Sunday, March 22, 2009

~Berhenti sebentar.....

Salam sayang untuk semua...
Blog ini terpaksa diberhentikan sementara waktu kerana tuan punya
blog mengalami sejenis penyakit kejiwaan yang sukar untuk diertikan..
Terima kasih di atas sokongan sahabat-sahabat selama ini..
Selamat Maju Jaya untuk Final Exam..
Chayok2!!!

Thursday, March 19, 2009

~Satu Suara~


MySpacegetaran memori semalam
terasa hangat masa silam
bagai sinar yang tak terpadam
ketenangan raut wajahmu
sesegar tulus senyumanmu
mesra dan ceria menguntum
kisah antara kau dan aku
indah tak pernah luntur
kenangan bahgia bersama mu teman
terlukis jelas di ingatan
tidak kan bisa untuk ku lupakan
walaupun saat ini kita terpisah
jauh dari pandangan mata
kukuh jalinan ini takkan goyah
dengan rahmatNya

merenung detik-detik lalu
kita terduga dan tersungkur
namun kecewa bukan penghujung
nyalakn obor kesabaran
menyinar erti pengorbanan
tersingkap rahsia jadi pedoman
kita masih di sini
menjejak redha Illahi

bersama kita alunkan satu suara
dendang irama lagu setia
teguh ikatan hingga ke akhirnya
bersama genggam erat kata dan janji
kita jadikan realiti
zahir impian cita seribu erti
perjuangan suci
mara melangkah tiada gentar

kembara kita ke satu arah
terus mencari
cinta Yang Esa

bersama kita alunkan satu suara
dendang irama lagu setia
teguh ikatan hingga ke akhirnya
bersama genggam erat kata dan janji
kita jadikan realiti
zahir impian cita seribu erti
perjuangan bersamaYang Maha Esa

Wednesday, March 18, 2009

~Kafarah dosa???

Tadi pergi kelas arab...

Ustaz cite tentang ujian...

Kalau sakit tu kafarah dosa, macamana pula kalau di uji dengan sesuatu yg lain???

Bergaduh dengan kawan misalnya...

Sahabat merajuk...

Computer rosak time tugasan tengah banyak...

Markah exam tak seperti yang di harapkan..

Kena marah dengan group member assignment...

Tekanan dengan apa yang sedang berlaku..

Rasa rendah diri...

Ketidakyakinan dengan keyakinan org lain...



Hmm...

Lain ke???

Tuesday, March 17, 2009

~Ku punya sahabat...





Khairul Bariah Rauf...
Kami bertemu dalam kehidupan duka seorang remaja...
Pertemuan yang telah ditentukan oleh DIA...

Sahabat...

Lama kau pergi jauh dari diriku
Menghilang jauh entah ke mana
Puas sudahku mencari diri mu
Pelusuk duniaku panjangkan langkahku

Mereka bilang kau tak punya apa-apa
Namun bagiku engkaulah kisah silamku
Cerita lama kisah suka dan duka bersamamu

Pasti kita kan bertemu
Setelah sekian waktu
Wahai sahabatku
Pasti kita kan bertemu
Meleraikan rindu
Wahai sahabatku

P/s: Chayok2 yun! (n_n)

Latest....

Saasatul Ibad (Faisal Tehrani)

“Saasatul Ibad yang bermaksud ‘pelaku siasah’ (atau political pleyers) membuka lembaran sejarah Johor Lama yang kurang dimesrai dengan ‘penyingkiran’ Paduka Raja Tun Abdul Jamil. Lantas Bendahara Tun Habib Abdul Majid yang dinafikan peranannya sebagai bendahara selama ini memperolehi kuasa. Menyedari kesilapan Tun Abdul Jamil yang tidak melibatkan Majlis Orang Kaya dalam setiap tindakannya, termasuklah menandatangani perjanjian 1689 dengan Belanda di Melaka; Tun Habib mengambil pendekatan yang lebih berbeza iaitu bersikap lebih diplomatic, yakni dengan cara merundingkan setiap masalah negeri dengan pembesar istana. Tekanan dan sekatan ekonomi yang di kenakan oleh Belanda, ancaman keluarga Paduka Raja Tun Abdul Jamil yang mahu membalas dendam, dan pergolakan di negeri-negeri naungan seperti Minangkabau dan Siak menyebabkan Tun Habib membawa sultan Mahmud Syah yang masih kanak-kanak ke Kota Tinggi dan mendirikan kerajaan Johor Lama di sana.”*

* Faisal Tehrani, Saasatul Ibad; Nota Pengarang, ms.iv dan v.

~Menyelusuri kisah Tun Habib sebagai pelaku siasah (Saasatul Ibad) dan sebagai pemimpin yang menyelesaikan persoalan agama, budaya, ekonomi dan keselamatan sebuah negeri yang diancam masalah dalaman dan luaran. Menggunakan kebijaksanaan bermain siasah (politik) yang berlandaskan Quran dan Sunnah. Moga ada pengajaranya untuk kita. InsyaAllah.


Keadilan Ilahi (Prof. Dr. Hamka)

Pertama kali a.K.u namapk buku ini, a.K.u ingat buku seperti Tasawuf Modern atau yang seumpama denganya. Tapi bila dah sampai bilik…”La, novel rupanya…” Tapi, tak rugi untuk membacanya. a.K.u hanya perlukan dua malam untuk menghabiskan buku ini. Huhu.

“Ah kakak, tangis apakah yang tidak akan terbit, mudaku terbenam ke bumi, rambutku yang panjang akan berpalun ke tanah dan…wahai kakak…jika ajalku datang juga, kain-kainku yang tidak berapa helai, bagi berdualah dengan ibu Adnan…tutup tubuhku dengan selendangku yang penutup tubuh Adnan dulu…selimut kami berdua.”

~Sekali baca macam kisah cinta. Memang pun. Huhu. Tapi yang menariknya, Prof. Dr. Hamka tidak membiarkan persoalan cinta dua insan ini menjadi isi utama @ tunjang penceritaan dalam novel ini. “Keadilan Ilahi”, itulah kesimpulan novel ini. Bertapa pun kita lari dari takdir hidup yang telah di tentukanuntuk kita, akhirnya kita tetap akan kembali pada-Nya juga.

P/S:
To wan: Maaf x habis lagi memerah otak memaahami isi kandungan “Sastera Sufi”
To Af: Don’t have time to finish your book:“Islam, Komunikasi & Teknologi Maklumat”
In Progress: Kebangkitan Generasi Salahuddin dan Kembalinya Al-Aqsa ke Pangkuan Islam (Dr. Majid Irsan Kaylani), Kit Kombat Islam untuk Remaja-Edisi Kedua (Dr. Danial Zainal Abidin), & Dari Lembah Cita-Cita (Prof. Dr. Hamka)

Friday, March 13, 2009

~tika ini

Sekarang, emak, bapak, abang & adik dalam perjalanan balik ke kampung.
Alhamdulillah, setelah sebulan lebih bapak berubat di KL, akhirnya penyakitnya semakin pulih.
Kini di boleh berjalan semula tetapi dengan berpaut pada dinding @ kerusi etc.
Biasanya abang atau adik yang kena papah dia.
Terutamanya bila nak ke tandas.
Tapi apapun, a.K.u agak lega sekarang.
Puas dah bermanja dengan emak sepanjang sebulan lebih dia di sini.
Boleh dikatakan tiap-tiap minggu a.K.u turun melawat mereka.
Tapi kalau nak dibandingkan dengan yang lain-lain, lawatan a.K.u itu dikira agak jarang.
Huhu.
Apa pun, moga perjalanan mereka selamat.
Dan semoga penyakit bapak semakin elok bila a.K.u balik kampung minggu depan.
Alhamdulillah...

Thursday, March 5, 2009

~jawapan kepada PERSOALAN~

Salamunalaik...nampaknya setelah di beri masa seminggu, tak ramai yang rajin nak menjawab dan kalau pun ada yang cuba untuk menjawab....semuanya tidak tepat belaka...huhu... tidak mengapa..usaha anda tetap di hargai...MySpace

Merujuk kepada entri tentang kisah 'TIKUS' yang lepas, kini a.K.u paparkan jawapan kepada persoalan @ kisah tersebut....hehe...MySpace

a.K.u dapat modul (selesa memanggilnya begitu) ni dalam usrah saketariat GPTD di bawah Experimental Hall pada rabu malam minggu lepas (25/02/09). Di bentangkan oleh Akh Shazni (poyo) =p...Biarpun kehadiran hanya 5 orang- YB Awe, Boss, A.Den, a.K.u & akh Shazni, namun a.K.u rasa puas dengan usrah kali ini..Alhamdulillah..MySpace

Berbalik kepada persoalan tikus tadi, apa sebenarnya yang ingin di tunjukkan dalam kisah ini? Hah, jawab! Hehe... Kami sendiri pun tak dapat jawab pada awalnya..rupa-rupanya... (a.K.u ringkaskan begini sahaja ya):

Juruterbang = diri kita
Pesawat = apa yang kita bawa dalam kehidupan
Tikus = ancaman = negatif

Secara ringkasnya, dalam diri setiap manusia terdapat satu & banyak ancaman yang boleh merosakkan diri @ mencuri masa kita. Bagaimana untuk mengatasinya adalah dengan cara 'melawan' ancaman tersebut habis-habisan. Sebelum itu, perlulah kenal pasti dahulu ancaman tersebut & cuba untuk cari jalan penyelesaian terbaik untuk mengatasinya. Tetapi, bagaimana? Nah, di sinilah timbul keperluan ilmu dan pengalaman dalam kehidupan kita. Sepertimana juruterbang tersebut mengenalpasti akan bahayanya jika binatang itu mengigit wayar-wayar di dalam pesawat...Hmmm...mudah bukan...?

Nak lagi mudah faham, kita cuba contoh ini:

Rasa malas seringkali menjadi ancaman kepada kita yang bergelar mahasiswa. Lagi-lagi bagi mereka yang banyak masa lapang. (Yang tak banyak masa lapang pun kadang-kadang malas juga..hehe). Nah, di sinilah kita perlu jelas akan persoalan kehidupan, cita-cita & harapan yang kita bawa sepanjang hidup. Rasanya semua mahukan yang terbaik. Namun, dengan rasa malas (yang di pandang remeh) ni...dengan mudah sahaja kita boleh gagal...betol tak kawan-kawan....? MySpace


Alhamdulillh...terjawab juga akhirnya...hehe...andai ada lagi yang kurang faham, bolehlah bertanya lebih lanjut lagi...kita akan bincangkan sama-sama ya...InsyaAllah...

Akhir kalam, jangan malas-malas ya.....MySpace
Renung-renungkan...dan selamat beramal....

Wednesday, March 4, 2009

~`sakit' yang terasa....TUHAN ada ubatnya~

MySpace
Sungguh...a.K.u rasa sangat 'sakit' kala ini....
Segalanya bermula dari ini...
betapa a.K.u merasakan kurangnya kesatuan hati antara kami
hingga gagal berlapang dada bila berlaku khilaf
bermasam muka & merajuk
yang pasti, a.K.u tidak betah memujuk
a.K.u mungkin kecewa
tapi a.K.u gagahkan untuk tidak
pasti ada jawapan dari-NYA tentang semua ini
a.K.u hanya menanti...mencari...
duhai sahabat..
a.K.u perlukan kefahaman kalian
tunaikanlah apa yang kalian katakan tentang pengorbanan
perjuangan & da'wah di jalan ini
jangan di ulangi lagi kesilapan yang sama...
" Wahai orang-orang yg beriman! Kerana apa kamu mengatakan
apa yang tidak kamu kerjakan? Amatlah dibenci di sisi Allah
bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan"
(As-Saff : 2-3)
p/s: satu muhasabah untuk diriku...

MySpace

HOME

I walked across an empty land I knew the pathway like the back of my hand I felt the earth beneath my feet Sat by the river and it made me c...