Monday, July 30, 2012

Ada cerita...


Saya cuba menyelami hati Emak, hati Bapak, hati kakak, hati abang-abang dan hati adik-adik saya sekaliannya. Entahkan terjawab segala rasa. Moga Allah permudahkan semuanya. Untuk kami. Untuk Emak dan Bapak terutamanya. Ameen.
Sekali lagi saya kembali ke tempat yang sama. Ya. Ada cerita. Ada cerita panjang yang malas untuk di ungkap dan di ulang. Yang penting, teruskan hidup dan teruskan berjuang. 
Saya percaya doa adalah senjata terkuat saat ini. Ramadhan ini. InsyaAllah.  
"Ya Allah, hanya Engkau yang memahami hati hamba. Izinkan kiranya ia tenang sentiasa. Ameen Ya Rabb." 
Dan soal hati, saya serah segalanya pada Allah. Jika ditakdirkan-Nya ada, maka Alhamdulillah. Jika tiada, maka redhalah hamba. 

:: 10 Ramadhan sudah.. Alhamdulillah.. 

Thursday, July 19, 2012

Hard is Beautiful...~

Bismillahirrahmanirrahim.

Dah lama rasanya tak menulis panjang. Bukan kerana tiada perkara untuk diceritakan, tetapi terlalu banyak. Apatah lagi, tangan ini bila menaip, segala detail ingin dikisahkan. Penat. Yang akan membaca dan menulis. 

Apa pun hidup memang indah. Turun naiknya, Subahaallah. Itulah sebaik-baik naik dan turunnya hidup. Ujian itu menarik. Nikmat juga menarik. Tetapi yang lebih menarik, bagaimana untuk memandang keduanya supaya ia menjadi begitu menarik. Ia perlukan kreativiti. 

Manusia hakikatnya mahukan yang terbaik. Untuk diri sediri dan untuk orang lain. Sifir yang saya faham, untuk memberi yang terbaik, kita perlu menjadi yang terbaik terlebih dahulu. Untuk membahagiakan orang, kita perlu menjadi bahagia dahulu. Seperti, untuk berkongsi rasa manisnya gula-gula, harus kita dahulu merasai bagaimana rasa ‘manis’ tersebut. 

[Ditanya, ada tak didalam dunia ini manusia yang tidak pernah merasa bahagia? Ada. Mereka itulah manusia-manusia yang tidak bersyukur. – Jawapan oleh inchik Eks]

Jom jadi yang terbaik dan kongsikan kebaikan-kebaikan tersebut dengan orang lain. Walau cuma sedikit. InsyaAllah.

Kongsi-kongsi ayat cinta : 

"Kalaulah kamu kufur ingkar (tidak bersyukur) akan nikmat-nikmatNya itu, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak berhajatkan (iman dan kesyukuran) kamu (untuk kesempurnaanNya) dan Dia tidak redhakan hamba-hambaNya berkeadaan kufur dan jika kamu bersyukur, Dia meredhainya menjadi sifat dan amalan kamu. Dan (ingatlah) seseorang yang memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kembalinya kamu, maka Dia akan memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu telah kerjakan. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada." (Az-Zumar : 7) 

Banyakkanlah bersyukur. InsyaAllah, akan banyaklah perkara-perkara baik akan Allah beri. Kalau bukan disini pun, insyaAllah ‘disana’ nanti. Tak rugi kan? ;)

:: Manusia, kadang-kadang bila kena marah baru dia faham makna hidup. Hehe.

Wednesday, July 18, 2012

Anak Bapak Bukan Orang Key Ell~

Bismillahirahmanirrahim.

*Tajuk sekadar nak bagi bunyi dramatik~

Lima hari sudah di Melaka.
Bapak masih di wad.
Boboi dalam perut Kakak pun masih mengira-ngira waktu untuk keluar.
Tunggu 1 Ramadhan agaknya.
Jaga budak comot memang best [kot].
Moga dipermudahkan semua.
Ameen.


Terkenang orang Key Ell.
Geng-geng di Key Ell..
Buat kerja di Key Ell..
Key Ell la sangat kan~

Manusia, selalu lupa bersyukur.
Bila dapat, dia tak mahu.
Bila tak dapat, mula la meraban nak cari.

Moga ditetapkan hati.
InsyaAllah.
Ameeen.

Salam Ramadhan kareem..
Kita semua rindukan bulan ni kan?
;)
 
Kepada geng-geng yang sedang bertebaran di seluruh alam.
Moga memberi manfaat untuk ummat.
[a.K.u terutamanya..fiuh~]


:: Beb, bila bleh lawan dam lagi ni? Dah lama tak menang~ huhu..bai..

Monday, July 16, 2012

AKU

Bismillahirahmanirrahim.
 
Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah s.w.t. berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak.” H.R. Abu Hurairah

:: Dan jika benar coklat besaq kat sana yang kita kejar....

 
***********************

Doa agar dipertemukan dengan Ramadhan yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi ni.
Moga tenang...
Moga tenang..
InsyaAllah. 
Ameen..
 

:: DIA sayangkan kita, lebih dari yang kita tahu....  

Thursday, July 12, 2012

Versus

Bismillahirrahmanirrahim.

Kadang-kadang saya suka melihat manusia yang melakar rasa sakit dengan senyuman.
Dan rasa tenang yang tinggi.
Tanda dia memiliki hati emas yang tidak ada pada orang lain.

Allahuakhbar.

Kita boleh pilih antara senyum tawar dan senyum bergula.
Kita boleh pilih untuk kalah tapi tidak mengalah.
Kita boleh pilih untuk terus jadi baik, atau bertambah baik.
Kita boleh pilih untuk ikut hati dan naluri atau ikut logik akal.
Kita boleh pilih untuk lari atau selesaikan masalah sendiri.
Kita boleh pilih untuk jadi 'plastik' atau jadi diri sendiri.
Kita boleh pilih untuk pentingkan kerja atau keluarga.

*Sendiri mengingatkan orang, dari fiqh aulawiat antara dua pilihan yang baik,
pilihlah yang paling kurang mudarat.


Kita boleh kalau kita mahu.

****************

Katanya, kita terlalu lama berdiri ditempat yang sama.
Dan cuma tahu bertanya / mempersoalkan itu dan ini.
Tapi tak pernah berani untuk melangkah untuk mencapai matlamat.
Padahal banyak sebenarnya cara demi menjaga 'keberkatan' yang dicari.

Sampai bila agaknya akan begini?

Wallahu'alam.

Tuesday, July 10, 2012

*Hati Emas


Bismillahirrahmanirrahim.

Dpd Muaz bin Anas ra bahawa Rasulullah saw bersabda, "Sesiapa yg meninggalkan pakaian yang indah dengan tujuan merendah diri kpd Allah, sedangkan ianya mampu berbuat demikian, maka Allah memanggilnya pada hari kiamat dihadapan orang ramai, kemudian Allah menyuruhnya memilih pakaian yang ia suka daripada berbagai-bagai pakaian orang yg beriman. (Attarmidzi: )

Mendengar lagu diatas, mungkin muziknya sedikit tidak sesuai. Tapi liriknya, InsyaALLAH, berkaitan.
Mencari Hati Emas.
Hadiah buat orang-orang yang bermujahadah keran-Nya.
Hati yang tenang bila ujian tertimpa.
Hati yang damai dengan dunia seisinya. 
Hati yang tidak kabut berhadapan kekusutan hidup.
Hati yang tidak bangga dengan apa sahaja yang Tuhan karunia padanya.
"Allah Maha Adil kerana tidak meletakkan kebahgaiaan kepada rupa, harta, kuasa dan nama. Jika tidak, si miskin, si hodoh, si marhain, dan 'kelana tanpa nama' akan kecil hati kerana terasa dipinggirkan. Allah tidak zalim. DIA meletakkan kebahagiaan pada ketenangan hati - yang mampu dimiliki oleh si miskin atau si kaya, si buruk atau si si jelita, hamba atau raja, yang sempurna anggota atau yang cacat." 
- Ust. Pahrol Mohd. Juoi, Di Mana Dia Di Hatiku  
 
 
:: 10 hari menuju Ramadhan.. Allahu..

Monday, July 9, 2012

Kakak

Bismillahirahmanirrahim.


"Bersyukurlah kalau belum kahwin, ada banyak waktu Allah bagi untuk menyumbang pada ummat. Bersyukur jugalah kalau dah kahwin. Kerana dah selesai sebahagian dari agama. Walaupun tak banyak masa macam orang bujang," -Kakak

Saturday, July 7, 2012

*Pedih*


Bismillahirrahmanirrahim.

Entah pedih apa.
Cuma nak duduk diam dan berfikir dengan baik.

InsyaAllah.

Wednesday, July 4, 2012

Satu Tahun Lapan Bulan


Oktober 2010 - Julai 2012

Bismillahirrahmanirrahim.

Cuma tinggal beberapa hari lagi.
Berdebar-debar.

Hampir dua tahun hidup disini.
Tipulah kalau nak pergi nanti boleh tutup mata dan jalan tanpa menoleh.
Paling tidak pun, duduk diam-diam mengenang kenagan-kenangan lama.
Yang mungkin entah memberi senyum, entah ketawa, entah air mata.

Disini, macam-macam cerita ada.
Duka, derita, indah, gembira.
Serba serbi cukup Allah bagi.
Dari segala sisi.

Cerita perjuangan orang-orang yang berpegang bahawa;
"Hanya kepada-Nya aku menyembah & hanya kepada-Nya aku mohon pertolongan"

Moga bila pergi nanti akan pulang menjenguk kembali.
InsyaAllah.

**********************

Dan ya~
Syaaban oh Syaaban.
Pra-Transformasi.
Menjelang Ramadhan.

InsyaAllah.
Dengan izin-Nya.



:: Simpan kenangan dalam-dalam~

Tuesday, July 3, 2012

En. Eks


Bismillahirrahmanirrahim.

Mekaseh En. Eks sebab selalu bagi ayat-ayat sentap.
Untuk santapan jiwa yang selalu lalai & lupa.
En. Eks memang rocks! \(n_n)/
“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.” (36 : 36)

:: Mungkin cuma banyak fikir~ *doa* 

Monday, July 2, 2012

Haq vs Batil


Bismillahirahmanirrahim.

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [39:53]

HOME

I walked across an empty land I knew the pathway like the back of my hand I felt the earth beneath my feet Sat by the river and it made me c...