Saturday, June 29, 2024

Dream High

 Bismillahirrahmanirrahim.


Penat lah sembang benda sedih tak habis-habis. Phew..

Kali ni nak mengingatkan diri sendiri apa yang perlu dicapai / diangankan sebenarnya beberapa waktu ini.

  • Satu buku seminggu
  • Khatam Quran sebelum next Ramadan
  • Belajar menari (buek)
  • Teruskan misi turun berat badan (sobss)
  • Perbaiki amalan wajib, tambah amalan sunat.
Hmmm..nak ber'kalau' tapi takut dosa.

Jadi diam sajalah.

Moga-moga diam pun ibadah. Sob3.


:: berangan itu mudah.

Wednesday, June 26, 2024

Menuju Daerah Tercerah

 Bismillahirrahmanirrahim..


Menuju daerah tercerah,
Selain kemahuan dan keberanian,
Masih mencari kemampuan.

Sebahagian dirinya mahu teruskan,
Sebahagian lagi mahu lari melepaskan,
Dua-duanya jalan sepi,
Yang belum tahu kuat atau tidak untuk dilalui.

#tariknafas

Thursday, June 13, 2024

Sekali Lagi

Bismillahirrahmanirrahim


Untuk kesekian kalinya.
Berulang rutin yang sama semula.
Jujur, buntu.

Gembira salah.
Sedih salah.

Paling takut, salah fikir.

Kenapa sekarang.
Kenapa tiba-tiba.

Apakah Tuhan sebenarnya memberi, atau menguji?
Atau kedua-duanya sekali.

Buntu.
Tapi tetap perlu lalu.

HOME

I walked across an empty land I knew the pathway like the back of my hand I felt the earth beneath my feet Sat by the river and it made me c...