lagi untuk beliau yang memang saya hormat.

Huhuhu..takotnya nak cakappp.....(T_T)v




:: Moga Allah menredhai langkah perjalanan kita. ameen.

HOME

I walked across an empty land I knew the pathway like the back of my hand I felt the earth beneath my feet Sat by the river and it made me c...