Wednesday, May 29, 2013

Lali..

Bismillahirrahmanirrahim.


Bila diuji dengan sakit yang berlarutan untuk pertama kalinya.
Satu saat saya lali.
Sakit bukan lagi tragedi.
Bila bangun pagi-pagi dengan rasa sakit, minum air - telan ubat - tunggu sejam dua sambil duduk termenung berfikir.
Kafarah dosa apakah ini?
Menimbang-nimbang segala salah silap yang pernah terbuat - sengaja dan tanpa sengaja.
*sign*
Istighfar banyak-banyak kali.
Sampai tersengguk-sengguk.
Memang dah lali.
Sakit itu bukan lagi apa-apa.
Cuma alat menuju DIA. 
Nah, lagipun, masih ramai lagi yang sakit tak terluah di luar sana. Tak terubat. Tak terlihat. 
Maka seharusnya saya lebih syukur untuk sentiasa punya DIA. Alhamdulillah - kali ini dunia terlihat lebih indah.  
p/s : Saya tahu dan yakin saya tidak stress. Jika ya, itu lama dulu. InsyaAllah. :)

Monday, May 27, 2013

Demi sebuah faham..

Bismilahirrahmanirrahim.



Kali ini lain.
Dia lain.
Faham dia tak seperti orang lain.
Faham dia unik.
'Out of the box' kata orang putih.

Unik yang selalu bikin aku makin pening.
Buat aku fikir yang dia sebenarnya tak faham.
Tapi akhirnya, baru aku faham.
Yang sebenarnya dia bukan tak faham.
Cuma dia tak faham macam yang aku faham.

Itu yang aku fikir.
Yang dia fikir.
Aku tak faham.
Dan tak faham-faham.
Sampai sudah.

Tak ke unik namanya tu.

Dan akhirnya lagi.
Masing-masing cuba mencari jalan tengah.
Mempertemukan dua titik faham yang bertentang.
Atau sebenarnya dua titik tidak faham yang bertentang.

Berkali-kali.
Sampai penat lagi.
Dan lagi..
Dan lagi...

p/s [1] : Takkan habis sampai hujung waktu.

p/s [2] : 'Sharing similarities, accepting differences'

Wednesday, May 22, 2013

Tulus-tegar-jiwa besar.

Bismillahirrahmanirrahim. 

Mahu jadi orang tulus,
Tak terkalah dengan apa pun,
Apatah lagi diri sendiri,
Apatah lagi kelemahan sendiri, 
Tulus tegar,
Jiwa besar, 
Di hadapan, dunia penuh cabaran.
Di hadapan, dunia tanpa sempadan,
Di hadapan, setiap saat berlalu laju meninggalkan. 
Jangan terus hancur,
Lebur,
Luluh lantak,
Kerana dunia yang mendesak. 
Kuat terus kuat,
Jiwa besar terus berkembang,
Mengakar,
Merimbun,
Memaut dahan harapan dan impian. 
Tuhan punya bicara-Nya tersendiri,
Menunjuk arah jalan bersusun duri,
Agar engkau akan lebih berani,
Tiada terperi. 

حسبن الله ونعم الوكيل نعم المولى ونعم النصير 

Saturday, May 18, 2013

Jiwa besar la wei!!

Bismillahirrahmanirrahim.


Sedang berjuang mencari jiwa besar (semula).
Di medan tugasan.
Di sepanjang jalan menuju masa depan.
Dalam berhadapan kesakitan.

Allah sebaik-baik pembantu..

Wednesday, May 15, 2013

Anxiety

Bismillahirrahmanirrahim.

Sickness

Menyalahkan perkara lain atas kelamahan diri sendiri - itu penakut.
Anxiety is a mood. When it becomes a mental disorder, that is, characterized by excessive, uncontrollable and often irrational worry about everyday things that is disproportionate to the actual source of worry, it is diagnosed as generalized anxiety disorder (GAD). GAD occurs without an identifiable triggering stimulus. It is called generalized because the remorseless worries are not focused on any specific threat; they are, in fact, often exaggerated and irrational. -Wikipedia-

Love Letters
Dari Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan Ibn Majah, diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: “Allah s.w.t berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di majlis, nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari kecil."

:: Jalan masih panjang... 

Wednesday, May 8, 2013

PRU-13 vs PBKL 2013

Bismillahirrahmanirrahim.
Bismillahirrahmanirrahim.

*Sempat letak gambar je sebelum cuti hari tu.
Sekarang dah malas nak cerita.
Hehe.

Layan~

HOME

I walked across an empty land I knew the pathway like the back of my hand I felt the earth beneath my feet Sat by the river and it made me c...